Wednesday, December 31, 2014

LOMBOK – DAY 3: PELAWANGAN II CRATER RIM – POS 1 PEMANTAUAN

Knock knock!! Anybody homeeeee...?
*masuk dengan muka toye cam tak bersalah

Huhuhu.. sori lah uols sampai dah nak bersawang blog ni sebab takde update dari Kak Kiah. Harap ampun harap maaf bukan sengaja ku biarkan blogku ini tanpa update. Sebenarnya dalam few months ni banyak sangat perkara lain yang Kak Kiah kena utamakan. Kerja part time banyak, bisnes nak uruskan, kesihatan pulak tak brape memuaskan asek demam on off.. Pastu laptop pulak buat hal, kena pindah opis and macam2 hal la. Lepas tu ada 2 trip lak nak pegi so lagi lagi dabel takde masa. Anyway, Kak Kiah akan cuba setelkan entry Lombok ni secepat mungkin InsyaAllah yek. Harap uols memahami.. muaaaahhhhss (hihi bodek)..

Ok moh sambung stori..

------------------------------------------------------- 

Kak Kiah bukak2 je mata dengar suara Koh & Zaidi baru sampai. Tengok jam dah kul 11+am. Wah lama jugak diorang kat atas tu rupanya. So Kak Kiah pun keluar la lepak2 ngan theyols. Tengok muka dedua tu memang pancit habis sampai dah tak larat nak bercakap. Apepun memang respek la ngan diorang sebab berjaya sampai ke puncak Rinjani. Especially ngan Zaidi tu la.. dengan cramp kaki bagai tapi gigih jugak dia teruskan n lawan kesakitan tu. Tak la macam Kak Kiah ni hehee..

Kak Kiah nak menjoin sekaki dengan pasukan cemerlang (tengok muka pancit diorang hehe) - Kredit: Mirat
Alman bagitau kul 12.30pm nanti kami akan lunch lepas tu akan turun ikut route Sembalun. Macam yang Kak Kiah story kat entry sebelum ni, disebabkan kami dah lambat, Alman tak rekomen kami turun ke tasik sebab perjalanan turun tu agak mencabar dengan curamnya n keadaan semak2 keliling yang terbakar. Kalau nak turun jugak, takut kami lewat sampai ke Senaru Crater Rim. Jadi terpaksa la kami lupakan aje plan nak ke tasik. Actually frust jugak sebenarnya Kak Kiah sebab selain target nak tengok kawah dari atas, Kak Kiah memang berhajat nak memancing kat tasik tu. Takpelah takde rejeki.. maybe ini petanda awal yang Kak Kiah kena repeat lagi ahaha...

Kami pun pack la, siap2 apa yang patut. Muka berdebu toksah cakap la. Dah macam orang Penan kot agaknya rupa masa tu.

Our lunch - megi goreng sbb kami dah tak lalu nak makan nasik
Ini lunch kami hari ni. As usual presentation memang terbaek. Tengok tomato tu dihias rasa macam nak ngalir air mata..

Lepas lunch kami pun gerak la ke bawah. Memula tu chehwah Kak Kiah la depan sekali, konon2 takmo la menyusahkan orang2 lain kalo kita ni terkial2 kan. Tapii.. hmmhh memang hampeh.. tak sampai setengah jam jalan, kaki macam dah nak meraung. Punyalah sakit kat pergelangan kaki tu. Nak menahan badan masa turun tu kan hazabnya Tuhan je yang tau. Lepas tu sorang sorang potong sampai la porter yang dok kemas2 masa kami gerak tadi pun dah berjaya potong Kak Kiah. Chaitt!! Last2 Kak Kiah jugak yang terkebelakang sekali sob sob..

Menuruni Bukit Penyesalan dengan penuh sesal di dada


Kat sini memang takleh brek kaki.. berapa kali jatuh terduduk noks..
Nasib baik si Alman tu setia menemani Kak Kiah yang sedang menanggung sengsara ni. Sepanjang2 tu dia dok la pasang lagu2 Lombok, berulang2 sampai Kak Kiah boleh hafal salah satu lagu tu.

Ni lagunya Stay With Your Love by Amtenar. Yuk layan raggae Lombok uolss..

