Tuesday, October 22, 2013

KINABALU – DAY 4 – SUNDAY MARKET, GAYA ST

Pagi gak Kak Kiah bangun hari ni sebab nak siapkan keje. Client asek sms tanya bila nak submit. Tensi tau. Sambil tu dok urut2 kaki yang dah mula rasa sakit. Semalam takde la hazab sangat. Rasanya memang bakal jalan mengengkang ler arini huhu..

Flight Niza pagi ni. So kami decide nak sarap dulu. Kat bawah tu ada restoran so kami sarap roti canai je, takyah susah2 pegi jejauh. Lepas sarap, call cab. Lepas salam2 say babai2 sume, Niza pun gerak ke airport. Kak Kiah & Sham lak pegi cari kedai dobi sebab nak basuh baju. Most baju kami basah lencun kan semalam, kalo bawak masuk luggage nanti harus la berat.

Sham punye flight malam ni katanya. Dia baru beli tix online. So sementara tunggu flight dia, dia nak join Kak Kiah merayap2 pusing KK. Kak Kiah on je, ok gak ada geng nak berbual. So kami terus ke Gaya Street untuk ke Sunday Market. Dekat je ngan hotel, seberang dua jalan besar je dah jumpa. Sunday Market ni cuma hari Ahad je, start pagi sampai tengahari. Ada macam2 ada jual kat sini. Sesuai la kalo nak cari souvenirs or anything yang best2 pasal Sabah.

Ok layan gambar dulu..

Cengkerang dari laut

Pasu tembikar yang cantik2

Pemuzik jalanan
Pokok jambu pelik
Seaweed pelbagai gred & sabun
Uncle pandai tulis kaligrafi cina n khat jawi
Antara hasil seni yang menarik

FM & keychains
Puding seaweed.. yeekkkk!! tak sedap benda alah ni. Kak Kiah tak abis makan pun.
Binatang pun ada
Pearls
Macam2 Kak Kiah beli kat Sunday Market ni. Tshirts, pearls, seaweed, keropok emplang, fridge magnets & keychains sume murah2. Pastu memang happening la sume ada sini. Seronok tengok gelagat orang. Barang2 arts kat sini pun mostly cantik2.

Sakan memborong Kiah ye
Lepas meround kat Sunday Market kami ke pameran kraf kat hujung jalan je. Saja cuci2 mata. 


Promosi Kraf

Sekali tengok ada plak cam games dari Petrosains untuk uji IQ bebudak kan. Huh tak tunggu apa dah, Kak Kiah n Sham beriye2 mengadap bende2 alah tu sume. Kalo jawab betul dapat pen. Hehe. Nganga ok bebudak tu tengok Kak Kiah main kejap je dah jawab betul. Pastu buat muka eksen lak tu dapat pen hahaha..

Then kami menapak lak ke Jessleton untuk lunch. Dah la bawak beg plastik berbondong2 dalam tengahari buta tu. Nasib baik la view cantik, tepi laut lagi tengok kapal2 kan. Suka Kak Kiah. Makan pun sedap lauk padang.

Lunch di Restoran Nasi Padang Ibu, Jessleton Point
Jessleton Point - kalo nak gi island hopping kne amek bot kat sini
My lunch. Sham tak makan. Diet katanya huhu. Tapi dia belanja hee toceh toceh..
Tengah makan ada lak krew bawak kamera datang nak shooting apa tah. Drama kot. Ada la si pelakon Farish yang Fear Factor tu. Haha musti muka Kak Kiah ada dalam drama tu. Nantikan yeaaa... Haha iye2 je aku..

Sesi shooting2
After perut dah kenyang, kami pun menapak balik ke hotel. Rehat dulu. Petang ni nak layan sunset lak kat Waterfront.

8 comments:

  1. bila tgk yr N3..macam teringin nak ulang.. borong sakan yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulang jangan tak ulang hehe.. sabah memang best. too bad cuma dapat gi KK je. tu pun banyak tempat tak cover.

      Delete
  2. WAh..time cuti pun per;u siapkan kerja eh..heee
    Ehh..kak kiah bukan ke KK sorang ke..camna leh jumpa si Sham ni...
    Gaya Street mmg happening..mcm2 ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sham tu jumpa masa skali naik gunung. Dia berdua tapi masa gi Gaya St ni sorang lagi tu dah fly balik KL.

      Delete
  3. wah muka hepi kak kiah dapat borong sakan!
    eerk bf kak kiah tak baca kan blog nie??
    karang dia jeles lak dengan pak sham tu hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha sampai la ni dia tatau pun. takpe la kalo one day dia terbaca. mudah2an thru this blog dia akan lebih memahami n trust KK :)

      Delete
  4. kak kiah.... lama tak tinggal komen.. hehe.. ok, bln 9 nk p wedding kwn kat sabah, so of course la blog kak kiah mangsa review iti kan... ngehngeh.. tergoda tau tgok hasil borongan kak kiah kat gaya street tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. so banyak ke mensoping di gaya street aritu?

      Delete