Monday, December 30, 2013

KINABALU – DAY 5 – FILIPINO MARKET

Haaaa.. lama kan tak update? Ngeh3x.. biasa la ujung tawon kan banyak projek. Sori ye chuols. Ni KK try sambung balik cite Kinabalu sebab nak open new chapter trip Melbourne pasni.
 -----
Asalnya plan Kak Kiah arini nak ke Manukan Island. Semalam masa gi Jessleton memang ada usha pakej2 available untuk ½ day trip kan. Biasa kalo ½ day trip ni dari kul 8am sampai kul 1pm la. Tapi memandangkan Kak Kiah nye flight kul 3.30pm, which means Kak Kiah nak kena gerak ke airport dalam kul 2pm risau gak la kan berlakunya adegan tertinggal flight sekali lagi. Pikir punye pikir, Kak Kiah batalkan je niat nak ke Manukan Island tu. Maybe some other time..

So plan ditukar kepada shopping2 di Filipino Market (erk soping lagi?). Kira market ni sebenarnya cam pasar kraftangan la. Ada gak jual benda2 yg sama cam Sunday Market aritu cuma mahal sikit la. Memandangkan ada few barang Kak Kiah tak beli lagi lebih2 lagi yang untuk diri sendiri punye, so cari kat sini je.

Best gak cuci2 mata.. Barang pun banyak cantik2..
Banyak hasil kraf yang menarik


Pearls yang berkualiti n cantik2





Then pegi cari ikan bilis, ikan kering & udang kering lak nak bawak balik. Rugi la kalo tak beli sebab murah & fresh barangan laut sini. Pastu diorang siap buatkan kotak bungkus cantik2 untuk kita. Bagus kan customer service.




Tatau ape mende ni tapi mahal kemain..
Melayan kapal2 berdekatan market


Lepas puas merayap2 Kak Kiah singgah lunch dulu kat Segama Complex sambil cuci2 mata tengok orang lalu lalang. Then baru balik hotel untuk check out.

Mintak receptionist call kan cab untuk ke airport. Lama gak la tunggu rasanya dekat kul 2pm baru cab driver sampai. Nasib baik la flight lambat lagi.

Kat airport KK pegi drop luggage dulu. Punyelah ramai umat manusia kat airport tu. Yang geramnya ada yang jenis tak reti beratur. Muka selamba badak je potong queue. Pastu marah2 kat staff tu bila beg dia tak lepas. Ada ke beg bagak tu dia boleh shrink wrap? Bongok giler. Cong ceng cong ceng mengamuk2 marah kat staff airport tu. Awak yang tak sekolah nak marah orang plak. Setakat beli barang berbondong2 barangan laut kat KK ni apa kelas nak bergado ngan orang.. lain lah berbondong2 tu barangan branded ke, jewellery ke.. heran gak aku..

Nak tau apesal Kak Kiah bengang giler ngan nyonya tu? Ha sebab dia la luggage Kak Kiah miss tak dipasang tagging oleh staff tu. Yang Kak Kiah plak tak perasan, terus je bawak masuk untuk drop luggage. Dah la kena beratur lama, sampai depan je tengok tag takde kat beg. Adoiiii.. tak memasal kena pegi balik scan beg. Kan macam jahanam tu namanya?

Nasib baik flight lambat lagi.

Dah setel sume, Kak Kiah lepak je kat depan airport tu. Cuci mata lagi tengok orang lalu-lalang. Boring sangat nak tunggu bila nak terbang balik Johor ni.
Dah puas merayap Kak Kiah pun masuk la gate kan. Fuh memang ramai ok orang. Rupanya flight delay lah pulak. Adoi bosan bosan.. Dah la kat dalam tu takde mende sangat. Termangu la cam orang bodo.

Dari 3.40pm akhirnya 4.30pm baru masuk kapalterbang. Mata lak makin lama makin memberat mengantuk. Lepas take off tak tunggu apa lagi dah.. pensannn..

Sampai JB kul 6.30pm. Alhamdulillah selamat semuanyaa...

No comments:

Post a Comment