Nak jadi cerita, masa dalam perjalanan turun ni la datang sakit nak memerut. Hai buat hal betul. Nak jalan laju, kaki sakit. Kalau lambat, rasa nak terburai. Sampai meremang2 bulu roma terpaksa ku tahan jebat.

Akhirnya berjayalah kami sampai ke Pos II, di mana ada la toilet yang bertamadun skit kat situ. Tak tunggu apa terus Kak Kiah pecut masuk toilet. Pintu takleh lock? Ahh persetankan... janji misi tercapai..

Keluar toilet terus muka berseri2. Hehe.. lega nokss..

Berseri2 tak muka ahkak? keh3x
Kat Pos II tu Koh, Mirat & Zaidi dah ada so lepas rehat kejap, kami pun sambung semula perjalanan menuju ke Pos I. Dah tak jauh dah. Ada la about 1 jam perjalanan. Kali ni Kak Kiah jalan takde jauh dari diorang.  

Alman sepanjang2 tu dok story pasal Rinjani ni (boring dah nak pasang lagu kot huhu). Citer pasal 7 orang pendaki yang mati kesejukan dalam hujan few years ago (tujuh-pendaki-gunung-rinjani-tewas) and baru2 ni ada pendaki yang meninggal sebab terjatuh (pendaki-gunung-rinjani-yang-tewas). Pastu ada gak dia story pasal kisah2 mistik di sekitar Rinjani ni, termasuk gua yang kononnya boleh tembus dengan Gua Hira’ kat Mekah, citer pasal Gunung Sangkuriang, citer pasal ritual2 yang guide2 akan buat kat puncak gunung setiap kali Rinjani nak dibuka (Rinjani akan close to public selama 3 bulan dari bulan Dec-Feb) and macam2 lagi. Syok jugak layan cerita dia. Takde la rasa penat sangat.


Merentasi savanah untuk ke Pos I
Kredit: Mirat
Empat sekawan di remang senja. Kredit: Mirat
Kredit: Mirat
Tau2 je kami pun akhirnya sampai kat Pos I. Alhamdulillahhh.... no more daki2 yeayyy!!

Tengok khemah2 kami dah elok dipasang oleh porter2. 

Our camps
Berehat di pondok Pos I
Yang tambah mengharukan, terus aje dihidang kopi and goreng pisang bersalut ceklat. Perghhh.. terbaekkkk...!

Hidangan petang
Goreng pisang siap bersalut ceklat
Lepas makan kami pun masuk ke khemah. Masa nak masuk khemah tu fuhhhhh punyalah sakit bila Kak Kiah bengkokkan kaki. Bukak2 stokin tengok dah lebam2 betis n peha. Ha amek kaw. Apalagi.. mengurut lah sementara nak tunggu dinner pulak.

Tak lama pastu Alman pun panggil kami untuk dinner. Since kami semua macam dah tak daya beno nak makan, kami nak makan megi je. Sekali tu tengok megi dia ha punyelah selambak sampai tak larat nak habiskan.
Makan dinner dalam gelap
Megi banyak tak larat nak habiskan
Kak Kiah makan 2 suap n ratah telor je. Selain dari tak brape selera sangat, Kak Kiah risau takut kena pi toilet. Walaupun ada toilet pacak disediakan, still rasa tak tergamak nak membuang kat situ. Anyway, bila dah balik Mesia baru la rasa menyesal sebab tak habiskan megi tu. Kesian kat chef yang bersusah-payah memasak tu kan..

