Thursday, January 1, 2015

LOMBOK – DAY 4: POS 1 PEMANTAUAN – SENARU

Pagi2 lagi Kak Kiah dah terjaga tak boleh tido sebab risau dengar bunyi angin menderu2 kat luar. Memang seram dan menakutkan. Terbayang2 je khemah ni terbang kena tiup angin. Dengar khemah sebelah tu sapa tah berdengkur punyalah kuat huhu.. Sebab tak boleh tido, Kak Kiah cuma urut2 kaki sambil layan Candy Crush (sempat lagi tu).

Dalam kul 5 semua dah start bangun. Kami plan nak gerak lepas brekfes. Takmo lambat2 sebab nanti grup2 pendaki lain turun crowded pulak laluannya.

Sebelum bekfes kami pose2 dulu ala muvi Hindustan. Sangat2 cantik suasana pagi masa ni. Rasa macam kat obersee uolss..

Sebelah khemah tu actually ada toilet pacak tapi dah roboh kena tiup angin haha
Good morning Rinjani!
Me n Koh - hari ketiga tak mandi kikiki

Rinjani disimbah cahaya mentari pagi
Kami brekfes ommelette, pancake and roti je. Memang kami request nak brekfes yang paling simple. Pun sama tak habis huhu..


Our breakfast

Mempacking
Setel semua, kami pun gerak turun. Macam biasa la diorang semua kat depan, Kak Kiah paling last. Masa ni dapat la snap2 picca lagi. Tatau la bila lagi boleh mai sini nanti kan. So let’s enjoy the view selagi boleh.

Dari Pos I menuju keluar ke pintu Sembalun
Alman n the friends of Rinjani
Goodbye Rinjani! I'll be back satu hari nanti insyaAllah..
Matahari semakin tinggi

Savanah terbentang luas - cantik keemasan
Friends of Rinjani - Koh, Kak Kiah, Mirat & Zaidi (Kredit: Mirat)
Sepanjang perjalanan tu Kak Kiah dok borak dengan assistant guide yang nama Ordeng. Dia ni dulu keje cikgu. Sekarang ni berjinak2 jadik guide sebab nak bukak kompeni macam Rudy ni. Bagus budak ni. Sambil2 tu bagi jugak la sikit sebanyak business idea untuk dia. Sayang kalo orang luar tak tau pasal kecantikan Lombok ni. Sapa lagi yang nak majukan sektor pelancongan kat sini kalo bukan rakyat tempatan dia kan?

Melalui kebun2 sayur



Lepas hampir sejam setengah kami berjalan, akhirnya sampai la ke Sembalun. Fuh masa tu rasa nak sujud syukur. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah sebab izinkan Kak Kiah naik dan turun dari Rinjani dengan selamat..

Tapiii... jalan memang dah kengkang2 lah.. hehe..

Di Sembalun - porter2 lain bersiap untuk pendakian seterusnya
Jeep Rudy dah sedia menanti untuk bawak kami ke Senaru sebab beg2 kami ada kat sana. Sebelum berpisah, kami amek gambo togeder2 sebagai kenangan.. Kat sini masing2 pun hulur tips untuk guide n porter. Ikut kita la nak bagi berapa biasa dalam 15-20usd sorang. Cuma untuk Alman Kak Kiah bagi tips lebih sikit sebab dia susah2 angkut beg Kak Kiah yang berat tu selama 3 hari.

Bergambar kenangan sebelum pulang - Friends of Rinjani, Guide & Porters (Kredit: Mirat)
Perjalanan kami diteruskan ke Senaru. Sempat lah snap picca sepanjang2 perjalanan tu. Ok jom layan picca..

Rumah2 Lombok

Macam zaman2 kita 70-80an dulu

Lombok memang banyak masjid - sebab tu dikenali dengan nama gelaran "Pulau Seribu Masjid". Satu kampung kadang ada sampai 2-3 buah masjid.
Petani2 dan padi
Seronok tengok diorang work togeder2
Pelik tengok kami yang siap berhenti tepi jalan semata2 nak snap picca diorang haha

Pokok2 jagung menghijau sepanjang jalan
Kebun sayur
Sempat kami singgah ke Pasar Anyar nak tengok kehidupan orang2 Lombok dengan lebih dekat.

