Monday, January 27, 2014

MELBOURNE – DAY 6 – SHOPPING & CITY CIRCLE TRAM RIDE

Hari ni plan free n easy gak. Pagi plan nak soping2 souvenirs kat QV Market then nak ronda2 city naik free tram before balik esok. So pagi ni takde la rush pun. Rilek2 je buat list apa nak beli and kira dolar. Bila tengok belen duit yang ada.. aduh sedey nye.. tak banyak dah. Kak Kiah ada mention kan aritu Kak Kiah lupa nak activate kan ATM+? So, fyi, Kak Kiah punya balance cash memang limited sangat (gatal kan semalam nak masuk The Edge hehe). Ada tu ada la set aside untuk beli souvenirs tu tapi nak soping lebih2 sikit untuk diri sendiri macam tak dapat laa.. sob sob..

Cuaca hari ni pun alhamdulillah sunny so no need to wear tebal2. Lepas dah siap2 sarap, mandi sume Kak Kiah pun menapak la ke QV Market. (Note: untuk ni no picca ye sebab dah pernah letak kat entry QV Market Pt 1)

About 15mins terus la tuju kat belah depan. List pun dah ada kat tangan tinggal nak grab beli je barang2 nya. Sekali tengok.. eh.. dah berubah kedudukan peniaga2 nya. Lepas tu paling sadis.. harga barang sume mahal dari harga yang Kak Kiah tengok aritu. T Shirts Melbourne dari harga 5AUD dah naik 8AUD, keychains & FM naik dari 10AUD ke 12AUD sepeket. Arghhhh!! Lari bajet makcik!! Rupa2nya kat QV Market ni harga berubah2. Kalo weekends murah, kalo weekdays mahal (Kak Kiah datang ni hari Selasa). Mintak tawar pun tak dapat la noks.

Maka Kak Kiah pulak nak beli banyak t-shirts, puas la tawaf satu market tu nak cari mana seller yang boleh bagi harga murah. Last2 jumpa satu kakak indon ni. Dapat la harga 7.50AUD selai t-shirt. Tu pun kalo beli lebih dari 10 helai baru dapat murah. Sob2.. pilu hati den.. Takpe lah, kurang2 nya lepas dah souvenirs untuk sanak sedara.

Disebabkan bajet lari, Kak Kiah tak dapat la beli banyak lagi souvenirs lain. Kang duit habis kang naya je. Just dapat beli few packs of keychains & FM je untuk kengkawan opis n best frens. Nak beli koala soft toys pun tak jadik, niat nak beli cheese, stoberi sume terpaksa ku lupakan.. sedih! Kira untuk diri sendiri memang tak beli apa la. Cis menyesal betul tak beli terus masa datang sini aritu.

Pengajarannya di sini ialah – kalo sesapa nak soping kat QV Market ni, make sure datang masa weekend ye. Kalo boleh pagi2 Sabtu sebab kul 6am dah bukak. Harga lebih murah n boleh tawar lagi. Dan pastikan duit cukup. Jangan kau ikut jejak langkah Kak Kiah yang fail bab planning ni huhu..

Okey dah setel bab soping (sori tiada gambo hasil soping diambik akibat kesedihan melampau).

So next Kak Kiah pun terus la menapak (dengan berbondong2 beg plastik) untuk menuju ke La Trobe St. Cadangnya nak naik City Circle Free Tram pusing2 city. Dari aritu lagi nak try tapi tak berkesempatan.

Free Tram ni route 35, kaler maroon. Di laluan ni, setiap tram stop akan ada sign City Circle so tunggu je kat situ. Ada dua direction (clock wise n anti clock wise), every 12 mins dari pukul 10am-6pm (Sunday-Wed) and 10am-9pm (Thu-Sat).

Laluan Route 35 - Free Tram

Tram ni agak buruk sikit la dalamnya. Tapi penuh gak ngan pelancong2.

