Wednesday, December 5, 2012

SEOUL – DAY 2 – Nami Island



Ada banyak cara nak pegi Nami Island ni. Boleh naik bus express tapi kena reserve awal. Boleh naik subway tapi banyak stop and perjalanan amek masa 2-3 jam. So Kak Kiah decide nak naik ITX dari Cheongnyangni sebab it takes only 45 mins.

Dari Myeongdong ke Nami:

Subway Line 4 dari Myeongdong ke Dongdaemun.
Tukar subway Line 1 ke Cheongnyangni.
Tukar train ITX ke Gapyeong.
Taxi dari Gapyeong Station ke Jeti Nami.
Ferry ke Nami Island.

Masa kat Cheongnyangni tu Kak Kiah tercangak2 la dok cari sign macamana nak amek ITX kan. Lepas tu nampak sign ITX/KTX Kak Kiah pun berlari-lari anak le sebab tengok orang lain berlari jugak. I guessed train dah nak gerak tu pasal sume orang lari nak catch up.

Sampai je platform dengan penuh konfiden nya Kak Kiah melangkah masuk. Orang pulak ramai dalam train tu so Kak Kiah end up kena berdiri kat hujung gerabak, which ada peta tapi kecik sangat tulisannya. Lepas few stations berlalu baru la Kak Kiah dapat beralih sikit ke tengah gerabak and cuba la usha2 peta subway kat dinding tu kan.  Macam nak tercabut jantung bila perasan rupanya Kak Kiah bukan naik ITX tapi KTX ke Yongsan!! Kira jalan mengundur ke belakang la ni. Aduhhh.. dah la Yongsan tu jauh, ada dekat 10 station la dari Cheongnyangni. That means Kak Kiah akan kerugian dekat sejam masa perjalanan. Fuh tu laa.. len kali before naik kena tanya la dulu, ni main terjah masuk. Kan dah padan muka huhu.

Sampai Yongsan, Kak Kiah pun terus cari platform ITX. Then baru la nampak train ITX ni memang tak sama ngan KTX. ITX ni ketapi laju, ada 2 tingkat lagi. Pastu nak naik kena beli tiket kat machine, bukan pakai T-Money. So Kak Kiah pegi la machine beli ticket dulu. Since dari Yongsan, harga mahal la sket KRW4,600 untuk ke Gapyeong. Kalo dari Cheongnyangi it should be KRW4,000. Lepas tu Kak Kiah beli ticket open takde seat.

Masuk2 je train nampak satu grup melayu. Ada student Msia gak jadi guide. So Kak Kiah cek ngan diorang pasal seat macamana. Dia kata dok je memana dulu, kalo ada orang datang nnt baru pindah seat lain. So Kak Kiah pilih untuk duduk kat area antara gerabak. Tu pun lepas double check again ngan sorang awek Korean samada boleh ke tak kalo open ticket dok situ.

Tak lama pas tu ada staff ITX datang cek tiket. Dia suh Kak Kiah n awek tadi tu dok kat bawah sebab ada banyak seat kosong. Alhamdulillah dapat gak dok tempat best. Sepanjang perjalanan tu Kak Kiah dok main game sudoku je kat Ipad. 45 mins kan. Kira lama gak la tu.
ITX Ticket
Inside the train
About kul 12+ baru sampai Gapyeong. Nak kuar tu nampak lagi student Msia tadi. Tanya dia nak amek Gapyeong Tour Bus kat mana sebab Kak Kiah ingat nak pegi Petite France skali petang kang. But budak tu cakap amek je taxi sebab banyak kat luar tu and murah. Bas pun lambat sejam cuma 2 kali je. So Kak Kiah pun terus la keluar and tahan taxi. Ahjussi tu bawak laju giler ok. Konar baring terus. Kejap je tak sampai 10 min dah pun sampai jeti. Nampak orang ramai giler arini even though it’s Friday. Kena beratur lak beli ticket feri & entrance. Return KRW8,000. 
Gapyeong Terminal
Inside the cab with ahjussi driver
Jetty Nami - orang beribu2 lemon
Ferry to Nami
Bendera Malaysia atas feri
Zip Wire - another way nak ke Nami Island. KRW100,000 pax. Dalam masa seminit dah leh sampai Nami, that if ko boleh tahan sakit jantung la.. tinggi ooo..
Ketibaan kami disambut oleh patung boleng - menunggu ketibaan kekasih katanyaaa...
WELCOME TO NAMI ISLAND!! woohooooo!!!
Sampai je Nami Island, perasaan Kak Kiah macam berbunga2 habis. Pemandangan memang cantik uols!! Kena pulak dengan nice weather. Actually Kak Kiah dah lama berangan nak datang sini. Of coz la sebab citer Winter Sonata yang dah puluh2 kali Kak Kiah tengok since 2002. Kak Kiah memang tak tunggu lama la. Kuarkan tripod n start taking piccas...
Arca bebotol
Makcik sedang mengopek
Pretty eh?