Kat Pos I cuma group kami je, pendaki2 lain kebanyakannya bermalam kat Pos II n Pos III. Lepas dinner kami lepak2 kat pondok sambil borak2 dengan Alman n porter2 lain. Memang best la masa ni sebab diorang ni semua kelakar2 and ada je benda yang nak diceritakan. Si Alman tu siap story pengalaman dia merancang nak bawak lari anak dara Malaysia balik ke Lombok tapi tak jadik sebab kantoi. Siap kena kejar polis lagi n terpaksa semunyik dalam ladang sawit. Lepas tu berpaut pada bawah bot untuk balik semula ke Lombok hahaha. Pastu story pasal suku kaum Sasak, kepercayaan and adat budaya diorang. Kalo ikut pengamatan Kak Kiah, cara diorang mengamalkan Islam macam lain sikit la.. contohnya macam Maulud Nabi tu diorang siap ada pertandingan lawan2 pastu ada minum tuak bagai. Pastu mostly diorang ni ada ‘memakai’. Memang diorang kata kena ada sebab nak survive. Pastu bab bawak lari anak dara orang tu memang satu challenge untuk diorang sebab kat sini ratio lelaki lebih ramai dari pompuan. So kalo tak bawak lari anak dara yang berkenan di hati, bakal melepas la jawabnya. Memang interesting la sebab masa ni Kak Kiah dapat first hand info tentang orang Lombok. Tapi kita dengar je la.. takde la nak judge orang ke apa kan..

Lepas borak2 kami pun akhirnya masuk ke khemah sebab masa ni memang dah sejuk sangat. Angin bertiup pun boleh tahan kencangnya rasa macam nak tercabut khemah.

Maka berbungkuslah kami macam mumia dalam khemah. Tak cakap banyak terus zzzzzz... Good nite Rinjani!!

Bintang2 yang sangat banyak di langit  (Kredit: Mirat)

23 comments:

  1. Replies
    1. hehe kamera Mirat tu.. suka dia dapat snap picca Milky Way ni..

      Delete
  2. pergh..memang dasyat presentation makanan diaorang. dah gaya makan kat restoren ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bab makan tabik habis kat diorang.. pinggan takde satu pun yang repeat tau.. setiap meal lain2 pinggannya.. gigihkan mereka mengangkut

      Delete
  3. Terhibur sungguh cerita k kiah ni...hihihihi..cantik sgt gambar2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalo yang kabur2 tu kamera KK la tu.. yang cantik2 mostly dr DLSR Mirat. KK cilok je boh sini hehe..

      Delete
  4. Replies
    1. TQ Bro. Happy new year! KK lom ada plan travel lagi untuk 2015 huhu..

      Delete
  5. Kira handal juga Kak Kiah ni... kalau saya memang tak dapeklah nak selesaikan tugasan macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi tugasan kata kau.. haha.. kalo tengok kondisi KK masa ni, dah macam patah seribu uolss..

      Delete
  6. Laaa ingat kan kak kiah sibuk buat bot... Gurau je... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bot mana plak tu schda.. ada2 saja kamuuu.. hiks

      Delete
    2. Abis tu kak kiah lama menghilang... Segamat banjir x?

      Delete
    3. Segamat kali ni banjir manja2 je.. Alhamdulillah tak seteruk tahun2 lepas. risau jugak KK baca news banjir kat negeri2 lain..

      Delete
  7. ku merindui coretanmu kak kiah...
    jangan menghilang lagi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi insyaAllah KK akan cuba habiskan yek. lama simpan ni takut hilang pulak ingatan nanti kui2x..

      Delete
  8. akhirnya u coming back KK...lama dah menunggu entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. hyee zila.. nice to meet u again :)

      Delete
  9. Lebam tunggu sambungan pasal Rinjani nie...hehehe
    Anyway welcome back...apa plan untuk trip 2015 nie KK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sampai lebam2.. over nau nih haha..

      KK takde plan lagi 2015 la. masih dalam angan2 hikss..

      Delete
  10. CT singgah lagi nak abes kan bace hehehe.. yuyuuuuhu tahniah KK dah mula mendaki turun pulak. tak ada rezeki kali ni nak ke tasik next time kena pegi lagi. bila kaki dah sihat..

    amboi si Alman tu.. eh KK.. macam mana kalau tngh2 melancong ke sana ttb diorang trbekenan ? apakah yg akan terjadi ?

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
  11. Hye KK what type of camera did you use? is it DLSR or phone camera? i thought is it phone probably
    it's sony or LG. cos your snap picture was like photography (level 2). pic without blur and red line perfect. i'm enjoy your blog. with google auto translate make it easier to read it.thank share your experience with us may god bless you =) ouh btw i'm from france
    - Felix Dean Zefrolex

    ReplyDelete