Monday, October 13, 2014

LOMBOK – DAY 3: SUMMIT RINJANI

Dalam pukul 2 pagi, kami dikejutkan oleh Alman. So bersiap la kami dalam kedinginan pagi yang mencengkam tu. Sebelum gerak tu diorang siapkan air teh untuk panaskan badan dulu.

Lepas dah siap Kak Kiah pun gi la warm up kat luar khemah tu. Badan punya la sakit tatau la nak habaq. Tengah warm up tu dengar la si Alman bagi briefing kat Mirat & Zaidi. Masa tu Kak Kiah dengar tak dengar sangat sebenarnya. Cuma dengar dia cakap yang mungkin akan berubah plan nak ke tasik lepas turun dari summit nanti. Katanya grup kami ni punya pace sangat slow semalam jadi dia tak yakin kami boleh sampai ke Senaru Crater Rim on time sebab antara route yang kena lalu tu kami akan kena panjat bukit 45 degree. Lagi satu ada kebakaran pokok kat jalan nak turun ke tasik tu jadi agak bahaya la kalo nak turun. So dia sajes kita balik semula ikut Sembalun, means ikut jalan datang semalam la. Mirat & Zaidi cakap tengok la nanti kita decide semula lepas turun dari summit.

Dalam kul 2.30am tu kami pun gerak la. Kak Kiah belum apa2 lagi dah mula rasa stress sebab diorang bertiga tu jalan memang laju giler. Kak Kiah dah la dengan terdengkot2 lagi. Lepas tu masa ni la senggugut mai.

Bila dah macam tu mula la rasa down balik. Dah la masa tu sejuk giler. Kak Kiah pakai sama je kot lapis baju macam masa gi Kinabalu. Tapi dia punya sejuk tu sampai mencucuk2 memang lain macam lah. Air idung memang meleleh2 je keluar.

Lepas tu macam lamaaaaa sangat nak keluar dari tapak khemah tu. Tu pun Kak Kiah dok benti2 lagi few times sebab amek nafas. Alman macam biasa la memang jalan dengan Kak Kiah je. Yang assistant guide sorang lagi follow mereka yang bertiga kat depan.

Oh ya masa ni memang takde gambar diambil ya huhu.. Takde la dalam keadaan bahaya pun. Tapi Kak Kiah masa tu memang takde mood langsung nak amek gambo. Bateri kamera cuma tinggal 1 bijik je sebab 2 lagi dah abis pakai semalam. Jadi nak kena jimat gak bateri sebab Kak Kiah ni kan konservatif sket mana ada power bank power bank ni..

Jalan punya jalan akhirnya sampai kat satu area yang ada batu kecik2 macam batu gravel tu. Memang macam setan betul part ni. Naik satu langkah, pastu melorot turun dua langkah. Memang mental giler dok mikir kalau macam ni - PUKUL BRAPE NAK SAMPAI NIIII??? Kak Kiah guna jugak la segala ilmu pengetahuan yang diapply masa kat Kinabalu tu. Guna kaedah kira sampai 10 pastu benti, guna kaedah berzikir.. tapi tak jalan gak. Tetap rasa terseksa sangat kaki nak melangkah.

Agaknya Alman pun sampai sakit jiwa tengok kelembapan Kak Kiah, dia terus amek salah satu climbing stick Kak Kiah and terus tarik tangan Kak Kiah. Maka berpimpinan tanganlah kami masa tu. Apa? Romantik? Kau nak mampos? Kak Kiah dah macam separuh mati masa tu tau. Kalo dia tak tarik Kak Kiah tu memang seriously Kak Kiah pikir takkan lepas punye area jahanam tu.

Lama jugak kami berpimpinan bergandingan mesra sebab Kak Kiah tengok jam masa tu dah nak kul 4am. Means dah dekat sejam setengah kami mendaki, and Kak Kiah rasa kami masih jauh lagi dari summit.