City Circle Tram
The City Circle sign

Me inside the tram
Pamplets inside the tram

Tempat driver tram

So dari La Trobe tu tram tu pusing la ke Melbourne Central Station – Parliament House – Flinders St – Docklands. Since nothing much nak story, tengok gambo je k.. 

RMIT University
Parliament House
Australians lepaking di Treasury Gardens
Flinders St

Visitor Center & Flinders Stn
My fav
Anak omputih yang kiut
Couple
Melbourne Aquarium

Harbourside
Promenade
Docklands
Etihad Stadium

Skybus Free Shuttle Bus

Russell St
Lama gak nak complete satu pusingan tu. Sampai rasa cam nak tertido je hehee... Lepas sampai kat Russell St, Kak Kiah pun turun (dalam tram ni takde butang loceng, tapi ada wayar kat atas – tarik je wayar tu nanti ada bunyi loceng). Turun and menapak la balik ke Space Hotel. Ingat nak rehat2, lunch n semayang dulu. Nanti petang Kak Kiah nak kuar balik ada nak jumpa student Mesia yang banyak tolong Kak Kiah untuk plan trip ni.

My lunch?

Megi n kebab semalam hehee... (sedih kan tengah miskin ni)


15 comments:

  1. Bestnya naik tram. Kat brisbane takde tram. Aduhaiiii bab sovenir ni yang org selalu kalah. Memang tak boleh jimat kalau pasal sovenir sebab terfikir kat adik beradik sanak saudara, kawan-kawan, opismate. Memikirkan depa tak ada peluang macam den, pi tempat orang, jadi memang berabislah bab sovenir ni. Dah le koala soft toys tu comel. Memang wajib beli. Geram kalau tenguk baby mat saleh comel sesangat kan. Pipi gebu, mata bercahaya, geram rasa nak cubit-cubit je pipi gebu mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. selalu kne dulukan diorang ni bab souvenir sebab indirectly mereka2 ni bg moral support kat KK untuk travel ni. kdg ada yang bagi job lg untuk KK. tak beli cam tak sedap lak kan hati ni nanti.. cuma kali ni nye trip tak expect sampai over run bajet huhu

      Delete
  2. Buildings kat Melbourne ni memang lawa2.

    Haha kental hati Kak Kiah beli souvenirs bagai. Kalau saya yang hati kering ni memang xlah. Sometimes beli kalau rasa nak beli, but most of the time saya dulukan diri sendiri. Unless orang pesan. Sebab pernah bagi kat orang then dipersoal 'ni je?'...lepas tu dah xde nak murah hati sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. kalo orang persoal2 ni sakit ati kan. KK pernah kena gak.. mostly kne ngan family sendiri. macam la kita ni kije gaji beso beno mintak perfume, toys n baju untuk anak memasing bagai. padahal kdg2 diorng tu pi jalan pun takde beli utk KK. lepas ni kena blajar kental hati kot? huhu. mati lah kena cerca.

      Delete
  3. tq for the info kak kiah.
    maknanya kalau nak nyopping kena pi weekends la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. datang weekend tau. kalo sabtu datang awal leh lama sikit soping sbb QV tu luas amat n ramai orang hari sabtu.

      Delete
  4. Assalamualaikum minta jasa baik Kak Kiah untuk undi blog saya di Malaysia Sosial Media Week 2014.. Hanya memerlukan registration mudah dan kemudian vote blog sy " timetravelafif.blogspot" di Best Travel Blog Category. Thank You..

    http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=15

    ReplyDelete
  5. OMG Kak Kiah, your writing made me smile and laugh sentence to sentence. Kak Kiah ayat power. Best sangat sangat. Keep travelling and writing about it - laicheekang

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ lai (? :) ). tenkiu sbb sudi membaca..

      Delete
  6. Replies
    1. n_syamila@yahoo.com (sori ye lmbt KK baru tgk hehee)

      Delete