Monday, October 21, 2013

KINABALU - DAY 1 - KINABALU PARK

Flight dari Senai kul 7.30am 23/5/2013. So malam sebelumnya Kak Kiah drive dari Segamat around 11pm sampai ke JB dalam kul 2am. Kak Kiah stay umah my brother kat Skudai before dia antar ke Airport Senai paginya.

Sampai je kat Airport Senai pagi tu, terus golot2 check in sebab staff AA suh cepat. Kesian anak2 sedara Kak Kiah tak sempat nak babai2 Kak Kiah dah kne masuk dalam. Dah la pagi2 buta kena bangun sebab nak kena ikut gi airport. Hehe. Sori ye anak2 sedaraku. Nanti acik beli souvenir kat Sabah.

Alhamdulillah cuaca ok.


Tepat 7.30am kami pun take off. Nothing much macam biasa la Kak Kiah lepas layan Nasik Lemak Pak Nasser terus pensan. Ngantuk weh semalaman tak tido!

Perjalanan amek masa 2 jam je (cheh macam la lama sangat tido). Kul 9.45am touch down di Airport Kota Kinabalu.

KK uols!!
Sampai2 je Kak Kiah meronda2 je dulu sekitar airport. Takde nak kejar masa pun sebab check in kul 2pm kang. Kecik je airport ni. Jalan 50 tapak dah sampai ujung. Kedai pun takde la banyak mana.

Airport KK
Kak Kiah dok tunggu bas LTT untuk ke KK town. Naik bas ni murah je RM2.50. Tapi bas ni buruk la n kecik. Tapi tak kesah janji murah kan. Kalo naik taxi maybe RM25-RM30.

Inside bas LTT
Bas ni nanti berenti kat depan Plaza Wawasan, pastu kena menapak la pegi ke Terminal Padang Merdeka untuk amek bas ke Kinabalu Park. Kau ingat Plaza Wawasan ngan Padang Merdeka tu dekat? Jauh hokeh. Bayang kan dengan mengangkut backpack sebeso tidak dalam panas2 tengahari buta tu.. fuh.. berapa kali rasa macam nak pensan. Ni baru tengah2 KK, lom sampai Kinabalu lagi huhu..

Gigih menapak ngan beg bagak
Tanya orang sana sini, akhirnya sampai kat Terminal Padang Merdeka. Terus amek bas. Eh bukan bas ye.. nama je bas, tapi sebenarnya van je. Untuk ke Kinabalu Park sorang RM15. Pastu kne tunggu van penuh dulu baru dia jalan. Agak lama jugak la menanti passenger penuh. 


Tunggu punya tunggu sekali tu ada 2 orang ni masuk kemain pekat kecek kelate. Rupanya diorang ni pun nak naik gunung gak. Wahhhh.. best best ada geng.. Sorang tu namanya Niza, sorang lagi Sham. Diorang ni bukan kapel tapi satu geng mendaki n diving. Sham ni dah kali ketiga naik Kinabalu so dah terel lah. Niza ni first time naik Kinabalu tapi dah biasa gak daki gunung2 kat Semenanjung. Wah segan akak.. diorang ni sure otai2 nye..

Tapi Alhamdulillah. Ada kawan.


Perjalanan dari KK town ke Kinabalu Park amek masa 3 jam. Kira jauh gak la sampai ngantuk2 dibuatnya. Dah la takde aircond. Separuh perjalanan boleh pulak hujan. Kemain berkuap bau peluh masing2 dalam tu. Perjalanan nak ke Kinabalu Park ni cantik gak view dia. Tapi jalan berbukit n kecik cam kat Cameron tu. Kalo ada lori depan huh masak nak memotong.


Jambatan Tamparuli (but not the one yang dalam lagu tu)
Tapi sebenarnya kan, dalam hati Kak Kiah dok dup dap duk dap lebih2 lagi bila dah mula nampak kelibat Gunung Kinabalu tu. Berkabus je puncak. Risau diri sendiri takde stamina satu hal. Risau cuaca pun satu hal. Dok pikir habis la aku esok ni ntah cemana gaya nak mendaki..

Jeng jeng.. Inilah dia Gunung Kinabalu. Astaga tinggi okeh!
Akhirnya kami pun tiba di Kinabalu Park. Cantik sangat tempat ni. N Alhamdulillah cuaca pun ok.

Welcome to Kinabalu Park!
Hepi mak uols..
First thing first, check in dulu. Pastu pegi buat urusan permit, insurance, guide, transportation kat opis sebelah. Permit n insurance dah cover dalam pakej kan, so yang ni Kak Kiah bayo RM128 untuk guide and RM33 untuk transportation return ke Timpohon Gate esok. Kak Kiah tanya gak Sham & Niza nak kongsi ke tak guide tapi guide pompuan la. Niza takmo. Dia kata nak guide lelaki. Ok.

Kinabalu Park Main Office & Visitor Centre
Me n Niza at Kinabalu Park
Since kami bertiga amek pakej yang sama, kami ditempatkan di Grace Hostel. Actually tak la jauh sangat hostel ni ngan office kinabalu Park tu, tapi dah gedebeh bahu nak angkut beg kan tak kuasa mak nak menapak. So untuk ke sana, diorang ada provide van.

Cantik gak la Grace Hostel ni. Peaceful je. Ok jom layan piccas..