Lepas dah selesai area jahanam tadi, baru la Alman lepaskan tangan Kak Kiah. Dia suh Kak Kiah jalan je dulu selow2 sebab dia nak pegi memerut. Eh boley gitu? Hahaha. Rupanya dia tengah sakit perut masa tu. Kesian Alman.

So jalan la Kak Kiah sorang2. Masa tu memang macam orang gile. Dah la sejuk, haus (air pada Alman), lapar.. pastu boleh pulak datang rasa mengantuk yang amat sangat. Mata kita cuma tengok kat cahaya lampu dari headlamp. Jadi memang macam khayal je mata terbuai2 ikut cahaya lampu.. tau2 je tiba2 mata tertutup. Rasa memang ada part yang Kak Kiah tertido sambil berjalan. Kira antara kul 4am-5am tu Kak Kiah rasa memang jalan macam zombie. 

Tak lama pas tu sedar2 Alman pun datang dari belakang. Dia suh Kak Kiah makan biskut dulu. So kami rehat jap. Dia sajes untuk Kak Kiah tak payah proceed untuk ke summit sebab memang tak sempat nak sampai atas before sunrise. Lagipun summit memang jauh lagi kalau jalan gak maybe 2-3jam lagi baru sampai. Dari tempat kami lepak tu pun kata dia memang akan nampak view tasik yang sama macam dari atas summit.

Tapi memandangkan masa tu baru pukul 5am and sunrise pukul 6.15am, Kak Kiah kata takpe la jalan je dulu setakat mana yang mampu. Nanti kalo dah tak larat kita benti.

Rupa2nya Alman pun mengalami kengantukan yang amat sangat macam Kak Kiah. Dia kata dia memang tatau la kali ni mendaki dia rasa ngantuk sangat, tak macam selalu. So dia kata dia nak tido sat. Dia suh Kak Kiah jalan dulu. Nanti dia follow dari belakang.

Guide ku yang bertuah.. boleh tido pulak kau ye Alman..
Percobaan selfie dalam gelap
Maka Kak Kiah pun meneruskan pendakian. Dalam hati tertanya2, mana la mereka bertiga tu. Ntah2 dah dekat sampai puncak agaknya. Laluan mendaki masa ni mental jugak sebenarnya sebab masa ni kita dah leh nampak sikit2 jalan kat depan tapi takleh estimate jauh mana lagi kita kena jalan. Dalam hati dok pikir.. eh jauh lagi ke.. kenapa takde penghujung niii... asal asek nampak batu batu batuuuuu je niii...Mental hokeh..

Daki punya daki, menguap punya menguap, dalam Kak Kiah menyeret kaki untuk melangkah ke depan.. akhirnya nampak la matahari dah nak terbit. Terus Kak Kiah stop kejap to enjoy the view. Takpe lah takde rejeki nak tengok dari summit. Tapi dari situ pun ok la nampak cantik sangat matahari terbit.

Matahari memunculkan diri
Berhenti seketika dan nikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa
Mati laa tetap nak enterprame kekeke
Kak Kiah gumbira melihat sunrise
Awesome eh? (kredit: Mirat)
Let's take a break and enjoy the view (kredit: Mirat)
Bersinar bagai emas (kredit: Mirat)
Tu diaa... Tasik Segara Anak
Pendakian yang menyiksa lutut dan buku laliku
Jauh lagii..
Memang mental bila pandang ke atas
Laluan ke summit
Mereka yang menghampiri puncak.. Ayuhhh!! Kamu pasti bisa!!
Kak Kiah teruskan lagi pendakian for another hour barulah si Alman datang join Kak Kiah. Dia tanya nak teruskan sampai summit ke tak? Kak Kiah tanya ada apa kat atas? Dia kata takde apa2.. sama je view macam kat situ. Kalo nak turun tasik, dia sajes kami terus stop and turun je so that kami leh reach tapak khemah before 8.30am.

Untuk buat keputusan tu, Kak Kiah rehat dulu jap. Sambil tu snap2 picca.

