Thursday, January 2, 2014

MELBOURNE – DAY 3 – QUEEN VICTORIA MARKET

Hari ni punye plan, free n easy jah.. sebab dah mula sakit kaki and badan kekeke...

First sekali pagi2 ni nak pegi QV Market. Kalo mai Melbourne harus la datang sini kan sebab macam2 ada kat sini. Anyway, hari ni Kak Kiah takde plan nak soping. Just window soping dulu and usha2 apa yang nak dibeli untuk souvenirs nanti.

Dari hotel tak la jauh mana pun kalo menapak. Dalam 15 min kot dah sampai. Kalau naik tram cepat la sikit. But since Kak Kiah pun takde nak rush sangat, just jalan lenggang kangkung mak limah je la.. Sambil2 tu cuci mata tengok kedai2 sepanjang jalan..




QV Market ni besar sangat. Belah depan tu bahagian souvenirs, clothing n belakang tu bahagian food, barang2 dapo etc. FYI, opening hours QV Market ni sentiasa berubah2 ye. Tutup Isnin & Selasa. Ada hari bukak sampai petang, ada hari bukak sampai setengah hari je. The best day nak datang sini Sabtu. Ada sebabnya.. nanti in another entry Kak Kiah bagitau ngape..

Ok tengok picca dulu..

Cafe ada untuk mengeteh and mengopi

Kedai jual deco Xmas
Anjing pon leh bawak masuk
Antara souvenirs yang menarik
Soft toys koala & kangaroo
Aboriginal arts
Leather bags. Tak minat.. tapi usha sbb ada member suh tengokkan
Inside the market
Keychains
Purse comel2
Bunga yang dibuat dari sabun
Paintings
Baju2 mostly untuk summer. So lebih kurang je cam yang ada kat Msia.
Signboards yang menarik
Memang macam2 ada kat sini. Kalau t-shirt Melbourne or Australia tu leh dapat 5AUD sehelai. Keychains 10AUD dapat 3 pkt (each ada dalam 3 or 4 pcs). FM 10AUD leh dapat 8 pcs or 2AUD each. Soft toys koala, kangaroo tu sume pun leh dapat murah depend on size. Kalo beso skali 10AUD, kalo kecik beso tapak tangan tu leh la dapat harga 2AUD. Ada satu uncle chinese ni memang pandai cakap melayu. Dia kata mak mertua ni islam (so dia islam ke tak ek?). Tapi uncle ni kalo beli ngan dia leh dapat murah la.. just bargain je.. Masa dok usha2 barang kat kedai dia, dengar gak la dia kejap kang cakap jepun, kejap kang cakap indon.. depend customer tu dari mana la. Hehe pandai betul strategi marketing.

Buah2 pun menarik n fresh. Kalo sepeket stoberi tu 3AUD, saiz dabak2 lak tu. Selain tu yang selalu orang beli kat sini ialah cheese and madu. Murah la..




Pelbagai jenis roti ada
Cheese murah2 sini
Ni tatau apa.. olive?
Meat
Aneka rupa topi
Barang2 antik
Bekas buah buatan kayu
Patung2 binatang
Bunga2an segar
Anyway, since hari ni Kak Kiah cuma melawat kawasan so Kak Kiah takde beli apa2. Just congak2 je bajet dalam kepala nak allocate berapa dolar untuk souvenir nanti. Masa usha2 barang tu ada jumpa few Msian students yang study kat Tasmania. Amboi borong sakan bebudak tu.. ye lah nak balik Msia kan. Barang2 kat sini pun murah kalo nak compare ngan kedai2 souvenir kat Swanston St tu.

Lepas cuci mata, Kak Kiah pun menapak lagi. Tengok jam pun awal lagi, so ingat nak pi usha masjid jap. Dalam peta pun tengok tak lah jauh Jeffscott City Mosque ni dari QV Market. Just kena ikut short cut lalu Flagstaff Gardens.




Sambil2 jalan tu perut dah berkicau pulak. Maklum la bekpes pun makan biskut je, tak kenyang sangat. Nampak ada satu kedai halal ni. Masuk je la isi tangki dulu.

Nama kedai ni Sarims Cafe. Located dekat corner Jeffscott St. Memang totally Pakistani’s. Tengok cam sendu je sebab tak ramai orang. Ah belasah je la.. perut pun lapo..

Sarims Cafe

The menu
Order Nasi Beriyani Lamb. Lama gak la menunggu nak siap tu. Sampai dah lepas berapa level Candy Crush huhu..

Akhirnya sampai jua nasiku. Ini rupanya...


Ha amek kaw... gila sebeban atas pinggan. Erk seriously... portion food kat Melbourne ni memang pesen banyak2 kot.

Rasa? Ermm.. hehe.. masam siot!! Ada apa tah dia letak dalam tu. Tairu kot. Yekhss... masammm... sampai kuis2 Kak Kiah makan tak nak ada bende alah tu. Memang potong betul. Tapi kalo tak abiskan sayang pulak sebab agak mahal harganya (11AUD). Last2 Kak Kiah tapau je belen bawak balik hehe..

Lepas makan, terus la sambung balik perjalanan untuk ke mesjid so menyusur la sepanjang Jeffscott St tu. Tapi tak nampak pun masjid nye. Tengok peta memang ada area situ la. Lepas puas mundar-mandir akhirnya baru la nampak. Aduh tepuk dahi Kak Kiah! Apa la punye bengongnye dok pikir masjid tu mesti rupa sebijik sebijon cam masjid ngan kubah segala. Rupanya building biasa je. Hehe.. mentaliti tu kena betulkan Kiah..

Jeffscott City Mosque
Masa Kak Kiah datang ni masjid ni tak berkunci pun. So tengok la kejap and amek2 gambo. Masa tu pun lom kul 12pm so lom masuk waktu lagi. 


Books for sale
Ruang solat lelaki.. kecit jah..

Lepas setel semua terus Kak Kiah menapak untuk tunggu tram kat La Trobe/Spencer St. Nak ke Royal Exhibition Building lak pasni..

10 comments:

  1. JM rasa bila compera rega sobiner di QV market ni..murah dalgi do Paddy's Market Sydney lah..byk ke memborong kak Kiah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak le borong sangat JM.. kali ni KK tak bawak banyak dolar. KK menyesal menyesal! huhu

      Delete
  2. Bab market kalau hari minggu ni memang best shopping sebab rega murah dan dia punya barang memang marbeles lah. Sebab jualan dia kadang handmade dan pelbagai jenis jualan. Tu yang boleh meroyan sih kalau shupping kat aussie tapi kat market macam QV market je lah. Kalau kompleks membelibelah dia masih lagi mahal tapi kalau sales winter memang murah giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye benerrr.. rambang mata kan. KK pun taste soping market2 jah. nak masuk soping complex memahal tu macam berat je kaki..

      Delete
  3. stoberi tu lg murah dr moning market kat Brisbane...jalan2 cuci mata camni pon best kan..sbb kat negara org eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. boleh hilang stress tengok benda2 menarik kat negara orang ni.. ghalit je mata..

      Delete
  4. wohoooo.....berupdate jugak :)
    saya tak pernah sampai melbourne lagik..
    kak kiah pegi sorang kann ?

    ~watie79~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. pegi sorang noks, 2014 so far korea je, takde plan memana lg. kalo ada KK roger ye.. leh kita gusip2 retis skali kekeke

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salute la kat KK, travel alone. Lps ni travel pi mna pulak KK?

    ReplyDelete