Kita minum dulu!!

Peta Nami
Me at First Kiss table - feeling2 comel huhuhu

my fav kapel - Ujiin & Jun Sang

Kekanak memberi ikan makan

Nice arca dari botol












Since Kak Kiah sampai dah lambat, so plan nak pegi Petite France & Garden of Morning Calm terpaksa dilupakan. Nami Island ni kira luas gak la nak cover. Takkan datang jejauh nak spend masa seciput je kan kat sini. Untuk speed up everything, Kak Kiah sewa beskal. Sejam KRW5,000. Hehee.. Dekat 25 tahun tak ngayuh beskal uols.. Memula tu berpeluh2 gak nak balance. Lepas dah dapat rhythm wah terus merempit Kak Kiah, naik turun bukit dengan penuh gumbira. The view was awesome. Cuaca pun cantik memang best la.

Lepas merempit, Kak Kiah stop kat surau solat dulu. After solat tu terjumpa one grup Msians, lepak2 ngan diorang kat cafe bawah tu. Theyols sume from KL, sini stay kat Itaewon. Sempat gak tukar2 email nanti nak add kat FB. Pastu Kak Kiah pun teruskan perjalanan nak ke jeti untuk balik. Masa ni pun hari dah nak gelap. Orang pun dah tak berapa ramai macam masa datang tadi. Kak Kiah punya kaki sakit giler. Semalam punye bisa tak abis lagi, tambah ngan bisa menapak arini kan huhu.. Tapi sebab seronok sangat, Kak Kiah tahan jugak la rasa sakit kaki ni..

Dalam feri jumpa one grup dari Msia lagi. Fuh memang ramai Msians sebenarnya yang mengayakan tokey Nami ni huhu. Ni sume pangkat adik2 la. Stay kat area Namsan kalo tak silap. Diorang hire student Msia utk guide diorang. Kecoh gak kami atas feri tu. Mcm2 diorang tanya Kak Kiah. Ye lah pelik kot tengok Kak Kiah travel sensorang. 
Me and them
Kak Kiah cakap pas ni nak gi Dongdaemun nak layan ikan bakar. Memasing excited terus nak join. Tapi bila kuar je feri i lost them sebab terjoin grup Msia yg Kak Kiah lepak sama masa kat cafe tadi. So Kak Kiah follow diorang je untuk amek cab. Jimat sket kos. Sampai Gapyeong terminal dah gelap. Kak Kiah terus beli tiket ITX untuk catch up train kul 6.30pm. Diorang yg lain ni sume dah beli tiket awal2. Bila train sampai n again i lost them.

Last2 Kak Kiah gi Dongdaemun sorang2 je. Ikut direction untuk cari kedai ikan bakar. Memula tu pusing2 ntah ke mana2. Lepas tanya2 orang baru la jumpa Jeonju Sikdang.