Gunung Agung di Bali boleh nampak dari sini
View of Sembalun


Tasik Segara Anak - amazing view


Tasik Segara Anak ni katanya kalo diminum airnya nanti senang bersalin. Ala macam konsep air selusuh la. Luasnya 11,000,000m2 dengan kedalaman >200m. Kat tasik ni banyak ikan and boleh dipancing la kalo kita turun ke sana. Kat tengah tasik tu ada Gunung Baru Jari - volkano yang masih aktif. Last meletop tahun 2009 dan telah mengorbankan nyawa 31 orang. Dasat kan? Just imejin apa rasa bila kita ada betul2 kat tempat ni. Semacam tau dia punya rasa.. excited, terharu, cuak, kagum semua ada..

Sambil menghayati keindahan alam hati dok mikir berbaloi tak kalo teruskan sampai summit? Sebenarnya Kak Kiah punya matlamat dah tercapai – which nak tengok keindahan tasik Segara Anak ni dari atas. Kalo nak kejar sunrise tadi dari atas summit macam worth gak kot. Pastu kaki memang tengah sakit giler especially kat lutut tu rasa macam dah tak boleh nak bengkok. Kalo jalan jugak maybe sampai tapi memang komfem lambat la dengan keadaan kaki yang macam tu.. Risau pulak kalo diorang nak turun ke tasik. Kalo Kak Kiah proceed gak ke summit, kang kul brape lak sampai ke tapak khemah balik kan..

Last2 Kak Kiah amek keputusan untuk stop and turun terus. Takpe lah bukan ada sijil pun. Dah berjaya sampai sini pun dah kira cukup baik. Kena gak ukur kemampuan diri sendiri. Takpelah Kak Kiah cuma pasang niat - satu hari nanti bila kaki dah ok, rezeki ada.. insyaAllah Kak Kiah akan kembali lagi ke sini. N of coz akan cuba sampai ke puncak..

Memakan beskut (pau Alman punye) dalam kesejukan udara Rinjani
Cantik kan view dari atas ni?

Tumbuhan di pergunungan

Tengah rilek2 ngan Alman menghayati keindahan alam, tengok2 si Mirat sampai. Rupanya dia pun tanak proceed sampai summit kekeke.. Rasanya dia ni sama je matlamat ngan Kak Kiah. Sampai atas amek gambo pas tu dah ok cukup puas hati. Koh & Zaidi lain lah.. diorang siap bawak bendera Malaysia tu so memang kami tau target diorang memang nak sampai ke summit.

Alman siap call guide yang ada sama Koh masa tu. Rupanya Koh pun belom sampai summit lagi. Siap kena tarik gak tangan dengan guide tu hehe.. Tapi Kak Kiah yakin amoi tu mesti boleh punya. Antara kami berempat, dia la yang paling fit sekali. Alman pun siap puji Koh. Dia kata Koh badan je kecik tapi takde la semput2 macam kami ni hahaha..


Gunung Baru Jari
Me & Mirat dari pasukan gagal ke summit kekeke
So lepas dah puas cuci mata, kami pun turun ke bawah. Rupanya masa nak turun tu pun punyalah siksa sebab lutut terpaksa tahan kaki dari menggelosor atas batu2 gravel tu. Tengok orang lain turun siap macam skiing je..kemain laju bedesup ke bawah.. tapi Kak Kiah dok slow2 je turun sebab lutut memang takleh nak bengkok. Itu pun dua kali gak la jatuh. Sekali jatuh terduduk, sekali tu jatuh sampai tergolek berguling ke depan. Huhu habis debu2 masuk mulut and idung. Memang macam setan.

