Friday, November 30, 2012

SEOUL – DAY 1 – Cheonggyecheon Stream



Selepas penat menapak macam nak tercabut betis di tengah2 Seoul, akhirnya Kak Kiah nampak kemeriahan lampu-lampu Cheonggyecheon Stream dari jauh. Umat manusia pula punya lah ramai. Rupanya ada Seoul Lantern Festival kat stream ni. Memang meriah uols!!




Cheonggyecheon Stream ni adalah anak sungai yang dibaikpulih pada tahun 2005, dari anak sungai yang amat kotor penuh sampah sarap jadi anak sungai yang amat bersih jernih sungguh airnya wa cakap lu.. Dulu tempat ni penah ditutup dengan konkrit untuk jadi jalan highway selama 20 tahun. So pada tahun 2005, kerajaan Seoul spent billions untuk restoration project ni untuk atasi masalah traffic yang congested kat sini serta preserve environment. Sepanjang tahun banyak la acara dibuat sepanjang sungai ni untuk attract tourists, so kalo nak datang sini Kak Kiah advise datang la malam sebab happening..

Kak Kiah plan nak menyusur sepanjang stream ni sampai ke Dongdaemun. Sungai ni katanya sepanjang 5.8km and ada banyak la spot2 best sepanjang tu. So Kak Kiah start dari Cheonggye Plaza.

Cheonggye Plaza with lantern berbentuk guard di palace entrance
Memang banyak lantern cantik2 sungguh Kak Kiah kagum melihat seni pembuatannya. Jom layan piccas..

Lantern pemuzik2 traditional
Lantern Gyeokbukgung Palace

Macam-macam bentuk lantern. Ada lantern yang pakai tudung tu represents kanak2 dr Msia. Proud kan? :)
Anyway, jalan punya jalan, tak juga sampai-sampai ke hilir sungai. Ya rabbi.. panjang ok sungai ni. Jalan dekat sejam pun baru sampai separuh je rupanya. Last2 Kak Kiah give up. Sampai ke jejantas yang ke 4 terus Kak Kiah naik atas tuju ke Gwangjang Market area Jongno-5(o)-ga. Actually yang buat tension nya ialah stokin Kak Kiah yang meleweh2 sampai menyusahkan perjalanan. So Kak Kiah nak pegi cari stokin and maybe glove sebab serious sejok hokay rasa cam nak pensan!

Masuk Gwangjang Market sempat la cuci2 mata tengok keadaan dalam tu. Ada banyak stall yang jual food panas macam dalam citer drama tu. Kak Kiah nampak banyak le cik bab bertonggengan sepanjang2 tu haha. Idok le Kak Kiah beli apa2 makanan walopun perut memang lapar sangat, sbb tak pasti apa yang boleh makan kat sini. 

So Kak Kiah pegi tuju kedai-kedai yang jual baju. Wah.. cantik2 ok baju2 winter. Kebanyakannya jual murah. Ni belom pegi Dongdaemun lagi ni. Anyway since dah kepenatan dan kelaparan sangat, Kak Kiah tak lama kat sini. Lepas dapat barang yang disukai, Kak Kiah terus nak gerak balik. Jam pun dekat 8pm+ masa tu. 

Barang-barang yang dibeli - glove & socks (tak larat kan kaler pink haha)
Tengok map macam dekat je Anguk ngan Jongno-5(o)-ga ni, tapi sebenarnya tidak uolssss!! Jauh ok rasa cam nak nangis sebab kaki dah sakit sangat. Dah menapak sampai Jongno-3(sam)-ga Kak Kiah pun give up, terus cari sign subway. Satu hal plak sebab Kak Kiah lom beli lagi T-Money. Bende alah ni macam touch n go card la untuk naik subway, bus or taxi. Tapi Kak Kiah gamble je terus turun masuk subway station, hoping ada la kaunter yang bukak. Malangnya tidak ok, kaunter tutup!! Oh nak nangis memikirkan kne naik ke atas balik cari any convenience store untuk beli T-Money ni.

