Ok arini Kak
Kiah nak sambung cerita travel Kak Kiah di Seoul. Sori la ye uols Kak Kiah agak
bz lately. Baru ni dapat sambung memblog balik.
Untuk hari ke
3 ni, Kak Kiah plan nak join trip DMZ untuk setengah hari. DMZ ni maksudnya DEMILITARIZED
ZONE atau kata nama lain – Zon Bebas Perang. Kira cam buffer zone la antara
Korea Utara n Korea Selatan.
Ok kita cerita
sejarah sikit la eh lebih dulu so uols leh faham. Dari tahun 1910 sampai 1945,
Korea dijajah oleh Jepun. Masa lepas Word War II bile Jepun kalah ngan Allied
Forces, North Korea jatuh pd USSR n South Korea jatuh pada US. So North Korea
was ruled by communist govt and South established democratic govt. Masa
election 1948 utk tubuh govt utk Korea ni maka tercetus la perbalahan.. tak
sependapat katanya. Since North ni komunis kan, agak agresif macam Chin Peng
lah lagaknya.. terus serang South pada 1950 yg akhirnya mencetuskan Korean War.
Masa Korean War ni, the southerners kne attack sampai diorang terkepung kat
hujung selatan Korea area Busan. Dengan bantuan US yg melobi di United Nation,
akhirnya North terpaksa berundur sampai la kat point 38th Parallel (sempadan
North-South yg previously set by US & USSR). Lepas bincang dan bincang,
akhirnya satu persetujuan dicapai untuk hold perang (bukan tamatkan perang tau,
just tangguh je). Dlm agreement ni, wakil dr North, US & USSR je yg dtg.
South tak attend pun. Dari agreement ni maka area 38th Parallel tu
diisytiharkan sebagai DMZ sampai ke hari ni. Since Korean War actually belum
lagi tamat, North n South ni asek bersengketa la sepanjang2 masa ni. So, boleh
imejin la kat border ni military tension mmg hebat sebab anytime North boleh
invade South.
DMZ Tour ni
memang sangat interesting untuk nerd2 macam Kak Kiah ni haha. Tour ni ada tiga
jenis – half day DMZ Tour, Panmunjeom Tour and DMZ+Panmunjeom Tour. Kak Kiah
amek half day DMZ Tour aje (KRW46,000). Untuk join DMZ tour ni kita kne buat booking
at least sehari before n kalo Panmunjeom kne book at least 3 wks before. Masa
kat RAON Guesthouse kemarin, Kak Kiah ada mintak tolong Mr Song book kan untuk
Kak Kiah. So dia bgtau Kak Kiah, nnt pagi2 10 Nov kul 7.30 kena tunggu kat lobi
Guesthouse Myeongdong akan ada agent datang pick up.
Maka nak
dijadikan cerita, pagi2 Kak Kiah bangun je terus terlompat2 cam beruk sebab
tengok jam dah kul 7.25am uols!!!! Habis terbabas subuh segala. Punye la penat
merayau Nami semalam kan sampai tak sedar apa. Kak Kiah dengan terkocoh-kacah
siap ala kadar je, mandi pun tak, mekap pun tak. Terus berlari turun bawah
sambil berdoa harapnya agent yg pick up Kak Kiah tu tersesat or tersalah
guesthouse (sebab kat sini ada Myeongdong Guesthouse and Guesthouse Myeongdong,
both lain tau and kedudukan pun jauh dari each other).
Sampai bawah
takde sapa pun. Kaunter receptionist mmg close sbb diorg start keje kul 9am.
Termangu2 gak mikir cemana nak contact agent tu kan. Tepon pun xde. Last2 Kak
Kiah pegi masuk lobi Hotel Pacific kat sebelah, mintak tolong diorang call kan
agent. Hahaha benar ramalanku, rupanya agent tu tersalah pegi guesthouse. Maka
Kak Kiah pun amek masa la mekap2 sikit sementara menunggu tu kan. Kalo uols nak
tau, Koreans ni very particular pasal punctuality. Kalo uols lambat mmg kena
tinggal jawabnya. So mmg alhamdulillah sesangat la agent tu sesat. Kalo tak
harus la Kak Kiah menapak ke sempadan jawabnya huhu..
