Wednesday, January 1, 2014

MELBOURNE – DAY 1 – MALAYSIA HALL

Malaysia Hall ni located at High St. Nak ke sini naik tram no 3, 5, 6, 16, 64 or 67 and stop kat Stop#27 St Kilda/High St.

Memula tu bila dah turun dari tram, Kak Kiah ingat salah turun sebab bila tengok surroundings cam sunyi je and bila jalan along High St tu tak nampak pun building Malaysia Hall ni. So Kak Kiah patah balik ke tram stop tu and study balik map. Betul lah jalan tadi. Again patah balik and tengok betul2. Akhirnya baru nampak.. laa seberang jalan rupanya. Maklum la dah gelap kan, mata pun blur.

Malaysia Hall Melbourne
Sampai je tengok ada few students kat kitchen tengah makan. Terus panggil Chef. Akhirnya jumpa jugak huhu.. Chef ni actually Kak Kiah dapat info pasal dia from thread Melbourne kat forum CARI. Kira untuk tour Philip Island & GOR Kak Kiah mintak tolong dia la untuk arrangekan. Since Kak Kiah tak pakai henpon and susah nak communicate pakai email, tu yang Kak Kiah mai sini terus jumpa dia. Nak bincang terus la kononnya. Sambil tu dapat gak la tengok rupa paras Msia Hall ni cemana..

OK kita tengok2 dulu picca..


The living hall



Tangga untuk naik ke bilik2
Kitchen tapi guests takleh masak sini tau

Msia Hall ni kalo guests nak duduk murah la, dalam 20AUD for the first 2 nights and then 30AUD after the 3rd night. Tapi kena booking awal and takleh lebih dari 5 hari. Pastu selain guests, students pun ada gak dok sini. Diorang nye rate pun murah gak, around 15-18AUD per night. Kat sini yang bestnya makan terjaga sikit la sebab ada Chef masak kan. Bekpes n dinner standard ikut menu. Price 3AUD bekpes, 7AUD dinner. Murah gile babeng kan? Takyah pening2 cari kedai halal.

But ada disadvantage gak la dok sini. First, location yang agak jauh dari city so kena naik tram.  Second, sini semua orang Malaysia je la so kalo macam Kak Kiah ni rasa kureng sket la... dah datang negara orang takkan nak campor melayu2 gak kan. Tak world lah gitu kan. Haha.

First sekali Chef suh makan dulu sebab ada banyak lauk lebih. Free takyah bayo. Hehe suka Kak Kiah. Lauk lak sambal udang & ikan goreng. Pergh sedap ok!! Sebab free tu lagi la bertambah sedap!

Sambil2 makan tu kita cerita-ceriti la pasal background memasing. Get to know each other lah kononnye. Chef ni mid 40s I think, pangkat abang2 la. He’s married tapi anak bini sume ada kat Msia. Dah few years gak dok sini. Selain jadik chef kat Msia Hall ni, kadang2 dia ada buat la kuih2 melayu and jual kat Consulate & students Malaysia. Pastu kalo ada Msians datang sini, ada gak yang dia arrangekan tour untuk diorang. Kalau nak mintak tolong dia masakkan untuk bawak bekal masa tour pun boleh. Harga dia pun murah je.

Chef ada cerita pasal masalah students yang dok sini. Ye lah.. kes tak bayo, kes cabut gitu je, kes banyak komplen n macam2 lagi. Katanya next year undang2 kat sini strict sikit la untuk students. Hmm tak faham Kak Kiah. Dah la dok sini murah, patutnya student2 tu bersyukur la kan, ni lagi nak buat hal. Masa zaman Kak Kiah study kat Leeds dulu, takde pun dok Msia Hall bagai ni tau.. dengan duit JPA yang ciput tu la nak bayor rent yang mahal and kena keje part time lagi kalo nak cari duit lebih.

Borak punye borak tengok jam pun dah kul 10pm. Chef nak bawak Kak Kiah pegi Coles sebab Kak Kiah nak cari roti. Sementara nak tunggu dia siap2 kemas dapo tu, Kak Kiah tolong gak la sapu n bersih2 kat kitchen. Dah orang bagi makan free kan, kena la reti berterima kasih. Baik Kak Kiah ni kan ahaha..

Kami pegi Coles naik keta. Tak la jauh mana. Chef ada gak la tunjuk few spots yang happening malam2 kat area situ, esp for gays n lesbians. Kalo nak gi strip club pun boleh dia tunjukkan kalo Kak Kiah berminat katanya. Muahaha kau jangan Chef.. Kak Kiah ni pantang dilawa..

