Sunday, October 12, 2014

LOMBOK – DAY 2: POS 3 PADA BALUNG – PELAWANGAN II CRATER RIM

Lepas lunch kami pun mula bergerak ke Pos 3, iaitu 1 jam perjalanan dari Pos 2 tadi. Kali ni Kak Kiah cuba untuk tak terlalu jauh dari grup Kak Kiah. So Kak Kiah cuba lawan gak la kesakitan kaki tu and bertahan sebaik boleh.

Merentasi lagi savannah

Alman mengangkut beg kami. Yang depan tu beg KK. Nampak tak tali rapia tu? Ha beg KK bukan setakat putus tali sandang ok, malahan koyak siap! Keh3x..
Mula mendaki
Laluan ke Pos 3
Kesian jugak tengok porter2 ni nak cari rejeki demi sesuap nasik
Me n Alman di belakang
Masa ni la baru nampak yang lain dah mula terpongeh2. Mirat pun dah macam Kak Kiah, asek terbenti2. Yang Zaidi pulak siap cramp kaki sampai kena urut dengan Alman.

Lepas Pos 3 bermula la kawasan trekking yang paling setannnnnnn sekali.. iaitu Bukit Penyesalan. Haha jangan kau gelak dengan nama ini. Memang betul menyesal ok.

Kalo dari Pos 1 sampai Pos 3 tadi ada la jugak jalan mendatar dan menurun. Kali ni memang menaik je la. Bak kata Mirat – tanjakan tanpa jeda haha. And satu bukit tu took about 1 hr to complete.

Citer banyak tak guna. Moh tengok gambar.

Mendaki bukit yang pertama

Dah mula berkabus


Memang rasa tercabar tiap kali porter potong kita

Berehat sebentar selepas mendaki bukit pertama
Bukit kedua

Kabus
Mereka yang di depan


Mereka yang di belakang

Sakit lutut bang? hehe
Yah yahhh yahhhhh!!

Mirat - stedilah bro!
Dia punya bukit tu nauzubillah punya curam jenis 45 degree. Lepas tu jenis tanah berdebu2 tu. Ada part sampai Kak Kiah terpaksa paut akar atau pokok dengan tangan untuk naikkan badan sebab kaki tak boleh nak angkat. Kalau bab mencarut2 tu toksah cakap la.. omputih2 yang lain pun sama mencarut damn fuck hell bagai. Dalam hati memasing sure dok wonder, kenapalah setuju nak join trip yang menyiksa jiwa raga ni ngeh3x.. Kak Kiah pulak mula2 tu memang cuba la berzikir, baca ayat kursi 3 qul semua. Tapi kejap2 terselang seli jugak dengan sumpah seranah. Memang diri sendiri pun kompius sebenarnya. Macam tu la punya otak tak boleh berfungsi sebab badan terlalu penat.

Nasib baik la at least masa ni takde la panas terik macam kat savannah tadi. Suasana pun dah mula berkabus and chilly.

Dah menyesal ke belum kak?
Mesti tengah carut kan dalam hati tuuu..

Bila nak sampai daaa...
Take 5 lagi

Jalan dah macam nenek tua dah masa ni


Masa ni tengok guide2 n porter2 sume dah macam orang gila dok teriak2 and gelak2. Kejap kang terkekeh2 ketawa dari atas bukit tu sampai bawah dengar. Rupanya according to Alman itulah caranya diorang nak hilangkan penat. Alman kata jangan serious2 nanti lagi rasa penat. So memang merepek2 je la sepanjang2 tu. Jalan 10 langkah. Merepek. Gelak. Jalan 10 langkah. Benti. Toleh belakang. Gelak tengok orang lain. Jalan 10 langkah lagi. Urut kaki. Mengeluh. Pastu gelakkan diri sendiri. Ha ulang la sampai habis semua bukit ahaha..