Tak lama pastu
agent tu pun sampai dengan berlarian2 anak. Beriye2 mintak maaf ngan Kak Kiah
hihi.. Kak Kiah cakap it’s ok, sian tengok muka dia cam nak nangis pun ada. So
naik la van pick up. Kitorang stop kejap kat another hotel nak pickup another
tourists, satu grup family dari Spore. Then weols proceed ke another pickup
point untuk naik tour bus yg akan ke DMZ.
|
Kak Kiah dalam van pick-up |
Bila sampai
kat pickup point, kitorang pun naik tour bus tu. Wah penuh ngan foreigners
uols!! Kak Kiah sorang je melayu Msian situ. Tour guide kami namanya Nicky. She’s
so bubbly n a cheerful lady tapi nervous gila sebab first time bawak reramai
tourist, smpai berterabur dia skiping London ahaha...
|
Our Tour Bus |
Dalam bas Kak
Kiah dok belakang sekali macam samseng bas skolah, sebelah duorang mamat
Filipino. Ramah n baik la theyols tu. Kak Kiah je hyperact semacam (wah tetibe
mention hyperact kan.. harapannnn.. harapan menjadi layuuu..). Dalam bas tu
Nicky collect la duit yuran tour ni. So kne ingat ye, bayaran terus pada guide
tau bukan kat hotel penginapan yg buatkan booking utk kita. And sepanjang
perjalanan tu Nicky cerita la pasal sejarah Korean War and basic ideas macamana
hubungan North-South selama ni. Memang best la untuk orang2 nerd cam Kak Kiah
ni.
Dalam setengah
jam perjalanan, sampai la kat first check point – Imjingak Park. Kitorang
diberi masa 15 min untuk visit tempat ni (ada kah patut?). Kat Imjingak ni ada
The Peace Bell, Stones of Peace Wall, Freedom Bridge n Steam Locomotive Jangdan
Station.
Ok jom layan
gambar...
|
The Peace Bell |
The Peace Bell
ni situated kat pavillion atas bukit kat park ni. Loceng ni kira simbol harapan
rakyat2 South Korea untuk unification dengan North Korea. Dibina pada tahun
2000, every New Year’s Eve loceng ni akan dibunyikan n org2 tua yang pernah ada
family di North akan datang sini sebagai memperingati mereka, samada yg masih
hidup atau sudah mati.
|
The Stones of Peace Wall |
The Stones of
Peace Wall ni adalah display batu2 yg dikumpul dari 86 battlefield dari 64
different countries yg pernah berperang. Dibina sebagai peringatan betapa
peritnya perang ni sebenarnya and so we should live in peace and harmony
togeder2. The earliest stone was from BC 231, Punic War di Italy.
|
Freedom Bridge |
Freedom Bridge
ni adalah tempat exchange 12,773 orang prisoners of war dari North dan South
selepas perjanjian untuk tangguhkan Korean War pada tahun 1953.
Kat sini boleh
beli ribbon KRW1,000 and tulis la apa2 sebagai tanda harapan untuk
reunification North-Korea ni pastu ikat la kat pagar.
|
Steam Locomotive yang ranap dibedil |
Steam
Locomotive Jangdan Station ni ada la ketapi steam peninggalan yg pernah dibedil
masa Korean War. Sebab kedudukannya memang ngam2 kat DMZ kan, harus la bertubi2
kena kat sini masa perang tu. Kalo ikut cerita train driver tu, masa tu dia
tengah bawak train ni kul 10pm 31 Ogos 1950 lalu kat Jangdan Station, tetibe
train kne attack dengan peluru so memang horror lah masa tu. Terpaksa la dia
tinggalkan ketapi ni kat situ sambil dia lari selamatkan diri. Kesian la tengok
ketapi tu ranap2 uols. Tapi ia telah diangkat mertabatnya sebagai Registered Cultural
Heritage #78. Kelas kan.
|
Motif gambar ni adalah untuk menunjuk-nunjuk Kak Kiah bergambo ngan Mat Sojar Kpop hahah |
15 minit nak
cover semua2 tempat ni? Hilang akal kan? Jangan tak tau Kak Kiah kemain laju
berjalan, ye lah takut kena tinggal kan. Campor ngan rasa nak terkucil2 lagi
terpaksa ku tahan. Sampai je kat bas, Kak Kiah lambat 5 min. Tapi nasib baik
ada lagi tourist lain yg lagi lambat. Nicky dah bebel2. Dia warning lepas ni
sapa lambat akan kne denda. Haha tak takut punnn..
