Saturday, October 11, 2014

LOMBOK – DAY 2: SEMBALUN - POS 2 TENGENGEAN

Good morning Lombok!

Bukak je mata tengok Koh tengah sibuk bersiap. Kak Kiah pulak badan memang rasa tak best langsung. Kaki sakit. Kepala sakit. Jiwa sakit. Kira masa ni Kak Kiah amek konsep memaksa diri je. Telan je lah segala tok nenek obat yang ada. Panadol, ubat tahan muntah, ubat demam.. amek kaw penuh kot perut dengan obat..

Since Koh dah siap awal, Kak Kiah suh dia pi Rudy Trekker dulu untuk sarap. Kak Kiah masa tu baru hegeh2 nak mandi. Siap je sume, Kak Kiah check out dari Pondok Senaru. Sampai je kat Rudy, sume orang dah ada. Sarapan pun tak berapa nak lalu sebab makan roti bakar je. Tengok orang lain sume muka eksaited. Kak Kiah rasa dalam ramai2 tu Kak Kiah sorang je yang tak teruja n lansung tak konpiden kot.

Tengok budak2 Rudy sume tengah sibuk angkut barang. Pergh giler ramai rupanya guide n porter Rudy ni. Jeep untuk bawak kami ke Sembalun pun sampai 6 bijik kalau tak silap. 3 bijik untuk kami berlapan campor guide. 3 bijik untuk bawak barang2 makan. Memang kayo rupanya Rudy ni.

Ok before story lebih lanjut lagi, meh citer sket pasal trekking route Rinjani ni. Kita ada 2 option kalo nak ke Rinjani. Satu ikut Senaru turun Sembalun. Satu ikut Sembalun turun Senaru. Kalo ikut recommendation orang ramai, better naik dari Sembalun and turun Senaru sebab malam pertama tu dah naik summit, jadi badan tak penat sangat. Kalo naik dari Senaru, malam kedua baru naik summit.. and by that time badan dah pancit biasanya. Jadi kami naik ikut Sembalun.

Rinjani Trekking Route
Untuk perjalanan hari ni, trekking kami bermula dari Sembalun ke Pos 1 Pemantauan (2 jam) pastu ke Pos 2 Tengengean (1 jam). Kat Pos 2 kami akan berhenti rehat untuk lunch selama 1 jam pastu baru gerak ke Pos 3 Pada Balung (1 jam). Lepas Pos 3, kami akan melalui Bukit Penyesalan selama 3 jam sebelum tiba di tapak camping di Pelawangan II Sembalun Crater Rim.

Sebelum gerak, kami tinggalkan beg yang tanak dibawak kat Rudy Trekker. Just bawak yang perlu la untuk 3 hari 2 malam tu. Don wori takde caj pun. Sume free and diorang memang jaga beg2 kita dengan baik. But kalau boleh benda2 berharga jangan tinggalkan la. If nak tinggal jugak, make sure pasang mangga kat beg. Just for precaution.

Muka orang tak redi huhu..
Dari Senaru ke Sembalun amek masa 45 min. Kak Kiah n Koh naik jeep dengan 2 orang lagi yang katanya dari Msia tu – JD & Hana. Diorang ni orang UK tapi keje kat Labuan. Flight diorang lambat so malam tadi la baru sampai. Dalam perjalanan tu kami borak2 je sambil cuci mata tengok view kampung sepanjang jalan. JD & Hana ni both kije mengajar english teachers kat Labuan ni and diorang pun baru lagi mai Msia. Jadi diorang memang eksaited sikit nak tau more pasal Msia. Citer2 la pasal makanan Msia la, tempat2 menarik kat Msia la.. Pastu siap mintak kami ajar few Malay words lagi hehe memang sporting theyols ni..

Rinjani dari kejauhan
Masa dah on the way tu baru Kak Kiah teringat Kak Kiah takde bawak lansung sebarang makanan macam ceklat energy bar ke, kismis ke, kurma ke.. Tengok Koh siap bawak air glukos lagi. Macamana la Kak Kiah boleh tak teringat langsung bab ni... Adui laaa..

