Thursday, November 29, 2012

SEOUL - DAY 1 - Arrival

Dalam 7+ am waktu Korea kami pun sampai Incheon Airport. Fuhhhh.. tak tau nak habaq la perasaan masa tu. Asek nak tersengih2 je sepanjang kuar dari kapal terbang sampai ke immigration and sampai ke pick up luggage. Macam tak caya uols Kak Kiah dah jejak bumi Korea!! Woohooooo!! Alhamdulillah thank you Allah..
It's Korea babehhhh!!
Memula tu kena la masuk toilet dulu kan. Tambah layer baju katanya. Sejok beku dah walopun belom kuar airport. Since Kak Kiah tak berjaya beli thermal (long johns), Kak Kiah cuma add t-shirt 2 lapis and suar tight. Ok la kan buat sementara waktu. Settle je semua Kak Kiah kuar2 je ternampak Mel & Ain. Lepak jap ngan diorang sambil exchange emails. Diorg ajak Kak Kiah join diorg gi Everland. Actually Kak Kiah nak gi Everland sorang2 on 11th. Tapi pikir gak apa gila ke aku nak ke theme park sorang2 ni? Haha so Kak Kiah rasa nak join diorang la. Ada gak kawan gak nak berjimba2. Since they’ll come back from Jeju on 10th Kak Kiah bgtau nnt apa2 hal Kak Kiah update kat FB je.

Then Kak Kiah pun terus la keluar cari Airport Bus untuk ke Anguk. Dari Incheon Airport ni ada few ways la nak ke Seoul, naik train, bus or taxi. Kak Kiah amek bas sebab senang n murah. Kalo naik train kena naik turun tangga subway pulak. Kalo beg kecik takpe, ni beg troli okeh.. Kalo naik bas, driver bas tu akan letak tags kat beg2 kita so nanti bila kita turun dia tau la nak bawak turun beg kita sekali. Senang kan? Tak yah susah2 hati dah..

Kak Kiah dah buat booking accommodation 1 mlm kat RAON Guesthouse area Anguk. So, untuk ke Anguk Station, kena naik bas 6011. Tunggu kat Platform 5B. Tambang KRW10,000.
Ambik bas 6011 kat Platform 5B untuk ke Anguk

Tiket Bas KRW10,000 one way
Dalam bas ada satu grup Msians dalam 4 orang nak ke Wolgve. Ada sorang student Msia jadi guide diorang. Kak Kiah amek contact details student ni, in case apa2 hal kan boleh contact dia je. Dalam perjalanan tu again, senyum sorang2 sambil tengok pemandangan kat luar. Ya Allah, cantiknya pokok2 sepanjang perjalanan tu. I think i chose the right time to come here sebab Seoul memang tengah peak autumn. Syukurrrr..

View along the way
Sampai Anguk, Kak Kiah pun terus turun. Baru la terhegeh2 nak kuarkan ipad semua nak tau kedudukan. Blur gak la memula tu sebab tak tau cemana nak tengok exit number utk subway, lama Kak Kiah berdiri sensorang kat tepi jalan tu dengan beg gedabak. Then tak lama tu baru la Kak Kiah nampak tiang kaler kuning ada tulis 1. Ohhh itu la rupanya exit #1. Haha Kak Kiah ni lembab sket uols. Selama2 dok buat planning trip ni Kak Kiah dok imejin subway dia macam LRT kita, means ada station beso atas tanah la. Puas cari bangunan tulis Anguk Station tapi tak nampak pun. Rupanya underground daaaa... Haha sengal..
Ni lah salah satu exit subway. Yang ni Anguk Station Exit 6.
 So bila dah tau kedudukan Kak Kiah pun menapak la ikut peta yang guesthouse owner tu bagi. Dah la jalan berbukit2, tak rata plak tu. Stokin Kak Kiah lak asek melondeh2 padahal baru je beli. Anyway, cuaca memang cantik walopun sejuk giler. Pemandangan toksah cakap la.. Kak Kiah ni tak ngenangkan orang sekeliling, rasa cam nak melompat2 nampak pokok maple merah cantik2 tepi jalan tu. 

Tapi yang sadisnya separuh perjalanan tak jumpa2 gak guesthouse ni. Puas la Kak Kiah naik turun bukit nak tau kedudukan. Peta dia siap direction ngan gambar, tapi awat tak jumpa gak ni? Last2 tanya ngan ahjumma yang lalu kat situ. Dia tak reti la cakap english tapi dia tau la mana Kak Kiah nak pegi sebab tunjuk dalam peta kat ipad. So dia pun cakap lepas building ni belok kiri. Aih.. tengok direction owner tu bagi kata belok kanan. So mana nak ikut ni? Last2 Kak Kiah ikut kata ahjumma tu belok kiri. 
Jalan punya jalan, masuk lorong demi lorong, akhirnya Kak Kiah jumpa la RAON Guesthouse. Tadaaa... finallyyyy.. penat siot kaki dah macam nak tercabut masa ni...

RAON GUESTHOUSE
RAON Guesthouse ni actually hanok traditional house. Usia dah beratus tahun. Kalau biasa tengok drama korea mesti biasa tengok rumah style2 gini. Area sebetulnya guesthouse ni ialah di kawasan Bukchon – which was kawasan pegawai2 istana la masa zaman dulu. So of coz la umahnya cantik2, terpelihara dan kekal sampai la ni. 