Next stop
ialah The 3rd Tunnel. - tunnel yang dikatakan dibina
oleh North Army untuk serang South. Masa tahun 1974, one of North Korean yang
buat keje menggali tunnel ni telah lari ke South Korea n inform govt pasal plan
North nak attack South ni. Maka govt South Korea pun tanam pipes sepanjang border
untuk tahu kat mana lokasi tunnel ni. Then after 3 yrs, 1978, one of the pipes
burst. Maka rahsia pun pecah.. ketahuan lah mereka akan kewujudan tunnel2 ni
sera plan North untuk invade South. Tapi of coz la North tanak ngaku. Siap reka
alasan kata tunnel tu untuk coal mining segala. Sneaky kan mereka…
|
Gambaran rajah The 3rd Tunnel |
Total tunnel ada 4, tapi cuma 3rd
tunnel je dibuka untuk public. Kitorang diberi masa setengah jam plak kat sini.
Untuk pegi tengok 3rd tunnel ni kena turun 400m laluan yg steep. N dalam tunnel
ni x leh amek gambo.. alaaaaaa…mencik taw…
Masa turun ke tunnel tu kena la pakai
helmet sebab memang sempit la laluan tu, ngam2 atas kepala Kak Kiah yang
kemetot ni. So imejin la mat2 minah2 saleh tu cemana. Kesian mereka kena
menunduk all the time hihi.. Turun kat tunnel tu ada la few places boleh
tengok, tempat masa pipe pecah tu pun ada. And ada gak kesan2 belerang yg digunakan
oleh North masa diorang buat keje letupan n penggalian. Dekat area tunnel tu
ditutup la, cuma ada window kecik je untuk tengok view tunnel. Ye lah mana bole
bukak, kang ramai lak North Koreans yg seludup lari ke sini.
Lepas melawat lebih kurang, Kak Kiah pun
naik la ke atas balik. Ya Allah hazab kau nak menapak naik semula 400m laluan
ke atas tu. Dah la curam 45 degree kan, jauh lak tu!! Betis Kak Kiah dah
kejang2 segala. Macam nak meraung meroyan mencarut segala sepanjang pendakian
tu. Rasa nyesal tak sudah hahaha.. lawak lak bila kenang balik. Sampai ke atas terus tuju convenience
store, beli air. Mengah gile, Pastu pusing2 area atas tu amek gambo.
|
Statue sojar2 |
|
Kak Kiah kecapekan |
|
Super Kiah Membantu Keamanan Sejagat!! |
Lom sempat
amek napas, dah nampak kelibat si Nicky tercangak2 ngan hailer cari tourists
dari bas kami. Hehe apalagi terus pecut naik bas. Nasib baik Kak Kiah sempat.
Ada tourist tu dari Spain lambat 5 min and akhirnya kena denda nyanyi. Haha
kesian tengok dia. Last2 dia sporting la nyanyi lagu Hepi Besday untuk kawan
dia yg sama2 join grup kami ni.
|
The Bubbly Nicky |
|
Mangsa kena paksa nyanyi |
Next stop ialah Dora Observatory.
Kat
sini boleh tengok North Korea pakai teropong. Nak amek gambo pun tak boleh
cross satu line kuning ni, kalo tak mati la kne tangkap ngan sojar. Like
mentioned before, kat sini sojar2 diorang memang strict okeh. Muka aje kpop.
Since Kak Kiah ni kemetot kan, beriye2 la tertinjit2 nak snap pica. Kalo muka
tak malu leh gak nak suruh mat saleh berdekatan tolong angkat Kak Kiah, tapi
apakan daya Kak Kiah ni pemalu orangnya haha..
|
Kamera sampai sini je ye kak.. |
|
Picca North Korea yang mampu disnap.. sob sob.. sebok jah kepala2 tu! |
Untuk pakai binocular ni, kne masukkan
syiling 500 won. Dapat la tengok North dengan jelas. Of coz la Kak Kiah takkan
lepaskan peluang ni kan. So memang nampak la jelas sume. Nak tau North ni
senang je, bukit2 dia cuma ada sebatang dua je pokok.. yang lain sume kena
tarah. Sebabnya ialah diorang tanak kalo ada pokok nnt senang le spy2 dari
South akan datang mengintip.
|
Gambar ni adalah yang paling jelas, dicilok dari Google haha puas ati mak.. |
Selain dari tu leh tengok tugu tiang
bendera North and South ni. Dikabarkan diorang ni compete against each other la
sapa nye bendera paling tinggi. Tengok bendera North tinggi, South pun ejas
ketinggian bendera dia. Lepas tu North pun naikkan. Then South naikkan lagi. ‘Flagpole
war’ ni berlarutan hampir few years sampai la akhirnya South stop bila
menyedari betapa childish nya mereka menghabiskan duit rakyat semata ego. So,
akhirnya tugu bendera North la yang paling tinggi sekali n berat benderanya aje
dah 270kg ok kau mampu?!!. Ia juga dinobatkan sebagai the third of world’s tallest
flag pole. Yeahh menang sila amek hadiah haha..
