Monday, October 21, 2013

KINABALU – DAY 2 – LABAN RATA

Bangun je pagi terus seriau2 perut. Memang taktau la nak habaq.. risau, ngeri, panik sume ada mengenangkan nak mendaki ni satgi. FYI, Kak Kiah ni bukannya ada pengalaman pun nak panjat gunung. Yang paling close skali tu la hike kat Mt Halla, Jeju tu. Sebelum tu memang tak pernah langsung okeh walopun Gunung Ledang tu setengah jam je dari umah. Macam orang gile kan terus2 je nak panjat Kinabalu. Cita2 tak hagak2, kemain tinggi tu.. now bila dah tiba masa, ha amek kaw gelabah habis..

Breakfast kul 7am. So dalam 6+ bangun tu siap la mandi. Memula ingat tanak mandi sebab before tido dah mandi kan, tapi rasa tak best lak kalo tak mandi.. lebih2 lagi piyed kan. Kena pastikan bersih gak at least.

Pas tu pack2 barang2 untuk naik ke puncak. Kak Kiah cuma bawak satu bag pack je. Bag tu cuma isi ubat2, mknn n pakaian untuk bermalam kat Laban Rata (windproof jacket, sweater, tuala, stokin, track suit). Barang2 kita ni pastikan dibungkus dalam beg plastik pastu baru masuk dalam beg supaya kalo hujan idok le basah. Beg yang lain tu simpan kat Opis HQ. Ada storage kat situ, 1 beg RM10. Sham & Niza kata takmo amek porter nak jimat duit. Kak Kiah plak tak pasti lagi sebab tengok bag pack cam berat gak la sebab ada botol air mineral.

Teruja terujaaa..
Mengangkut bagasi untuk ke Main Office
Then kami terus ke Balsam Cafe untuk breakfast. Mak aii.. cuaca pulak cun pagi ni. Terang2 nampak dari bawah ni cemana rupa paras puncak Kinabalu tu. Perghhh... kecut perut okeh.. Ya Allah, kuatkanlah hatiku..

Ha tu diaaa... jelas dan nyata..

Senyum terukir namun hati bagaikan menangis uhuk2x..
Tapi walopun tengah nerbes breakdown, waktu melantak tetap melantak hihi..

Sarap dulu apa2 hal
Lunch pack berisi sandwich, epal & air sebotol
Lepas makan, terus ke opis untuk amek tag.  Tag ni penting tau, mesti dipakai sepanjang masa. Kat tag ni ada no kita, so if anything macam hilang ke, sesat ke, tak balik ke diorang leh trace kita.



Kak Kiah risau gak masa ni sebab dari semalam tak memerut kan. Niza dah selamat ke toilet membuang. Tapi tengok climbers lain dah ramai yang tunggu depan opis tu n dah ready nak gerak so terpaksa ku batalkan niat suciku. Perut plak takde rasa cam nak membuang. Hai jangan buat hal tengah2 hutan kang dah la.. 

Lepas setel hal tag, terus jumpa guide Kak Kiah. Namanya Anis, umo 40+. Comel je. Memang orang Ranau. She’s the only female guide for today.

My guide - Anis
Anis cakap bag pack Kak Kiah tu berat. So dia kata dia leh bawakkan. Caj sama je macam harga porter. 1kg RM8. Kak Kiah pikir ok lah sebab rasa macam leceh je kalo bawak beg ni. Bahu pun bukan jenis kuat sangat, semalam bawak beg bagak tu pun rasa dah nak pitam2. So Kak Kiah buang 1 botol air mineral, tinggalkan 2 yang botol kecik je sebab Anis cakap sepanjang jalan nanti ada pondok untuk refill air. Makanya berat beg cuma 7kg.

