Tuesday, December 31, 2013

MELBOURNE – DAY 1 – ROYAL BOTANIC GARDENS

RBG ni kedudukannya sebelah je ngan Shrine of Remembrance. Tapi kena jalan lah sikit. And garden ni sebenarnya tersangatlah luas. Ada 8 pintu masuk, Gate A sampai H. Dari Shrine Kak Kiah masuk ikut Gate G.


Since masa ni pun dah petang, Kak Kiah takde la nak cover semua. Just cover sampai lake je. Tu pun risau sebab tengok cam tak ramai orang. Kalo ramai pun dekat area2 mengadap Alexandra Avenue sebab ramai orang joging2 situ.

Masa ni dah end of spring, so bunga2 pun tak berapa nak mekar sangat. Tapi sebab suka sangat tengok bunga comel2, agak ghalit jugak Kak Kiah kat sini. Sebab memang macam2 species ada tau. Pastu bau wangiiiii jer....

This entry tak banyak cerita. So moh ler tengok gambo ye...





Kak Kiah melepas lelah..
Bunga2 yang comel




Salah satu kolam di Pioneer Women's Memorial Garden
Lagi bunga2an comel
Kaktus pun ada
Laluan menuju ke Ornamental Lake. Wangi betul area ni..



Pasangan itik bergumbira di waktu petang
Ornamental Lake

Peaceful

Merenung nasib diri huhuhu..
Pokok ni cam yang kat Cameron Highland tapi saiz lagi bagak
Dalam garden ni sebenarnya aman damai je. Sesuai la bawak family lepak2 sini petang2. Tapi datang awal la sikit jangan senja2 lak macam Kak Kiah ni huhu.. naseb baik takde momok Ostolia ikut balik..

Dah kul 7pm Kak Kiah pun kuar la dari Gate A and menyusur Alexandra Avenue sebab nak ke city balik. Nak tau ngape tak direct terus pegi Msian Hall? Hehee.. sebenarnya Kak Kiah terlupa nak salin direction naik tram apa n benti kat mana uols. Hazabedah kan?

Masalahnya punyelah jauh ya rabbi Gate A tu nak ke St Kilda Rd. Menapak cam nak tecabut kaki. Tengok peta macam dekat hehe. Jalan punye jalan dekat 45 min kot baru sampai St Kilda Rd tu, tembus depan NGV & Arts Centre. Pastu tengok2 cam dah tak jauh dari Princess Bridge and Federation Square. So... jalan lah lagi... masa ni memang tatau la nak cakap. Meraung kaki ni ha.

Lalu kat Princess Bridge masa ni dah masuk Maghrib dah. Sempat amek gambo kejap walopun gambo kureng sebab senja kan. 

View of Yarra River dari Princess Bridge
The Flinders
The Southbank
Then lepak kat Federation Square untuk online semata. Lepas check cemana nak ke Msian Hall, terus tahan tram and patah balik lalu St Kilda Rd semula untuk ke Msian Hall. Sedih kan cara perancangan Kak Kiah ni? Caca merba. Hai nasib baik la sorang. Kalo ada group ni memang harus dapat makian percuma hahaha...

9 comments:

  1. Lah ms ingatkan KK travel dengan member tadi...sorang rupanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang la.. membawa diri kekdahnyer haha..

      Delete
  2. Lawanya melbourne, next trip harus ke sini yippeeee

    ReplyDelete
  3. RBG Melbourne lebih cantik dan besar dari RBG Sydney lah...apa? 45min jln...jauh tu gate nya..klaau JM..mahu rebah dah kat sana heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan mak limah harus la 45 min. Kalo omputih jalan cepat ler kot hehee... Tapi mmg besar RBG ni. KK tak cover semua pun sebab dah maghrib takut gate tutup huhu..

      Delete
  4. maaf tanya....KK kan gi solo..photo yg snap dgn gmbr manja KK tu siapa yg ambil...?

    ReplyDelete