Friday, January 2, 2015

LOMBOK – DAY 4: GILI TRAWANGAN

Dari Senaru kami berempat dihantar oleh jeep Rudy ke destinasi masing2 – Kak Kiah & Koh ke Teluk Nara untuk ambik speed boat ke Gili Trawangan dan Mirat & Zaidi ke Senggigi. Dari Senaru tu agak jauh gak la perjalanan – about 1 hour. Diorang bertiga tu sampai dah tertido2. Kak Kiah pulak just layan mata tengok scenery sepanjang perjalanan tu.

Dalam kul 1pm, kami pun sampai ke jeti Teluk Nara untuk naik speed boat yang diprovide oleh Rudy. FYI, pakej yang kami amek dengan Rudy ni memang include la kos speed boat ke Gili Trawangan ni. So kira kita takyah susah2 pening2 kepala mikir nak gerak dari Senaru ke next destination tu macamana, semua dia siapkan. Dah la naik speed boat berdua je takyah bersesak2 dengan orang lain, memang worth la.

Anyway, kalo nak arrange sendiri transportation memang boleh cuma agak rumit la considering jarak yang jauh antara Senaru dengan jeti. Kalo hire taxi pun cecah jugak 100,000Rp. Pastu kalo amek speed boat ni harga 400,000Rp one way (~RM100), masa perjalanan cuma 10-15min. Kalo nak murah kena pi amek slow boat kat Pelabuhan Bangsal tapi perjalanan amek masa dalam 45min-1jam which memang boleh mabok2 laut la.

Jeti Teluk Nara

Speed boat

Our boat
Mirat & Zaidi baik hati hantar kami sampai ke jeti. Rasa terharu pulak. Seronok dapat kenal diorang. Tak tau la lepas ni dapat jumpa lagi ke tak. Even cuma 3 hari kenal, Kak Kiah dapat rasakan they are really good people. Kepala gila2 and asek buat kelakar. Tak judgemental and tak banyak songeh. Memang best la bila dapat segroup dengan diorang masa daki Rinjani tu. Apapun, lepas trip Lombok ni, I just hope that the four of us will remain friends forever. Sempat gak kami bertukar2 fb and email address to keep in touch.

Lepas babai2 Mirat & Zaidi dari bot, kami pun bergerak. Perjalanan dari Teluk Nara ke jeti Gili Trawangan (or Gili T) took about 10mins. Tapi dia punya melambung2 Tuhan je yang tau. Punyalah cuak Kak Kiah takut terpelanting. Isi perut pun rasa macam nak membuak2. Hai nasib baik la cuma 10mins. Kalo sejam perjalanan dengan slow boat boleh dapat sebaldi muntah gamaknya.

Bibir tersenyum hati bergelora cewah

Laju giler bot ni

Our boat driver - skill habis dia melipat


Sampai2 je kat Gili Y, terkasima kejap... omak aiii.. lawanyerrrrrr....!!!! Ok moh layan picca.


Our boat - Rock Steady bebeh!! Comel jer..

Air jernih kebiruan

Kapal2 berlabuh di sekitar

Jeti


Time berlengas2 ni ingin saja ku terjun tiruk ke bawah huhu..

Bot membawak scubadivers
Gili T - map
Kat sini, kami dah book penginapan kami iaitu di The Beach House. Kalo tengok map macam dekat je dari jeti Gili T tu. So kami decide untuk membetis aje instead of amek cidomo kereta kuda padi tu. Sebenarnya tak sampai 10mins pun kami menapak. Tapii.. dengan berat anak tapir yang digalas kat belakang more than 10kg, dengan kaki yang sakit teramat, dengan cuaca yang panas terik.. rasa macam nak mencarut2 jugak la masa tu.

Laluan menuju ke resort
So this is our accommodation - The Beach House.

Reception Area
Ada swimming pool sini dan minah2 saleh seksi berbikinis

Tempat istirehat - boleh feeling2 anak raja sini
Bilik berkonsepkan rumah pondok
Koh in front of our room

Beranda tempat lepak2
Our room - kelas kan Jah? Siap kelambu bagai
Toilet - pelik sikit lantai tu pasir actually.. jimat kos menyimen n menyental
 

Cafe terletak depan resort
More info about The Beach House
Nice eh? Mesti la kan, berpadanan dengan harganya 470,000Rp (~RM130) per night. Kalo macam orang pi hanimun ke sesuai kot dok sini sebab ala2 lomentik je kan bilik dia. Untuk Kak Kiah, bilik camni dah kira tahap 5 stars dah. Kak Kiah ni bab accommodation tak cerewet sangat as long as location ok, ada free wifi, ada kettle untuk buat air and security bagus. Yang lain tu Kak Kiah takde kira sangat sebab most of the time kita tak dok bilik pun kan. Tapi sebab kali ni pergi dengan Koh yang first time Kak Kiah jumpa, better dok bilik yang ok sket kan.

