Wednesday, January 15, 2014

MELBOURNE – DAY 4 – GREAT OCEAN ROAD PT3

Kemudian kami pun menuju ke 12 Apostles. Tak jauh sangat dari Loch Ard Gorge pun, masih dalam Port Campbell National Park.


Sampai2 sini masa tu dalam kul 3.30pm. Matahari memang terik giler macam kul 12pm kat Msia. And kami cuma diberi masa 1 jam kat sini. What??? 1 jam je? Kak Kiah cam heran la kan kenapa macam rushing je. Biasanya 12 Apostles ni last destination pastu dah balik ke Melbourne. Kalo tengok pakej2 GOR lain mostly sampai kul 9pm kat sini and sampai Melbourne around 11pm. So Kak Kiah tanya la driver bus tu. Dia kata kena sampai Melbourne sebelum kul 6.30pm. Sebab dia ada hal malam ni. Aduhhhhh... sabar je la.. Frust sangat2. Kak Kiah tertipu tertipu uols!!

Ini lah padahnya bila tak check pakej seblom beli ye adik2..

Anyway what to do. Nasik sudah menjadi bubur. Maka teruskan lah acara mengambil gambar dengan hati yang penuh sebu.

Five of the 12 Apostles - satu dah collapse
View dari jauh
Tinggi tau tebing ni
Another lime stack
The furthest u can get.. pastu zoom la kamera anda ye..
Pretty amazing huh?
Matahari terik memancarkan sinarnya
Boleh jalan sampai hujung tebing sana
Lagi satu yang frust, matahari terik sangat2 so memang tension nak amek gambo. Bepinau2 mata rasanya. Orang pulak punye lah ramai (mind u masa ni Sunday).

The view memang cantik amat, cuma Kak Kiah seriously tak berapa nak enjoy sangat pun. Bukan tak bersyukur, tapi expectation tinggi sangat kot. Kak Kiah dok la expect akan tiba sini time remang2 senja gitu kan.. tapi nan hado.. Masa pulak kejap sangat. Nak jalan dari bas je dah almost 15 mins. Pergi balik dah ½ jam. Singgah beli kopi dah 10 min. Singgah toilet dah 10 min. Cer kira brape min yang tinggal? Edih angat...

Ok lah cite sket pasal 12 Apostles ni.  Limestone cliffs ni terbina akibat hakisan angin sejak bermilion tahun sudah. Dulu2 orang panggil lime stacks ni the Sow & Piglets, pastu ditukar pada the 12 Apostles.  The Piglets ni yang stacks kecik2. N setiap stack ni ada nama2 tertentu. Salah satu yang Kak Kiah ingat – Judas – stack yang collapse pada tahun 2005. Selain tu ada Gog & Magog. Setiap tahun cliff ni akan terhakis sebanyak 2cm. So imagine what will happen in the next 50 years? Apakah lime stacks ni akan masih teguh berdiri? Dari 12 Apostles, now cuma tinggal 8 je. So if datang ke Melbourne, pastikan anda join GOR trip ni and datang ke 12 Apostles ni. We never know what will happen in the future, adakah berpeluang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan ni? Wallahualam..

Six of the 12 Apostles (taken from Ipad so gambo ok sket). Nampak tak Judas?
The Gog & Magog
Close up sket
Percubaan selfie yang senget benget huhu
Hanya satu je gambo yang semenggah. Yang lain ke laut hasilnye..
Masa on the way nak balik ke bas, Kak Kiah dok pikir2 macam nak stay je tanak balik ikut tour bus tadi. Ada ke balik awal, apa baranggg... Kurang2 tunggu la sampai sunset ke. Kak Kiah plan nak balik ikut bas lain. Atau naik public coach balik nanti ke Apollo Bay – Geelong then naik train ke. Tapi Kak Kiah tak pasti lak jadual coach n train. Buat hal kang tersangkut sensorang kat sini.. So Kak Kiah approach la tour guide and luahkan ketidakpuasan hati dengan masa yang dia bagi. Dia kata tak boleh naik bas lain sebab agensi dia responsible atas keselamatan semua penumpang, mesti pastikan jumlah pergi dan balik ke Melbourne sama seperti dalam rekod. Namun begitu agaknya sebab kesian tengok muka Kak Kiah ala2 sedih ni, dia setuju untuk make one more stop lepas ni.

Okay lah tu dari takde sob sobsss...

So next kami menuju ke Gibson Steps lak. Tak le jauh.. dekat je dari 12 Apostles tadi. Cuma dapat tengok dekat sikit la lime stack yang nama Gog & Magog tu.

Ok enjoy the piccas..

The Gibson Steps
Mind your step people..
Tangga menyusuri tebing setinggi 30m
The Magog from different view
Boleh pegi dekat lagi kalu mau.. but pretty far gak la nak jalan

Macam kat canyon pun ada
Sesi shooting iklan hahaha..

Ombak kuat. Jangan buat hal lak nak mandi sini..
Kantoi tripodku senget hehe
View dari atas tebing

Mendamaikan..

So about 4.30pm kami pun bergerak balik. Takde la dapat nak tengok the London Bridge pun. Aduh sedih sungguh. 

Melalui ladang kambing biri2
 

Lombu pun hado
Dalam bas Kak Kiah terus tido dalam kekecewaan.

