Thursday, January 23, 2014

MELBOURNE – DAY 5 – EUREKA SKYDECK

So my next destination is the Eureka – yang terletak di Southbank (belakang Southgate), the highest public vantage point di Hemisfera Selatan dengan ketinggian 285m wa cakap luu... 88 floors! Kat atas ni boleh la kita menikmati pemandangan di sekitar Melbourne.

The Eureka Building

Kak Kiah dah berjanji ngan Chef untuk ke sini sesama (mohon jangan gusip ok hehe). Sebab dia dah bertahun dok sini tapi tak pernah skali pun naik, so apa salahnya join sekali.. We Malaysians must be nice with other Malaysians kan kat negara orang konsepnya.. wah gitu..

So kami bercadang nak jumpa ½ hr before sunset kat bawah tu. Timing kena cun supaya dapat la kami menikmati view Melbourne both masa terang n malam kiranya.

Lepas dah menapak dari Flinders, akhirnya about kul 8pm tu jumpa la Chef. Seb bek dia pun baru sampai. Tanpa berlengah2 lagi kami pun terus la pi kaunter untuk beli tix. Adult 18.50AUD. Quite pricey tapi Kak Kiah rasa worth la. And if nak merasai experience The Edge, harga tix tambahan ialah 12AUD but that one kena beli kat atas la.

Tak lama pun beratur. Kejap je terus staf suh pi naik lif. Lif ni punyelah bapak laju nye. 15 saat untuk sampai ke 88th floor!! Nasib baik takde kaca yang leh nampak luar tu. Kalo tak mau gugur jantung Kak Kiah (dulu pernah naik lif untuk ke puncak Eiffel Tower – sampai skrg masih terkenang-kenang perasaan horror tu – me gayat uols!)

Sampai atas kami cepat2 pegi cop tempat hehe. Nak amek seat yang baek punya untuk layan sunset. So kami lepak2 sembang2 dulu. Chef bz sket ada banyak tempahan katanya. Ramai Malaysians datang bercuti kan. Alhamdulillah murah rejeki Chef.

Then Kak Kiah tinggalkan Chef jaga tempat sementara Kak Kiah snap2 picca. So yok layan..


Flinders St view. Nampak tak Flinders Station yang cinonet je tu?
The Yarra River view. Yang tinggi tu Arts Centre.
MasyaAllah.. sangat tinggi lah.. ana gayat..
Royal Botanical Garden (yang Kak Kiah pegi masa 1st day aritu) - bapak luas rupanya..
Tatau ada pesta apa kat bawah masa ni.. tapi manusia serupa semut
Buildings along Flinders St
Space Hotel jauh tersembunyik di balik bangunan
Close up Flinders Station
Buildings di Southbank area


St Kilda's beach di hujung sana
Dah dekat2 nak sunset tu Kak Kiah pi balik kat seat kami. Tengok ramai dah manusia2 kat area tu semua menanti sunset.


Pemandangan sunset kat atas ni memang marbeles. Tapi sayangnya susaaaaah sangat nak amek gambo sebab silau sangat, plus amek gambo di sebalik cermin kan (or apakah sebenarnya daku yang fail tak reti setting? kekeke..). So mana yang ok sikit Kak Kiah tepek la sini ye. Not much nak story, just enjoy the piccas uols..




Amazing huh?

Subhanallah Maha Suci Allah Pencipta Sekalian Alam

Next pegi ke satu balkoni ni tengok view dari luar pulak (terpisah oleh jaring2 saja).

Sejuk gila angin tiup kat sini. Gigil ambo..
Gigih la nak selfie walopun tengah terketor2
Lampu2 pun sudah menyala menyambut kedatangan malam
This is The Edge. Cube ni sume kaca and can see thru. Cube ni akan perlahan2 keluar dari building ye.. Ngeri tengok..
Actually kami memang plan nak merasai pengalaman The Edge tu, tapi Chef tableh lama lak.. sebab dia nak kena masak, ada tempahan untuk pagi2 esok n dia tak siapkan lagi barang2 nak masak. So Chef mintak diri balik dulu. Lepas babai2, Kak Kiah pun terus queue untuk beli tix The Edge yang berharga 12AUD tu. Ye I know mahal.. tapi tak kira. Alang2 dah sampai kan, rugi la kalo tak pegi The Edge ni.

Lepas dah bayar, staff tu bagi satu buzzer ni. Dia kata turn Kak Kiah lagi ½ hr. Nanti kalo turn dah sampai, diorang akan buzz. So Kak Kiah pun ronda2 la lagi untuk snap picca night view lak.
The Flinders di remang senja

Beauty

Bangunan2 dan lampu2 yang cantik
 


Nampak tak bulan tu? Bulan penuh malam ni ok. Sungguh indah purnama malam..

The Fed Square


After ½ hr meronda2, buzzer pun bunyik. Maka pegi la tunggu kat depan pintu The Edge tu. Patut la lambat, rupanya The Edge ni skali masuk hanya 6 orang je. Tak boleh lebih muatan. Kat luar tu kami diberi cam sarung kaki pakai over our shoes.