Lepas tu nampak la mesin2 kat tepi subway tu kan. Kak Kiah tau bende tu untuk top up card (reload), tapi Kak Kiah notice ada satu mesin kaler ungu sebijik. Memang takde tulis english la so Kak Kiah pun tanya la ada sorang pegawai subway tu bole tak beli T-Money kat situ. Dia tak paham english la pulak. Luckily ada sorang awek cantik lalu and helped me out. Dia yang tekan2 button screen tu untuk Kak Kiah. Alhamdulillah berjaya beli T-Money.

Harga T-Money ni itself ialah KRW3,000. Lepas tu Kak Kiah reload atau top up KRW20,000 untuk seminggu perjalanan Kak Kiah kat sini. 
T-Money
Dari Jongso-3(sam)-ga Kak Kiah ke Anguk naik Line 3 (kaler oren). Satu stop je.

Turun je subway terus keluar exit 1. Since dah tau jalan so Kak Kiah takde la rushing. Masa ni dah nak kul 10pm. Jalan pun sunyi sepi je takde orang, just Kak Kiah sorang2 naik bukit celah2 lorong tu. Fuhlamakk sebijik macam drama korea ok. Takut? Not really. Kak Kiah dah cek ngan Mr Song dia cakap area ni memang selamat and takde jenayah, sbb CCTV ada pasang merata-rata.

Before balik guesthouse Kak Kiah singgah satu convenience store nama CU. Beli instant rice & telur. Kak Kiah tanya la awek yang jaga kaunter tu cemana nak heat instant rice tu sebab instruction tulis bahasa korea kan. Dengan baik hatinya dia heat kan untuk Kak Kiah pakai microwave dalam store tu. Seeee.. i told u.. Korean people memang baik2 sangat! Sementara nak tunggu nasik siap, Kak Kiah berborak ngan dia. Cerita pasal grup Kpop hahaha.. maklum la dia ni muda lagi, i think baru lepas sekolah kot. So Kak Kiah cerita la pasal Big Bang, Wonder Girls, SNSD dan seangkatan dengannya hahaha. Suka sangat dia bila tau orang luar tau pasal artis2 dia. Siap ajar few words in Korea lagi hehe.. kamsahamnidaaa..

Balik je guesthouse sunyi sepi. Hanya room sebelah room Kak Kiah je yang ada orang. So Kak Kiah terus la bukak bekal sambal tumis n makan tak hengat donia. Ish sedap giler rupanya nasik diorang ni, rasa cam pulut2 sket. 
My dinner - instant rice, serunding, sambal tumis ikan bilis & telo rebus. Sedap giler okeh..
Malam ni Kak Kiah tanak mandi. Giler la sejuk memang tak tahan. Kat room Kak Kiah terus bergulung2 dalam toto sambil update FB untuk jeleskan kengkawan hihi. Since guesthouse ni konsep ondol, memang enak sungguh rasanya dok dalam toto lying on the heated floor. Badan pulak dah macam loose semua skru sakit sana sakit sini kan. 

Esok plan nak ke Nami so pepagi kne get ready. Dijangka cuaca bagus esok let’s hope tak hujan. Last2 kul 11 Kak Kiah terus lena.. zzZZZZzzz... Good nite Seoul!

8 comments:

  1. Arghhh jeles lagik pegi cheong..... Strean time lantern festival cantik gilos ri tu pegi x meriah sgt so singgah kt dongdemun market je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiah lak tak dapat pegi Dongdaemun Market sob sob.. Takper, ada alasan utk ripit kan huhuhu..

      Delete
    2. eheheeh,,tp brang kat dongdaemun market agak pricy..tp boleh la klau nk usha2 :-)

      Delete
  2. bagus kak kiah..boleh jalan sensorang..huhu...bulan mei hrtu sy pg tapi ambik travel agent..next year mmg nak pg sendiri tanpa guide..huhu
    tabik spring ngan KK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa memang harus pegi sendiri je tanpa agent. baru lah mencabar gittew.. huhuhu..

      Delete
  3. kak kiah bawa sambal apa yang tahan seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi soklan. hihi. sambal tumis ikan bilis biasa je. kat sana masuk fridge je noks pastu reheat je kalo nak makan.

      Delete
  4. kak kiah, kat cs sana mmg dah ade jual telur rebus yg dah siap ke, hehe

    ReplyDelete