Monday, December 31, 2012

SEOUL – DAY 4 – TOM CATS CAFE & HONGDAE

Area Hongdae or Hongyik University ni antara yang paling happening kat Seoul ni. One of the reasons ialah sebab area university kan so bebudak muda memang ramai port sini. Kak Kiah datang sini tujuannya ialah nak pegi Gio Cats Cafe, salah satu theme cafe yang ada banyak kucing.

Kak Kiah tau pasal tempat ni pun lepas baca blog orang yang travel sini. Macam menarik la kan. Lagipun Kak Kiah rindu gila nak pegang cats. Macam nak demam rasanya bila tak jumpa kucing empat hari ni. Masa Kak Kiah surf web, untuk datang sini kena kuar Exit 1 kat Hongyik University.
So sampai je kat Hongyik station, Kak Kiah pun menapak la cari exit 1 kan. Kedudukannya nunnnn jauh kat hujung. Tapi pusing punya pusing tak jugak jumpa exit ni. So Kak Kiah pun cari exit alternatif lain. Kuar exit 2 pulak. Ha amek kaw.. lepas tu Kak Kiah sesat barat hampir sejam. Tak dapat match langsung peta cafe ni ngan area situ. Dah la masa tu hujan, wifi free pun tak banyak.
Ku dalam kesesatan di Hongdae.. sob sob..
Last2 patah balik masuk exit 4 mintak tolong orang. Ada adik tu baik hati nak tunjuk jalan pada Kak Kiah. So turun balik ke subway station. Beriye2 jalan sampai ke hujung station, tak jugak jumpa exit 1. Kak Kiah rasa exit ni tutup untuk renovation kot. Sebab kesian sangat ngan adik tu, Kak Kiah cakap takpe.. Kak Kiah nak cuba kuar dari Exit 9 sebab kalo tengok peta, lebih make sense. Dalam peta cakap cafe ni dekat2 ngan entrance Hongyik University. Hello Kitty’s Cafe pun area situ. Adik tu beriye2 mintak maaf. Kesian tengok dia rasa bersalah.

Bila dah kuar exit 9 tu, Kak Kiah follow direction untuk ke Hongyik U. Nampak macam dah betul. Dah la kena mendaki, kaki memang hazab la masa ni. Tapi demi kucing2 Kak Kiah tak nak give up. Alang2 dah sampai ni kan.. rugi la kalo patah balik.

Sampai kat entrance tu, tetap tak nampak jalan yang dimaksudkan. Last2 singgah ada satu stall ni tanya adik kat situ kat mana kedudukan cafe ikut alamat yang Kak Kiah amek dari internet tu. Dia kata dah tak jauh dah dekat area Smoothie King. So Kak Kiah jalan lagi. Eiii tak jumpa pun. Sepanjang jalan tu memang tak nampak langsung papan tanda Gio Cats cafe. Smoothie King dah jumpa dah.

Then jalan punya jalan, Kak Kiah nampak satu signboard ada tapak kaki kucing tulis TOM CATS CAFE. Haaaa agaknya dah tukar nama la kot. Punye lah hepi rasa macam nak sujud syukur time tu!
Tom Cats Cafe ni tingkat 3. Sampai2 je terus tersengih2 Kak Kiah bila nampak cats kat dalam tu. Ok jom layan piccas!!
Untuk masuk sini, syaratnya kena order kopi. Tak kira la jenis apa. Of coz la caj dia lebih sikit dari biasa. Kak Kiah order latte KRW7,000. Makanan memang tak jual kat sini. Pas tu budak2 tak dibenarkan masuk.. yeay best! Bila dah masuk tu, staff dia akan sterile kan tangan kita and explain kat kita kucing2 yang pakai kolar biru, pink n putih yang perlu kita take note. Yang pink tu baby lagi so tak digalakkan pegang. Yang biru tu garang so kena careful.
Kak Kiah rasa cam dalam heaven kat sini. Dah la kucing2 nya sihat2, gebu2, gemok2 n besar2.. memang tak berhenti2 Kak Kiah senyum. Gomol sana, gomol sini. Siap cakap melayu lagi.. ah peduli apa.. kucing2 tu pun macam faham je nampaknya.
Meroyan kan tengok kucing beraneka rupa..
Kak Kiah rasa macam nak bukak la satu cafe cam ni kat Msia. Agak2 laku tak? Hehe.. Anyway, Kak Kiah sempat berborak ngan owner cafe ni. Dia heran tengok kucing2 dia mesra ngan Kak Kiah. So Kak Kiah explain la kat rumah Kak Kiah ada 17 eko kucing. Huhu terkujat dia.. Pastu Kak Kiah citer la pasal hal sesat-barat tadi tu kan. Rupanya Gio Cats Cafe dah tukar nama. Memang lokasi dia atas Smoothie King. Tapi signboard dia tulis tulisan Korea. Kira Tom Cats Cafe ni tak sama ngan Gio Cats Cafe la. Laaa kesahnya.. nasib baik Kak Kiah jumpa Tom Cats Cafe ni. Kalo tak sampai sudah la kempunan.