Ada living room and pantry untuk buat coffee
Antara my fav things around Grace Hostel
Tapiiiii... ada satu benda yang Kak Kiah tak expect sesangat. U know what? Tak tahu plak dorm dia mixed!!! Adoiyai.. Tak memasal Kak Kiah terpaksa share bilik ngan Sham tu. Seriously Kak Kiah tak tau pasal mende ni. Nasib baik la toilet tak kne sharing. Kalo tak nangis la mandi kne pakai tudung.

Lepas siap letak beg sume, Niza & Sham ajak Kak Kiah ikut diorang pegi Kundasang sebab diorang nak beli barang2 makan n minum. Since Kak Kiah pun takde mende nak dibuat so follow je lah. Boleh gak cuci mata.

Untuk ke Kundasang ni tunggu je kat depan park tu. Kalo ada teksi sapu tahan je. Kos satu keta dalam RM30 i think. 

Kat Kundasang kami melepak je pekena roti canai. Masa tu lak hujan kan. Pastu beli2 apa yang patut. Kak Kiah cari kurma tak jumpa pulak. Bila hujan dah reda tu, nampak la sikit2 Gunung Kinabalu dari kejauhan. Perghhhhhhhhh!!!! Mampukah aku mendakinya esok ni? Cuak ok rasa macam nak tercabut jantung masa ni.

Gunung Kinabalu di balik kabus
Then lepas setel sume, kami pun gerak balik ke Kinabalu Park. Masa tu memang cam kat obersee you. Kabus tebal giler. Sejok tu toksah cakap la. Kaki gunung kan.

Feeling2 obersee jap huhu..
Kat Grace Hostel kami lepak2 je dulu sementara nak tunggu dinner. Kak Kiah ni pulak rasa cam tak tentu arah je sebab takleh nak online. Kat hostel ni takde wifi. Kena pegi opis HQ jauh lak tu. Last2 macam termati kutu je kat situ. Nak dok bilik ada Sham. Last2 lepak je kat living room tu. Oh ya lupa nak habaq. Masa ni Kak Kiah tengah period. Quite heavy lak tu, baru hari ke 2. Terer kan nak naik gunung time2 macam ni. Aduhai nak buat guane.. pasrah ajelah..

Lepas Sham solat, around 7pm kami bertiga pun terus menapak untuk ke Balsam Cafe nak dinner. Kira 10 min gak la jalan. Dengan cuaca sejok giler tu kan. Orang dah tak ramai masa ni.

Balsam Cafe
My dinner.. huhu ada kambing weiii suka sukaaa..
Makanan dia? Fuh memang sedap ok. Kak Kiah makan banyak giler. Diorang berdua tu alah secubit2 je amek lauk. Nasik pun takde. Kak Kiah tanak la rugi duit bayar buffet mahal2 tapi tanak makan kan. Energy kena ada (wah alasan) ahaha..

Sham & Niza
Sambil makan tu diorang citer la pasal pengalaman mendaki & diving masing2. Kire memang adventurous sesangat berdua ni. Pastu citer pasal bola lak. Rupanya Niza ni fanatik The Red Warriors. Selamba je kutuk JDT, TMJ siap. Wah2 macam takde perasaan je kan pada Kak Kiah orang Johor ni. Kak Kiah ni walopun takde la mengikuti sangat perkembangan bola-boli ni, tapi sentap gak bila orang ngata2 negeri kita kan. Main sedap mulut je minah ni bercakap. Tapi Kak Kiah mostly diam je. Malas nak cakap banyak sangat. Kita ni datang sorang diri kan, jangan pulak nak cari pasal ngan orang.

Setel makan kami balik ke hostel. Before tido, Kak Kiah gigihkan diri mandi gak walopun sejuk sebab semalaman tak mandi kan. Nasib baik la air panas ada lagi. FYI, heater sini off kul 9pm so kne make sure mandi before that ye.

Siap je semua terus pakai baju berlapis2, stokin 2 lapis n complete bertudung terus masuk dalam gebor. Yeahh tido time!! Kak Kiah amek katil atas, Niza & Sham kat bawah.

*cuak giler ada jantan satu dorm ni benonye... mudah2an Allah melindungi hambaMu ini.. janganlah aku diapa2kan huhuhu..

8 comments:

  1. mak ai kuatnya kak kiah mengalas beg besar gabak tu...semangat sungguh kagum MS tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20kg boleh? haha. sebenarnya mencarut2 gak sepanjang menggalas tu. rasa sungguh menyesal skali amek bas. tu lah kedekut nye pasal kan hehe padan muka..

      Delete
  2. KK. memang bahang jugak kalau org ngata2 pasal negeri kita kan. KK Segamat kat mana eh? Kita senegeri dan sedaerah nampaknya. Salute u girl bole meneroka dan travel sensorang.
    ~ kak Hanem~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa orang kampung ka? Hehe.. KK Segamat Baru :)

      Delete
  3. kak kiah.. nnt nak daki lagik ajak shin ek! #pelissss

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. tp ikut via ferrata la. mau? hehe

      Delete
  4. Assalam kak kiah...kite pon nak gi Sabah sowang2 bulan depan. Baru terjumpe blog kak kiah ni... mohon emailkan no. whatsapp akak, boleh kite borak2 share pengalaman.... a_comel@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik puan nor.. nnt KK email ya. kalo KK lupa, bole email KK dulu kat sini n_syamila@yahoo.com , maklum la KK ni dah tua cepat lupa..huhu

      Delete