Thursday, November 29, 2012

Bila Kak Kiah dah mula merayap…

Salam, 

Hi uolsss… It took me so long to start blogging again. I think I’ve stopped blogging dah dekat 7 tahun kot. Sentap kan dulu ada blog tapi terpaksa tutup atas2 sebab tertentu. Kak Kiah ni memang suka menulis uols. Tapi dulu tu blog takde tema katanya, free n easy style. So blog ni Kak Kiah khaskan untuk stori-mori pasal pengalaman Kak Kiah travel, either destinasi dalam Malaysia or obersee.. Cerita pasal Kak Kiah ni, one of the things yang selalu buat Kak Kiah happy ialah travel. I’m not into shopping baju-bajan, handbag ke, barang kemas ke whatsoeva. Tapi cuba ajak Kak Kiah berjalan, wah laju kau.. siap offer diri jadi organizer lagi haha. Kak Kiah suka nak tengok tempat orang ni. Kenal budaya orang, tengok tempat cantik2, tengok buildings cantik2.. rasa memang hilang stress lah. Of course la travelling ni agak memenatkan, tapi resultnya memang berbaloi2 lah. Selain dapat tambah pengalaman, kita dapat cuci mata. Otak pun fresh je lepas tu tak serabut sangat. 

Anyway, dulu zaman2 Kak Kiah study kat Leeds tak juga lah Kak Kiah ni travel sangat. Places yang Kak Kiah sempat pergi cuma sekitar London, Manchester & Sheffield. Paling jauh pun cuma Paris, France. Ada few places yang Kak Kiah teringin nak jejak tapi tak berkesempatan mcm Venice & Switz. Kak Kiah masa study kat sana jadik AJK Welfare untuk Msian Society so memang suka organize trips untuk students Msia. Tapi yang bestnya ada trip yang Kak Kiah organize tapi Kak Kiah tak join pun, mcm trip ke Scotland & Amsterdam. Tak ke bangang namanya tuh? Almaklum la masa tu tgh mahsyuk bercinta, dunia ini ana yang punya.. boipren kata takyah pegi, kita pun menurut perintah dengan taatnya. Come to think of it, rasa menyesal berbakul2 okeh. At that time, cost kalo nak berjalan tu memang la teramat murah. Kerja part time sebulan kat kilang ayam turkey dah bole dapat GBP2k and so boleh buat trip ke 7 countries. Plus at that time commitment pun takde kan. 

Then bila balik Msia and dah start keje tu, agak limited gak la time nak berjalan tu. Maklum la keje engineer kan, pagi sampai malam dok terkurung kat production line. Masa tu duit ada berkepuk tapi masa pulak takde. Kadang-kadang time cuti pun otak dok pikir keje, sampai rasa kalo tak bercuti pun takpe. Ni masa few years terawal Kak Kiah jadi engineer la. Komited kerja ngabornye. Ye la, bukan senang pompuan nak jadi engineer at that time. So kita nye tahap kerja tu kena 2,3 kali ganda dari engineer yang lelaki tu. Bila dah dekat 5 tahun kerja macam nak gila, mula la rasa lemau lesu kan.. So at that time Kak Kiah join la ada satu grup kaki jalan. Mind u masa ni Kak Kiah dah masuk kategori 27 above, so my gang pun sudah tentunya anak2 dara terlajak yang banyak duit tapi tak kahwin huhuhu.. So bila ada cuti2 panjang tu ada jugak la plan ngan kengkawan or adik-beradik pegi tempat2 menarik dalam Msia macam Pulau Perhentian, Pulau Redang, Cameron Highland and Genting. 
 
Anyway, semua aktiviti travel Kak Kiah stop pada tahun 2006 bila Kak Kiah mula bercinta (again!). I tell u.. Kak Kiah ni very the taat okeh, sampai rasa nak lempang diri sendiri pun ada. Boipren Kak Kiah ni memang tak suka jalan2 ni. Kalo soping2 dia suka lah. So bila dah gitu memang lama lah Kak Kiah ni tak berjalan. Masa ni Kak Kiah dah quit kerja jadi engineer sebab penat sangat (eh boleh gitu? haha). Kak Kiah dok je kat bandar kecik, Segamat, my hometown bekerja sebagai kerani akaun dengan gaji yang kecik. Panjang cerita pasal hal pertukaran kerja ni, i may need a special entry for this one as for why i made that decision. So to cut the story short, selama 6 tahun ni Kak Kiah terperap je lah kat Segamat ni not going anywhere.. sob sob.. 

