Tuesday, January 28, 2014

MELBOURNE – DAY 6 – A NITE TO REMEMBER

Wahh tajuk.. kelas kau.. tetibe lain dari yang lain.

Alrite sambung dari citer last entry. After lunch kat Space Hotel, Kak Kiah pun balik bilik. Semayang n pack siap2 sebab esok pagi dah nak balik (sob sob). Nak pack malam ni takut tak sempat and takut mengganggu rakan sebilik yang lain. Tengah2 pack tu datang sorang minah saleh ni baru check in kot, dok katil atas Kak Kiah. Dia ni chef dari France. So sambil2 buat keje tu borak2 la kejap. Peramah gak minah Perancis ni.. Kak Kiah dulu2 pernah la pegi Paris zaman study (my sis study kat France), so at least ada la modal sikit nak sembang. Yang best tu sebab dia chef kan.. wah.. teruja dengar dia cite pasal masak2 huhu..

About 4.15pm, Kak Kiah pun siap2 nak kuar. Dah janji nak jumpa sorang adik ni, dia student kat RMIT. Kak Kiah tak pernah jumpa dia before this. Rupa pun tatau cemana. Masa Kak Kiah plan trip Melbourne ni, asek la dok tanya sorang kawan yang selalu datang outstation kat sini pasal Melbourne. Since banyak sangat soklan Kak Kiah ni, dia bagi contact number sorang student Mesia ni. So selama berbulan gak Kak Kiah dok berhubung ngan student ni, tanya macam2 la.. bab Myki, makan halal, tempat nak visit etc etc.. So kira ni nak blanje dia kopi la kiranya sebagai tanda terima kasih. Selain tu nak bagi dia hadiah DVD collection Tanyalah Ustaz & Ceramah Ustaz Kazim as a souvenir – yang arwah Ayah Kak Kiah ada rakam and pesan suh sedekah before meninggal aritu – since kawan Kak Kiah cakap budak ni budak masjid kan and Kak Kiah pun tatau nak hadiahkan apa dari Mesia.

Janji nak jumpa 4.30pm kat San Churro’s yang located sebelah State Library. So tak jauh le kan, menapak je.

Bila sampai tengok takde nampak pun budak melayu. Beli kopi n online dulu (San Churro’s ada free wifi).


Mengopi sambil bertenet
Tak lama pas tu budak tu sampai. Eh. Macam kenal je. Terkedu jap Kak Kiah.

Nak tau sapa?



Taraaaaa!! Siti Sarah from Nur Kasih uolssss.. Umi Nazeera rupanya!!

Haha. Lawak betul. Agak selama ni Kak Kiah dok contact ngan retis rupanya. Kak Kiah memang minat dia ni belakon. Teruja terus youu.. Kawan Kak Kiah pun tak cakap student ni retis. Sebab nama dia pakai kat profile pun Nazeera je.

Anyway, in person... dia lawaaaaaaa sangat! N sopan sangat. Alim pulak tu. Kak Kiah pulak malu sendiri sebab pakai kemain rugged nih. Hehe. First time ni rasa rendah diri ngan retis.

So kami borak2 ler. Memula tu Kak Kiah tatau nak borak cemana. Sebab masa tu kan tengah kecoh pasal kes dia kawin senyap2 ngan mamat cas alim tu. Plus masa ni tengah promo muvi Penanggal kan. Tanak la nampak sangat selalu berumahtangga kat bod gosip tu haha. So Kak Kiah borak cam borak ngan student je lah, tanya pasal studies, bila grad, how’s life kat Melbourne etc etc.. Rupanya dia dah nak abis dah. Baru abis final exam. So lepas ni balik Mesia for good lah. Maybe kije ngan mak dia. Berlakon tak pasti lagi sebab dia takut terjebak balik macam zaman dulu2. Kak Kiah respek ok dengar dia cakap. Ye la dia kan kira baru2 berhijrah ni. Dia cukup risau takut tak istiqomah bila balik nanti. Pulak dia tu memang sangat passion in acting. Kat Melbourne, takde orang judge dia.. but kat Mesia maybe ada, and maybe lagi banyak dugaan. Kesian kan. Kak Kiah ada stori gak masa zaman2 study dulu, ada la bagi nasihat sikit2 kat dia how to handle life after this (walopun Kak Kiah pun ke laut sebenarnya haha).

