Thursday, November 29, 2012

SEOUL – DAY 0 – Departure


8/11/2012


After months of waiting in patience, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan. Hari ni Kak Kiah nak flight ke Seoul uols!!!

Actually Kak Kiah agak nervous hari ni. Banyak yang bermain kat fikiran. Sudah la hari ni Kak Kiah kerja. Pastu nak kena drive ke LCCT dari Segamat ni sorang2. Walopun flight kul 1 pagi and plenty of time gak nak sampai airport before gate tutup kul 11 pm tu, but we never know kan. Udah le bawak keta pun macam labi2, Kak Kiah pulak dah lama tak drive jejauh. Apatah lagi drive malam lak tu dengan badan yang penat. Dengan musim hujan lagi. Lepas tu banyak la pulak kerja-kerja yang perlu dibereskan. The worst part is, Kak Kiah sebenarnya tak start ngan packing langsung lagi hohoho!

So hari ni Kak Kiah cuba la bodek bos kot2 dapat la half day hari ni kan. Huhu nasib baik bos bagi. Kalau tak, rasanya kelam kabut kot nak pack segala. Kul 1 je Kak Kiah chow dari opis, singgah umah mak sebab mintak dia tolong masakkan sambal tumis ikan bilis (bukan Kak Kiah tak reti masak ok, tak sempat uols!). Then singgah umah kucing nak say bye-bye (Kak Kiah ni ada gak buat keje tambahan jaga kucing2 orang). Almaklum la seminggu nanti tak ketemu sob sob.. Balik rumah je terus kemas umah yang dah macam tongkang pecah tu dulu. Gila stress tengok umah sendiri. Akhirnya dekat kul 6pm baru la Kak Kiah siap packing. Lepas maghrib dalam 7.15pm baru la Kak Kiah keluar rumah.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMMM.. 
Kau lindungilah aku sepanjang perjalananku ini, Ya Allah. Amin.

Actually Kak Kiah dah sampai area airport tu 10.30pm. Since harga parking kat LCCT tu bapak mahal iaitu sehari RM45, Kak Kiah decide simpankan Jamilah (my cute car) kat umah kawan kat area Sepang tu. Pusing punya pusing, sesat punya sesat, dah 11pm+ baru jumpa rumah dia. Pastu bergolot2 la dia laki bini antar Kak Kiah ke LCCT. Memang tak sempat nak borak apa pun, kelam kabut habis.

Alhamdulillah kul 11.30pm setel semua urusan check in and drop luggage. Tengah huru-hara nak ke boarding gate tu baru notis Kak Kiah tertinggal hp dalam Jamilah. Aduhhh.. Dah la tak sempat nak bagitau mak yang kita dah selamat sampai airport kan. Sms ehem ehem pun tak sempat dibalas. Lagi satu, Kak Kiah ni memang rely on hp je kalo nak tengok jam sbb tak suka pakai jam tangan.

Malam ni ramai betul naik flight ke Seoul. Masa tengah tunggu2 tu Kak Kiah port kat duorg girl from KL ni, Mel & Ain. Diorg pun nak gi Seoul but heading to Jeju first. Rupanya diorg missed flight pagi tadi. Happening gak diorg berdua, kecoh2 kami berborak2 sementara nak board flight.

Then kami pun terus la menuju ke kapal terbang. Kak Kiah dapat seat kat aisle. Fuh lega betul bila dah dok kat seat. Dapat dok sebelah couple chinese. Tepat 1am kami pun berlepas. Dalam hati doa macam2 mintak2 cuaca ok n perjalanan dipermudahkan. 

Niat dalam hati nak tido terus sebab penat. Walaupun rasa risau gak pasal esok tapi esok punya cerita, esok baru fikir.. Tapi dalam mamai2 nak tido tu, perut lapar la pulak. Kak Kiah memang tak sempat lansung amek dinner td. So nak tak nak kne la order nasik. Mana bole tahan kiri kanan sume tengah makan kan. Nyesal plak tak order awal2 masa book tix. Since nasik lemak xde, Kak Kiah order nasik putih ngan kari daging. RM20 ok! Dah la tu tak sedap tawaq abih.. Kak Kiah makan ala kadar je. Lepas tu dalam kul 3am baru dapat tido...zzZZzzz..


12 comments:

  1. Travel sorang je, cayalah nanti klau nk travel partner calling2 lah yer hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is my first time beb. Gabra sebenarnya huhu.. InsyaAllah kalo ada plan travel i roger ye..

      Delete
    2. kira berani tu..hoye..hoye..bestnyer..ok2..roger2 eh..tinggalkan je pesanan kat blogspot JM :-)

      Delete
  2. bangga laa tengok orang boleh travel alone!

    ReplyDelete
  3. oh jgn tatau masa nak pegi tu rasa dalam hati macam nak pensan.. hehe but alhamdulillah i had fun n sume selamat..

    ReplyDelete
  4. KK,
    Minat travel ni baru nak bermula..nak travel alone keberanian x cukup kuat..
    Kalo nak join next trip..boleh ke..
    Mana laa tau time tu free ke..next year ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Melbourne this Nov 2013.. Kak Kiah nye geng baru tarik diri x leh join, so Kak Kiah gi sorang je. Mau kah?

      Delete
  5. org sgmt keee..sy btpht.klo nktravel sorng2 ajk sy yer..nk joinnnnnn

    ReplyDelete
  6. Tengah nak usha2 Korea... Kak Kiah orang Segamat rupenyeee... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye noks.. orang johor gak ke? JDT luaskan kuasamu!! hahah

      Delete
  7. Terbaik lah kak Kiah travel sensorang. Jom pergi lagi hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu buat masa terdekat ni tak la kot.. tunggu tahun2 mendatang kot la ada seruan untuk ke sana lagi skali hehee.. (rindu Seoul ni sebenarnya)

      Delete