Saturday, January 10, 2015

LOMBOK – DAY 6: BATU PAYUNG

Pagi2 kami dah bangun n bersiap sebab dah janji semalam dengan mamat receptionist nak gerak ke Batu Payung di Tanjung Aan kul 5 pagi. Macam yang Kak Kiah stori seblom ni, Batu Payung ni takde dalam plan hari ni sebenarnya. Sepatutnya kami pergi first day aritu tapi tak sempat. Tapi Koh la yang request nak ke Batu Payung. Dia memang teringin nak ke sana untuk reward diri sendiri sempena besday dia (end of September). So Kak Kiah ok je, sebab flight kami pun kul 10am so sempat la nak detour kejap kan before ke airport.

Setel je semua, kami pun turun ke cafe bawak sekali anak2 tapir sebab nak terus check out. Tash & Shai tak nampak lagi bayang. Tapi kami disuruh oleh mamat receptionist tu untuk breakfast dulu. Wah agak surprise jugak sebab diorang siapkan jugak breakfast walaupun kami nak check out awal. Not much tapi ada jugak la porridge, teh, kopi semua tu. Kak Kiah cuma minum kopi je sementara nak tunggu dua jejaka Singapore tu turun.

Once diorang dah turun and siap brekfes, kami pun bertolak. Dalam perjalanan kami borak2 je dok reminiscing kenangan kat Rinjani. Both of them ni berjaya naik ke puncak. Ish jeles betul Kak Kiah. Padahal si Tash tu siap ada kat belakang Kak Kiah lagi and he managed to paksa diri dia untuk sampai ke puncak walaupun dah lewat. Itu lah.. menyesal kemudian tiada gunanyaa.. sob sob..

Perjalanan ke Tanjung Aan ni amek masa about setengah jam jugak. Kira jauh la sebenarnya dari area airport. Macamana la Kak Kiah ni ingat Tanjung Aan ni dekat je dengan airport. So pada those yang nak ke Lombok, please take note ye – pulau Lombok ni besaaaar gile. Dari satu pekan ke satu pekan memang jauh so kalo nak senang better hire driver je or cab to get around. And kos transport ni antara yang perlu diconsider bila nak buat bajet.

Si driver ni bawak kami ke Tanjung Aan dulu. Tapi dia pun tak pasti lokasi Batu Payung kat mana sebab dia pun tak pernah sampai. Loks.. boleh macam tu pulak.

Tapi takpe.. kita layan Tanjung Aan dulu.

Dah nak sunrise
Tanjung Aan beach
Me at Tanjung Aan
Masih pagi so takde orang
I guess kalo tengari sure ramai kat sini
Matahari sudah mula terbit
Shai, Koh, Tash & Me (Kredit: Shai)
Syok tengok orang ada GoPro ni.. jeles hakak!
Then driver tu call sapa tah nak tanya macamana kami nak ke Batu Payung. Kalau ikut google boleh naik perahu untuk ke sana. Tapi kawan driver tu cakap leh jalan kaki tapi kena ikut jalan tepi sikit.

So kami pun menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Alaa.. dah terbit!
Awesome view along the way (Kredit: Shai)
Sampai kat situ, kami park kereta and then jalan kaki dalam 15 minit ke Batu Payung. Kena hati2 sikit kat sini sebab batu2 dia memang licin berlumut.

Jalan menuju ke Batu Payung
Mendamaikan
Orang mencari cacing
Beautiful morning view
Muka sembap nyee..

Batu2 licin
Sampai2 je.. wallllaaaaaaa.. lawa seyhhhh!!! Teruja kami mengambek gambo. Ok jangan cerita banyak. Mari kita tengok piccas (sori banyak sangat gambo.. i just love all of 'em!)..
 