Nak pegi tempat ni kena kuar exit 8, susur sepanjang Cheonggyecheon Stream sampai jumpa second bridge. Masuk kanan and then masuk lorong kecik belah kiri ada banyak kedai ikan bakar situ. Jeonju Sikdang ni bersebelahan ngan Honam Jib.
Jeonju Sikdang
Memula tu masuk macam tercangak2 la. Terus bukak Ipad and order Samchi Baekban (Japanese Spanish Mackerel Dish). Harga KRW6,000 satu set, ada nasik, kimchi n lain2 side dish.
Kak Kiah usha2 gak orang sekeliling cemana nak makan Korean food ni kan sbb ni lah first time Kak Kiah nak cuba makan. Terkial2 Kak Kiah nak sauk nasik pakai chopstick. Sudu ada tapi gatal nak pakai chopstick lepas tu dah rupa cam orang bodo hehe.. Then ada la ahjumma n ahjussi ni duduk setable ngan Kak Kiah sbb kedai dah full. Dia tengok Kak Kiah makan pastu dia gelak. Dia pun tunjukkan the right way how to pick up the rice using chopstick. Rupanya kena guna la sayur kimchi tu untuk balut nasik tu dulu before nak pick up. Kalo makan cara Kak Kiah tu sampai esok pagi baru sudah makan agaknya. Hehee klako sangat. Memang darat habis Kak Kiah ni kan..  

Anyway the food was delicious. Serious sedap ok. Kecuali kimchi tu Kak Kiah tak suka. Rasa macam sayur basi. And Kak Kiah pun baru ni tau rupanya kimchi tu dimakan sejuk. Terkejut gak memula suap ke mulut.. eh ingatkan panas.. hehe darat kan..
Licinnnn..
Lepas dah kenyang, Kak Kiah pun nak balik la. Sekali tu boleh pulak rasa memulas perut. Ye lah kan, seharian perut Kak Kiah kosong kecuali minum susu pisang berbotol2. Masa kat Nami tu puas cari Cafe Drama nak makan nasik goncang tapi tak jumpa2. So jalan punya jalan terjumpa lah public toilet macam cubicle kat tengah2 jalan tu. Masuk coin KRW100 nanti pintu otomatik bukak. Setiap KRW100 kita cuma ada 10 min je. Tapi kalo nak extend masa boleh tekan ada satu button kat tepi toilet seat tu. Yang bestnya toilet ni ada skrin kau.. ada pasang lagu2 menghiburkan kita di saat kita melabur tu. Huhu memang impressed Kak Kiah dibuatnya.

Kak Kiah ingat nak jalan ke Dongdaemun Market nak tengok baju tapi kaki memang seriously dah tak larat nak menapak. Padahal dah dekat sangat dah. Last2 Kak Kiah balik je terus. Muka pun dah macam amoi mabuk. Dalam subway siap boleh terlelap gitu.

Sampai je Myeongdong terus balik guesthouse. Since pagi tadi Kak Kiah cuma drop beg je kan, bila dah balik ni baru la dapat tengok keseluruhan guesthouse ni. First tempat Kak Kiah tuju of coz la rooftop. Nice view from here eh?
Malam ni Kak Kiah letih sangat. Lepas update status FB untuk jeleskan kengkawan (haha) Kak Kiah terus tido. Esok pagi nak gi DMZ tour plak...    

39 comments:

  1. Good info bleh follow direction ni utk ke nami island, cantik betul warna daun maple ni alangkag bahagianya klau dpt menetap d korea my favorite place to be :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom cari oppa kat sana! hehee...

      Delete
    2. ehehe..oppa!!!..tp tak nak oppa gangnam style...hihihi

      Delete
  2. akak, gambar sendirian berhad kat nami island tu, hasil tangkapan pakai tripod kah?? Gigih ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pakai tripod la azra.. jenuh dok pasang n tutup mende alah tu. tu pasal masa lama spent kt nami ni sebenarnya hehe..

      Delete
  3. salam...first time b'kunjung ke blog ni...lawanya autumn kat Nami ni kan...sis, nak tny date sis gi Korea ni bila ( november ke atau oktober )...cantik sgt autumn time sis gi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kiah pegi 9 nov. masa ni mmg peak autumn kat seoul. kalo nak pegi next time choose 1st or 2nd wk of nov.. memang chantekss uuu..

