Thursday, January 2, 2014

MELBOURNE – DAY 2 – THE NOBBIES

The Nobbies ni terletak kat hujung Philips Island western side. Dari Koala Conservation Centre amek masa dalam 15 min camtu.

View sepanjang perjalanan
 

Kat sini boleh tengok view laut yang sangat cantik plus sea birds, seals, penguins, Seal Rocks and the Blowhole. Boleh jalan la sepanjang boardwalk yang disediakan. Katanya kat sini memang ada banyak sangat fur seals and selalu lepak2 kat Seal Rocks tu. Selain tu kat sini ada beribu-ribu seagulls yang bersarang kat sini.

Kami cuma diberi masa setengah jam kat sini. Hampeh betol lah..

Masa ni matahari bersinar punyelah terik so most gambar tak berapa cantik lah ye sebab ada masalah nak cari angle yang sesuai. Tapi kalo depan mata tengok, memang Subhanallah cantik sangat pemandangan kat sini.

Amazing view of the Nobbies
The Seal Rocks
Takleh turun pun. Mana la nak nampak sealnya oi.. Jauh berbatu sana..
Seagulls and batu2an
Tapi ada satu yang frust, takleh turun sampai the Seal Rocks tu pun. Tengok dari kejauhan je. Tak nampak pun seals nye. Angin lak tiup kuat sangat. Dah la nak tengok kena pakai kamera yang mahal tu 5AUD untuk 4 mins and boleh amek gambo 3 keping. Pastu nak beli sekeping 3.50AUD atau 9AUD 3 keping. Macam tak berbaloi je.




Sangat suka tengok ini burung
View yang mendamaikan perasaan


Sejok giler ditiup angin laut



Macam burung tipu2 pun ada
Ribuan burung ada di sini
The Blowhole. Kalo ujan, bende alah ni akan berbunyi.. cemana la agaknya bunyi tu ye..

Birds nesting
Buat apa tu kak?
Rabbit yang comel pun ada bermain2 di sekitar
The sun light was too strong
If nak datang sini rasanya better bawak binocular sendiri kot. Pastu lepak lelama sikit. Baru la best nak menghayati keindahan alam kan. Apepun kalo datang Philip Island, tempat ni mesti datang. Selain tu Woolamai pun orang kata best gak.

Setelah kelam kabut berjalan laju2, snap picca asal boleh terus cepat2 berlari ke bas sebab semua orang dah tunggu. Kemudian kami pun bergerak untuk ke Penguin Parade – the highlight of the day (kononnye la)..

7 comments:

  1. yee betul tu pemandangan yang mendamaikan....pandai kak kiah ambil gambo sendiri..JM penah try..nampak lobang idong beso hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh banyak kali cuba tu.. banyak kali gak kuar mata beso, lobang idong beso hahaha..

      Delete
  2. the nobbies ni mmg best kan kak kiah...nyaman sangat!masa kami pi dulu, musim mengawan katanya....so merata-rata laaa nengok seagull mengawan!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ye ke.. haha,, masa KK datang ni tengah musim mengeram kot. beramai2 diam tak berkutik celah rumput tu.

      Delete
  3. Sukanyaaaaa pemandangan dkat the nobbies ni... kalau ikut hati nak gak sejam dua baru puas posing n snap gambar kt sini.

    Huuu bila tix melbourne nak murah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa nnt ada la pak tony buat sale. prepare uangnya saja. make sure pegi tau philips island. if u love nature & animals, mesti seronok!

      Delete
  4. hi sis..jom gi south africa..nak?....

    ReplyDelete