Thursday, October 17, 2013

BANDUNG – DAY 3 – TRANSTUDIO

About 3pm, kami tahan cab depan hotel untuk ke Transtudio kat Bandung Supermall. Tambang cab Rp50,000 tak kisah apa jenis cab. Perjalanan amek masa dalam setengah jam gak sebab locationnya jauh sikit plus masa tu macet (jem) banget. Maklum la hari Jumaat kan, ramai orang balik dari masjid.

Transtudio ni the biggest indoor theme park in Indonesia, sama macam those in Makassar. Dalam Transtudio ni kita kena beli Mega Cash Card dulu kat kaunter depan. Sekali masuk kena Rp150,000 untuk weekdays, Rp10,000 untuk studio pass. Nanti kalo nak beli food, beverage or souvenir kat dalam tu kne top up duit kat card ni.

beli Mega Cash Card kat sini dulu
Mega Cash Card
Seperti yang dikatakan, Trans ni takde lah seluas USS. Rides yang gila2 pun tak banyak. Anyway, nasib baik masa kami datang ni takde la ramai sangat orang. So most of the rides tak payah lelama beratur.

First, kami masuk Marvel Superheroes 3D. Cikgu Elly suka sangat ngan movie superheroes ni. Sebab Kak Kiah lom tengok lagi movie tu, Kak Kiah ala blur2 gak. Tapi layan je lah. Nasib baik best. Effect 3D tu memang syiok.

Cikgu Elly tanak naik ride. So, Kak Kiah ngan Cikgu Shikin naik Vertigo. Fuh macam nak tercabut nyawa uols!! Terpekik terlolong kami ditunggangterbalikkan.. Tapi memang best la. Kak Kiah ni memang suka ride gile2 camni. Buleh ilang stress.

Kikiki.. terlolong2 memasing..
Tapi turun2 je terus Kak Kiah sakit kepala huhu.. Potong betol..


Masuk Trans Broadcast Museum. Nothing much. Cuma display je. So kami pergi masuk Science Center lak. Dalam ni best macam2 ada. Sesuai untuk nerd2 cam Kak Kiah haha. Tapi yang boringnya explanation in Indon. Puas la nak memahami. Tak tau la ngape tanak dibubuhnya bahasa omputih.

Then kami ke Magic Corner. Kat sini kami naik Sky Pirate. Alah yang kapal berlayar kat atas tu pusing satu Trans. Takde lah mencabar mana. Tapi tetap best sebab leh tengok view Trans dari atas. Tapi sebab Trans ni kecik kan, rasa dalam 10min dah habis tawaf. Ceh kejap je..

Dalam kul 5pm ada parade. Memang meriah sangat! Mcm2 character ada – nimo, dracula, elvis presley, marilyn monroe n mcm2 lagi.


Tapi sayangnya tak dapat bergambo ngan character2 tu sebab diorang cuma allocate sikit je masa bergambo after parade.

Lepas tu kami naik Dragon Riders. Nampak cam bodo je dragon turun naik. Tapi bila dah naik tu cam nak terkeluar isi perut tau.

After that kami ronda2 je tak naik ride. Kak Kiah nye sakit kepala pun makin kronik masa ni. Panadol lak tinggal kat hotel. Apepun, overall ok la tempat ni. Takde la gempak sangat macam USS tu. Rides pun lebih banyak untuk bebudak. Memang setengah hari je pun dah leh cover the whole area. Frankly speaking, harga tiket ~RM50 tu macam mahal je, x sesuai ngan apa yang ada kat sini. Apa yang diwar2kan kat media about Transtudio idok le seperti realitinya.

Pose before balik
Lepas tu kitorang masuk jap Supermall. Kak Kiah singgah kedai buku beli novel Indon Habiburrahman El Shirazy – Bumi Cinta. Kat kedai buku ni memang takde buku omputih uols. Sume english novel habis kne alih bahasa. Diorang ni memang wajib la pakai bahasa indon, even chinese kat sini pun ngomong indon. Tapi keburukannya ialah english diorang tak berapa bagus lah.

Buku2 Kpop bahasa indon haha
Balik dari Transtudio kami singgah ke BIP lagi skali sebab Cikgu Elly nak cari baju untuk anak sedara dia. Then kami menapak ke mana lagi kalo bukan Bakso Malang Karapitan (BMK)!! Hahaha. Ketagih ok. Selain dari lokasi nye yang dekat ngan BIP, dekat jugak nak balik hotel nanti.. menapak je 10 min huhu..

My dinner tonight
Lepas kenyang kami pun balik. Masa on the way ke hotel, ternampak la pulak kedai jual DVD. Eh apalagi singgah la masuk kan. Kak Kiah sorang je sebab cikgi2 berdua tu dah penat. So Kak Kiah pegi la usha2 DVD Korea yang ada. Murah sesangat okeh! Satu keping CD dalam RM2-3. So kira satu cerita kalo dalam 20 episod tu antara RM6-8. Murah tak? Rambang terus mata Kak Kiah. Kualiti? Ok kat kedai ni ada disediakan 2 pc untuk kita check sendiri mutu n keunggulan dvd2 tu so kita kena tengok la yang ada subtitle tu make sure ada english nye. Kalo BM mmg takde ye neng. Bahasa Indon je ada..

DVD Korea yang berjaya dibeli
Kak Kiah beli 6 cerita. Tamak haloba sungguh gitu. Benar la kata orang.. kalo disua branded bags ke, branded shoes ke tak dilayannya Kak Kiah ni. Tapi cuba sua DVD Korea.. hah laju kau membeli! So Kak Kiah beli citer Baby Faced Beauty, Cain and Abel, Deep Rooted Tree, Moon that Embraces the Sun, The King 2 Hearts & Love Rain. Kesemua best tip top condition, takde sangkut, takde missing episodes, takde subs tonggang langgang. Memang terbaek!!

Then balik bilik tengok cikgi2 berdua dah redi nak tido. Kak Kiah tido lambat again malam ni. Mengira ongkos la apalagi.. esok nak soping lagi hehee..

Hasil rampasan hari ke-3. Total damage =Rp600,000 heheh

2 comments:

  1. Ha'a..betul lah seperti cakap2 org yg pernah ke Transtudio tu...tak menarik sgt..mmg tak baloi lah eh bayar RM50 tu...bila sebut 5pm..JM terkejut sekejap..kenapa seperti jam 7.00 mlm je..hahaha baru teringat..ini kat Indon ma...

    CD Korea?..ahahha..kalau JM pun tak layan yg lain2 tu...CD Korea jgk yg jadi pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak berbaloi pun Trans tu. sapa nak gi Bandung kalo takde bawak budak kecik toksah le datang sini. orang dia sendiri pun tak datang tempat2 cam ni. mahal sesangat..

      CD korea rasanya yg terbaik KK penah beli kat Bandung la. puas ati ngan kualiti nya. harga dah la murah banget. next time pegi nak borong lg bebanyk huhuhu..

      Delete