Sampai je kat Sembalun, kami kena tunggu jap sebab nak tunggu porter2 sampai. So moh kita layan gambar dulu..

Macam nak gi main netball je kau Kiah..
Kak Kiah sudah mula kepanikan
Me, Lin Dan, Koh, Kawan Lin Dan, Mirat & Zaidi

"Kak Kiah boleh!!" kata Wawan - ok ni tipu
Me and Koh with Rudy's staff, Wawan n sorang lagi tak ingat nama
Mirat & Zaidi bersemangat sekali
Pintu masuk laluan Sembalun
Bersiap-sedia
Porter mengecheck barang
Kami berlapan dipecahkan kepada 2 grup. Satu grup ada 4 orang. Jadi Kak Kiah, Koh, Mirat & Zaidi satu grup. JD, Hana, Lin Dan & kawan Lin Dan satu grup. Setiap grup ada 4 porter, 1 guide and 1 assistant guide. Punyelah ramai.. memang macam rombongan Cik Kiah daa..

Setelah sume redi, kami pun mulakan trekking. Bismillahirrahmanirrahim... 

"Ayuh semuaaa!!" kata Lin Dan
Ni lah guide kami yang gagah perkasa - Alman

Melalui kawasan kampung dan kebun sayur

Chak!!

Rinjani here i come!! Mu tungguuu..
Sebenarnya Kak Kiah memang rasa risau sangat. Yang pertamanya pasal kaki la. Yang keduanya pasal beg Kak Kiah tu berat. Tatau la apa menatang yang Kak Kiah sumbat dalam beg tu. Plan asal memang nak hire sorang porter untuk angkutkan barang. Tapi Rudy cakap tak payah, just pass pada guide je kalo tak larat angkut.

Ok 5 minit yang pertama je Kak Kiah dah menderita. Punyalah sakit lutut masa tu, padahal dua2 lutut memang Kak Kiah pakai knee guard. Tengok2 kengkawan sume dah makin menjauh ke depan. Kak Kiah bagitau Koh just go ahead je jangan tunggu Kak Kiah sebab Kak Kiah memang takleh nak jalan laju.

Melalui hutan


Mula masuk ke kawasan savannah
Jauh mereka meninggalkanku sob sob..
Memang ramai giler climbers hari ni
Rilek je abang porter
Dari kampung masuk hutan sekejap pastu masuk kawasan savannah. Time tu panasnya Tuhan aje yang tau. Terik giler okeh! Kak Kiah rasa macam nak terbakar kulit muka. Pulak tu kena berjalan kat tempat yang tak banyak pokok untuk berteduh. Mula la hati tu risau pikir air minum sure tak cukup pulak.

Pastu belom apa2 tali bag pack Kak Kiah boleh pulak putus. Aiyaaaaa....!! Buat malu je huhu. Sebenarnya bag pack tu tak sesuai langsung nak dibawak sebab dah tau beg ni bukan lasak sangat. Tapi sebab Kak Kiah aritu memang tak sempat langsung cari beg, Kak Kiah belasah jugak bawak. Ha amek kaw... putus tali sandang. Last2 Kak Kiah ikat je.

Masa ni guide kami Alman, dok jalan belakang Kak Kiah. Risau agaknya dia tengok Kak Kiah jalan terhoyong-hayang dengan beg berat tu. Pastu asek la terbenti2 amek napas. Last2 dia kata bagi beg tu kat dia je. Dia suh Kak Kiah pakai 2 walking stick.

Ok lega sket.

Tapi kaki makin lama makin sakit. Dari lutut naik ke peha pastu turun ke buku lali. Dunno la apa sebenarnya masalah kaki Kak Kiah ni. Memang rasa macam tengah seret batu berat. Seksa giler. Yang lain tu memang dah jauh ke depan. Koh dah tak nampak bayang. Jaki je hati tengok climbers dari grup lain pun laju je dengan penuh eksen memotong Kak Kiah. I tell u lah.. masa tu Kak Kiah memang pasrah dan redho je. Dah kaki sakit nak buat caner. Kalo nak banding ngan Kinabalu memang merosot giler prestasi.