Setelah 3 jam berhempas pulas menyabung nyawa (wah ayat), akhirnya kami pun sampai di Pelawangan II Sembalun Crater Rim. Hoyeahhhh!!!

Koh cuba menenangkan Kak Kiah yang macam dah nak pensan sangat

"Amek beg kau ni.. berat tau tak!" begitulah kata Alman bila melihat kami terkinja2 hehe..

Kak Kiah tersenyum lega - with Rinjani at the back

Thank u adik assistant guide - banyak bagi perangsang gak budak ni

Porter2 sedang memasang khemah

Me with Rinjani friends
Tengok jam masa tu dah nak kul 6pm. Pergh.. memang tak expect lama macam ni kena trekking. Kinabalu dulu gerak kul 8am, kul 12pm dah sampai Laban Rata. Kali ni memang teruk sangat pencapaian. The thing is bukan Kak Kiah je yang menderita. Orang lain pun sama gak. So I guess maybe Kak Kiah underestimate Rinjani ni kot. Ingat kacang je sebab lagi rendah dari Kinabalu. Seriously.. kalo ikut pendapat Kak Kiah, Rinjani nye trekking lagi susah ok. Dengan panas, berdebu, berbukit, air minum tak cukup.. memang nangess dibuatnya!

Ok lah apa2pun dah sampai ke tempat yang selama ni Kak Kiah cuma dapat tengok kat blog orang je. So takkan nak bebel2 lagi. Matahari pun dah nak terbenam. Jom snap picca!!

Matahari mahu terbenam - yang sebelah tu Gunung Sankuriang (yang buat perahu dalam legend Tangkuban Perahu tu)

Khemah yang berwarna-warni

Koh with our camp
View Tasik Segara Anak di balik kabus
Enjoy the view with friends
Sunset di balik gunung
Peaceful
Masa ni memang dah mula sejuk giler. Kak Kiah & Koh pun terus masuk dalam khemah. Tengok khemah pun kagum gak sebab siap ada tilam n bantal diorang bawak. Fuh punyelah kelas servis Rudy ni.

Tengok toilet kami dah diset-upkan oleh porter. Cepat2 Kak Kiah pegi resmikan huhuhu.. Gila tak tahan nak terkucil sangat masa tu. Tengok toilet tu pun rasa macam nak pensan sebab cuma gali lubang tak sampai sejengkal dalamnya. Kalo ada yang dah membuang dulu tadi rasa harus la tak tergamak masuk kot.

Dengan kaki yang sangat azab untuk dibengkok, setelkan la apa yang patut dalam tu. Nasib baik ada air belen dari 1 liter yang dibagi untuk sepanjang hari tadi. Ha guna la untuk menyalin dan mencuci. Buat lah sekadar mampu. Lepas setel.. kambus balik lubang tu sikit. Takut juga kan kot ada tinggal bau. Dah la atas gunung ni. Jangan buat hal.

Nak buang? Kak Kiah simpan je bawak balik baru buang. Kat belakang khemah tu memang banyak sampah orang buang. Tapi Alman dah pesan jangan buang sampah kat atas ni sebab Rudy memang particular sikit bab2 environment. Diorang pun bawak turun balik semua sampah.

Bila dah sampai tempat2 macam ni, kita pun jangan la expect yang macam2 kan. Dah nama pun camping. Janji kita buat mana yang mampu. Mana yang rasa tak selesa tu, pejamkan je mata. Redah aje. Berdoa je mudah2an dijauhkan dari benda2 yang tak best.

Setel salin baju semua, terus masuk dalam sleeping bag. Perghhhhh.. gila syiok masa tu. Badan pulak memang tengah sakit. Dok la berkelubung kami berdua masa tu sambil dok story2 gelak2 pasal perjalanan tadi sementara tunggu dinner. Nak keluar khemah memang tak la sebab sejok nak mati kat luar tu. Sebenarnya tadi Kak Kiah ada cakap nak mintak Alman urutkan kaki sebab bila tengok dia urut kaki Zaidi tadi macam nampak dia pakar. Dia ok je nak urutkan. Tapi bila pikir2 balik tak jadik lah. Tak manis pulak. So nak tak nak urut je la sendiri setakat yang boleh.