      Delete
  4. salam kak kiah..nnti 9hb pergi lama mane?saya baru first time ke korea..tp fly 8nov-14nov ni...leh join trip..hehe...

    ReplyDelete
  5. Assalam kak kiah..nk tnya,akak tahu x kedai ikan bakar tu tutup kul brp?nk bajet time ni..TQ kak -zuria-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure lah. rasa cam sampai malam kul 10 gitu. sbb aritu KK melepak lama gak sini sampai dekat kul 9pm.

      Delete
  6. halal ke idok kedai ikan bakar tu KK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo tanya ada cop halal memang la takde. korea kan bukan msia. tapi ni kedai sudah dipastikan tiada menggunakan brg masak yang tidak halal. lauknye semua fish n vege.

      Delete
  7. hehehehe....kim chi Kiah kata macam sayur basi.....kelakar lah Kiah ni.

    Kiah,

    Lepas usha trip Gunung Kinabalu Kiah baru lah nak sempat nak usha trip Kiah ke Korea.
    Macam janji jer.....you pi Korea November tawon lepas ke. Saya pun cik Kiah....berada di sana masa tu....huuuhuuu. Pesal tak berjumpa yer....hehe

    12 tahun sudah saya ke Jeju Island. Kali ni last November 2012...office trip kite ke Nami Island dan Seoul. Best trip kali ni enjoy...tak macam dulu. Dulu orang Korea sombong....sekarang orang Korea boleh cakap melayu lagi....haaa...kauuuu

    Lepas ni nak pi travel mana lagi Kiah...?..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah penah jejak korea lagi awal dr kita.. tapi orang korea skrg mmg best n tak sombong. dah global katakan hehe..

      just got back fr melbourne. next trip will be busan in 2014 :)

      Delete
    2. Kiah...jommm saya pun nak ikut pi Busan...!! Pi Busan kene cakap mcm orang Busan....ada dialect...mcm drama Korea "Reply 1997"...haha

      Saya nak ke Istanbul hari Jumaat ni...kejap je pi seminggu. Pi office trip so travel like mak datin lah....itinerary pun so so. Kalau pi style Kiah best...10 hari boleh kautim satu Turkey kann..

      Travel Cheap....Travel Light...Travel complete...!!

      Delete
  8. Kak kiah, tekak ni memang nak terasa nak makan makanan korea tapi macam mana nak pastikan halal. Lagi pulak org sana bukan pandai ckap orgputih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak try makanan korea yang betul betul betul dijamin halal boleh try murree restaurant kat itaewon. sana memang korean food dia sedap gilerrrrrrr... order la bibimbap ke bulgogi ke.. harga mahal sikit tp sangat berbaloi2.

      Delete
  9. KK, Jeonju sikdang tu senang tak nak cari ? Dari depan lorong kecil tu, kedai ni belah kiri ke kanan? Kedai no bapa eh? Baca tulisan Hangul tu pusing2 tgk sama je semua. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedainya belah kiri, dekat awal2 maybe dalam 3-5 kot dari mula. haha tulisannya mmg nampak cam sama. KK dulu gitu jugak jalan sampai ke hujung. last2 tanya orang je :)

      Delete
  10. Saya pun mcm akk dulu..dok laa ngangkut tripod tu.. sampai 1 masa ada org siap pk saya buat penggambaran. Muehehehe. Kami g berdua tp yelah kan kalo tanpa tripod krg xde gambar berdua. Bateri jgn ckp la mmg habis bajet beratus kot membeli bateri aa. Mhl oo bateri kt sana tp no choice da sampai sana mcm sawan kamera jadinya tgk pemandangan autumn.

    N ye.. sy pn pegi jeonju ssikdang! Mmg berpeluh gak ketiak cari restoran tu. Sbb dpt direction dr blog budgettravel tu..sampai namdaemun st tgk2 exit yg dimaksudkan tu in construction so berpusing2 gak mncari kedai tu yg ala2 terselit kan.. tp da mmg rezeki dorang n kami..jmpa gak hehe.

