Saturday, October 4, 2014

LOMBOK - PREPARATION

Mari kita mulakan entri Lombok! Wah begitu Kak Kiah bersemangat waja..

Dah lama sebenarnya Kak Kiah usha2 nak daki Gunung Rinjani, Lombok. Sejak berjaya tawan Kinabalu dulu tu la. Bila tengok gambar2 orang yang pernah daki Rinjani, memang teruja meremang roma dibuatnya. Konon nak test kemampuan diri sendiri lagilah ni. Tapi tak berani nak pegi solo. Sebabnya kat Rinjani kne camping 3D2N, jadi macam bahaya kot kena ngorat ngan jejaka Lombok kang naya je haha.

So lama jugak Kak Kiah dok cari kawan pompuan yang sudi folo. Siap promo kat FB. Malangnya takde yang sudi. Setelah berbulan mencari, pada satu hari yang bertuah, salah sorang blog follower Kak Kiah ni, Koh namanya – tanya Kak Kiah nak pegi tak Lombok sebab ada promo AA. Wah.. Kak Kiah pun apalagi terus setuju. Koh ni pulak memang jenis kaki memanjat gunung. Jadi memang suka la Kak Kiah dapat jumpa geng sama taste travel. Walopun minah ni chinese n Kak Kiah tak kenal pun dia (cuma friend di FB), tapi Kak Kiah rasa macam ok kot dia ni. Pergi pun berdua je tak ramai2 jadi takde la kot pening kepala macam trip Busan lepas.

So kami pun beli la tiket. Murah ok masa tu RM225 je return. Lepas dah beli tiket, macam biasalah Kak Kiah terus lupa. Jangan kata nak exercise bagai, itin pun tak buat sebab bz benau. Kena pulak Kak Kiah baru set up business. Duit simpanan habis guna untuk invest. Kompeni tempat Kak Kiah keje pulak tengah bermasalah sebab dah lama tak dapat projek. Gaji asek tertangguh2. Jadi financial agak goyang sket. Nak cover, kena la Kak Kiah buat macam2 job tambahan sampai tak cukup tido.

Nasib baik la Koh ni rajin sket buat homework. Dia la yang rajin buatkan itin. Untuk book package mendaki ni, dia ada buat survey and suggest kami gunakan khidmat Rudy Trekker. Walaupun kos pax agak tinggi, tapi banyak climbers recommend service Rudy ni. Jadi Kak Kiah pun on je lah. Contact Rudy and then buat payment online. Setel satu perkara.

Ok ni website Rudy Trekker
Rudy Trekker 3D2N
Pakej yang kami amek ialah 3D2N naik dari Pintu Sembalun, turun di Pintu Senaru. Harga pakej USD265+USD10 environmental charges ~RM880. Harga ni include pickup dari airport & transfer by speed boat to Gili after the trek, 1 malam di Pondok Senaru Village before mendaki, guide & porters, meals, tent, toilet tent n Rinjani entrance fees.

Dah dekat tarikh nak pergi tu, mula la Kak Kiah panik. Mana nak uruskan hal bisnes, mana nak pikir pasal Rinjani. Lagi 2 minggu dari tarikh berangkat, baru la Kak Kiah mula exercise. Tu pun cuma guna formula Kinabalu – naik turun tangga je. Malang seribu kali malang, kali ni badan Kak Kiah takleh terima. Kalau dulu naik turun tangga 100 kali pun stedi je. Kali ni baru 20 kali buat Kak Kiah rasa macam dah nak pitam. Lepas tu paling sadis kaki Kak Kiah macam something wrong. Tatau la sebab salah exercise ke apa, tapi kaki Kak Kiah kebas2 non-stop sepanjang 2 minggu before pegi tu. Sendi urat semua memang sakit sangat. Masa tu rasa macam nak nangis pun ada sebab basically Kak Kiah susah gila nak berjalan, apetah lagi nak manjat gunung.

Namun apakan daya. Tarikh dah semakin hampir. Nak tak nak kena redah jugak ni. Kalo Kak Kiah pegi solo, mau je Kak Kiah kensel sebab memang hati tu dah kata memang tak mampu ni. Tapi ngenangkan Koh, tak sampai hati lak. So dengan rasa berat hati Kak Kiah proceed jugak dengan trip ni dengan doa dan harapan, mudah2an perjalanan ni dipermudahkan..