Dah macam cocoon hehee..

Macam letih bebenor dah kau Kiah
Kak Kiah bagitau Koh untuk daki ke summit nanti tengok la takat mana kemampuan Kak Kiah. Sebab trekking tadi pun macam nak putus urat nak menyampaikan ke tapak khemah ni. Kak Kiah memang tak target nak sampai summit sebab kalau ikutkan memang hajat utama nak tengok view tasik Segera Anak je dari atas. Koh cakap dun give up yet. Sure boleh punya. Minah ni siap bawak bendera Malaysia okeh! Betul punya motivasi hehe respek ah..

Tak lama pastu porter mai antar dinner. Ha meh tengok dinner kami.

Nasik putih and yang sebelah tu macam lontong tapi ada ayam n telo rebus
Our dinner
Dasat kan? Huhu. Tapi sebab punyalah tak kuasa nak keluar dari sleeping bag, Kak Kiah makan meniarap ok. Punyelah tak senonoh.

Jemput makan uols..
Tak habis pun makan sebab tak larat. Badan terlalu sakit semua sendi sampai selera pun takde. Siap je makan kami tak tunggu apa. Terus zip up sleeping bag and membuta. Tengah malam kang nak bangun untuk daki ke puncak pulak.

Our camps at nite. Kredit: Mirat

Kredit: Mirat
Good nite Rinjani!  

36 comments:

  1. Pergghh...go kak kiah. x sabar nak bc entry seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ mamawaiz setia follow stori lombok KK ni :)

      Delete
  2. wah..pandai juga mencarut..toilet macam tu yang tak tahan....syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bab toilet tu memang bagi KK agak problem gak. sbb tak biasa kan. lepas ni kena blajar lagi adapt.

      Delete
  3. Kalu SS kompom tak larat... Silap2 makan pon nak bersuap... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kalo guide tu suap kang lain hal jadiknye kui3x.. jangan tatau bab gentleman diorang ni dasat tau

      Delete
  4. cantiknya view sunset. Sy perasan t-shirt kak kiah tu ada muka kak kiah..hehehe..cute je. porter2 tu bukan sj usung makanan malahan khemah ye...dasyat giler lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tshirt tu la bisnes KK hehee.. printing personalized tshirt. pakai baju tu sbb kain dia jenis jersi. tapi tu la kaler putih.. habis kotor noks bila sampai atas tu huhu..

      Delete
    2. ohhh...ic..nak wat jugaklah..kita kwn kan..bg lah harga murah2..hehe

      Delete
  5. wah cantiknya view sunset tu kakkiahh...hehehe tp nak membayangkan betapa hazabnyaaa nak naik atas tuuu...terus tak selera nak naik!hahahaha..tapi kakiah memang hebat, dalam sakit kaki dapat gak naik...hehehe tp memang servis rudy ni terbaik!dari segi makan tu mmg kerlas sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hazab tu rasanya sebab kaki KK mmg tgh sakit. kalo tgk orang lain macam tak sehazab KK. maybe kalo DJ pegi ntah2 kacang goreng je hhihihi

      Delete
  6. Replies
    1. this is only one of the beauties in Lombok. nantikan entry akan datang. banyak tempat cantik sebenarnya Lombok ni :)

      Delete
  7. Replies
    1. impress ngan KK ke ngan porter ke ngan Lombok?
      hehehe

      Delete
  8. Kagum dgn kak kiah!
    Gambo makan meniarap tu sangat comel ok. Tergelak2 saya membaca caption akak hahahahaha.