Dari binocular ni jugak kita boleh nampak
North Korean Propaganda Village atau Kijondong dari kejauhan. Village ni dibina
oleh North Koreans untuk eksen kat South Koreans betapa luxury nya hidup mereka
itu. Konon2 ada 200 keluarga la yang tinggal kat sini. Tapi setelah dibelek2
dari kejauhan, nampak cam xde la apa sangat except bangunan konkrit biasa n
tingkap pun takde glass ok. Bila malam pun lampu cuma dipasang kat certain
building yg sama je maka disyaki sebenarnya xde sapa pun tinggal kat village ni
selain sojar2 North. Farmers tu cuma datang siang2 je, malam2 mereka dok tepat
lain. So sebab tu South panggil tempat ni sebagai Propaganda Village, dengan
kata lain.. eh kau propaaaaa je lebih! Tapi orang North panggil Peace Village
lah kan, mana nak kalah.
South Korea pun actually ada gak village
tau, located kat Daeseong-dong. Masa perjanjian tahun 1953 tu, North n South
diberi hak untuk build peace village each kat area DMZ ni. Kira kalo
reunification nanti, senang la kan sebab village2 ni boleh berkawan2 dengan
gumbiranya. So North build peace village diorang kat Kijong-dong, South kat Daeseong-dong.
Kat sini, mereka diiktiraf sebagai Rakyat Republic of Korea n xyah kena bayar
tax or kena military service. Kat Daeseong-dong ni memang betul2 la ada farmers
duduk, tanam padi, lada hitam n ginseng sume. Dikabarkan ginseng dan beras dari
sini memang sangat berkualiti tinggi la.
|
Abang2 sojar Kpop, garang ni tau.. muka aje macam sayur.. |
|
Kak Kiah and maple tree memang tak dapat dipisahkan |
Lepas tu kitorang bergerak ke Dorasan
Station pulak. Dorasan Station ni adalah the northernmost station in South
Korea, located di Paju. Station ni pernah jadi connection point antara North n
South and buat masa ni masih dalam proses restoration oleh Korail. Dekat lobby
station ni ada tulis “Not the last station from the South, but the first
station to the North”, so kira station ni symbol la untuk perpaduan dua ummah
yang bersengketa ni. Pada tahun 2003, hanya limited freights dalam komuter
dibenarkan lalu landasan ni ke North untuk transport goods (sehari hanya travel
sekali untuk perjalanan sejauh 19km). Tapi pada tahun 2008 disebabkan
konfrontasi, North close border n x benarkan lagi komuter masuk sana hantar
barang sampai la ke hari ni. So Dorasan Station ni kira macam bangunan kosong
je, just waiting for reunification untuk train beroperasi semula. Kesian kan..
|
List nama donor2 yang menyumbang restoration of Dorasan Station |
|
Simbol perpaduan |
|
Laluan impian rakyat2 South Korea untuk ke Europe by rail |
|
Tidak lupa menggedik ngan adik sojar |
|
Laluan KORAIL yang menjadi impian
Actually South
memang harap sangat Dorasan Station ni berjaya sebagai station pertama untuk ke
North. Sebab ia akan jadi laluan terbaik bagi mereka2 yang nak ke Europe. Tak nak
naik flight, u can travel cheaply by rail. Imagine the scenery then! Sure best
gilak kan? Anyway, North govt memang tak nak ada laluan ketapi bagai ni. Satu
sebab utamanya diorang tanak rakyat North diexpose pada orang and budaya luar.
Kita tau kan rakyat jelata North Korea memang agak konservatif dan dibrainwash under
pemerintahan Kim Jong-Il selama bertahun2. Diorang ni memang ditutup dari
anasir2 luar. Pompuan kne bagai skirt labuh, takleh pakai pants. Kaler pun
dull2 belaka. Internet tak dak. Tv dari stesen luar pun tak dak. But they
believe that they live in heaven selama ni. So imejin betapa tekejut beruknya
mereka jika mereka mendapati mereka ini bagaikan hidup di zaman tok kadok. Even
cara diorang cakap pun purba ok, tak caya try tengok citer2 drama yang ada
pasal North-South ni e.g The King 2 Hearts. Diorang baca berita pun macam nak
bergaduh bunyiknya.