Memang sangat2 tak puas hati dengan trip kali ni. Kalau tau, Kak Kiah tanak amek pakej camni lagi. Dari sepanjang2 GOR tu hanya cover 3 tempat je. Tak ke sadis tuh namanya? Kalo refer ngan orang lain punya trip (even yang ikut pakej tour pun) paling tidak mesti cover 3-4 tempat lagi. Memang sungguh mendukacitakan. Nak tengok kangaroo tepi jalan? Yilek. Nak naik lighthouse? Yilek. Nak tengok sunset view? Yilek. Poracit. Paling tableh blah tu kena balik Melbourne cepat sebab driver ada hal lain. Gile betul.

So pada those yang nak cari pakej GOR jangan la ikut tour macam Kak Kiah ni. Kelihatan murah tapi sangat2 tak berbaloi. Better amek pakej yang cover banyak tempat, tak kesah la kalo balik Melbourne kul 11pm. And lagi satu, masa untuk datang sini tu penting. I guess end of spring bukan masa yang terbaik. Nak tunggu sunset kul 8.30+. Mampoo kau? So better datang time autumn. Just nice la kot senja around 5-6pm tu. Ada risiko hujan but apa guna weather forecast tu kan? Guna sehabis baik. Kalau nak lagi baik, drive sendiri. Laaaaagi puas hati. Tak perlu tahan idung bau busuk dalam bas and pening kepala kalo driver bawak lelaju.

Untuk mengubat hati yang lara, nah Kak Kiah blanje gambo 12 Apostles yang dicilok dari gugel. Just nice di remang senja buat motivasi adik2 sekalian datang ke sini..


Sampai ke Melbourne masih cerah lagi. Balik hotel, mandi n semayang pastu lepak kat kitchen. Layan megi n sembang2 ngan bebudak tourists lain. Ada satu mamat ni hensem beno kawan nengokkan. Italian ok. Depan2 dia Kak Kiah puji dia hensem, boleh gitu? Hahaha gedik. Dia punye lah eksen tunjuk gambo dia pegi GOR last year masa autumn. Pastu ada gak sorang minah Korean & mamat dari UK. Sembang2 la sambil tengok tv. Sume cite pasal engineering, pasal islam, pasal travel keluar. But they’re all nice people, and friendly. Takde judgemental pun n layan Kak Kiah baik je.

Backpackers having dinner
My dinner.. megi saja..
About 12am, terus naik bilik. As usual sume rakan2 sebilik dah berdengkur. Sebelom tido pegi bukak la forum MPS. Dah terbabit dok baca pasal stori budak ilang kat Villa Nabilla. Pastu takut sendiri2. Nak gi toilet pun seram huhu...

Good nite Melbourne!!

14 comments:

  1. Rasanya batu2 terpacak tu cantik lagi kat Halong Bay Kak Kiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK..Halong Bay tu di Hanoi Vietnam :-) JM pun belum pernah sampai sana

      Delete
    2. Oh ye ke.. musti cantik ni. Nanti KK gugel kot2 tergude nak ke sana pulak hehe..

      Delete
  2. alaaa...menci menci mana cukup 1 jam...dah view kat sana cantik yatmats...kalau dah tahu ada hal..kasik lah kat org lain lead tour tu kan..ishh geram..ehh. tetiba lak JM emosi heee

    WAh..nasib baik KK bijak..leh singgah onother stop..cantik view kat sana..dana dalam salah satu pic tu JM perasan blogger Mrs Smile pernah bergambar kat sana..ohh..dia dh pernah ke Melbourne rupanya...Ya ampun...cantik betul view Apostles tu waktu sunset..oh melbourne..indah betul ciptaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik JM tapi tu lah dunno why masa sampai tu ala2 tak seronok rasa. Maybe sebab rasa mual tu terbawak2 kot huhu. Anyway kalo ada rejeki datang Melbourne lagi, KK for sure akan try repeat balik GOR ni..

      Delete
  3. gambo Italian hensem tu mana KK...hehehe (mood gediks..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada tu.. depan mamat botak baju putih. masa ni KK malu2 nak tego depa lg. then lepas dah borak2 terus lupa nak amek picca togeder2 oh nyesal..

      Delete
  4. wahhh x sedar KK dah up citer Melbourne ni, sangat tunggu citer 12 Apostles ni.Walau KK xpuas ati masa tour kat sini tapi akak enjoy nengok nya...Hmmm tangga susur tebing 30 m tu baru tgk pic dah rasa semput lom lagi mendaki nya. Harap satu hari nanti akak akan berpeluang gi sini tapi harap2 jangan Apostles tu dari 6 tinggal 2 je nanti or sume dah colapse kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. akak mesti datang sini, and at a better time tau. jangan amek end of spring/summer. KK ni rasa ralat tak habis lagi pasal GOR trip ni actually huhu...

      Delete
  5. tumpang simpati ngan KK...dah lah dtg tempat yang wajib datang..kalo macam nie ada harapan utk repeat melboune next time! kalo datang lagi jgn lupa helo-helo ms sama yer :)

    memang frust kan sebab tak dapat tunggu sunset..time ms datang sini dulu dapat gak tunggu sunset memang cantik sangat tak tahu nak cakap mcm mana!

    tapi itulah rasanya drive sendiri ke sini rasanya lebih berbaloi sebab kita bole spent time sesuka hati kiter jer...


    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik ye masa sunset.. ala tgk blog mrs smile tak jumpa pun entry pasal melbourne? semunyik kat mana tu puas den godak..

      Delete
  6. Saya dok pikir kalo pegi one day trip macam mana nak solat ye?

    ReplyDelete
  7. as salam kak..nak tanya..kalau pergi GOR bawa baby around 5month..better drive sendiri atau follow guide tour yea?

    ReplyDelete