Anyway, Coles ni macam supermarket la. Ada banyak jual bende murah2. Chef ni rajin masak kan so sambil kami pick2 barang tu dia stori la apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan. Memang helpful la. Kak Kiah beli roti, air kotak and biskut untuk bekal esok.

Then kami balik semula ke Msia Hall. Sebelum Kak Kiah balik, sempat lagi Chef suh tapau nasik n lauk sambal udang tu untuk lunch esok. Hai baiknye la hai Chef ni. We plan to meet again Saturday ni sebab dia cuti and so dia nak join melepak ngan Kak Kiah kat St Kilda’s.

Lepas babai2 Kak Kiah pun balik. Masa tu dah kul 11pm+. Pergh gile dah lewat. 

Kak Kiah yang kecapekan dalam tram
Cuak gak masa turun tram kat depan State Library tu tengok ramainya orang mabok. Kak Kiah jalan pun menunduk je. Dah le masa tu sejok gedi hanya Tuhan yang tahu..

Sampai bilik tengok sume dah tido. Terus mandi n semayang pastu baru tido. Lega hari pertama berjalan dengan lancar. N Happy Birthday to me! Alhamdulillah rasa sangat2 bersyukur berpeluang lagi sambut besday kat negara orang. Kalo masa besday last year kena tido kat Airport Incheon sebab tertinggal flight (ingat lagi tak? haha), tahun ni punye besday dapat tengok banyak2 benda menarik kat Melbourne. Hadiah untuk diri sendiri J

Sambil berangan2 n senyum sorang2 tu last2 tetido Kak Kiah. Esok nak gi Philip Island uols!!  

19 comments:

  1. Aper lagi.. terima je la. offer chef tu kak kiah..
    Nak gak tengok strip club tu camner! hehe

    ReplyDelete
  2. Kak Kiah mana pic chef tu? nak tengok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa masa ni tak snap picca dia. tunggu nanti next2 entry KK letak. ada few times gak KK lepak ngan dia.

      Delete
  3. Kak Kiah...baik betul chef tu..siapa namanya...org msia ke org sana...ada gambar tak...hamboi beriya2 kan JM ni..

    Kak ni kan permaha dan baik sbb tu ramai org senang nnk get long ngan kak kiah tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Msia n orang melayu. Namanya Chef Aznil. Memang baik orangnya.. KK ni kalo orang tu baik n peramah, berganda la KK punye peramah huhu. Bawak diri kat tempat orang kan konsepnya.. tableh sombong2..

      Delete
  4. bestnya kak kiah..huhuhu next trip saya melbourne..boleh la rujuk blog ni..

    ReplyDelete
  5. akak, klu tk duduk MH tu tp nk minta tlg chef tu arrangekan local trip agak2 blh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK x pasti chef ada lg ke tak kat sana sbb aritu mcm dah balik Msia. Tp kalo dia ada lg kat sana boleh cuba tanya la kot..

      Delete
  6. salam akak...ade charge lain tk yg kena byr?klau duk msia hall ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Charge lain xde. Cuma deposit agak tinggi la 200AUD.

      Delete
  7. KK ..Saya dah ke Melbourne sept 2014..
    Baru terbaca blog KK ni.. Saya pergi sbb nak tgok festival tulips...kbtulan bru jer open. Bunga pun tak bpe beso...tp ok la utk lps kempunan nak bercanda di di sebalik pokok3 bunga tulip yg pelbagai warna iteww...
    Mission accomplish...

    ReplyDelete
  8. kak kiah..may i have ur contact no

    ReplyDelete
  9. cz group kami nk pegi disember 2015 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. email KK kalo nak tanya apa2 ye. n_syamila@yahoo.com. letak sini kang ramai lak tepon nak ngorat huhuhu pasannyer..

      Delete
  10. KAK KIAH AKAK DAH EMAIL KAT EMAIL KK....BYK SOALAN TU...TERIMA KASIH

    KAK NAK G 31 DEC-4JAN THEN G TASMANIA PULAK...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah saya dah lulus memohon utk menginap di MH melbourne pd may 2016. ckup tak sabar rasanya sb inilah kali pertama menjejak kaki ke aussie. Saya tak ikut mana2 travel agent n mmg rasa nak free n easy shj spanjang disana sb blog2 byk membantu. Insyallah sy akan ikut satu persatu dr pengalaman smua bloger2 dr malaysia. terima kasih juga utk blog ini.. byk info sy dapat.

    ReplyDelete