Itaewon ni kira salah
satu favourite place tourists la samada dari Asia or Westerners. So kalo nak
cari food halal, memang banyak kat area Itaewon. So tujuan Kak Kiah datang sini
sebab nak makan Korean food yang halal dan dikatakan paling sedap di Muree
Restaurant, n also pegi salah satu masjid yang ada kat Seoul ni, iaitu Seoul
Central Mosque.
Untuk datang sini,
kena naik subway Line 6 keluar Exit 3. Lepas exit tu jalan sikit sampai jumpa
fire engine building and then belok kanan. Jalan lagi sampai jumpa Salam Bakery
belah kanan. Jalan lagi uphill sampai end of building tu masuk kiri. Jalan lagi
sampai nampak Muree Restaurant belah kanan depan islamic center shop. Untuk ke
masjid, jalan je terus sampai hujung jalan nanti akan nampak pintu gerbang
masjid belah kiri.
Sampai2 je kat Itaewon
ni dah nampak ramai melayu. Suka Kak Kiah. Hampir 15 min jalan, akhirnya jumpa la Murree ni.
Bila sampai kat restoran tu, tengok
kat dalam ada lagi satu grup 6 orang malay ladies. Memula tu Kak Kiah dok table
asing, then diorang ajak join sekali. Theyols ni ada yang dari Putrajaya and
ada yang dari Sabah. Borak2 la kejap sementara tunggu food. Sambil2 tu update
status kat FB. Harus la kan nak jeleskan orang kampung hahaha..
Murree Restaurant, Itaewon |
Ok jom layan picca
restoran ni..
Akhirnya food Kak Kiah
pun sampai. Actually Kak Kiah memang target nak makan sedap kat sini, so Kak
Kiah tak nak berkira. Ye lah, sebelom ni dok bajet2 duit makan kan. Ni dah
jumpa tempat makan sedap, buat pe nak kedekut pulak. Mesti menikmati kurniaan
Allah gitu.
So, Kak Kiah order set
Bulgogi yang berharga KRW15,000 per set. Satu set tu ada nasi, side dish macam
kimchi, tauge celur, fishcake ke tauhu not sure lah n main dish iaitu Bulggogi.
Bulgogi ni actually daging, dimasak cemana tak tau tapi rasa macam daging masak
kicap cuma lebih sedap dan mantap. Selain dari tu Kak Kiah order gak coffee.
Macam orang kaya huhuhu..
Masuk2 je suapan pertama
kan.. walaweiiiii.. sedap giler weh!! Seriously memang sedap tak tipu. Rasa dia
memang ngam2 je, masin manis masam sume. Fuh licin terus Kak Kiah makan. Memang
Kak Kiah rekomen la kedai makan ni pada sesapa yang pegi Korea. Rugi tau kalo
tak cuba makan kat sini.
Siap je makan, tengok2
jam dah kul 3. Kak Kiah pun terus mintak izin gerak dulu sebab nak ke masjid.
Sempat la semayang Zuhur and then jemaah Asar kat sini kan. Dengan perut yang
buncit, menapak lagi naik bukit. Mengah jugak dibuatnya.
Sampai masjid, terus
gi toilet belakang amek wuduk n then naik ke tempat jemaah pompuan kat tingkat
3. Lepas je Zuhur sementara nak tunggu Asar tu, nampak la budak Msia yang
berlagak yang Kak Kiah pernah citer masa entry awal2 dulu. As usual, muka dia
kerek semacam. Dia dah nampak Kak Kiah tapi buat2 tak nampak. Buat2 lipat
telekung la.. obviously avoid looking at me. Kak Kiah pandang je dia. Gila rasa
nak sound je masa tu. Nasib baik la dalam masjid.
Masuk je Asar, jemaah
la sekali. Alhamdulillah, merasa jugak semayang berjemaah kat sini. Nothing
different pun, lebih kurang je macam kat Msia. Lepas semayang, masa Kak Kiah
tengah siap2 tu nampak la sorang awek Pakistan kot rasanya bawak dua orang
Korean girls, diorang lebih kurang macam form 3-4 gitu. Dia dok explain pasal
Islam. Kak Kiah curi2 la dengar. Wah kagum nya ngan adik ni. Bebudak Korea tu
pun nampak macam excited and banyak tanya soalan. Alhamdulillah.. semoga
terbuka hati untuk masuk Islam.
Actually kat Korea ni
memang bagus sikit la bab2 Islam ni. Theyols takde la kutuk2 kita macam kat
negara luar lain. Lebih hormat kita lagi ada. They understand pasal kita tak
minum alkohol n makan pork or daging yang tak halal sume. Pastu kalo nak solat
pun senang. Selain masjid ni, banyak jugak tempat yang provide prayer room.
Kalo takde, leh aje solat tepi jalan or cari ruang2 kosong kat mana2. Diorang
memang takde masalahnya.
Lepas solat, Kak Kiah
pusing2 kat depan sambil snap2 picca. Ramai jugak actually melayu yang datang
sini. Yang datang satu bas pun ada. Orang kata la kalo nak cari mamat Korea
muslim hensem2 muka suchi, datang la masjid ni. Kak Kiah skodeng gak kot2 ada
mamat Korea yang hensem2, aishh tak de pulak kat luar. Mungkin kat dalam lagi
kot sedng berwirid panjang haha..
Settle je sume, Kak Kiah pun gerak
balik. Masa ni memang sejuk habis uols. Angin tiup memang kuat sangat. Tangan
Kak Kiah dah sejuk beku. Mana tak nya, glove pink dah hilang sebelah. Last2 Kak
Kiah singgah kedai beli glove lagi sepasang. Kalo tak beli boleh meroyan
kesejokan ni karang. Next destination – Ewha University. Let’s go!!
Salam kak kiah. Suka saya baca blog akak ni, Gaya penceritaan sangat menarik. Part kelakar memang kelakar habis. Terkekeh2 sy gelak. Btw, mcm mana akak kenal budak yang akak cerita tu?
ReplyDeletesalam razanah. TQ baca belog KK yg tak seberapa ni huhu.. budak tu fren kt FB. penah mintak tolong seblom dtg seoul ni.. sbb kunun2 femes blogger kan.. mintak tel no je sbb kita dtg sorg kan, ape2 hal at least ada la org msia kt sini. tapi ghopenye hampeh.. idok dilayannya PM teman. tapi akhirnya terserempak 3x kat seoul.
DeletePretty good post. I just stumbled upon your site and wanted to say that I have really enjoyed
ReplyDeletereading your site. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon.
murree hotels prices | murree property for sale
hye!!! kak Kiah...finally jumpa jugak..sayalah "kawan baru" kak Kiah masa kat Muree Restaurant dulu tu....setelah sekian lama akhirnya jumpa jugak...hehehehhee....ingatkan lepas Itaewon hari tu kita jumpa lagi....rupanya tak terserempak lagi...nnti bagi no. phone bole wasap2..
ReplyDelete