So off we went to Timpohon Gate. Niza & Sham ntah tatau gi mana. Kami naik jeep dengan sorang lagi solo climber dr UITM Shah Alam, Erni plus guide dia lelaki sorang. Erni ni orang Tawau kalo tak silap. Peramah gak la. Dia baru cuti semester, amek Master rasanya dia ni. Datang sini sorang je, laki nya tak ikut. Dia pun macam Kak Kiah gak. Lama berhajat nak sampai puncak Kinabalu.

Menuju ke Timpohon Gate
Dalam keta tu Kak Kiah tengok Erni pakai jeans. Fuh terer.. Tapi Kak Kiah tak cakap apa2 la.. newbie kan takkan nak tunjuk pandai kan. Ntah2 dia lagi biasa daki gunung.

Dalam 15 minit perjalanan kami pun sampai di Timpohon Gate. Selain dari Timpohon, korang leh choose untuk naik dari Mesilau. Perjalanan dari sana lagi panjang sikit tapi katanya pemandangan nature lagi cantik.

Timpohon Gate
Laluan untuk ke puncak Gunung Kinabalu
Ok. Lutut dah makin menggeletar.

Kat gate ni pun ada tempat untuk sewa climbing stick. So Kak Kiah sewa kat sini je, nak pulangkan nanti senang. Untuk sewa bende alah ni RM3 sebatang.

Masa ni dah kul 8.30am. Anis pegi jumpa laki dia kejap (keje guard kat Timpohon ni). So Kak Kiah buat la senaman ringan dulu kejap. Bagi ejas skru badan. Orang lain Kak Kiah tengok jalan menonong je. Agaknya dah senam2 kot kat HQ tadi.

Akhirnya kami pun ready untuk mulakan perjalanan.

Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah selamatkanlah perjalanan hambaMu ini. Aku datang ikhlas untuk melihat kekuasaan dan keindahan alamMu Ya Allah. Permudahkanlah segalanya.. Amin..

Untuk 1km yang pertama, ok la not bad. Laluan agak rata, tak banyak batu and tak banyak tangga. Kak Kiah plak jalan lenggang kangkung just bawak stick je sebab beg Anis yang bawakkan. Kesian kat Erni je sebab dia angkut bag pack sendiri. Guide dia pun ntah mana boleh tinggalkan dia jalan dulu. So Erni follow kitorang je. Disebabkan dia pakai jeans n angkut beg, perjalanan dia agak selow. Makin lama dia makin terkebelakang and akhirnya terpisah ngan Kak Kiah n Anis.

Ok lah tengok gambar dulu.

Jangan betulkan skrin monitor anda. Gambo2 ni memang blur heheh.. gigil dah wei masa ni nak snap picca pun payah
Bermulanya tangga-tangga jahanam

Stedi lah akak.. maintain muka suci murni macam nak gi jogging je.. haha
Laluan semakin mencabar
Pondok Uboh di km 1.5. Eksen Kak Kiah masa ni tanak benti pun tau hehe..
Antara tips yang diberi masa nak mendaki ni ialah kita jalan ikut selesa pace kita. Jangan rushing sangat. If kita dapat cover 1km dalam masa sejam tu dah ok la tu. Nafas pun kena jaga. Masa melangkah tu pastikan perut kaki (antara jari n tapak kaki) jejak dulu bukan hujung jari atau tumit supaya tak sakit pergelangan kaki. And jangan asek nak benti lelama. Kalo penat, just benti kejap amek nafas dalam 2-3 minit pastu jalan je. Masa mendaki tu kalo boleh jangan pandang atas. Pandang kiri kanan n pandang bawah je. Bukan apa, mental woo bila pandang depan sebab bila nampak tangga tinggi2 tu rasa cam nak pensan je.

Pemandangan sekitar yang sungguh indah
Tumbuh-tumbuhan yang menarik perhatian


Fuh capek!!
Still long way to go
Dalam sejam kami dapat cover 2km. Kira ok la kan..not bad..

