Tuesday, January 6, 2015

LOMBOK – DAY 5: GILI TRAWANGAN PT III

Walaupun Kak Kiah tido lagi lewat dari Koh semalam, pagi2 lagi Kak Kiah dah bangun. Konon nak mengusha sunrise kat depan resort. Koh dok lena lagi.. penat bebenor nampaknya.

Tapi tengah siap2 nak keluar tu, sakit perut la pulak. Last2 dah kul 6.15am baru Kak Kiah keluar bilik. Terus tuju ke depan resort untuk lepak kat area cafe.

Sekali tengok... haiyaaa matahari dah naik pun.. uhukss.. Tapi takpelah, view pagi kat Gili T ni masih lagi ohsem. Boleh layan perasaan sorang2.

Good morning Gili!~
Matahari dah agak tinggi rupanya
Lovely
Bot2 kecil yang berlabuh
Pantai belah sini agak kasar dan tak brape sesuai untuk bermandi-manda
The jetty

Lepas tu Kak Kiah merayap la sorang2 sampai ke jeti. Walaupun keadaan agak sunyi, sepanjang jalan tu ada la jugak terjumpa dengan locals yang tengah sibuk mengemas and membukak kedai.

Lengang
Cidomo juga digunakan untuk mengangkut sampah
Malam tadi penuh tempat ni orang yamseng2
Tempat massage
View dari Cafe Blue Merlin Dive
Begitulah kata2 godaan dan hasutan yang diberi
Bangunan berdekatan jeti
Kak Kiah buat hal sendiri je sambil snap2 picca. Sekali tu terdengar satu grup pekerja lelaki ni dok jerit “Kak Ros! Kak Ros!”. Kak Kiah toleh la. Pastu diorang gelak2. Pastu jalan lagi beberapa meter, ada yang lain pulak jerit “Kak Ros!” sambil gelak2 pandang Kak Kiah. Kak Kiah dok heran la ape ke halnye memasing ni memanggilku Kak Ros? Pastu diorang jerit “Kirim salam sama Upin dan Ipin!!”. Laaaa... agak Kak Ros Upin Ipin ke.. Hahaha.

Rupanya orang2 kat Lombok ni memang dok minat dengan Upin & Ipin ni. Kira kartun feveret kanak2 kat sini. Bila sebut dari Malaysia je, terus diorang cakap pasal Upin & Ipin. Tu yang pagi ni ramai betul panggil Kak Kiah ni Kak Ros. Kak Kiah layankan aje. Asal ko jangan panggil aku Mbak Sunarti udah huhu..

Tapi bangga gak ek.. femes rupanya kartun kita kat sana.. *tumpang kembang idong

Jeti Gili T
Tenang jer..
Pondok2 kecil
Jernih airnya
Antara tour dan trip yang boleh dijoin
Agak frust jugak sebab masa agak suntuk and Kak Kiah tak berkesempatan nak explore sepenuhnya Gili T ni. Padahal Gili T kira macam shorga la in terms of dia punya taman laut, masih dara dan belum tercemar lagi. Tapi nak buat macamana kan, dapat squeeze in Gili T sehari ni pun dah cukup baik dah  sebab kalau ikut plan asal, Kak Kiah cuma nak daki Rinjani je.

So kalo sesapa nak mai Gili T, kena spend paling busuk pun 3 hari 2 malam kat sini baru ok kot. Sebab so many things kita boleh buat kat sini – boleh island hopping ke Gili Meno and Gili Air, boleh snorkelling kat tepi2 pantai tu, boleh join scuba diving (Gili T memang lokasi wajib untuk divers!), boleh fishing, join water sports, horse riding, naik beskal keliling pulau and macam2 lagi.

Ni gambar2 Kak Kiah cilok dari internet untuk membuktikan betapa superbnya view underwater kat Gili ni.

Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google
Teruja tak? Rugi kan Kak Kiah tak turun underwater..

Dah puas jalan, Kak Kiah pun balik semula ke resort sebab nak brekfes. Koh pun dah bangun dan dah bersiap.

Kami brekfes sambil melayan view laut.

Cafe Beach House Resort
Kak Kiah sedang bekpes
Our breakfast
Next story sambung next entry k. Macam panjang la pulok..

17 comments:

  1. Cidomo tu multitasking ya... semua kija pon dia... bnyk jugak xtvt pntai boleh buat kt sini.. kira kalu lepak 2-3 hari pon ok gak ni... lg2 kalu duduk kt hotel mhl2 tu..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ada orang sponsor lagiii best.. hahaha.. tapi memang sepatutnya 3d2n sini baru syiok. datang kejap macam KK ni tak banyak la yang boleh dibuat.

      Delete
    2. Salam"
      Bagi rekan" malaysia yg mo bercuti ke lombok kami zullombok transport siap menawarkan transport,untuk anda,call or via watshapp
      + 62 8223 7711 304

      Kedatnagan anda kami tunggu
      Salam,,,zullombok

      Delete
  2. tapi kak, betul la rupa akak sama cam kak ros
    hehe betul betul betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ada saja kamuu.. hik hiks *gelak gedik

      Delete
  3. KK, walaupon baru turun dari mount rinjani tapi muka maintain suchi murni gitu.....

    ape rahsia? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahsianya ialah qu puteh barulah putehhhh!!! bhahahaha.. takde la. rahsianya ialah fotosop kikiki..

      Delete
  4. Suka...tapi entah bila dapat ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro MKL pernah ke Gili ek.. mmg cantik kan? KK kalo tengok air laut biru2 jernih ni memang teruja habis..

      Delete
  5. Cantik betul pemandangan bawah laut kat sini ye Kak Rose... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya pak lang mie.. cantik sangat huhu.. kak ros ko panggil aku ye..

      Delete
    2. Salam
      Untuk kawan" malaysia yg mo bercuti le lombok lami zullombok transport siap menawarkan jasa transport,from Airport lombok dan kesemua tujuan Wisata serta hotel,call or watshapp
      + 62 8223 7711 304

      Zullombok siap mmbrikan pelayanan prima

      Salam...zullombok

      Delete
  6. Waaa...panas lg entry ni...seronok dgr KK cerita pasal gili T ni..rasa mcm nak fly ke gili T tu dr g Bali..jom KK lg sekali ke sana...boleh wat xtvt snorkeling,cycling yg KK x buat tu..I like snorkeling n cycling so much..
    Please CTC me if nak ke gili T lg skli: 0126126244 ..Wassup or telegram pun boleh jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK tatau bila lagi nak ke sana. but insyaAllah kalo ada rezeki lebih and masa yg sesuai macam nak repeat .. cuma tak rasa macam 2015 kot..

      Delete
  7. Kak Ros...oooo Kak Ros...kekeke. Mmg awesome lah view underwater dia. 5 star ku bagi. Memang sesuai untuk mereka-mereka yang nak berhoneymoon.

    ReplyDelete
  8. adus cantiknyaaa lahai. kat tiang jeti tu jernihnyaaa air. memang KK tak mandi laut la ni ? hahaha Kak Ros pun boleh la KK.. kuang asam sungguh hihi. dah panggil gelak2 plak. hahaha..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
  9. Salam,,,
    Untuk kawan" Malaysia yg mo bercuti ke lombok,kami Zultransport siap mengantar anda from Airport lombok,ke semua hotel dan tujuan wisata di pulau lombok.
    Call or watshapp + 62 8223 7711 304
    Zullombok, transport
    Siap memberikan layanan prima...

    Wassalam.

    ReplyDelete