Pasar Anyar
Pakaian tradisi mbak2 Lombok

Peniaga2 ratanya kaum hawa
Gigih mencari rezeki
Suasana sibuk di waktu pagi
Cabai Lombok yang sangat terkenal dengan powernya
Bawang dijual dengan akar2 skali?
Menarik kan bawangnya?
Pakcik jual tembakau. Satu buku tu dlm rm20.
Belalang goreng - sedap masak sambal katanya

Diorang bertiga sempat pekena bakso. Sedap katanya. Aiseh rugi pulak Kak Kiah tak merasa.

Mirat depan stall Bakso Idola yang sedap katanya
Sampai je kat Rudy Trekking kat Senaru, masing2 pun mengemas2kan diri bagi mengurangkan rupa Penan tu. Gila best dapat jumpa air!!!! Hahaha. Rasa macam dalam shorgaaaa...

Kat sini Rudy bagi makan lagi. Pastu dia bagi sijil. Aik??? Kak Kiah ingat takde sijil? Chis chis chissss... rupanya ada sijil uolsss.. huh menyesal tak sampai puncak. Disebabkan Kak Kiah tak sampai puncak, nah tengok sijil Kak Kiah. Kesian kan siap ada nota tambahan kat bawah tu ahahaha jadah tol..

My sijil - siap kena tolak 26m hehe
So next time sapa nak pergi Rinjani, ingat ye.. harus sampai puncak sebab ada sijil. Bole eksen ngan orang kampung hehe..

Lepas makan kami pun salam2 dengan Rudy sebab nak balik. Sesuatu betul si Rudy ni salam Kak Kiah punyalah lama.. ayoyoyo sereemmm.. hehe.. maybe itu caranya dia tunjukkan kemesraan dengan pelancong kot. Kan konsepnya “come as a tourist, leave as a friend”. Kau jangan mandrem aku sudah la Rudy oi..

Kami berempat naik jeep yang sama sebab Kak Kiah & Koh akan naik bot dari Teluk Nara untuk ke Gili Trawangan, and Zaidi & Mirat akan ke Senggigi sebab esok diorang dah nak balik Msia dah.

Next story sambung entry lain yek, panjang beno dah ni hehe..

16 comments:

  1. Style betul mbak tu ikat kain batik... Tak terfikir SS nak ikat macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. KK masa memula sampai airport tekujat tengok kat luar tu almost semua wanita2 Lombok pakai camtu. kalo KK la mmg tak tergamak kot.. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. euww takmo takmo.. mbak tu cakap masak sambal sedap tuh.. apalah rasanya ek..huhu

      Delete
  3. Cantik betul view dia kak. Anyway, tiba-tiba lain pula rasa tekak ni bila tengok belalang goreng tu. hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK macam terbau2 lagi bau belalang goreng ni iyakss.. haha..

      Delete
  4. Replies
    1. view sini mmg cantik nieda. tapi masa mula2 datang punyelah panas teriknya savanah ni rasa macam nak bukak mata tengok view keliling pun dah tak kuasa huhu..

      Delete
  5. Sekarang ni kak kiah ada rasa apa2 tak dengan Rudy tu?, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takde.. KK punya pendinding kuat kot ahaha

      Delete
  6. well done kak kiah berjaya naik dan turun dengan sempurna walau terkangkang kangkang hehe
    rudy bekenan ngan kak kiah ape tu tapi malu malu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit jangan buat hal haha.. anyway, alhamdulillah lepas tu takde la sampai makan tak kenyang mandi tak basah.. kalo x nayo den tiap2 bulan cari alasan nak ke lombok wakakaka..

      Delete
  7. Seronok kak kiah.. dapat sijil mt. rinjani! terbaik laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih3x.. sijil ni nak frame pun malu

      Delete
  8. tengok kesusahan diorang cari makan. alhamdulillah kat malaysia kita serba okay..
    dah dah pi mandi KK tiga hari harum hehehe.. amboi Rudy tu.. eh seram pulak lahai. nak kena pi ramai2 la cemni. takot..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pergi berdua pun masih ok la. janji kita kena pandai jaga diri n perlakuan je kat tempat orang kan..

      Delete