Moh ler balik..
Khemah2 dari kejauhan
Panas dan berdebu
Ni lah rupa area jahanam - sekali naik dua kali turun tu
Rasanya dalam sejam lebih jugak kami nak turun sampai ke tapak khemah. Si Alman dah laju je ke depan. Mirat pulak tak brape jauh dari Kak Kiah. Dia pun jalan slow2 je sebab bz amek gambar. Yang Kak Kiah ni kepala tengah bengong. Lapar pulak. Dengan siksa menahan nak terkencing lagi. Nak jalan laju takut jatuh. Nak buang dalam semak tak berani. Kemain menderita jiwa raga.

Yesssss!!!!
Sampai je kat khemah fuhhhh legaaaaa... Masa ni bukan setakat terkengkang-kengkang lagi dah, jalan terhoyong-hayang macam mabuk todi. Cepat2 berlari masuk toilet.  Lantak pi la ada ketulan emas kat dalam, Kak Kiah dah tak tahan sangat nak terkucil masa tu.. Kak Kiah buat-buat tak nampak je. Pasrah. Janji hajat tercapai.

Inilah toilet khemah kami hehee..
Kak Kiah & Mirat diberi sarapan dulu sementara nak tunggu diorang yang lain turun.

Dasat kan bekfes kami? Kau mampu makan cam ni atas gunung?
Sambil makan tu borak2 la ngan Alman n porter2 lain pasal plan nak ke tasik lepas ni. Kalo ikut plan asal, kami kena gerak dari tapak khemah ni paling lewat kul 9am pastu baru sampai tasik dalam kul 12pm. Kat tasik diorang akan masak lunch sementara kami pegi mandi kat hot spring yang berdekatan. Lepas lunch baru kami akan gerak ke Senaru Crater Rim untuk camping kat sana pulak, then pagi esok gerak turun ke Senaru.

However diorang sajes kami turun ikut Sembalun je sebab agak bahaya nak turun dengan hutan terbakar kat bawah tu. Pastu kalo kami gerak dari sini lewat, nanti lewat petang baru sampai tasik. Last time diorang kata ada grup tu kul 11am gerak dari sini, dekat kul 4pm baru sampai tasik. Pastu nanti nak pegi ke Senaru Crater Rim pun jauh. Silap2 malam baru sampai.

Aduh frust jugak Kak Kiah sebab antara yang Kak Kiah nak pegi ialah tasik tu. Lagi satu nak mandi. Berlengas berdebu2 rasa badan ni. Kalo terus ikut Sembalun, jawabnya memang 1 hari lagi la kami kena lalu dengan air yang seciput tu.

Then Alman bagitau guide yang kat atas tu call dia cakap Koh & Zaidi berjaya dah sampai puncak. Now diorang dalam perjalanan turun. Wahhh cayalah!! So proud of theyols. Memang tabik spring habih sebab Kak Kiah tau bukan senang tau nak teruskan sampai summit tu.

Nah belanja sket gambar Koh & Zaidi di puncak Rinjani.

Zaidi & Koh ~ dari pasukan berjaya
Lepas sarap Kak Kiah terus masuk dalam khemah. Tau buat apa? Tido hehehe...Giler ngantuk okeh!

To be continued..

54 comments:

  1. Tahniah kak kiah.. amazing view.. great travel experience.. next time buleh cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk.. TQ supermeng!
      *cam tak cayo den blogger femes mai jengah sini huhuhu

      Delete
  2. Hehehe kagum sambil terkekeh2 baca coretan kk. Part bergandingan mesra paling x bleh blah hahahaha. Tetiba saya pulak yg emo rasa terharu nengok kawan2 kk berdiri atas puncak rinjani dgn bendera msia.

    P/s-kk pun hebat juga dah berjaya sampai sana. Kalau saya jgn2 merentas savanna tu dah moyan nak patah balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. diorg tu memang hebat la. semangat tu yang penting. padahal zaidi tu siap cramp kaki lagi. KK ni performance paling tercorot la kiranya antara kami ber4 hehee..