Dah masuk bilik, apalagaaaa... mandi punyalah lama sebab busuk giler kan tiga hari tak mandi. Daki2 toksah cakap la.. kemain tebal. Celah spender pun berpasir. Muka dah legam. Rambut kepam. Kuku hitam. Taik idong pun itam euww... Bila dapat mandi tu punyalah nikmat terasa macam nak mengalir air mata kesyukuran.

Dah mandi pastu berguling2 lah atas katil. Pergh syiok habis dapat jumpa tilam. Kami plan nak rehat2 je dulu. Kaki pun tengah injured teruk, siap takleh nak bengkok terus. So kami ingat petang2 sikit baru kami keluar untuk usha2 apa yang menarik kat Gili T ni.

Sambung di next entry ok. Dadaaaa...


19 comments:

  1. Replies
    1. memang cantik teramat gili T ni. sesuai untuk pasangan berhani-hanimun huhu..

      Delete
    2. salam dari zullombok transport....bagi rekan rekan malaysia yg mo bercuti ke lombok,,,,zullombok transport siap menyambut kedatangan anda dari international
      AIRPORT LOMBOK ke SEMUA TUJUAN OBYEK WISATA DI PULAU LOMBOK,
      untuk info call or watshapp + 62 8223 7711 304

      salam zullombok transport

      Delete
  2. Perghhh! bilik siap kelambu bagai... Kalu SS sampai tengahari baru bangkit agaknye... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. over tau.. tapi ada satu tak best gak lupa nak mention, bilik ni takde aircond.. pakai standing fan je. tp ok la sebab cuaca malam tu tak la panas pun.

      Delete
  3. kak kiah, rasa mcm tak sanggup pulak nak berhiking bagai neh kalo 3 hari 3 malam tak mandi katanyaa....euwwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. sepatutnya kalo turun tasik tu ada la mandi kat hot spring, tapi sbb kami x turun - ha mendapat la tak mandi 3 hari terus..

      Delete
  4. Paragraph yang 2nd last tu memang tak boleh blah.....hahaha..sensored, lawak, sedih semu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jujur kan nak describe tu semua? haha tapi nak menunjukkan betapa berlengas busuk tahap gaban kami masa tu..

      Delete
  5. peeergh air tu jernih memang menggoda untuk terjun. cantiknya.. bilik tu harga cemtu bagi CT okay sangat tuh. special aje siap kelambu bagai hahaha. tido tak bangun. kalo pegi Lombok CT tak kan panjat rinjani tu hehe tapi nak pegi sini teruslah.. aceceh cakap macam nak pegi =P

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak rilek2 enjoy bercuti, gili ni memangg tempatnya.. pergi la sementara lombok ni lom tercemar kan..

      Delete
  6. Asalam akak boleh email saya itenary fore 6d5n ke Gili T? mhhas_317512@yahoo.com tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi noks.. order je?
      anyway.. sori la KK tak reti nak plan itin 6d5n tu macam banyak sangat harinya kalo just for gili T. kalo nak sample itin boleh check out entry lombok preparation. situ ada contoh KK punya itin.

      Delete
    2. salam buat rekan rekan Malaysia yg mo bercuti ke pulau lombok,,,,kami dari zullombok transport siap mengantar anda dari AIRPORT INTERNATIONAL LOMBOK ke semua OBYEK WISATA YG ADA DI PULAU LOMBOK dengan harga murah dan service yg memuaskan ,,,untuk info call or watshapp, + 62 8223 7711 304

      zullombok transport siap melayani anda sampai tujuan,,,,,, salam

      Delete
  7. aslm'kum kak kiah...godek2 psl lombok, terjumpa blog k.kiah...adey la mcm cite pengembaraan nobita dan rakan2 da...byk sgt pancaroba nye...hahaha... slmt berkenalan kk... xdpt p lombok, tgk gambo kt sini dulu pn jadi ler...tp part gunung rinjani tuh mmg x la nk bertabah nek atas tu... keep it up kak :)

    ReplyDelete
  8. Ini KK punya pasal..harga hotel kat beach house skrgdah over RM600 per night. itu pun yang paling murah yg mahal dah seribu plus2. Promote lah lagi......hihihi. Dapat komisen ke?

    tgh google sebab plan nak survey lombok end of May before trekkking Mt Rijani end of the year.
    mau dapat feeling dulu....may be stay kat Tir Na Nog or Madison Gill.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,kak kiah,nk minta serba sedikit nasihat or pendapat tentang beach house ni..sbb bulan 5 ni nak pergi..n memang akan tido dkt tree house tu..tq

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  11. Salam,,,,
    Untuk kawan" Malaysia yg mo bercuti ke pulau lombok, kami zullombok transport menawarkan jasa sopir dan transport yg sangat murah di pulau lombok,hubungi kami via call pr watshapp
    + 62 8223 7711 304
    Zullombok siap menunggu kedatangan Anda
    Salam,,,
    Zullombok

    ReplyDelete