Thursday, January 2, 2014

MELBOURNE – DAY 2 – THE PENGUIN PARADE

Sebenarnya kalo ikut Kak Kiah, macam tanak tengok pun penguin parade ni sebab tau takleh amek gambo. So ingat nak skip la sebab malas nak bayo mahal untuk tix. Tapi guide tu kata rupanya harga pakej tour ni dah include sekali admission tix Penguin Parade ni. So rugi la kalo tak tengok kan.



Anyway, kami sampai kat Penguin Centre tu awal gak la dalam kul 6+. Pastu Penguin Parade nye start dalam kul 8.20pm camtu. Eee geram tol.. awat la tadi macam nak cepat sangat gerak dari The Nobbies tu kan? Kat sini sampai awal pun bukan leh buat apa pun.

Lamanya nak countdown.. sigh..
Eh bukan la takleh buat apa. Diorang suh dinner kat sini. Since tak halal kan, Kak Kiah cuma makan beskut je lah and minum flat white coffee. Nak tunggu kul 8pm pun lambat. So apalagi.. Candy Crush la hehee.. Nak pegi kedai2 souvenir kat situ pun macam malas sebab tengok dari luar pun tau dah harga mahal. Kat sini boleh gak amek gambo tipu ngan penguin. Mahal gak. Takmo la..


Boleh makan di sini, akan tapi nggak halal ya..
Souvenir shop. Geram kan tengok penguin tu? Tapi mahal kemain.. leh beli beras banyak kampit..
Kat sini ada cam display tunjuk facts pasal penguin. And leh tengok penguin real kat dalam ni (ikut nasib la kalo dia lalu bawah teropong tu masa kita tengah usha).
Tau tak fakta ni? Ha tatau kan?
Dalam kul 7.30pm kami pun gerak la menuju ke tempat nak tengok parade tu. Agak jauh gak la. And kat sini takleh amek gambo. Tapi Kak Kiah ada gak curi2 amek gambo teeheehee...

Bercanda menuju ke pantai lalalalaaa...
Dapat snap close up wallaby ni.. ingat! wallaby ye bukan kangaroo hehee..
Sampai je kat situ tengok dah ramai orang. Kak Kiah terus pegi ke depan, dok depan sekali. Lama lagi ni nak tunggu kul 8pm.


Pengunjung2 sabar menunggu

Rupa2nya yang dok sebelah Kak Kiah family melayu dari KL. Sambil menunggu tu kami borak2 la nak hilangkan boring. Ada hubby, wife n anak laki dia sorang. Diorang ni datang sini drive sendiri je. The husband ada seminar kat Melbourne, so semalam theyols stay kat Ballarat. Hmm untung nye nak jenjalan ikut hubby je.. Takde la cam Kak Kiah ni. Setahun menabung!

Anyway sejok giler ok masa menunggu ni. Tepi laut kan katanya.. harus la angin kuat. Nasib baik Kak Kiah ada bawak glove. So kalo ada sesapa nak datang sini, make sure bawak blanket, mafla, pakai jaket tebal segala. Seriously memang sejuk sangat. Kak Kiah sampai tak tahan nak terkucil terus sepanjang menunggu tu.


Cantik betul pemandangan kat sini


Anak omputih bermain pasir




Start 8.20pm tu staf2 dah mula bagi reminder kat semua orang takleh amek gambo. Katanya flash kamera tu bahaya untuk penguin. Tapi kamera takde flash pun takleh gak. So no picca lah ye.

Kami sebenarnya kena naik bas kul 9pm. So bila matahari dah terbenam 8.20pm tu mulalah teruja kan nak tengok penguin. Tapi tunggu punya tunggu penguin tak muncul2. 10 minit tunggu takde. 10 minit lagi tunggu yilek. Akhirnya ~8.45pm baru la terkedek2 penguin tu muncul dari laut. Tu pun memalu je naik ke darat. Sekali naik ada la 5-6 ekor je. Huh parade apa camni.. Kata ribu2an. Mana mana manaaaaaa??

Wah emo terus kau. Sebenarnya masa ni dah tak tahan sangat nak terkucil hehe..

