Monday, December 31, 2012

SEOUL – DAY 4 – EWHA WOMANS UNIVERSITY

Sebenarnya kalo ikut plan asal, Ewha Womans University ni cuma option je. Kak Kiah asalnya lebih berminat nak pegi Yonsei University. Tapi ada la aritu orang kata Ewha lagi cantik dari Yonsei. Kat Ewha Street pun banyak kedai2 yang jual baju2 and henbeg ladies yang up-to-date, cantik2 n murah2. Plus kedudukannya kalo kita naik subway, kita akan jumpa dia dulu. So, that’s why Kak Kiah tuju sini dulu. Kalo ada masa lebih baru pegi Yonsei U.
Untuk datang sini, kena naik subway Line 2 Exit 2/3. Kuar je exit, terus jalan turun bukit. Sepanjang tu kita akan lalu macam2 jenis kedai yang menarik jual skincare, baju, n mcm2 untuk ladies. Ye lah, university ni kan untuk girls aje. So of coz la area ni memang penuh ngan awek2 belaka serta kedai2 nya lebih menjual barangan untuk awek2 belaka.
Kedai-kedai sepanjang Ewha Street
Ke Ewha University
About 10 min jalan, sampai la kat entrance university ni. Wahhh.. ternganga kejap Kak Kiah. Memang cantik uols!! Tak rugi Kak Kiah datang sini. Apalagi tanpa buang masa, Kak Kiah terus kuarkan tripod n snap piccas. Jom layan...
Anyway, tengah syiok mensnap, hujan lak turun. Nasib baik Kak Kiah bawak payung kau. Tapi memang frust la. Masa tu pun rasanya dah nak masuk Maghrib. It’s getting darker so nak amek gambo pun belah depan je. Kak Kiah tak berkesempatan nak pusing2 pun dalam university ni. Apapun Kak Kiah rasa suka sangat dapat datang sini. If Kak Kiah ada daughter esok, nak la anto dia belajar sini.. hehe.. berangan sampai tua la kau Kiah..

Lepas tu Kak Kiah pun merayap2 kat Ewha Street. Cadangnya nak cari dress untuk opismet Kak Kiah, tapi nampak macam sume jenis winter collection je. Kalo pakai kat Msia aje bepeluh2 kang. Last2 Kak Kiah sambar satu sweater. Murah je KRW10,000. Comel pulak tu ada hood kucing. Yang penting kaler pink haha.. (mohtip Kak Kiah jadi penggemar pink sejak datang Seoul ni uols??)

Jalan punya jalan.. ah sudah.. tak jumpa pulak jalan nak ke subway station. Kena lak time gelap, mata tak berapa nampak, hujan gerimis lak tu. So berpusing2 gak la Kak Kiah area ni. Kaki toksah cakap la. Bukan tahap meroyan meraung lagi dah, dah sampai mintak nyawa tu.. Kak Kiah basically dah macam heret je kaki tu ke sana sini, nak angkat tak larat dah huhu kesian betul.. Lepas sejam dalam kesesatan, akhirnya jumpa la subway station Sinchon. Fuh agak jauh jugak tersasar dari area Ewha. Plan nak ke Yonsei pun akhirnya terpaksa dilupakan.

Next destination – Hongdae, yippeeee!!

4 comments:

  1. Dasat lah baca blog Kak Kiah ni. sehari kita habiskan entri keempat-empat trip Korea tau. kekeke. dulu kita pegi gak Ewha Univ ni. takde dalam plan asal pun tapi saja nak mengisi masa waktu tu. memang lawa ah design bangunan dia. tau tak RM yang ada Shinhwa tu pernah shoot kat sini. Hihi.

    Anyway, jemput baca blog saya Kak Kiah =)

    kurakuraygslow.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo RM memamg KK follow huhu..

      KK ada check out uols punya blog. amboi sakan fan SNSD ni hehe.. nnti ada masa free KK jengah lagi k!

      Delete
  2. salam KK...best baca blog ni...i likessss.. nk emel KK boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik.. Boleh2 no problem. Tp kdg KK jarang cek emel huhu..

      Delete