      Delete
  3. Kak kiah...apepun saya kagum dengan semangat kak kiah, dalam keadaan kaki mcm tu masih mampu lagi mendaki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh jangan tatau brape kali KK nak kensel.. dari before fly lagi.. nasib baik KK teruskan jugak. memang berbaloi sangat trip kali ni sebab banyak kenangan walopun tak sampai summit.

      Delete
  4. Replies
    1. TQ bro.. tak terbilang sangat ni huhu..

      Delete
  5. waahhh kagum dgn kak kiah. tahniahhhhh! fuhh~ semoga ada semangat gak ni nk tawan rinjani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ John! perghh.. another otai blogger drop komen. *sembah ratu

      Delete
  6. mula2 baca simpati dengan kak kiah tapi pastu terkekek kekek saya gelak hiks.
    insya Allah ada rezeki dengan kesihatan yang mengizinkan saya yakin kak kiah boleh repeat tempat ni. malaysia boleh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajat di hati mmg macam tu. tp rasa doubt juga ni takut badan tak kuat lagi.
      but KK akan cuba lagi insyaAllah.. doa2 kan kaki KK cepat baik. sampai arini masih lg sakit sebenarnya.

      Delete
  7. tarik nafas panjang tengok route nak naik pi summit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. KK baca blog org lain tengok gambo Rinjani trekking route takde la hazab sangat. tu yg KK underestimate. ni yang KK letak gambo byk2 sket supaya orang leh tgk sendiri route ni, jadi boleh expect n buat mental preparation siap2.

      Delete
    2. tak seriau ke kak kiah? nampak cerun sangat kiri kanan ... jln mcm sempit sangat... silap langkah boleh tergolek ke bawah... skeri!!!

      Delete
  8. Tahniah k.kiah..tahniah
    Kurang2 K.kiah dpt la mewakili kami kaum wanita Melayu yg mampu tengok je nih..
    Tahniah again!

    ReplyDelete
  9. wah...cantik betoi view...subhanallah.
    Tambah2 yang dekat area tasik tu...
    ape2 pun tahniah dekat Kak kiah dan kengkawan...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa tu pasal korang kena mai sini tengok depan mata. lagi osemmm uols..

      Delete
  10. Gigih Kak Kiah! Chaiyok! Chaiyok!

    ReplyDelete
  11. cantiknya.. tapi kita tak rajin untuk mendaki :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo x rajin x pe.. cuci2 mata tengok gambo sini pun boley sajaa.. huhu

      Delete
  12. Memang cantik..berbaloi kalu dpt g ni...KK next trip??..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikss kan dah balik.. nnt ye KK sambung story

      Delete
  13. respek la kat kak kiah.. sakit-sakit kaki pun berjaya jugak walau tak sampai ke puncak. (1st komen sebab best, selalu baca ja, hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi komen walopun dah 2 bulan baru KK reply hihi.. kaki KK sakit sampai skrg tau sob sob..

      Delete
  14. kak aku tergelak besar bila ko tulis "macam setan" hahahaha

    ReplyDelete
  15. Kak kiah bagi inspirasi banyak especially utk orang tak berapa nak fit sangat macam saya.. TQ kak kiah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ye ke bagi inspirasi? alhamdulillah. KK ni mmg x fit tp suka nak celen2 diri sendiri ni.. barulah berperisa hidup kununnye chehwah

      Delete
  16. Saya tak suka panjat gunung dan berkhemah apa bagai ni.Tapi bila baca cerita kak kiah...wah...terkagum kagum plak...seronok rupanya aktiviti mcm ni.Kak kiah mmg pandai bercerita...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu bercerita apanya noks.. macam joyah ada la membebel2 kikiki.. anyway TQ sudi baca :)

      Delete
  17. Tahniah Kak Kiah....Menarik. Insha Allah boleh cuba..

    ReplyDelete
  18. Kak kiah. I am so jealous!!!!! hahhaa.. Anyway, berjaya gak kak kiah naik.. arghhh. i wish one day naik atas tu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah KK doakan NH berjaya menawan Rinjani. it's not easy tapi harap2 blog ni dapat ler membantu kalo nak buat persediaan yek..