Kak Kiah bukan tak cuba ok memujuk boipren untuk berjalan. Tapi dia memang tak suka, especially kalau island ke beaches ke.. Sebab dia kata nanti Kak Kiah ingat boipren lama (ada la zaman2 jahiliah dulu penah dating kat tepi pantai hik hik). Lepas tu Kak Kiah pun cuba la nak buat trip ngan girlfriends (walopun masa ni dah ketandusan kengkawan kaki jalan yang masih solo). Plan trip ke KK. Dah beli tix sume then sehari before flight boipren buat perangai, dia bagi kata ultimatum.. pilih dia or KK. Aduhaii.. akhirnya Kak Kiah mengalah. Punah cita2 nak merayap. 

Akhirnya selepas bertahun2 bercinta tanpa ada kesudahan, akhirnya jiwa Kak Kiah memberontak (ewah). Ye la, dah la Kak Kiah korbankan satu2 benda yang memang buat Kak Kiah happy, tapi dia takde pun usaha ke arah2 gerbang perkahwinan. Sedih okay. So Kak Kiah mula la merangka short trip untuk menghappykan diri sendiri in 2011. First tempat Kak Kiah pergi ialah Pangkor, dengan kawan Kak Kiah, Elly. And that’s the start of everything.. 

Sejak Pangkor tu boipren Kak Kiah memang jaki habis bila sebut pasal travel2 ni. Walopun kita jalan ngan girls kan, he’d do anything untuk sabotaj kan keseronokan kita. Before nak pegi tu dia akan buat hal la cari pasal. Since case KK tu, Kak Kiah cuba menguatkan semangat Kak Kiah untuk fight for my happiness and cekalkan hati. So that’s why untuk 2012-2013 Kak Kiah tanam azam untuk kembalikan semangat travel Kak Kiah semula, walopun I have to break up with that selfish jerk (wah marah ni). FYI, mmg Kak Kiah dalam proses break up ni pun. Sudah cukup sudaaahhhhhh... katanya.. enam tahun kan, dah penat..:(

Anywayyyy.. untuk 2012, Kak Kiah mula tanam angan-angan nak ke luar negara pulak. Apatah lagi bila kewujudan Air Asia yang membolehkan rakyat marhaen berpendapatan rendah macam Kak Kiah ni untuk naik kapal terbang hihi.. So, dua destinasi pilihan 2012 ialah Bandung & Seoul which Kak Kiah akan ceritakan dalam entry2 lepas ni. Orang akan cakap Kak Kiah ni banyaknya duit nak gi jalan2 obersee ni. No no no... My salary is even tak sampai pun RM1500. Duit memang tak banyak mana. Kredit kad pun takdo. Tapi Kak Kiah yakin kalo nak sumthing tu kita kena lah usaha kan. Jimat la duit, buat tabung travel ke, cari job lebih ke... InsyaAllah, kalo cermat belanja, everyone can fly maaaa!! Tapi kita ni kalo bajet tu dah ciput, kena la buat cara orang travel ngan bajet ciput kan. Jangan la mimpi nak dok hotel 4-5 stars pulak. So that’s how i managed to travel. Bajet n good planning – itu kata hikmatnya haha.. 

Ok harapnya readers enjoy la baca my first entry ni. Ni baru mukadimah so uols nanti faham la a lil bit about me kan. Later, some of the tips yang ada dalam blog ni nanti boleh la diguna sebagai panduan pada those yang minat nak travel. Kak Kiah halalkan. 

Till then, chiaowwww...

22 comments:

  1. Salam kak kiah ooppssss kak kiah ke kang umur kita sebaya lak hihi enjoy baca entry ni sbb jm pun mint travel klau bleh every month nk travel tp x der partner yg kaki travel. Ada tu plak dh kawin so nk cari partner bujang xada yg suka travel, klau kita bleh travel sama2 kan best hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JM! Hehee.. buleh aje kalo nak travel sesama. Tapi kalo every month kopak den huhu.. 2013 ni ada trip Jeju, KK & Melbourne. Mau join kah?