    Eh panjang gila membebel komen. Maaf kak hehe tp excited ni..

    ReplyDelete
  11. hehe now KK beli tripod yang boleh lipat2 tu ha senang kau.. tp tripod tinggi tu bawak gak in case kan. KK pun bateri bawak 2 spare tapi baru kul 2pm dua2 bateri dah nyawa2 ikan! seb bek la ada standby ipad huhu..
    ikan bakar tu sedap kan.. ermmmm... terlior lak..

    ReplyDelete
  12. Dalam kedai ikan bakar yg sama ada hidang stir fried pork.Halal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kedai tu? bukan honam jib? masa KK pegi takde pulak menu stir fried pork tu. kalo honam jib ada la. maybe baru letak kot menu baru. then if ada no need to pegi lah..

      Delete
  13. Yes, we all pun masuk kedai ikan bakar tu, dalam menu ada pork, terus keluar.. omg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok anon. better jangan makan camtu. KK dulu tengok mmg takde pork dalam menu.

      Delete
  14. akak tinggal kat guesthouse mane?
    bape harga dia?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. akak tinggal kat guesthouse mane?
    bape harga dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. KK tinggal kat Guesthouse Myeongdong. rate 35,000won utk bilik single.

      Delete
  17. salam kak kiah,
    nak tanya.akak pergi tak petit france tu.ingat nak pergi tapi nak budget masa n nk tau berbaloi tk nk pergi.thanks eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aritu tak sempat pegi. next trip nak pegi. kalo layan kdramas wajib kot petite france ni. shooting loc utk byk kdrama (latest my love from the star). KK minat citer beethoven's virus so rasa cam worth la kot nak pegi.kalo tak layan kdrama n minat bangunan2 perancis pun boleh gak pegi.

      Delete
  18. pls rply asap yer kak coz trvl next week sunday. tq

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum.
    kak kiah i rasa my first enquiries tak send to u. nak tanya akak lighting show dekat namsan tower tu strt kul brape? then gelap diorg tu pukul brape yer. igt nak cover siang n mlm kat situ tapi tak nak la stay lama sgt kat situ. need ur advice. thanx kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Lightshow dlm kul 6-7 kalo time autumn. Skrg ni tak sure la gelap kol baper.. Kne tgk jadual solat maghrib kul baper. My advise - naik dlm kul 5.30 to be safe. Nk bratur naik cable car tu kdg2 lama. Kalo naik awal pun at least dpt tgk view dr atas masa terang, masa sunset n masa gelap..

      Delete
    2. Ok kak. Thnx so much. Pergi dis Sunday. Dh tak sbr dgr cite k.kiah ;)

      Delete
  20. KK...samala kita...I dulu travel gi Nami pun naik ITX smpi Gapyeong...tu pun tau sbb baca blog budget travel to south korea sebelum gi san...nie zarina punye blog....kalau tak baca blog tuh nganga la kitorang....mgkn x sampai nami kot...hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sampai tu mungkin sampai.. tp keluar pagi sampai nami kul 4 ptg kot huhu..

      Delete
  21. Kedai ikan bakar tu macam mane rencah, seasoning oil or kicap yg die guna tu mmg xde unsur2 gelatin haiwan tu ke dekat korea ni haiwan tu lebih kurang mcm ayam kt malaysia ni kadang2 dekat kimci pon dorg ade taruk oil bekas goreng pork n kut2 tuan kedai beli lauk ade pork mkn kt kedai ke bekas2 die tu bekas goreng2 pork ke xmustahil sebab die bukan muslim

    ReplyDelete
    Replies
    1. noks.. pe kata ko gi tanya je kat tukang masak sana.. senang sikit kot. soklan ko ni macam susah sangat KK nak jawab. kalo rasa ragu2 lagi jugak bole pi tanya kat korean muslim organization sana..or nak lagi senang, ko bawak bekal dari msia. lagiiii senang..

      Delete