Taraaaa!! Inilah dia Batu Payung nya..
From diff angle
From another angle
Our driver

Lain bentuk dapat dilihat dari pelbagai angle yang berlainan
Subhanallah.. mari nikmati kecantikan pagi di Batu Payung

Seriously memang unik batu ni
Me n Koh di Batu Payung
Amazing huh..
Sangat peaceful di sini. Hanya kedengaran bunyi ombak menghempas ke batu.
Di seberang sana tu Tanjung Aan
Nampak cam kepala orang tak?
Pulau
Shai and his GoPro stick
Matahari semakin meninggi
Bila cahaya matahari memancar, batu ni nampak glowing
Kalo buat wedding photo shoot kat sini mesti ohsem gilak
Koh, Shai, Tash, Me n driver (Kredit: Shai)
Kredit: Koh
Memori bersama di Batu Payung, Tanjung Aan (Kredit: Shai)

Batu Payung ni start femes bila diorang shooting iklan rokok Dunhill kat sini. Lepas tu terus la tempat ni jadik tumpuan pelancong. Lucky for us mai sini pagi2 macam ni sebab takde orang jadi ibarat ni tempat ni kami yang punya hahaha..

Sedang kami syok pose2 tu ada pulak la sekor monyet liar datang. Dah la masing2 takde bawak makanan so dia dok la sergah2 kami. Memang masing2 dok ketakutan sebab monyet ni macam agresif sikit. Nak lari susah sebab batu2 situ memang licin.

Monyet liar curik air
Agak garang dia ni
Sekali tu dia boleh datang kat Kak Kiah. Kak Kiah pun terus la membatu tak gerak2. Dia dok gurau2 kasar pastu hamek kaw, dia boleh gigit kaki Kak Kiah!! Adoiiii.. memang sakit la, siap ada bekas lagi. Tapi Kak Kiah tahan je. Kak Kiah rasa dia marah kot sebab kami datang tak bawak beskut ke pisang ke haha.. memang pengalaman kelakar betul..

Lepas puas layan view kami pun gerak balik. Cadang nak singgah Kuta Beach kejap kang on the way to airport.

Kalau tak sebab Koh punya request, rasanya maybe Kak Kiah akan skip Batu Payung ni. So Kak Kiah rasa bersyukur jugak dapat datang ke sini. Kalau letak dalam senarai fevret place to visit kat Lombok ni, Kak Kiah letak no 3 after Rinjani and Gili. So if sesapa datang Lombok make sure korang datang sini sebab view dia memang ohsem and berbaloi2. Nak lagi cun sila datang waktu sunrise or sunset, memang terbaek noks.. and sila bawak pisang atau beskut haha..

Next story macam biasa sambung di lain entry. Harap sabar menanti okeh.

11 comments:

  1. Replies
    1. Tapi kalo dapat orang yang tak appreciate nature, harus la dia cakap "Ni je? Batu je?" Hahaha.

      Delete
  2. salam singgah sini, best nya jalan2 cantik sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi singgah :) Lombok memang cantik. Ni KK amek gambo pakai kamera cikai so agak kureng la kualiti. Kalo tengok depan mata, memang nganga je la.. lawa giler..

      Delete
  3. Batu Payung tu macam ada retakan besar... mungkin tak dapat bertahan lebih lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK rasa pun camtu jugak. Satu part tu ntah bila la runtuh agaknya.. terus tukar nama jadi Batu Payung Sebelah huhu..

      Delete
  4. Saya akan ke Lombok 30 January ni utk sambut wedding anniversary. Stay kat Senggigi dan akan ke Gili jugakla seharian. Pantai Senggigi tu cantik ke idak ye Kak Kiah? Mcm kat PD je style pantai dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jauhh tak sama macam PD. pantai dia mmg nampak cam hitam sikit, tapi air biru jernih n cantik giler. tapi kalo nak pantai lawa, mawun n kuta beach antara yang tercantik kot.

      senggigi ni lagi cantik time sunset. make sure cari spot baek punya untuk amek piccas!

      Delete
  5. waaaaah cantik.. tapi pantai dia jernih jugak ke KK ke mmg macam berlumpur2 gitu ?
    ingatkan Shai tu perempuan hahaha.. huntong ade gopro. kita hakhak.. malu nak kuarkan camera =P
    tak tahu pun iklan dunhill shoot kat sini. amboi tempat shooting..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai sini cantik gak time air pasang. masa kk datang ni tgh surut so nampak cam berlumpur la.

      kk kat sini la 1st time tau pasal kewujudan go pro. jakun terus. tapi mahal ek. kita pakai camera cap hayam, siap tampal selotep lagi haha..

      Delete
  6. subhanAllah chantiknya...Pasti aku jejak kaki di sana. Lombok aku datang..hg tunggu.

    ReplyDelete