Thursday, October 17, 2013

BANDUNG - DAY 4 - PASAR BARU v2.0

Hari ni acara soping di Pasar Baru versi 2. Heheh.. sebab semalam dah usha2 apa nak beli kan, so hari ni dah senang la. As usual, lepas bekfes yang sedap tu kami pun menapak la ke Pasar Baru.

Aritu kan dah plan ngan student Msia yang nama Dayah tu kan. So kami jumpa la dia terus kat Pasar Baru tu. Of coz first tempat pegi - kedai jual tudung. Semalam kan Kak Kiah tak beli, telan air lior je. So ni lah masa nak lepas geram muahaha..

FYI, hari ni Sabtu so expect ramai orang la. So kne extra careful skit dengan pencopek2 di sekitar ye. Kalo boleh beg tu pakai kat depan je. Pastu make sure bawak la air sebotol ke sekotak ke, sebab nanti ada je penjual2 suh beli air. Kalo dia tengok kat tangan kita ada air, takde dah dikacaunya kita.

Nak citer banyak pun tak guna. Meh tengok gambar..


Kain yang cantik2
Penuh beg plastik di tangan!
Banyak jugak sebenarnya Kak Kiah shoping. Beli kain pelikat, kopiah untuk ayah, kain pasang untuk mak, tshirts Bandung untuk adik-beradik, souvenirs kecik2 untuk kengkawan. T-shirt leh dapat Rp20,000 sehelai and fridge magnet tu dalam Rp15,000 sepapan. Murah gile kan. Anyway, rasanya lebur dekat Rp450,000 jugak kat sini hari ni.

Hasil rampasan Pasar Baru versi 2
Lepas setel bersoping, naik Level 6 untuk lunch kat Kemangi. Macam biasa - sedap giloss...

Kak Kiah nye rupa dah sebijik cam mbak2 indon kan haha
Pastu kami balik menapak. Dengan berbondong2 beg plastik kat tangan.. astagaa.. macam tak reti penat kan pompuan kalu bersoping.

Kena naik jejantas n seberang jalan ketapi
Then singgah ke Kartika Sari untuk beli brownies. Sapa datang Bandung mesti beli benda alah ni tau. Sangat2 sedap seriously esp yang kukusnye tu. Sesuai untuk buah tangan gak. Satu bekas tu dalam Rp30,000. Pisang molen cheese pun sedap gak. Makan masa panas2 fuh marbeles!! Selain tu boleh beli Pisang Sale, Krepek Tempe, Samosa, Kacang Bandung.. sume ada kat sini. Rembat je selagi berduit.

Kartika Sari
Brownies - kukus/bakar semua ada
Mati la terus dedah aurat lengan.. dah kepanasan sangat masa ni huhu
Pisang Molen Cheese - recommended by Dayah. Serious sedap!!
Pastu kami pun balik. Rehat n solat sume. Petang ni acara bebas so cikgi2 berdua tu takmo kuar gi mana. Cuma Kak Kiah nak kne pegi Area Riau semula sebab nak cari henbeg yang opismate Kak Kiah kirim aritu. So see you next entry!

1 comment:

  1. preorder pisang sale, pisang bolen, bagelen, brownies kartikasari & brownies amanda fresh from bandung.whatsapp ina 0192633431 @ IG dazlina daud

    ReplyDelete