Last2 tableh jadi Kak Kiah terus blah. Takpe lah tak dapat tengok penguin kat sini. Dah la jauh tak nampak apa. Time2 maghrib ni mata Kak Kiah memang out sket. Lepas salam2 ngan kakak Malaysia tadi, terus dengan lajunya memecut cari toilet huhuhu...

Lepas dah lega baru la jalan selow2 untuk keluar. Masa ni baru la nampak penguin yang terkedek2 berjalan celah semak. Amboi comel betul. Tapi of coz takleh amek gambo kan. Penguin2 ni berjalan sampai ke Penguin Centre pun ada. Tu pasal la ada peringatan kat car park suh driver check bawah keta before gerak, takut terlenyek lak menatang comel ni..

Dalam ghalit2 tengok penguin terkedek2 tu terus teringat kena naik bas kul 9pm. Terus memecut berlari ke car park. Naik bas je tengok semua dah ada. Again the last one. Nasib baik tak kena marah hehe. Kalo kat Korea ni harus la dah kena tinggal.

Then kami pun bergerak balik ke Melbourne. Apa lagi nak buat kan.. tido je lah. Untuk tour arini ok la kot, Kak Kiah bagi B+. Takde masalah ngan guide yang cakap cina or tourists lain, cuma tak brape best masa limited kat The Nobbies tu and masa tengok penguin parade pun kejap je. Mana taknya berlama2 kat Penguin Centre tu tapi tengok penguin tak sampai 15 min pun. So kalo sapa nak ke Philip Island and nak ke Penguin Parade tu rasanya better pegi time autumn kot sebab just nice la sunset around 7pm camtu. So dapat la lama sket sesi mengusha penguin kan.

Sampai je Melbourne around 11pm. Bengong2 je rasa kepala. Perut lak lapo. Kat hotel leh masak megi tapi rasa cam nak makan nasik pulak.

So Kak Kiah pun jalan punye jalan punye jalan sampai la nampak Es Teller (satu street ngan Space Hotel). Tengok2 bukak lagi. Alhamdulillah. Rupanya Jumaat & Sabtu diorang bukak sampai 5 pagi. Es Teler ni indon restaurant gak la cam Nelayan. Tapi harga dia lebih mahal dari Nelayan.

Es Teller di Russell St.
Tak tunggu apa lagi. Terus order Nasik Uduk. Orang kata sedap cam nasik lemak so nak try la. Harga 10AUD.


Muka orang lapar haha..
Ada bar kat atas. Tengok ramai je bebudak Indon student naik ke atas. Siap ada partner mat saleh tua lagi.. #shakehead
Hari ni baru Kak Kiah tau dalam botol kaca ni air masak rupanya. Dari semalam dok tengok banyak ada botol2 kaca ni kat mana2 meja makan. Gue ingatkan cuka huhu..

Air masak ku sangka cuka
My dinner - Nasi Uduk
Tengok rupa cam menarik. Bau dah memang cam nasik lemak. Tapi rasanya.. ermm.. ada rempah pelaga cam tu la. Sup pun berempah. Pastu portion dia besau sangat cam untuk 2 orang makan. Ada ayam, pastu ada telur dadar lagi. Memang senak perut nak habiskan.

Lepas perut kenyang suka hati, terus balik ke hotel. Tengok as usual my dormates semua dah berdengkur. Senyap2 salin baju, mandi n semayang. Malam ni tido lewat sikit sebab layan Running Man hihi..

Good nite Melbourne!!

5 comments:

  1. Sompat lagi tu layan running man jangan nanti terkekek ketawa satu dorm terjaga. Hayoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang terkekek2 pun dalam gebor masa tu.. mesti member katil atas tu tensen je katil dok gegar2 KK dok gelak hehe

      Delete
  2. Replies
    1. amboi takde le.. skali skala je.. huhu TQ

      Delete
  3. Kak Kiah ni kelakarla. Saya baru pergi Melbourne last year dan rasa rugi byk lagi tempat tak sempat pergi. Uhuks

    ReplyDelete