Tengok porter2 tu sume lagi la rasa macam nak bunuh diri. Diorang tu dah la angkut barang berkilo2, pastu rilek je pakai selipar. Ada yang kaki ayam lagi. Pergh memang tak masuk akal.. kita yang pakai macam nak main netball ni, tak bawak beg, siap ada 2 climbing stick lagi pun jalan macam siput..

Alman cakap jalan je slow2. Jangan rush and jangan stress tengok orang lain. Kalo penat benti dulu. So memang sepanjang 2 jam perjalanan ke Pos 1 tu memang tatau la baper banyak kali Kak Kiah benti. Memang seriyes rasa macam nak pensan dengan panas terik nauzubillah tu.

Panas membahang sampai pokok pun terbakar
Merentasi savannah yang menduga iman dan kesabaran
Pos 1 Pemantauan
Sampai Pos 1 benti jap 10 minit. Alman bagi bam serai untuk Kak Kiah sapu kat kaki. Dah sapu tu baru la lega sikit sakit kat buku lali.

Dari Pos 1 ke Pos 2 kena menapak lagi 1 jam. Sepanjang perjalanan tu macam2 otak ni pikir. Tak  sangka lak rupanya agak susah jugak Kak Kiah nak tempuh savannah ni, padahal this shud be stage yang paling senang. Bila teringat hal boipren tu hilang pulak rasa semangat. Memang lahabau sungguh perasaan masa tu. I even couldn’t think straight. Ada time tu si Alman lepak dulu kat belakang and suruh Kak Kiah jalan dulu, so pada Kak Kiah memang takde air langsung. Bayangkan betapa hausnya masa tu. Sampai Kak Kiah rasa nak pau je air orang lain.

Rasa macam kat Afrika

Kak Kiah cuba tersenyum tapi nampak nau tak ikhlas huhu
Are we there yet?
Begitu jauh ketinggalan sampai tak nampak orang kat depan
Selepas 3 jam rasa macam nak pensan, nak meraung, nak mencarut, nak menyeranah, nak menangis meratap kesakitan.. akhirnya Kak Kiah pun tiba di Pos 2. Alhamdulillah syukurrr... berjaya jugak kau Kiah..

Tengok Koh, Mirat & Zaidi sume dah sampai and rilek2 tunggu lunch. Grup lagi satu tu pun dah sampai gak. Semua orang stedi je. Kak Kiah je rupa yang macam dah nak separuh mati..

Muka rilek je memasing
Duorang ni toksah cakap la... Bagi diorang kacang je trekking ni kot huhu. See the betis laa kata diorang..
Kak Kiah yang capek

Other climbers - kerusi lipat tu memang agency masing2 akan bawak angkut naik sini

Porters and climbers dari group lain
Sambil menunggu porter memasak, kami dihidang kopi. Porter2 ni nak hidang kopi secawan pun siap pakai dulang. Begitu kami dilayan macam orang kayah-kayah huhu..

Kopi Lombok
Patut la nampak porter2 ni siap angkut tong gas and dapor gas. Rupanya memang masak guna dapur.  Impressive kan?

Porter2 sedang menyediakan lunch
Kat bawah ni ada mata air tapi sendu je la air yang keluarnya

Porter2 dari grup lain memasak juga

Borak2

Sementara tunggu hidangan, kami berlapan dok sembang2 je. Citer pasal pengalaman travelling masing2. Memang best kepala diorang ni, nak2 si Mirat & Zaidi tu memang kelakar rupanya. Kami asek gelak jer. Hilang kejap rasa sakit kaki Kak Kiah melayan cerita diorang.

Mula2 appetizer sampai. Ha amek kaw... ni lah rupanya.. Memang kelas sangat.

Our appetizer
Garlic bread n salad. Dasat okeh ada appetizer bagai. Siap ada olive lagi. Rasa masam lah. Tapi sebab pagi tadi sarap Kak Kiah tak makan sangat, Kak Kiah bedal je. Abis je appetizer Kak Kiah dah pun kenyang huhu..