Start dari km 2 ni perjalanan dah mula mencabar. Banyak batu2 n tangga. Pastu dah mula rasa gelap dalam hutan. Rasa macam lamaaaaaa sangat nak sampai km 3 tu. Masa ni Kak Kiah memang dah mengah2. Baju dah lencun ngan peluh. Tapi ku gagahkan juga kaki ini melangkah.. Kiah boleh!!

Creepy dan sunyi
Lagi 500m nak sampai Pondok Layang2.. come on Kiah!
Akhirnya dalam kul 10.30am kami sampai ke Pondok Layang2. Kat sini berehat lama sikit sebab nak lunch. 

Pondok Layang-layang
Anis & kawan guidenya
Menambah windbreaker sebab dah start sejuk
Takde la lama sangat pun rehat cuma setengah jam je. Anis cakap nak gerak cepat sebab masa tu dah mula renyai2. Kalo lebat lagi siksa nak mendaki ke Laban Rata. Ok bos, Kak Kiah ikut je arahan.

Moh ler teruskan perjalanan
Ok secara keseluruhannya, perjalanan dari Layang-layang ke Laban Rata ni yang paling hazaaaaaaaaaabbbb sekali. Gila babas berbatu2, dengan hujan lagi. Kaki kena melangkah dengan betul sebab kalo salah pijak batu memang leh terpeleot kaki. Kne fokus pada kaki yang melangkah. Hujan kan. Nasib baik la ada stick tu dapat stable kan badan. Sepanjang perjalanan tu Kak Kiah banyak berbual je ngan Anis. Citer pasal family dia, anak2 dia sume. Dia je lah yang bercerita. Kak Kiah cuma “hmm”, “iye ke?”, “ooo..” hehe.. Anis ni non-muslim. Dia dah jadik guide lama dah. Dulu mula jadik porter je bawak beg2 n barang2 dari bawah ke Laban Rata. Paling berat dia penah angkut 20 kg. Gile terer kan. Tapi best la Anis ni. Dia pandai distract kan mind kita. Dari cerita family sampai la ke cerita mistik semua keluar. Dia citer pasal kelakuan n adab2 yang kita kne jaga masa mendaki. Jangan amek batu ke pokok sebarangan bawak balik. Ada kes tu memang kne rasuk sampai terpaksa pulangkan balik barang2 yang diambik. Ada plak yang masa mendaki tu dok gelak2 kuat bising2, skali sampai kat puncak buang tebiat terus berbogel tanak balik. Haha. Giler ah..

Antara laluan yang mencabar jiwa ragaku
 

Tengok group climbers lain banyak yang dah berpecah. Makin lama mendaki makin dah tak jumpa orang. Ada yang penat n benti. Yang Kak Kiah notice ada satu grup dr Spore ni. Memula dalam 10 orang gitu semua guys. Last2 cuma 2 orang je depan Kak Kiah. Diorang pun asek toleh2 belakang nak tengok the rest of the group pegi mana. Tapi ye lah kalo nak tunggu orang lain memang nanti kita yang penat sendiri. So better teruskan je perjalanan.

Dari km 3.0 ke km 4.0 tu  memang macam haram. Kak Kiah ni dah mengucap, berzikir, berselawat sepanjang2 tu. Ya Allah macam nak pensan hokeh. Tapi lepas dari Pondok Villosa tu pemandangan dah semakin cantik. Pokok2 dah makin pelik, unik tapi menarik. Rasa macam dalam fairy tale.


Kak Kiah dan raincoat dabak
Adeh tangga lagi
Tumbuh-tumbuhan semakin kecik dan comel2
Akhirnya tepat 12.30pm kami pun sampai di Laban Rata. Hoyeahhh!!! Alhamdulillah syukur sangat.


Laban Rata diselaputi kabus
Macam tak percaya tau dah sampai. Sebab mostly orang cakap kalo gerak dalam kul 8am dari Timpohon Gate, dalam kul 4pm baru tiba Laban Rata. Kak Kiah tanya la Anis, agak kita ni jalan laju ke? Anis kata kita jalan ni ok la, just nice. Yang selalu sampai lambat tu sebab diorang benti lama sangat kat satu2 tempat.