      Delete
  19. Wah...cantiknya view.... bravo k kiah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ uols.. kat atas tu memang lawo giler..

      Delete
  20. Congrats Kak Kiah!!! Walaupun ikhtiraf diri dalam pasukan gagal ke summit, akak dah berjaya harung semua tu pun dah cukup bravo! View atas tu memang simply breathtaking ah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem bie.. bila lagi nak cuba aktiviti sebegini? hihi..

      Delete
  21. tiba-tiba rasa macam syahdu semangat patriotik pulak. bila tengok bendera bagai siap dibawaknya naik ke atas tu.. Koh si amoi tu hebat lah. KK pun patut proud of urself. dalam keadaan kaki cemtu mampu sampai.. emosi lagi.. memang terbaik =)

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. si koh tu memang power. muka dia masa mendaki cam takde perasaan. steady je. KK mmg bangga tengok dia n zaidi berjaya kibarkan bendera msia kat puncak tu.

      Delete
  22. kah kah kah...sumpah seranah kak kiah time tu ye...mana ngan mengantuk lagi ek tapi Kak Kiah berjaya!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish bab mengantuk tu mmg unexpected betul. KK tak sangka boleh tetido masa mendaki tu. Kira bahaya gak tu sbnrnya.

      Delete
  23. walaupun x sampai ke puncak..itu dah kira BERJAYA tau...dgn KK dah sakit2 kaki dari sebelum mendaki lagi..fuuhh..mmg lap peluh dgr cite KK nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berjaya lg tu.. Jeles ok tgk org kibar bendera kat puncak. Ada sign board lg. KK ingt takde sign board tu.. Kalo tau rasanya usaha jugak la sampai naik puncak. Si Alman laa.. Dia yg ckp takde apa2 kat atas tu. View sama je. Chit.

      Delete
  24. Numpang Ijin Share gan...!! Jika ada yang berminat bisa langsung ke website kami

    Kami Waletbet hadir untuk para bettor mania sebagai Agen Judi Online , Agen Bola , Agen SBOBET dengan menyediakan produk online betting seperti SBOBET , IBCBET , 338A , 1SCASINO , ASIA8BET, BOLA TANGKASNET99 DAN BOLA TANGKAS88.

    Kami Agen Betting Online terpercaya yang beroperasi dalam dunia maya. Kami membantu para member dalam melakukan pendaftaran produk judi online , dan proses deposit withdraw dengan AKSES BANK BCA / MANDIRI / BNI DAN BRI.

    Untuk bergabung bersama kami hanya dengan melakukan pendaftaran melalui website agen di waletbet dan cantumkan data yang di perlukan di kolom register waletbet.com
    Dan dapatkan PROMO BONUS WALETBET Untuk member baru bergabung bersama kami dan juga untuk member akif kami yang bermain bersama kami di WALETBET Agen Judi Online

    Untuk bertransaksi deposit dan withdraw anda bisa konfirmasi pada CS ONLINE kami melalui akses YM , LIVECHAT , WhatsApp atau melalui kontak BBM kami yang tersedia di website kami.
    Dengan proses cepat dan CS yang ramah siap melayani para bettor mania dalam kenyamanan bermain ataupun dalam konfirmasi perihal betting pemain.

    Agen Judi || Agen Judi Online || Agen SBOBET || Agen Bola || Agen SBOBET || Agen Betting Online || Agen Casino Online || Agen Bola Online

    ReplyDelete
  25. pengalaman yang menarik.
    terimakasi telah posting Rinjani di dlm blog anda.
    itu sangat membantu buar karir Rinjani di mata dunia.

    post yang bagus.

    ReplyDelete
  26. pengalaman yang menarik.
    terimakasi telah posting Rinjani di dlm blog anda.
    itu sangat membantu buar karir Rinjani di mata dunia.

    post yang bagus.

    ReplyDelete