JD & Hana dah macam udang kara hehe
Lepas tu mai la lunch sebenar kami. Nasik putih, ayam goreng, sayur, telur goreng, tempe n keropok. Kemain jenuh kami nak habiskan. Boleh katakan semua tak habis la sebab tak mampu noks. Mana nak pikir cari toilet lagi ni kang.. nak mendaki lagi..

Our lunch

Kami tunggu Mirat n Zaidi solat dulu. Oh ya, kat sini ada mata air so sesuai la kalo sapa nak solat. Sebab takut bila sampai kat tapak camping tu tak sempat pulak nak solat.

Lepas sume dah redi, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya yakni Pos 3 Pada Balung & Bukit Penyesalan.. Ayuhhh!!

To be continued...

27 comments:

  1. Dasat nama bukit penyesalan.
    Ramai yg menyesal ke lalu ikut situ k.kiah?
    Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tatau orang lain, tapi KK memang mengalir air mata penyesalan huhu

      Delete
  2. best..KK macam santai je..macam main net ball je...santai habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takde pakaian sesuai untuk trekking sbnrnya. belasah apa yang ada je hehe..

      Delete
  3. Kak Kiah boleh...tiada penyesalan punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha boleh tu memang boleh.. tapi masa tu memang menyesal lah.. why why whyyyyy?? kekeke

      Delete
  4. Mak aiii...cara kak kiah cter mcm saya boleh imagine sgt2. Macam boleh rasa betapa dasyatnya kesakitan yang kak kiah rasai. Food presentation menakjubkan sebab tempat penyediaannya bukannya kat restoran..haahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bab makanan tu kami sentiasa terkedu lah.. hebat betul presentation diorg. tomato pun siap ukir2 lagi huhu..

      Delete
  5. Saya pulak rasa semput nak pengsan denger cerita kak kiah.. takda air tu memang azab giler trekking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul noks.. bab air tu mmg masalah besar betul pada KK. mmg efek sebenarnya pun mood kat sana.

      Delete
  6. dasat sungguh porter2 dia..nasib baik x diangkut esbok kat atas tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki.. KK pun wonder gak bab tu bila tengok diorang serve lauk ayam..

      Delete
  7. Suka baca blog Kak Kiah, macam saya plak yang mendaki. Tapi bila tengok kaki sendiri, mimpi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu mana tau.. insyaAllah jadi kenyataan. KK doakan :)

      Delete
    2. assalam kak kiah,3L air per person je? Susah tak perjalanan adventure ni?

      Delete
  8. Salute la KK. Klu den ni dgn sakit kaki mmg angkat tgn 2 belah..but for KK angkat IBU jari 2 belah...semangat kental giteww!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat tak brape nak kental sangat jugak sebenarnya. KK kalo ikutkan mmg byk kali nak give up, tp x sampai hati bila kenangkan si Koh. takkan nak ditch dia pulak naik Rinjani sensorang kan..

      Delete
  9. tabik la kat KK.. CT tak akan punya mendaki sampai macam ni.. memang terbaik lah..
    hahaha udang kara tak menahan. pergh makan cem tu hebat atas gunung. memang terbaiklah.
    tak payah risau pasal makanan hehehe..

    adus nama pun Bukit Penyesalan.. hahaha..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab makanan memang mewah betul. KK mmg tabik spring kat rudy. tapi kalau dah penat mendaki, tak lalu masuk perut gak youu.. huhu

      Delete
  10. Replies
    1. Yg shot lawa tu kamera. Mirat. KK cilok je gambar dia hehe..

      Delete
  11. Tabik spring dekat porter2 tu maybe dorang setiap bulan naik mesti dah xde perasaan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan 3-4x naik kot average. Kaki sume dah tebal tak rasa apa dh kot. Kita je yang kaki set2 manja ni huhu..

      Delete
  12. Caya lah kak kiah...dalam kedisi kaki mcm tu...bleh juga harung 3 jam berlalu..SYABAS!!!..KK mmg daebak!!!..nasib baik kaki x cramp kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi mmg tableh ingat balik saat naik tu.. Gila babas seksa giler kaki ni rasa.. Smpai skrg teringat2

      Delete