Anyway, I too,
pray for reunification soon. It’s a pity they all came from the same culture,
same ancestors tapi terpisah disebabkan perang dan perbezaan ideologi. Kita tau
la maybe susah untuk North Koreans untuk adapt to the fast growing world but
sooner or later they have to kan? Sampai bila North govt nak sekat kebebasan
rakyat mereka. USSR pun dah maju bagai, awak dok macam katak bawah tempurung
lagi. Lepas tu dok ugut2 South. Nasib baik la South ni Kak Kiah tengok cam baik
hati gak la.. tanak gaduh2. Beralah aje kejenya tapi macam dibuli pun ada.
Hmm.. let’s pray for their peace ok people?
|
|
|
|
Kak Kiah posing lagi before gerak balik |
Lepas setel
melawat sume2 tempat, kami yang keletihan ni pun kembali ke Seoul. Tapi before
that, diorang singgah ke Korea Ginseng Center untuk membeli belah ginseng.
Dikatakan kat sini tourist leh dapat special price untuk good quality ginseng
sebab harga ginseng ni memang dikawal oleh govt. Kak Kiah maleh nak masuk. Tak
minat.. err.. n tak tau ginseng ni islam leh makan ke? (bongok tak soalan
haha)...
|
Korea Ginseng Center |
|
Taking piccas sementara tourist lain bersoping |
|
Pokok berdaun cantik2 |
Then, tepat
2.30pm kami pun sampai ke City Hall Station. Memang punctual ok mereka ni. Kalo
kata tamat kul 2.30pm memang 2.30pm la jawabnya. Cadang memula Kak Kiah nak ke
Itaewon tapi disebabkan berlengas (tak mandi kan) n lapo n kaki sakit, Kak Kiah
decide balik ke Myeongdong je dulu.
Sampai
guesthouse kul 3pm tapi meleser2 dulu. Makan nasik instant n lauk bekal je. Kaki
sakit aduhaiii.. memang hazab okeh! Meraung betis ku penangan tunnel DMZ tadi.
So, akhirnya Kak Kiah jadi malas nak ke Itaewon. Maka plan ditukar untuk ke
Namsan Tower je malam ni. Check out my next post u guys!!
Nice post! Keep it up!
ReplyDeletesonok la bace entry ni lagi2 psl dmz tour dgn history north dgn south tu..
ReplyDeleteni mesti nerd2 ni kan? huhu. best sebenarnya tour DMZ ni. kalo pegi sana, mesti pegi tempat ni tau.
DeleteSalam, akak thanks for those information.. Nanti saya nak g ke DMZ ni juga. next yearh. happy jumpa kaki travel! :)
ReplyDeletesalam.. hehe nak pi DMZ eh. jangan lupa tau turun kat 3rd tunnel tu n amek gambo ngan sojar2 kpop huhu
Deletebest bace blog kak kiah ni...
ReplyDeleteTQ TQ cik RY :)
DeleteBest baca entri ni. Mmg rasa semangat nak gi sini. Err agak2 kalau bawak baby selamat tak?
ReplyDeleteKK tak sure plak leh bwk baby. Tapi cam bahaya je.. better jangan kot. Sbb sini kan border. But boleh check ngan travel agency yg organize trip ke DMZ la to be sure.. Just kalo bawak baby tu time 3rd tunnel tu takleh nak turun la kot. Sebab bahaya n nak naik balik tu seksa sangat. Rugi lah pulak nanti sbb 3rd tunnel tu yg paling best skali..
ReplyDeleteNangis tengok KK gambar ngan Abang Sojar K-pop tu...hensem ok!
ReplyDeletemuahaha.. koreans mmg jambu2 macho gitu kan.. terkasima menatapnya
DeleteJelesnya saya dgn KK.. saya pernah melawat Korea tahun 2011, tapi hanya gi kt main tourist hotspots jer.. tak tau pun ada hotspot menarik mcm DMZ tour tu.. T_T
ReplyDeleteJelesnya saya dgn KK.. saya pernah melawat Korea tahun 2011, tapi hanya gi kt main tourist hotspots jer.. tak tau pun ada hotspot menarik mcm DMZ tour tu.. T_T
ReplyDelete