Wednesday, October 23, 2013

KINABALU – DAY 4 – WATERFRONT KK

Sebenarnya kalo ikut plan, banyak tempat Kak Kiah nak pegi kat KK ni. Floating mosque, Signal Hill Observatory, Atkinson Clock Tower. Tapi disebabkan kaki tengah sakit giler maka kensel la sume tempat2 tu. So hari ni cuma cover Sunday Market Gaya St & Water Front je lah gamaknya.

Dalam kul 6 lepas amek baju kat laundry, kami terus menapak ke Waterfront. Takde la jauh sangat, dalam 20 min jalan. Sepanjang jalan tu ghalit tengok peniaga-peniaga kat tepi jalan. Macam2 ada jual. Happening uols! Bau laut pun best.

The Waterfront KK
Ingatkan nak port la minum2 kat mana2 kedai area Waterfront tu sementara tunggu sunset. Skali tu tengok rata2 bar je sepanjang tu. Sume ada jual beer bagai. Tak jadik la melepak. Just tunggu je sampai la tiba masanya matahari terbenam.

Menanti sunset
 
Bila tiba saat2 matahari terbenam tu, fuh masyaAllah sangat cantik okeh! Tak terungkap dek kata2...

Beautiful!
Ramai juga berselca & berposing2 di sini
 

Me n Sham beriye mencuba teknik fotografi


Peaceful
It's a view u shall not miss!

Yang paling tak tahan tu grup muda mudi sini. Tatau la awat diorang dok dressing cam muvi Gila-gila Remaja tu. Seriyes klako tengokkan. Dengan suar ketat, rambut rock kapak.. Rasa cam kembali ke zaman lampau lak tetibe. Kalo satu grup tu paham la jugak, ni mostly sume budak2 muda k. Memang takde la cam kat Semenanjung rempit hiphop bagai. Yang terbaiknya diorang ni ada la gak nyanyi2 sambil main gitar tu kan. Of coz la Sabahan kan.. suara best ok! Ada sorang budak kecik tu nyanyi memang sedap giler suara dia.

Gelagat muda-mudi KK
Lepas dah puas layan view, kami terus ke Night Market nak makan seafood. Dah lama gian nak makan seafood uols.. Segamat payah nak jumpa.. Kat sini seafood nya beso2 n fresh. Kuah pun sedap. Kat sini ada gak jual sayur2 n hasil laut yang lain. Kak Kiah ada amek gambo tapi sume blur habis. Frust tol..

Seafood n rumpai laut.. nyum nyumm..
Lepas makan balik ke hotel sebab Sham nak ke airport dah, flight dia malam ni. Tak lama pastu cab dia pun sampai, say babai2 sume then Kak Kiah port kat bawah je depan receptionist sebab nak buat keje tulis skrip bicara berirama untuk sekolah member Kak Kiah. Payah gak kat bilik line wifi selow beno. Nak ke CC jauh lak pastu cam bahaya je sini.

Lama gak Kak Kiah dok bawah tu baru naik bilik. Urut2 kaki before tido huhuhu... hazab kau..

7 comments:

  1. WAahhhhhhhh..ternganga jap..vie sunset tu mmmmggg cantikkkkkkkkkkk sgttt..mmg tak rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK ni mmg ada gile sikit sama sunset n sunrise hehe.. kalo boleh sume nak letak sini tapi darat sangat lah pulak haha. selain waterfront KK ni, kat tanjung aru beach pun orang kata view sunset nya lawa gak..

      Delete
  2. Ok abis dah baca.
    KK, waiting ur next Aussie trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tunggguuuu.. KK kne buat penutup stori KK nnt kita start ngan citer melbourne yek..

      Delete
  3. rumpai laut tu sedap kan kak kiah...terliur tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu rasanya cemana ek.. KK tak brp nak taste sangat la sbb tawar tapi cam crunchy2 gitu kan... ni first time makan..

      Delete
  4. best giler...time sya gi ujan je tiap ptg..mmg xdpt view2 mcm ni..

    ReplyDelete