Huhu kira terer gak la Kak Kiah ni kan (terus berlagak kau).


Penat tapi gigih buat muka berlagak huhu..
Sampai Laban Rata terus check in. Tak ramai yang dah sampai masa ni. So Kak Kiah just meronda2 snap2 picca je lepas tu. Menghayati keindahan alam kekdahnya.

Laban Rata Restaurant
Gunung Kinabalu listed as World Heritage by UNESCO
Pak Gunting Lagadan - orang pertama mendaki Kinabalu

Kabus masih tebal
Kak Kiah nye hostel kat Gunting Lagadan Hut which atas lagi dari Laban Rata Resthouse ni, means kne mendaki lagi la dalam 10 min gitu. Kira ni penginapan sementara sebelom final climb yang bermula kul 2 pagi nanti.

Ada banyak hut kat sini. Mine yang paling atas sekali. Masak!!
Anis n guide2 lain memang stay kat Laban Rata. Lepas Anis bagi bag pack balik pada Kak Kiah, maka menapak la lagi untuk ke hostel. Macam nak tercabut lutut wa cakap lu bila dah bawak beg ni. Tatau la cemana Anis leh angkut beg Kak Kiah ngan beg dia skali dari tadi tak penat hapa.

Gunting Lagadan Hut
Sampai ke Gunting Lagadan Hut tengok memang takde orang pun lagi. Kak Kiah terus buat kopi. Layan kopi n amek gambo sementara tunggu Niza & Sham sampai.


My dormitory
Sekitar Gunting Lagadan Hut

Kita ngopi duluuu..
Kat Gunting Lagadan ni memang takde heater kau. Ya Rabbi sejok kemain. Masa beristinjak (berjaya memerut kat sini) kemain sejuk beku air tu rasa macam nak meraung huhu.. Kak Kiah tengok climbers lain ada yang masak megi. Wah cam best je. Nyesal plak tak bawak megi. Nak tunggu waktu makan lambat lagi kul 4 kang. Last2 Kak Kiah terus selubung dalam selimut n sms mak n kengkawan (kat sini ada line). Nak tido pun tak bole sebab sejuk giler. Kaki tu takleh nak ubah pun kedudukan. Kalo ubah je mesti sejuk n amek masa lama nak panaskan balik. Mind u masa ni Kak Kiah pakai 2 sweater, 2 stokin, glove, tight n track suit tau.

Lepas puas berselubung, Niza sms kata dah sampai Laban Rata. Tengok jam dah kul 3.30pm. So Kak Kiah pun siap2 la nak turun ke Laban Rata balik sebab nak makan. Perut pun dah lapar.

Kat resthouse tengok ramai dah sampai rupanya. Terus beratur amek food.

Serious makanan semua sedap!
Masa makan tu Niza citer diorang tak dapat satu bilik ngan Kak Kiah sebab receptionist kata bilik Kak Kiah dah full. Aik ye ke.. tapi takde orang pun tadi. Pastu dia citer diorang nye guide teruk giler. Tak membantu pun. Sham la kesian sebab kena tunggu Niza so tak memasal dia punya perjalanan pun jadik selow. Kak Kiah layan je la minah ni bercerita. Dia citer dia banyak benti sebab amek gambo. Siap update status lagi kat FB. Fuh terer.. (patut la lambat). Pastu dia ada cakap sumthing pasal bayo guide tu untuk bawak beg dia. Rasanya dia bayo sikit je kot, bukan std rate 1kg RM8. Hmmm.. rasanya Kak Kiah leh faham kot naper guide tu jadik cam tu. Niza ni kekadang nampak cam snob skit. Agaknya cara cakap tu macam kasar. Dengan Kak Kiah pun cakap besar je semedang. Guide tu plak bukan budak muda tau, orang tua lagi. Kalo ko dah memerintah2, memang orang tu pun bengkek nak tolong. Beg dia tu dah la berat, boleh pulak nak bayar murah. Kita ni pun datang tempat orang kne jaga adab kan. Tapi as usual, Kak Kiah takde la komen apa2. Dengar je luahan hati dia.