    Yep kesian jgk tgk porter membanting tulang ngagkut brg2 kan. Tp diorang pun dpt byrn lumayan agaknya eh..n kalau x mampu dorang x kan keje camtu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takde la lumayan sangat. kalo duit kita dalam rm30 je sehari. tp diorg kata kije porter lagi enjoy la dari guide, setakat penat je tapi tak kena layan kerenah customer. dapat yang cerewet memang tension nak layan kata diorang huhu..

      Delete
  9. macam seriau tengok tempat camping tu KK.
    kalau sapa tidur buas termimpi ke hapa mau tergolek jatuh terus ek..
    anyway tahniah sebab selamat sampai. KK memang kuat semangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dok dalam khemah kalo tergolek keluar gak tatau la nak cakap.. ada zip la khemah tu. tapi kalo kena tiup dek angin kuat, terbang jugak kot khemah tu huhu

      Delete
  10. gambar khemah dengan bintang kat background tu mmg terbaekk la kak kiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tu kamera Mirat. cantik kan? kalo nak harap kamera cap ayam KK tak dapat la gambo camtu.

      Delete
  11. View mmg cantik..makan pun kelass..guide pun okesss...sib baik KK x sangkut kat lombok..hohoho

    ReplyDelete
  12. peergh memang first class layanan tuh. makan siap berhidang.. ada decoration lagi.
    boleh masak gulai2 lagi tu atas gunung. tip top sungguh. cantik kawasan crater. tapi penyesalan nak sampai memang hazab. lega bila da naik kan ?
    yes u can do it KK..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukit penyesalan tu memang sungguh menyiksa jiwa. kalo KK ingat lg smpai skrg pun masih rasa nak mencarut lagi hahaha..

      Delete
  13. kak kiah dah sampai pos 3 muka still x nampak berpeluh..klau JM..mesti x nampak rupa org ..dah tak ayu mcm kak kiah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Nampak dalam gambo je ayu. Kalo dekat2 jgn kata peluh, kedut pun semua dah kluar masa tu..

      Delete
  14. kawasan trekking yang paling setannnnnnn sekali.. iaitu Bukit Penyesalan. Haha jangan kau gelak dengan nama ini. Memang betul menyesal ok.

    ahahaha...baca statement KK ni buat I RASA SERAM!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha.. Betul menyesal. KK tak jumpa sapa lg yg naik bukit tu pastu tak rasa menyesal. 3 jam penuh memaki je hehee..

      Delete
  15. so kalau dah sampai campsite ni jgn mimnpi nak mandi bersyampoo cuci muka bagailah kak kiah kan...busuk pun busok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gosok gigi pun tak sbb nk jimat air kan. 3 liter air utk 3 hari mmg tak cukup. Kalo Kinabalu dulu at least takde la risau bab nak catu air tu.

      Delete
  16. kalau tgk trek ni x lah sesukar trek di Phue Kradueng, Thailand yg JM daki last year..tapi bila baca pengalaman KK ni SERAM lah pulak

    hamoii...penat sgt lah tu mkn sambil baring..laa JM minta Koh tolong suapkan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trek tak susah tp condition KK kan tak fit masa tu. Kalo org2 lain bab the last 3 hrs tu je la yg mencabar sbb kne mendaki tanjakan tanpa jeda.. Pastu tanah berdebu2 halus mmg senang slip bila mendaki

      Delete
  17. Hai kak kiah

    saya salah seorang peminat yang selalu bc blog akak
    nak tanya..semua equipment camping tu diorang yang sediakn ke..
    mcm sleeping bag..atau bw dr malaysia patu waktu mendaki dorang tolong bawa..nak kepastian
    sebab saya dan group ada plan juga ke rinjani
    klau boleh nak minta no kontek ejen yang uruskan trip kak kiah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. equipment camping, sleeping bag semua theyols sediakan. uols just bawak benda2 personal je. ejen boleh pakai rudytrekker. boleh check out kat entry preparation lombok. KK rasa ada letak link ke website dia.

      kalo ada climbing stick nak bawak boleh jugak. kalo takde, biasa diorg mmg akan sediakan.

      Delete