Friday, November 30, 2012

SEOUL - Day 1 - Gyeongbokgung Palace & Gwanghamun Square


Actually Kak Kiah plan nak gi Bukchon Hanok Village lepas drop luggage kat guesthouse. Tapi since Kak Kiah sampai lambat and meleweh2 berborak ngan Mr Song, so Kak Kiah decide utk skip Bukchon hari ni. 

About 2pm+ Kak Kiah pun mulakan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace. Dekat je palace ni, ada la 10 min jalan kaki dari guesthouse. Sepanjang perjalanan tu tersengih2 lagi sebab subhanallah cantiknya giler view okeh!

Pemandangan sepanjang jalan bersebelahan Gyeongbukgung Palace
Kat Seoul ni ada 5 palaces in total and Gyeongbukgung Palace ni the grandest of all. Actually the palace was destroyed during Japanese invasion dalam tahun 1590+ but then restored masa pemerintahan King Gojong. Nak masuk sini harga tiket KRW3,000, tapi kita boleh opt beli combined ticket instead KRW10,000 n boleh tengok 5 palaces 1 shrine. Kak Kiah beli combined ticket je sebab nanti memang nak gi Changdeukgung Palace and if ada masa nak gi Deuksugung Palace.
Combined Ticket
Sampai2 je masa tu dah nak mula upacara changing guard. Wah seronoknya Kak Kiah! Memang best sebab diorang memang buat betul2 bukan tipu2. Pakaian real, peralatan real, even main lagu sepanjang ceremony tu pun real. Ok jom layan gambar..
Changing guard ceremony
Me and one of the guards
Me (with a fake smile)  and Zarina, one of Msians (yang ignore PM mintak contact no in case of emergency tapi Tuhan punya kuasa, jumpa jua di sini haha not even say sorry ok.. huh melayu melayu)
Abis je ceremony tu Kak Kiah pun masuk ke dalam. Ya Allah besarnya palace ni okeh! It’s hugeeeee.. memang tak tercover dalam masa 2 jam. Kak Kiah cuma dapat cover 70% je. Orang pun leh tahan ramai gak. Tapi memang seronok betul Kak Kiah sebab pemandangan memang cantik2. Peaceful je rasa. Thank God Kak Kiah bawak tripod. Dapat la amek gambo sendiri huhuhu.. 



 Walaupun kaki Kak Kiah ni dah sakit-sakit, ku gagahkan jua menapak sejauh yang mungkin. Cuaca boleh tahan sejok giler. Masa tu idung memang dah berair2 dah. Tapi tak pedulik.. pose tetap pose.. Dalam palace ni dapat la tengok depan mata few interesting places macam Gyeonghoeru Pavilion and Sujeongjeon - Hall of Worthies.
Gyeonghoeru Pavillion ni ada dua tingkat, dok tengah2 tasik. Banyak cerita period drama Korea suka buat shooting kat sini.
Sujeongjeon - Hall of Worthies pulak adalah tempat di mana tulisan Hangul dicipta during King Sejong’s reign. Kalo tengok drama Deep Rooted Tree ada story macamana Hangul was invented. Memang best cerita ni kena tengok sebab then u’ll understand serba sedikit sejarah Koreans ni.

About 5pm baru Kak Kiah terhegeh2 nak kuar. Tengok pintu exit tu pun dah tutup separuh je. Fuh nasib baik! Kalo dok ghalit dalam palace tu ada kemungkinan gak Kak Kiah tersangkut kat dalam takleh kuar huhu..

Lepas tu Kak Kiah pun menapak ke Gwanghamun Square. Dekat je depan Gyeongbokgung Palace tempat ni. Masa ni dah nak senja. 
Statue King Sejong

Statue General Admiral Yi Sun Shin - sorang panglima perang di laut yang sangat hebat. 23x perang against Jepun tak sekalipun kalah walopun outnumbered n outsupplied.. Daebak!
 Sampai2 je Kak Kiah pun kuarkan tripod. Sekali dengar ada orang tego, “Malaysia ke?” Bila Kak Kiah toleh je tengok mamat ni macam kenal je. Rupanya pelakon Beego tu. Diorang tengah shooting drama kat situ. Ada Intan Ladyana sekali. Kak Kiah borak gak ngan production crew tu. Diorang kata buat shooting untuk drama Tv1. Diorang ada gak ajak Kak Kiah join diorang berlakon jd extra. Gila apa tanak Kak Kiah. Elok2 datang sini nak berjalan kan. Pastu drama tv1 lak tu.. apa kellllassss.. hahaha berlagak okeh!
 
Untuk Kak Kiah tanak tunjukkan kejakunan jumpa retis, Kak Kiah buat la cool amek je gambo2 keliling square tu macam tak heran ngan diorang hehe.. Then last2 tinggal Beego n sorang mamat ni je. Yang lain dh gerak.  Beego tanya Kak Kiah datang sorang ke, dok mana, bila sampai.. fuh punya la peramah mamat ni. Bila dia tau Kak Kiah datang travel sensorang, dia siap buat muka terkejut gile.. memang drama betul haha. Anyway, kitorang amek gak la gambo berdua. Kang takde bukti kalo citer kat orang kampong Kak Kiah jumpa retis kat sini diorang tak caya lak kan huhuhu..
Amacam? Ada macam hero heroin drama korea tak?

Lepas diorang blah Kak Kiah lepak je kat square tu. Bukak Ipad trying to get free wifi sebab nak cari nearest subway kat mana. Tapi tak dapat pulak. Masa ni dah masuk maghrib la so memang my sight memang very poor time2 cam ni. Apa pun tak nampak. Bateri kamera Kak Kiah pun dah nak kong. So memang tak lama Kak Kiah lepak kat sini. Perut pulak dah lapar. Mind u, I didn’t eat anything since dalam flight. Tekak pun haus. So Kak Kiah berjalan je la tanpa arah tujuan dari Gwanghamun Square. Singgah kiosk tepi jalan minum susu pisang. Fuh memang sedap ler.. no wonder diorang suh beli bende ni. Terus bertenaga uols!

Anyway, nasib baik la kat Seoul ni ada banyak maps kat tepi2 jalan so then baru la Kak Kiah nampak ke mana nak dituju. Kalo ikut plan asal nak lalu Insadong, KTO and then Cheonggyecheon Stream. Tapi sebab dah terlajak kuar dari area Insadong, Kak Kiah just jalan je tuju Cheonggyecheon Stream.

So, next entry – Cheonggyecheon Stream!

3 comments:

  1. Wah jeles tau dpt berganbar ngan retis hihi. Aha jumpa zarina eh jm pun follow blog dia. Feel free leh drop at my blog jarimanistravel.blogspot :-) . Wah cantik betul view time ni daebak hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha retis suam2.. boleh laaa... Ok JM, definitely i'll visit yr blog soon :)

      Delete