      Delete
    2. eheheh...angan2 jer nak travel bulan2 tu..ehhe..kalau jutawan best gak..ini kerja mkn gaji...ehehe
      Aha..mcm best jer..bila trip ke Jeju dan Melbourne tu..kalau KK dan pernah sampai..kalau tak ada clash ngan trip lain leh la join..

      Delete
    3. Jeju this end of March, Melbourne mid Nov. Jeju nye preparation dah almost siap but if JM nak join buleh saja. Melbourne baru beli tix, lom buat apa2 preparation lagi. Kalo berminat roger2 k.. Kita berjimba2 cuci mata tengok mamat aussie lak haha..

      Delete
  2. Hi kk nice blog la suka sangat baca, sy jadikan panduan utk ke seoul oktober ni n sangat2 membantu, da pix cantik2 lak tu. Sy pun baru je berjinak2 ngan travel luar negara ni last year ke bandung, this year nk ke korea lak.. next time leh join awak skali ke hehe..anyways tq ye teruskan kongsi2 citer travel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi fieza.. thank u dear. ada blog sharing2 la sama kak kiah ni yek.. huhu

      Delete
  3. kk..seronok baca blog u..esp masa u pg Seoul& Jeju..mcm2 ragam partner travel u..i oun suka jalan2 jugak..trip baru ni i pg seoul..dah plan nak pg jeju n Seoul again next year..i dah jd follower u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah nak repeat korea? hehe. best kan seoul. 2014 maybe ujung tahun baru nak repeat, tu pun tak usha tix lagi ni.. anyway, thx following me. kamsaahamnidaaa...

      Delete
  4. Hai kk, tah camne terjumpa blog kk nih sebab duk guggle2 pasal melbourne. Nak pergi hujung bln 9 tahun ni. Last2 tersangkut lama pulak kat sini. Seronok membacanya. Bnyk info. Hikhik. Siap dah bookmark dah blog kk nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai azi.. wah nak pi melbourne ye. ok sila2 hv fun reading. again, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikkan sempadan kekeke. part KK merapu2 tu skip aje!

      Delete
  5. Omg..dh puas bce tgerak aty nk p 1st page..s3kali....hahaha sy pn engineer yg quit jd kerani...for now insha allah..sakit la kak..huhu..n minat travel gak n xde bf kak..haha y so the same..salam kenal.. email la sy if free leh sembang2 luah pasaan gitu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh tak sangka rupanya ada gak yg mcm KK ni. ingt KK sorang je yg buat perangai pelik tak masuk akal quit engineer jd kerani ni huhuhu..

      salam kenal Mahirnani. hehe bole la email kalo sudi, leh sembang panjang :)

      Delete
  6. syabas kak kiah!!! usah menghambakan dirimu utk lelaki...laki yg sayang kita akan respect our decision..respect what we like...teruskan usaha travel!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul!! hahaha.. girl power!!! power lah sangat ni..

      Delete
  7. Salam KK,

    Akak pun tergerak nak ke 1st page sbb tadi baca entry kota kinabalu. Sooo inspiring. Keep it up girl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akak, TQ ye sebab sudi mai singgah baca. KK ni banyak merepek2 dalam blog ni so kalo ada rasa yang kureng harap dimaafin huhuhu..

      Delete
  8. Salam KK,

    Suka saya baca blog KK. banyak kali dok ulang baca pasal korea. rindu lak nak pegi sana.huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anon.. KK pun rindu gak sama Korea huk3x.. tapi entry Korea dalam blog ni banyak tol drama haha..

      Delete
  9. Assalamualaikum kak kiah, sy suka baca blog kak kiah, terjebak sudah sbb tgh sibuk mncari info pasal korea..kipidap, dont give up..i heart u kak kiah..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak kiah, sy suka baca blog kak kiah, terjebak sudah sbb tgh sibuk mncari info pasal korea..kipidap, dont give up..i heart u kak kiah..

    ReplyDelete
  11. As Salamualaikum Kak Kiah,

    Jom gi jalan. Where is your next destination..? :-)

    ReplyDelete
  12. teringin sgt nk p korea..
    tp klu dh pergi sana x nak blik boleh ke..
    ada x peluang kerja kat sana..
    k.kiah xnk ke kerja di korea?? hihiii

    ReplyDelete