Selain dari pakej mendaki, segala accommodation pun Koh yang uruskan. Punyelah senang keje kau ye Kiah huhu.. Serious bukan malas tau. Kak Kiah memang tak sempat giler nak usha. Nak go through blog orang2 yang pernah pergi Rinjani pun tak sempat. So basically kalo tanya dari segi preparation mental, fizikal dan emosi – jujur Kak Kiah katakan, hanya 30%. Kak Kiah memang hampir bergantung almost everything kat Koh. Nasib baik la seblom pegi tu Kak Kiah dah stori dia masalah Kak Kiah bab kaki sakit, bab financial n bab takde masa nak buat study pasal Lombok. Ye la takmo la nanti Kak Kiah akan susahkan dia masa kat Lombok. Luckily dia boley faham n willing to help me out. Alhamdulillah senang deal ngan amoi ni hehe..

Ini plan itinerary kami untuk trip dari 11-16 September 2014


Dari segi barang2 nak bawak, sama je list macam kat Kinabalu dulu. Tapi kena ingat ye kali ni ada camping 3 hari 2 malam, so kena bawak banyak sket barang masa trekking tu.

Windbreaker
Tshirts (3)
Track suit (2)
Longjohn/leggings
Headlamp
Glove
Kasut hiking
Socks (3)
Ubat2 – panadol extend, ubat tahan muntah, minyak urut, salon pas, chi kit teck aun, handiplast dll
Knee guard
Rain coat
Towel kecik
Sunblock

Rekomen dibawak (tapi Kak Kiah agak menyesal sebab tak bawak):

Mask
Topi/Payung
Torch light
Climbing stick
Selipar

Ok itu saja la kot preparation untuk trip Lombok. Nantikan cerita sebenar kejadian di entry akan datang! Trip ni memang banyak giler stori wa cakap luuuu.... ehehe..

16 comments:

  1. Hamboi kakkiah menarik2 sy nk smbung baca dgn pengakhiran ayat tuu...hehe ada drama lg kah?heeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip KK harus la ada drama but not with my partner la. kali ni banyak datang drama dari KK sendiri kekekekeke...

      Delete
  2. Suka baca bab drama.. dan pengalaman kak kiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam"
      Bagi kawan" Malaysia yang mo bercuti ke lombok,zullombok transport siap mengantar Anda ke smua tujuan from Airport,lombok dan ke semua Hotel
      Call or watshapp
      + 62 8223 7711 304

      Zullombok siap memberikan pelayanan prima,

      Delete
  3. Tu dia..kak kiah dah bukak cite.salam perkenalan ye kak. suka baca blog akak ni..sempoi je.

    ReplyDelete
  4. hai kak kiah...rindu nak baga kak kiah punya bebel2..hehehe
    drop komen dulu lepas ni baru baca sebab masih mabuk daging korban :-P

    ReplyDelete
  5. peeeergh CT tabik la KK suka panjat2 ni.. last dulu time sek men adalah panjat bukit mertajam
    dekat ngan rumah ni.. tu pun pancit. patah balik. kenot go kenot go KK oooi..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
  6. thanks for the info.....style penulisan yg baik..in promptu..gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep blog ni merapu ala2 diari kekdahnya ahahaha

      Delete
  7. taku kena ngorat ngna jejaka Lombok?..hensem tak? kalau hensem cam Korean Guy..layan je kak heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecah rumah sikit la.. Badan kurus, rentung.. Tp badan ermmm mmg machooooo... Hehe bukan sado tau, yg tu i geli..

      Delete
  8. ala..kenapa JM x tahu yang KK nk pegi hari tu..mesti org pertama akan follow...sob sob sob tapi semua tu dah berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Masa tu kita lom fren lg kt FB. Beriye KK tanya kat FB yg respon sume jantan acaner tu.. Ingt kwn pompuan tak minat panjat gunung..

      Delete
  9. nasib baik dapat partner like Koh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koh mmg terbaik la so far. Aktif giler dia ni. Hari ni dia dh otw nk ke Vietnam panjat gunung sana ngan Mirat & Zaidi. Kira geng Lombok KK sorg je yg tak join. Jeles banget sama theyolss..

      Delete
  10. Salam,,,,,
    Bagi rekan" Malaysia yg mo bercuti le lombok
    Kami zullombok transport siap.menawarkan jasa sopir dan transport murah from international Airpprt lombok dan ke semua tujuan di pulau lombok, call or via watshapp + 62 8223 7711 304
    Zullombok transport siap menunggu kedatangan anda....

    Salam,, zullombok

    ReplyDelete