Dah sampai turn grup kami, kami pun masuk. Beg kena simpan kat satu locker ni. Kamera pun takleh bawak tau. Kat dalam tu nanti diorang akan snap kan picca and up to kita la nak beli ke tak.

Masa masuk tu cuak jugak. Gelap je. Walopun pijak atas kaca, tapi takde nampak luar pun. Staf tak dok skali dalam lif, diorang kat luar and cuma bercommunicate melalui speaker je. Pastu tetibe ada kuar lagu saspen tu. Terasa la tetiba The Edge ni bergerak keluar dari building. Fuh seram sejok terus masa tu. Then tetibe... Jengggg!!! Dengan lagu saspen serta merta lampu terpasang and terus nampak view luar.

Makkkkkkk!!! Gayat ok! Kak Kiah keras terus kat situ. Nak2 bila tengok lantai kaca boleh nampak kat bawah. Aduh memang rasa cam nak pensan.

Agak2 berapa saat lepas berhempas pulas menarik sisa napas yang tinggal, baru lah mata Kak Kiah meliar ke luar untuk menikmati pemandangan di luar. Seriously.. masyaAllah.. cantik sungguh!

Then baru la berani berjalan (dua tiga tapak je huhu). Ada anak omputih tu punye lah seronok berlari dalam tu, Kak Kiah pulak yang panik terbayangkan lantai kaca pecah and kami terjerobos ke bawah beramai2 haha imaginasiku..   

Then staff tu announce masa untuk amek gambo lak. Ada satu kamera kat dalam tu. Nanti staff bagi la signal bila kamera tu nak snap. Kak Kiah nye turn last skali. Setiap orang/grup dibagi dua kali turn untuk begambo. Wah terus lupa gayat... pose tetap pose... Tapi kat dalam tu sume gelak masa Kak Kiah pose.

Tadaaa.. ni lah gambo Kak Kiah dalam The Edge. Over kan? Haha.

Kak Kiah histeria
Lepas tu The Edge pun masuk ke dalam building balik and Kak Kiah pun pegi ke kaunter untuk beli gambo. Sebenarnya takde la plan nak beli gambo tu sebab mahal (15AUD sekeping). Tapi pikir punye pikir eh rugi pulak takde kenangan nanti. So takpelah pejam mata.

Masa ni orang pun dah tak ramai sebab dah nak closing time. So Kak Kiah pun terus la turun bawah. Dari Eureka tu menapak la sepanjang Southbank tu pulak menikmati view Yarra River dari bawah pulak. 

Walking along the Southbank

Southgate

Syahdu melayan perasaan nampak kak..huhu
The Princess Bridge
Yarra River
Jalan punya jalan perut pun dah lapar. Singgah Halal Kebab di Swanston St untuk beli kebab. Satu bungkus 9AUD tapi punye beso nye saiz dia.

Halal Kebabs
My dinner - 2 hari makan baru abis bende alah ni..
Malam ni nothing much. Lepas sampai hotel, mandi n makan sume Kak Kiah just lepak2 kat balcony kitchen hotel sambil borak2 ngan backpackers lain seraya bermain Candy Crush huhu. Dah kul 1+ baru tido. Nite Melbourne!

14 comments:

  1. Replies
    1. it is.. antara pengalaman yang KK takkan dilupakan huhu

      Delete
  2. Replies
    1. susah nak amek sebab reflection kat kaca sebenarnya.. kalo tgk real depan mata lagi lawa noks..

      Delete
  3. Setuju ngan Azra. Memang lawa gambar sunset tu. Pandai marketing The Edge tu kan, siap xleh bawa kamera & kalau nak gambar kenang2an kena beli dari diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu lah pasal. lari bajet KK sebab The Edge ni huhu.. tapi takpe, kenangan nye pasal..

      Delete
  4. byk juga duit kuar nak naik atas tu ek..papepun berbaloi la dengan pengalaman kak kiah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. total about 45AUD sume sekali. kalo sapa nak mai atas ni kena allocate siap2 kot. mula tak masuk plan The Edge tu, tapi bila dah sampai rasa rugi lak kalo tak cuba ye tak? hehe..

      Delete
  5. Cantiknya sunset dan panorama malam. Tapi gambar posing kat the edge tu memang tak boleh blah punya lah. Orang pun gayat entah2 dek takut terus merangkak. hahahaha. Satu pengalaman yang tiada nilainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigil habiss... memang rasa nak merangkak pun masa tu. KK ni penakut sikit bab2 tinggi ni. kalo speed leh tahan tak penakut sangat huhu. but seriously, mmg berbaloi2..

      Delete
  6. view waktu malam lagi cantik!!!!! dulu ms naik atas waktu siang
    kak kiah posing kat the edge tu memang sempoi walaupun gayat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemah lutut kan masa diri atas kaca tu. KK rasa cam gelap terang gelap terang je mata masa tu.. seriyes berpeluh2 tapak tangan. tapi bab pose gigih terus, lupa fobia haha..

      Delete