Saturday, December 1, 2012

SEOUL – DAY 2 – Guesthouse Myeong Dong



Pagi ni kul 5am Kak Kiah dah terjaga. Maklum la dah biasa tido cuma 3,4 jam sehari so bila tido awal tu bangun pun awal. Cuaca kat luar tu sejok ya amats. Dari bilik Kak Kiah nak gi toilet pun rasa macam nak berbungkus cam pocong.

Lepas Subuh, siap2 pack sume sebab nak check out lepas bekfes nanti. Lepas ni onwards Kak Kiah akan stay kat Guesthouse Myeongdong pulak.

Kak Kiah sorang je dah bangun, jiran2 sume tido lagi. Memula tu risau gak kalo time berkemas tu mengganggu kan sbb room2 kat sini mmg tak sound proof, jelas dengar apa yang orang sebelah cakap. So sementara nak tunggu Mr Song datang dalam kul 7 tu Kak Kiah lepak kat rooftop. Kak Kiah memang suka rooftop ni sebab ada view cantik. Udara pun best je. Senam2 sikit. Kaki Kak Kiah pagi ni memang hazab uols. Jalan pun dah terkengkang2. Bila rukuk tu rasa cam nak nangis. Tatau la cemana nasib kaki Kak Kiah untuk 6 hari lagi kat sini.
Kak Kiah di rooftop sedang mengambil mood (I really like rooftop house mcm yang kat belakang tu, tu actually opis Mr Song)
Kat RAON Guesthouse ni bekfes provided tapi roti je la. Kak Kiah ok je asalkan dapat alas perut. Masa bekfes tu Mr Song lepak ngan Kak Kiah. Then jiran sebelah room Kak Kiah pun bangun join kitorang borak. Her name is Ee Ling. She’s from Taiwan. Datang sini ngan kawan dia tapi petang ni nak balik dah. Walaupun dia tak reti english, kami borak gak style ayam-itik. Yang bestnya dia fan Running Man ok! Wah best best.. lagi la banyak ceritanya. Dia siap pegi few places yang jadi shooting locations Running Man. Giler ah jeles Kak Kiah.

Then weols tak piccas untuk kenangan. Ye la.. lepas ni Kak Kiah sure tak jumpa diorang lagi dah. Paling tak leh blah bila Mr Song dok bising bila gambo dia tak hensem, siap suh snap lagi gambo. He said he looked worst in the morning. Haha lawak tol.

Me n Ee Ling, the biggest fan of Yoo Jae Suk 'Grasshopper'
Me n Mr Song. Tak tahan aku dia buat pose Sharifah Aini hahaha..
Hari ni Kak Kiah pakai baju berlapis2. Sebab serik dengan kejadian sejok beku semalam. So Kak Kiah pakai 4 lapis baju, 4 lapis suar. Haha over tak? Siap je sume Kak Kiah pun check out. Sedih gak nak tinggalkan rumah yang best ni, tp apakan daya bajet cheapskate.. tak mampu ok! Sob sob..

Lepas say bye2 to everybody, Kak Kiah pun mengheret la beg troli gedabak tu ke Anguk Station. Since kedudukan RAON actually atas bukit, bila turun tu dah senang dah. Takde la mengah2 macam semalam. Neighbourhood kat Bukchon ni memang cantik sangat. Banyak kedai2 traditional sepanjang jalan.


Tapiiiii bila sampai je subway station macam nak meraung okeh. Gila tinggi tangga2 kat sini. Untuk ke Myeong Dong kena amek subway line 3 turun kat Chungmoro, pastu switch pada line 4 ke Myeong Dong. So memang banyak gile kena naik turun tangga. Ada yang ada escalator tu ok lagi, tapi bila sampai tang tangga yang tinggi2 tu Kak Kiah rasa nak meraung kat situ jugak!
Anguk Station
Sampai Myeong Dong terus cari Exit 9. Jalan pun dah macam ketam sebenarnya, senget benget masa ni. Bila dah kuar Exit 9 tu fuh lega bila nampak Guesthouse Myeong Dong. Nasib baik la dekat ngan subway exit. Kalo kne menapak jauh lagi memang menyumpah je la Kak Kiah jawabnya haha. 
Me n my beg bagak
Guesthouse Myeong Dong ni located between Hotel Sejong and Hotel Skypark. Kedudukan guesthouse ni memang strategik sangat coz sepelaung je dengan tempat shopping (Myeong Dong ni memang area shopping), dekat ngan subway, ada 24hrs convenience store nearby, dekat ngan Airport Bus Stop n murah untuk solo traveller.

Kak Kiah amek single room Mini A (takde window, shared toilet). Price KRW35,000 per night. Dalam bilik ada tv. Check in time 2pm. So sampai2 je Kak Kiah bagitau miss yang jaga kaunter tu nak simpan luggage sini dulu sebab Kak Kiah takut balik malam. Kak Kiah dapat bilik kat 2nd floor, room 205. Comel je bilik dia but ok la kita pun cuma nak tido je sini kan. Kitchen ada kat level 3, ada public PC, free wifi, coin laundry machine. Bathroom ada 3, each floor ada satu.

Jom layan picca guesthouse.
Setel je pembayaran Kak Kiah pun terus gerak untuk ke Nami. Actually masa ni dah kul 10am and Kak Kiah sebenarnya dah lambat. Tapi nak buat cemana kan, dengan kaki yang sakit ni memang hazab nak jalan lelaju.

Ok next entry – Nami Island!

9 comments:

  1. Arghhh jelez makin berganda bila tgk dpt bergambar ngan mr song hehehe ensem lak tu cuma gaya posing dia xleh tahan, klau ada rezeki nk check in kt guesthouse ni hihihi

    ReplyDelete
  2. Kak, hostel nie yg dekat je kan dengan Myeongdong station kan. Exit 9 nie tangga ke escalator. Pastu hostel nie ada lift ker. Tengah short list antara this or Namsam Guesthouse.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. xde lift tp cuma 5 tingkat je. location wise mmg terbaek tp price mahal sket ler. bilik double 60k kot semalam. namsan much cheaper tp tu lah berbukit la pulok..

      Delete
  3. Hahaha memang hazab kalau bawa beg AF, turun naik tangga subway. Kitorang duk area Insadong haritu, kawan saya lah yang meraung angkut beg AF naik tangga Anguk station yang super banyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. noks! I love yr blog! rasa macam stacy AF yang bercakap hehee... anyway, thx singgah sini. tangga2 subway di seoul mmg hazab!!!

      Delete
    2. Hahaha sebab selesa berblog guna bahasa harian gitu. Ada gak kawan budak West ngadu kekadang x faham...so saya kata 'belajaq please'.

      Delete
  4. Salam. Bole tau mcm mane nk book bilik di Myendong Guesthouse?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. KK email je kat diorang. kena tengok kat website kat situ boleh buat booking. But pls ingt ye Myeongdong Guesthouse n Guesthouse Myongdong tak sama tau.

      Delete
  5. salam..KK sy nak email Guesthouse Myonngdong tu ada tak...susah nak berurusan dengan hotel sb sy booking melalui booking.com.

    ReplyDelete