Lepas abis kopi dia ajak nak blanje dinner lak kat PappaRich, salah satu Msian Restaurant kat sini. Mahal tau tempat ni. Memandangkan Kak Kiah duit pun tak brape nak ada masa ni (malu woh dengan retis lak tu!), Kak Kiah terus tidak menolak pelawaan tersebut kekeke..

PappaRich yang terletak berdekatan State Library

Ramai juga Msians dalam ni I think
Masa dinner tu borak lagi. Masa ni dah kurang malu sikit. Citer pasal cinta2. Of coz Remy Sehak masuk topik. Tapi sume ni secret lah kan. Biarlah rahsia dia Kak Kiah simpan. Hehe.

Lepas dinner kami singgah ke Melbourne Central Station sebab Umi nak solat Maghrib dulu. Kat sini ada Baby Changing Room yang agak selesa untuk bersolat. Since Kak Kiah niat jamak ta’khir, so Umi je lah yang solat. Kak Kiah snap picca je.

Baby Changing Room yang agak luas
Ceria dan bersih
Kalo kat Mesia ni mesti jadik tempat mengular makcik2 cleaner


Then kami meronda2 CBD. Dari Melbourne Central tu menapak la sampai ke The Crown Casino. Cadang nak tengok fire show kat depan tu sebab seblom2 ni Kak Kiah tak sempat tengok. Banyak lagi yang kami borakkan. Apa yang Kak Kiah boleh katakan, dia ni memang bagus la budaknya. Walopun dulu masa datang sini life agak meliar juga, tapi Alhamdulillah sekarang dah berubah. Setiap kata2 yang kuar dari mulut sume berisi je. Lepas tu sangat2 humble. Maybe sebab dia berkawan2 ngan orang2 yang baik kat Melbourne ni kot. Kak Kiah doakan dia semoga berkekalan la dia macam ni sampai bila2. And mudah2an bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. Amin.

Xmas deco atas bridge - semalam takde
Melepak di tepian sungai again

One of the bridge crossing Yarra River
Fire show sudah bermula
The Crown Entertainment Complex


Fire show ni setiap sejam kot, bermula kul 9pm. Kalo nak tau, The Crown ni kalo di kalangan kafirun agak femes sebab tempat judi. Kalo malam minggu memang penuh orang sini. Tapi memang happening gak fire show tu. Sume orang was like "oooohh.." "ahhhh.." hehe

Pastu kami pun gerak balik. Rupanya umah Umi dekat je ngan State Library tu. Lepas say bye2 and promise to keep in touch, Kak Kiah pun menapak balik ke hotel sambil senyum sensorang. Mana nak jangka kan jumpa retis yang kita minat kat sini huhu. Kak Kiah ni memang minat habis drama Nur Kasih tu. Nasib baik leh tahan diri dari mintak otograp bagai haha..

Balik bilik terus mandi n solat. Tido awal coz pagi2 esok dah nak ke airport. Seblom tido senyum lagi.. heheee.. so happy... :)

36 comments:

  1. wah bestnya kakkiah jumpa retis pojaan hati...tapi bagus la dia duk pikir psl istiqomah kat mesia...dia pikir jauh tu...insyaAlllah moga dia dipeliharaNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. KK harap pun camtu. nampak dia ni jenis matang la cara berpikir. mungkin pengalaman idup kan..

      Delete
  2. Kak kiah jumpa Umi Nazeera!! sangat beruntung.. yeah, dia dah berubah kak.. Alhamdulillah.. and once again kak kiah sangat beruntung! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. KK ni first time jumpa retis lelama camni. dah la blanje makan, bawak pusing2 melbourne lagi. teharu nyah!!

      Delete
  3. wah umi nampak lagi cantik bila dah berhijab. Bersih je muka dia kan! Saya dah bergambar dengan remy sahak.... bila dapat peluang berjumpa depan2 dengan pelakon yang kita suka alamat asyik sengeh sengsorang le. Remy pun ok juga cuma bila dah femes ni macam-macam dugaannya. Baik dengan artis perempuan je dah gosip bercinta... tapi dari segi lakonan memang mantap opss pada saya lah org lain tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik muka melayu klasik habis! KK tanya gak dia takmo blakon balik ke sbb sayang la dia ni one of yg berbakat kan. tp tu la.. dia risau takut tak istiqomah tu. hope one day dia leh blakon cite2 islamik sket.. cam drama2 bulan puasa tu ke kan.. ilang rindu kita..

