Wednesday, January 22, 2014

MELBOURNE – DAY 5 – WATERFRONT DOCKLANDS

Ok sambung stori..

Untuk ke Waterfront City, Docklands – KK naik tram Route 70 dari stop 5-Swanston St/Flinders St sampai last stop D11, depan Harbour Town. Cadang nak cuci2 mata la kat Harbour Town and then layan view kat dock.

Turun je tram, nampak satu family Melayu ni tengah tunggu tram. Siap berbondong2 barang soping huhu. So Kak Kiah tego la dari mana nak ke mana etc. Kak Kiah bagitau la datang sini nak gi Harbour Town tu. Sekali tu diorang bagitau dah tutup daaa.. rupanya Harbour Town ni close at 6pm. Kak Kiah tengok jam 6.15pm. Chaitttt… geram betul terlewat lagi. Walopun bukan nak soping sangat pun, rasa macam frust gak la.

Harbour Town Shopping Centre
Anyway kalo sesapa yang ke Melbourne and nak soping kat sini, make sure take note ye opening hours ni. Hanya Jumaat je dia bukak sampai 9pm. Ahad sampai 5pm. Dalam ni ada banyak brand direct outlets and harga agak murah (esp Xmas sale), tapi some of the brands tak brape femes la kat negara lain. And lagi satu soping center ni beso bangat, so biasa orang spend hours dalam ni.

So next melepak kat Docklands menikmati harbourside views instead.


Melbourne City Marina
View of the city from the dock
Berlatar-belakangkan Etihad Stadium
Love the birds!

New Quay Promenade
Ada juga yang berkayak di sini

The Bolte Bridge

The blue boats
Terkasima melihat kapal yang cantik (alwiz berangan to have one huhu)

Bye uols! I nak pi belayar hehe..
Seronok cuci mata kat sini
Rasanya kalo datang malam sini, harus cantik tempat ni kan.

Waterfront City ni kira cam tempat entertainment gak la, with all sorts of statues and mozaic of local entertainers. Kalo perati betul2, Melbourne ni memang the city of art. Memang banyak gile bersepah2 street arts, mostly unik plak tu. Kak Kiah suke. My taste.

Statues of some famous local entertainers
Star Walk - sorang pun ambo tak kenal
Wang Shugang (Meeting) - tp tak paham kenapa nak squat camni huhu
Mozaic Tribute of The Variety Club
About 7pm, Kak Kiah pun naik tram untuk ke Flinders St semula sebab nak naik Eureka Skydeck plak lepas ni. Told ya.. takde nak rushing. Today punye concept free n rilek2 jah.. hehe..

Dari Flinders Station tu ikut belakang cross Yarra River melalui satu jambatan kecik. Kira cepat sikit la nak cross ke Southbank.



Kalo amek river cruise naik kat sini

Lepaking tepi sungai.. nyaman doe..

Ada juga mangga2 chenta kat sini
 

This is where I'm heading next - the Eureka!!

9 comments:

  1. wah apasal meeting mencangkung tu? Ada ke lagu tu nak meeting. Cam meeting nak yak je. hahahaha. wah cantik lah kapal nak pergi belayar tu.... kalaule dapat sebijik huhu memang dok belayar je lah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. chinese katanye.. maybe ni kot caranya chinese meeting zaman dulu kala huhu. kalo kaya sure best beli sebijik kapal layar tu kan.. tapi kampung KK takde laut, sungai ada la ahaha buat hal bawak kapal gini kat sungai segamat

      Delete
    2. Kalau ikut sejarah lama Segamat, kapal boleh belayar sampai kat tepi jambatan tu hah dekat perhentian bas baru tu. Malahan perkuburan yang dekat kampung Batu Badak tu kan ada perkuburan pahlawan melayu yang meninggal semasa singgah di Segamat. Masa tu bawa rombongan kerajaan melaka melarikan diri dari serangan orang portugis. Kalau tak silap lah kena cari buku sejarah lama bandar Segamat ni. Saya dulu dok kat Segamat kerja kat Hospital Segamat nun hah. Rindu bandar Segamat.

      Delete
    3. oooo keje sepital ke dulu. hik2x. pandai notie tepat skali sejarah tu. takmo mai sini ke? kalo mai roger2 lah KK. kita gi ngeteh hehe..

      Delete
  2. gambar2 cantik sangat....mengembara sungguh ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu rasa amek gambo trip kali ni cam fail je but anyway TQ. mengembara cuci mata katanya kali ni..

      Delete
  3. Replies
    1. ya noks.. orang2 dia walopun ramai pendatang tapi takde la buat kotor. lagi satu KK notice, theyols ni sangat suka bersenam2 kan. kalo petang tu ramai sungguh la joging n cycling sume tu..

      Delete
  4. wah selamat baca blog kak kiah..ingat nak p habor town dlm kul 6..rupanya dah tutup ek..tq for info =)

    ReplyDelete