Lama jugak Kak Kiah port sini. Rasa ada dekat 2 jam kot. Siap layan Inkigayo beramai2. Kucing2 tu pun sampai dah tiba time tido. Bila nak balik tu rasa sedih la jugak. Walaupun kejap, rasa attach lak ngan cats ni sume.. InsyaAllah one day Kak Kiah akan datang sini lagi..

Then, Kak Kiah merayap area Hongdae. Happening ok sini. Foreigners pun ramai yang mabuk2. Maklum la sini memang banyak bars n clubs. Kak Kiah sempat la cuci mata tengok kedai2 kat sini. Dapat beli bracelets cantik2 kat sini.
Hello Kitty Cafe. Sesapa penggemar HK boleh la port mengopi di sini.
Park Marry Me Mary. Banyak graffiti cantik2 kat sini.
Kak Kiah buat perangai gedik melaram spek2 kelakar
Dekat 10+ baru la Kak Kiah balik. So happy uols!!!

Esok punya plan, Everland!!!

10 comments:

  1. Last time g hongdae cuma sempat g trick eye museum dan hello kitty cafe.. x sempat nak carik park marry me marry..huhhu.. xpe sbb tu la jd 1 of the reason repeat korea trip heee.. sy bkn peminat tegar kucing tp my travel partner iye kot. Tp ok je kalau nak msk sini..pengalaman baru kan sbb kt msia xde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Park ni depan je ngan tom's cafe ni, n closer to main gate Hongyik U tu. Kalo pegi cafe tu kirim salam ciom pelok gomol2 tau ngan kucing nama Jerry tu hehe...

      Delete
  2. Kak Kiah tak pegi Café Coffee Prince?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pegi yang. first, skrg cafe ni dah tak femes lg. second, nak amek gambo takleh kne beli n minum kopi dia yg mahal tu. third, tak silap dah tukar lokasi ke dah tukar nama ke apa tah.. but rasa cam not worth it. better gi drama locations yg cite baru2 kot huhu.. pendapat je lah ni tau..

      Delete
    2. ooo... ye ker. Ingat nak pegi, tgk la mcm mana. Next year pegi busan pulak kan? Boleh ambik ilmu sikit dari Kak Kiah nanti. Nak pegi Korea awal November 2014. Cover Seoul, Jeju and Busan. Tak sabar walaupun lagi setahun nak pegi.

      Delete
    3. owh KK pegi gak seoul mid nov 2014. tak dapat ler kita bersenggol2an. anyway better study awal pun, senang esok nak plan apa2. KK pun selalu buat keje berangan2 sampai setahun ni hehee.

      Delete
  3. Hehe setuju! Setahun mmg lama nak nunggu tp cukup masa nak prepare mcm2.. duitnya.. study nya.. baju nya.. brg2 nya.. tu pun last minit karang ada je yg mcm kelam kelibut. .

    Heehe saya lg la x dpt bersenggol senggolan sbb plan nak g june. Walaupun rindu suasana musim luruh tp saya x leh thn kesejukan la kak huhu

    ReplyDelete
  4. amboi kak kiah, jelesnya kita tgk kak kiah jalan sorang2 confidently mcm kat msia aje.seronoknya..saya teringin nak gi cafe kucing tu.tapi takleh bawak budak eh..alahai.teringin bawak baby.my baby suka main kucing :) InsyaAllah bulan 4 ni nak gi sana. jom ah kak kiah, kita jln together2 :P

    ReplyDelete
  5. Kak Kiah, saya baru balik dari Hongdae. Tom Cats cafe dah tutup. Nasib baik yg Coffee Prince tuh jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke? rasanya pindah kot.. TQ sbb inform dear..

      Delete