      Delete
  4. wahwah sangat beruntung dapat jumpa artis pujaan....bagusnya dia bila berfikir jauh bab2 istiqamah tu...kak kiah minta otograp tak?? tapi lagi best bila retis pujaan belanja makan kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajat di hati mmg nak mintak otograp tapi maluuuuu!! ahaha

      Delete
  5. untung kak kiah ,,ummi nazeera makin chantik sekarang...sekali lagi kak kiah sgt beruntung

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat. takde mekap bersih je muka dia. yang penting, humble je bila becakap. consider KK lucky kot huhu.. sbb at that time sbnrnya dia mmg tgh ngelak dr jumpa orang sbb kes2 berkaitan tu..

      Delete
  6. wah bestnya kak kiah jumpa umi nazeera.
    mesti terperanjat ek memula nampak ehehe.
    kawan kak kiah pun pandai je simpan rahsia tak bagitau siapa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan KK tu tatau pun dia retis (lelaki n of coz tak layan drama). dah balik KK bgtau baru dia gugel hehe. ye lah.. jumpa kat dalam flight n masjid kalo tak silap, umi ni ada tolong2 serve untuk acara buka puasa kat masjid melbourne.

      Delete
  7. salam kak kiah,

    jumpe blog ni masa carik info pasal great ocean road
    insyaAllah akan kesini bulan 9 (lambat lagi :-)) dan separa solo jugak
    so, izinkan saya mencilok2 isi2 blog ni sebab nak buat bajet sikit. saya plan pegi 6 hari.
    cukup tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dzuchan. sila2 amek la mana2 info utk yr preparation. nanti KK tulis final entry utk budget ye.. ni tgh bz sket. 6 hari sgt cukup utk melbourne, insyaAllah boleh cover sume major attractions :)

      Delete
  8. Salam kak kiah, nanti kalau ada plan nak travel lagi, kita nak ikuttttttt..

    Accidentally jumpa blog kak kiah pasal seoul. ;)

    Nice knowing you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anyssa.. nice knowing u too... haha this year cuma busan n seoul je, takde plan lain lagi. insyaAllah kalo ada plan lagi bole join k. janji sporting huhu..

      Delete
  9. Wawww ahkak berjumpa retis... mmg kenalah tajuk entri ni lain dari yg lain hehe..

    Cantik nya ummi nazeera.. baru je tgk citer penanggal bebaru ni huhu. Memula tgk ingat nora danish pn iye.. bagusnya dia dah berhijrah kan.

    Hee kan best kalo dpt signature dia sekali. Tp saya memahami perasaan itu. Saya pernah terserempak dgn farid kamil kat kedai keropok lekor..nk sgt amik gambar or minta autograph tp x terkeluar dr mulut huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. best ke citer penanggal tu? KK tak tengok pun lg. takpe la, dia pun dah ada life yang baru skrg. much better for her. nak amek otograp tu mmg kelu lidah kan. rasa macam "eh poyo sangat ke aku ni?" hahahaha..

      Delete
  10. Biasa2 je kak pd saya filem tu.. tp saja2 nak belanja adik tgk wayang n dia pn peminat filem seram..so layan kan ajelah hehe.
    Aah.. betul. Rasa tersekat kat tekak gituh. Masa tu saya da ada kamera dlm beg sbb baru balik dr kenduri kawin housemate. Tp siyes nak ckp nak bergambar sama x terkeluar. Saya dok pk cemana kalau dia reject. Gituuu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nnt KK cari dvd citer ni. tak pon tunggu kuar kat tv next raya huhu.. jumpa retis ni kalo yg x sombong ok la kot. kalo yg jenis jeling2 tu jangan kata nak amek otograp, rasa nak hempuk je kepala lagi ada.. hihi

      Delete
  11. Kak Kiah dah ke Australia! Kena baca dari mula ni..

    Dulu ke Korea saya refer blog Kak Kiah jugak. Tengkiu Kak Kiah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh TQ slmt membaca. tak abis lg entry aussie ni sbnrnya. nanti kalo free KK cuba abiskan ye..