Kak Kiah disambut oleh owner guesthouse ni, namanya Mr Song. Memula tu tekejut gak sbb muda lagi, i thought he was an ahjussi yang dah tua kerepot. Pastu hensem bole tahan la haha.. Guesthouse ni kecik je kawasannya. Just ada few rooms. Kak Kiah amek room RAIN, single room. Rumah jenis ni ada ondol - heated floor. Kalo zaman dulu diorang heat pakai kayu api, nowadays pakai gas saja. Harga 1 mlm KRW50,000. Agak pricey kan, that’s why Kak Kiah just amek semalam je. Tak mampu noks. I just want to have the experience tido kat umah cam ni. Kira one of my dreams la sepanjang 10 tahun asek melayan drama korea.. wah over.. haha..
RAON Guesthouse - hanok traditional house
The single room tu memang kecik giler la.. muat2 bentang sejadah je. But Kak Kiah ok je asalkan selesa tido malam kan. Kat guesthouse ni ada free wifi, towel & toiletries provided, ada washing machine, ada rooftop yang best, free breakfast, boleh masak, boleh buat kopi anytime. Yang tak best cuma takde tv. Since dok sini pun semalam je kan, rasanya ok la takde tv sebab ntah bila nak tengok pun tatau kan. 

Lepas urusan pembayaran sume, Kak Kiah asalnya plan nak start merayap tengok palace. Tapi disebabkan kaki sakit ya amat, Kak Kiah decide nak rest dulu. So Kak Kiah bantai berborak ngan Mr Song ni. Rupanya he’s the same age with me. Wow! Then rupanya dia single lagi. Wow! Haha mula la datang virus gedik Kak Kiah. 

He’s very fluent in English, dulu study engineering gak dia ni. Then dia decide nak run guesthouse ni ngan sister dia. Friendly n very polite orangnya. Siap buatkan kopi untuk Kak Kiah. Banyak gak kitorang bualkan. Dari topik drama korea, korean people, korean history sampai la ke kpop. He was impressed bila Kak Kiah tau banyak pasal koreans ni. Mau tak tau, Kak Kiah ni ibarat muka je melayu tapi jiwa korea habis tau hahaha perasan.. 

Dekat sejam lebih melepak berborak, Kak Kiah pun nak unpack sambil nak get ready untuk start my tour. At that time parents Mr Song ni datang untuk lunch together. Baik betul diorang siap bagi Kak Kiah rasa sup korea yang diorang pnggil Odeng. Kena plak tengah sejuk2 dapat sup panas, rasa nak mengalir air mata uols.. Nikmat habis! Sup ni rasa macam kuah sindang actually tapi lebih sedap la..

Next entry Kak Kiah akan ceritakan pasal tempat yang Kak Kiah pergi untuk hari ni – Gyeongbukgung Palace, Gwanghamun Square & Cheonggyecheon Stream.

16 comments:

  1. Dgr stori ni rasa x sabar nk pegi korea on autum season sbb ari tu pegi berdua ngan kwn time spring. Oh minat citer korea jgk eh samalah kitewww sampai berangan nk kwin ngan muslim korean man tp itu hanya angan2hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti pegi tau time autumn! Mmg cantik giler. I'll be going to Jeju this coming Spring. Hopefully dapat view cantik gak kat sana. Anyway, nnt kalo JM pegi Seoul usha la mamat2 kat area masjid Itaewon tu. Mana tau dapat mamat korean muslim comel2 hehee..

      Delete
    2. alah..this coming spring ke..mcm best jer..mesti dh ada tiket eh..brapa org pegi..malu sebenarnya tp nk join..dh pegi Seoul thn 2011..dh sampai kat masjid itaewon tu mmg jumpa mamat comel2 tu tp dorang tk nk bergambar..hihihi..almaklum la kan..jm kurang menarik :-)

      Delete
  2. kak kiah,masa beli tiket dapat berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa 1st time pegi ni ~RM600 rtn campor luggage.

      Delete
  3. kak kiah halal kuih beras samabal tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok soklan ni KK tak faham. kuih beras sambal yang mana tu yang oii..

      Delete
  4. K.kiah, bole sya dptkn contact student kita yg jd tour guide tu? Nk pegi thn 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. last time KK contact dia dah pun grad tahun ni n dah balik Msia. tp kalo nak try cari junior dia yg ada jd tour guide boleh email KK. nnt KK bg fb mamat ni so u can try ask him terus.

      Delete
  5. berapa student tu cas jadi tour guide akak?
    nak email gak pelajar msia kt sana
    emel cni diyana_hanani@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. KK tak pakai tour guide noks. n student msia tu dah grad n dah balik msia dah. KK takde lagi contact sesapa yg masih study kt sana.

      Delete
  6. Salam kak kiah tlg email nama fb student tu ye esterliss@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK dah reply kat email kan? student tu dah grad dah n tak blajo lg di seoul.

      Delete
  7. HAHAHA kelakar lah kak Kiah nih

    ReplyDelete
  8. As salam. Suka baca catatan perjalanan Kak Kiah. Berguna dsn sangat menghiburkan

    ReplyDelete
  9. Best baca story Kak Kiah.. Kelakar & entertaining.. Hehe

    ReplyDelete