Lepas makan, Niza & Sham gi naik hostel sebab Niza dah tak larat sangat. Kak Kiah just lepak je kat Laban Rata resthouse nak tunggu pemandangan senja. Lagipun sini ada heater heheh...

Sambil2 lepak tu melayan berbual ngan climbers lain. Ada satu family ni dari France. Laki nya keje kat KK jadik engineer untuk submarine Scorpene. Wah terus excited Kak Kiah bercerita. Ye lah, masa ni Kak Kiah tengah buat research pasal Msian Defence Capabilities kan.. ada la study sikit2 pasal Scorpene ni. Wifenya housewife tapi kira boleh la cakap melayu sikit2 sebab anak dia skolah kat KK.


Kawan baru from Perancis
Pastu Kak Kiah gi snap2 picca around the resthouse. Memang cantik subhanallah ok macam kat kayangan. Jom layan gambo.. 

Ha kat puncak belakang tu la Kak Kiah nak mendaki esok huhu debor den..
Bagaikan puteri kayangan chewah perasann!!
Sunset at Laban Rata. Sungguh cantik MasyaAllah..
Agak2 dah nak maghrib, Kak Kiah pun pegi balik ke hostel. Fuh becinte betul nak mendaki tangga huhuhu.. Sampai bilik tengok rupanya Erni yang sebilik ngan Kak Kiah. Katil atas kosong je. Lega gak sebab pompuan. Oh lupa nak habaq, sini pun mixed dorm ye. Nasib la kalo terkena sebilik ngan lelaki. Cam Niza kesian dia, sorang je pompuan. Lain sume lelaki.

Masa ni dah kul 7pm. Kak Kiah pun apalagi makan panadol sebijik, terus la masuk dalam gebor nak membuta. Sejuk weh!! Kul 2 pagi kang nak kena siap2 bangun.

Tapi siyes bukan leh dapat tido sangat pun. Dah la sejuk, sebijik sebijon apa jadik kat luar tu jelas di pendengaranku. Kena lak bilik betul2 depan toilet. Asek dengo orang muntah je. Dengan isi perut kita skali rasa cam nak terkeluar..

Berjayakah Kak Kiah sampai ke puncak? Tunggu next entry yek..

10 comments:

  1. best entry ni tak jemu membaca! tak sabar nak tunggu next entry :P
    cayalah kak kiah...u go girl!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah KK cepat2kan abis citer trip kali ni ye. maklum la banyak beno masa mengulor skrg nih huhu..

      Delete
  2. Replies
    1. hehe.. pengalaman kali ni tak banyak drama tapi untuk newbie macam KK ni pengalaman Kinabalu ni antara yang pasti takkan dilupakan :)

      Delete
  3. aduhh kak kiah..cara kak kiah cter mcm sy pun join daki..hahaaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu ye ke. KK ada baca blog zila baru ni. ada gi Kinabalu gak kan?

      Delete
  4. aa ada..sy xde stamina mendaki..hahaha..bercuti semua nak ala2 diva gitu...wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi diva kaww.. haha. anyway zila, aritu ada study sket2 pasal melbourne fr yr blog gak. nxt mth nak pi ni. solo gak huiii nerbes dah ni.. any tips?

      Delete
  5. Fuhh..nak gi melbourne pulak..dasat. Rasanya xde masalah kat sana..byk tour yang boleh digunakan wlpn sensorg je..rini belek2 pamplet rini jugak mintak otel tlg bookkan..esok dah leh gi mana2. Tmpt yang yg dekat2 xyah la pkai tour sebab boleh guna tram yg free tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke noks? ok thanx. doa2kan KK selamat ye n doakan kot2 dapat kenal sorang dua mamat aussie mata biru yang ensem2 ahaha..

      Delete