      Delete
  12. Salam kak kiah... Firstly nak ucap tengkiu so much sbb sy rujuk bnyk info tentang travel kak kiah ke korea. N bila da smpai korea, tip2 yg kak kiah share sangat2 la berguna since this is my first time pg aci redah hihihi. N way nak tanya.. Trip ke aussy ni kak kiah ikut pakej atau backpackers. Boleh share tak travel agency yg offer trip ke aussy. Plan nak pg ke melbourne jugak somewhere in october. Jakun nak tengok bunga tulip bnyak2 hihihi.... Nway sy takde blog. This is my phone kalau kak kiah sudi wasap sy hehehe 013-3123179

    ReplyDelete
  13. Aamak... Kuar unknwon plak.. Nway nama sy Nur Afiqah. Panggil Pyka je. 013-3123179 stay kt subang ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe pyka kalau baca dari awl pasan kot kk berjalan sendiri except certain trip yg dia book dgn agency ^^

      Delete
    2. Hi Pyka :)
      KK takdak wassup laaa.. huhu.. i henpon cap ayam you..
      anyway, trip melbourne tu mcm kak Didi cakap, akak plan sendiri. takdak ikut pakej. tapi daily trip ke GOR & Philips Island akak ikut travel agency, kat sana baru booking. kalo Pyka rasa nak guna gak agency bgtau la, KK ada kawan yg travel agent ni n maybe she can help u. if tanya opinion KK, better redah jerrr... hehee

      Delete
  14. Hehehe.. Sy baca backwards. Dr blkang ke dpn.. Okay, kene bookmark ur story ke melbourne ni kak. Sumber inspirasi gitu chewaahhh. Bestnye lahai boleh main masak2 kat dapur yg besar tu.

    Pyka

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain masak2 bole juga mencuci2 mata you. most mat2 saleh backpacker ni terer masak tau.. ensem lak tu.. ekekeke

      Delete
  15. Kak Kiahhhhhhhh.... 3jam saya dok pengabih baca entri melbourne nihhhhhhhh... kheja pa tak buat dok gelak sorg baca. Hahahha sempoi kak kiah travel solo! Kami nak pi 2minggu lagi nihh... kaih la buat entri bajet tu tak sabaq ni. Kak kiah please email saya nombot tipun nak tanya banyak sblm pi, kalu tanya sini jadi cam blog plak hahahhaha... peace kak kiah!
    Hope to hear from you soon. I lap yu!!

    ReplyDelete
  16. Kak Kiahhhhhhhh.... 3jam saya dok pengabih baca entri melbourne nihhhhhhhh... kheja pa tak buat dok gelak sorg baca. Hahahha sempoi kak kiah travel solo! Kami nak pi 2minggu lagi nihh... kaih la buat entri bajet tu tak sabaq ni. Kak kiah please email saya nombot tipun nak tanya banyak sblm pi, kalu tanya sini jadi cam blog plak hahahhaha... peace kak kiah!
    Hope to hear from you soon. I lap yu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii meriah!! hehehee.. so dah nak pi ka lg 2 mggu? ok ok.. email KK je ye kat n_syamila@yahoo.com. KK akan cuba membantu mana yg buleh. entry bajet tu tatau la bila nak buat, agak bz noks skrg ni.. insyaAllah KK cuba ye completekan entry Melbourne dlm sminggu ni :)

      Delete
  17. Kak kiah.. best ny baca blog akak... kak kiah xupdate pn summary utk melbourne mcm kk update utk previous post.. hihi insyaalllah sy n kluarga akan kesna nxt week... nadib bk ada blog kk.. thanks!!

    ReplyDelete
  18. alamak.. sori noks.. mmg ada utang entry summary tu. dah berbulan ni dok pospon2 nak menulis. tah bila la nak siap. kalo urgent nak detail, email yek. nnt KK bg kat email je dulu bajet n expenses sume tu.

    ReplyDelete
  19. Yeahh sayang kk... ni email sy ariani.aris@gmail.com. .. minta tlg email ek... (^_^)

    ReplyDelete
  20. KK lama tak update blog?

    ReplyDelete
  21. KK Korea mana? sabar menunggu...

    ReplyDelete