Tuesday, October 22, 2013

KINABALU – DAY 3 – KINABALU PARK

Sampai kat Gunting Lagadan Hut tengok dah ada Niza tengah melepak kat depan, dok bising2 takleh masuk bilik sebab Sham pegang kunci. Dia citer rupa-rupanya dia tak sampai pun puncak. Tak larat katanya. Ish sayang betul.. padahal dia memang dah lepas dari Sayat2 tu after 5am. Dia kata nampak dah puncak, tapi dia memang tak mampu lagi nak melangkah.

Huhu. Cemana nak cakap ek. Allah Maha Besar kan.

Kira tak sampai la hajat dia nak bergambo pakai baju The Red Warriors kat puncak tu. Hehehee... (jahat kan Kak Kiah)

Since Kak Kiah dah siap2 pack, just bawak turun je la pegi ke Laban Rata. Apa2 hal sarap dulu isi minyak. Perut pun dah lapo.. Tapi sarapan pagi ni kureng sikit. Maybe sebab dah sejuk makanannya. Atau pun sebab badan Kak Kiah penat sangat kot.

My bekpes
Tengok kat resthouse tu Erni pun ada. Rupanya pun sama tak sampai puncak. Ramai lagi yang tak sampai puncak sebenarnya. Untuk kali ni orang cakap hanya 50% yang berjaya. Ada yang pening2, muntah2 sume. Kak Kiah ni pun sebenarnya kalo pikir2 kan macam luck gak la. Selain dari dapat guide best cam Anis, badan Kak Kiah pun memang sedap2 je dari semalam. Kira takde buat hal la. Kalo ikutkan Kak Kiah pun tak cukup tido n rest, tapi alhamdulillah takde effect. Lagipun memang Kak Kiah amek pil tahan muntah tu kat Timpohon Gate sekali, kat Laban Rata before naik sekali sebab tatau Kak Kiah ada altitude sickness ke tak. But if badan tak sedap, rasanya mungkin Kak Kiah pun mengalami nasib yang sama cam diorang agaknya.

Me n Erni
About 9.30am Anis pun sampai. Lepas pulang kunci sume, kami terus gerak turun. Takmo lambat2 sebab takut hujan. Kitorang kalo bole nak lepas km6 - km4 tanpa hujan, kalo tak hazab woo.. jalan menurun lagilah licin kan dengan batu2 yang tak rata tu semua..

Masa ni memang tak ramai yang turun. Maybe diorang lepak lama kot kat guesthouse tu hilangkan penat. Sambil turun tu borak2 lagi ngan Anis. Macam2 la bukak citer pasal pilihanraya lah, pasal Sabahan lah, pasal keje dia as guide.. seronok gak.. Hilang sakit kaki. Tapi kesian gak bila dengar cite gaji dia as guide ni. Ciput je tau. Kita bayar RM128 kan untuk sorang guide? Ha dia dapat separuh je ok untuk 2 hari. Maknanya pukul rata RM30 sehari. Rasa cam tak berbaloi je kan. Orang lain keje busuk2 8 jam jadik waiter kat kedai makan pun dah RM25 sehari. Lepas tu keje diorang ni menyabung nyawa lagi naik gunung bagai, nak jaga climber lagi.. dapat yang cerewet lagi lah tension.. Kadang2 tu jadi porter lagi best kata dia. Lagi berat barang ko angkat, lagi banyak ko dapat. Contoh cam tong gas tu kan. Kalo pikul ke Laban Rata tu leh la dapat RM100 kalo tak silap. Tapi dia dah pencen dari jadi porter lepas dia peknen anak pertama. Bahaya kan untuk pompuan ni angkat berat2.


Sebenarnya perjalanan turun ni lagi menyakitkan dari mendaki sebab lutut n buku lali kne kuat untuk tampung badan. Tu pasal kuku kaki jangan panjang sebab kalo tak memang sakit woo.. Nak turun pun cara kita place kaki ke tanah pun kena betul. Jangan mengereng sebab nanti sakit lutut. Kena letakkan kaki cam bentuk V iaitu menghala ke luar (cam ngengkang gitu) baru balance.

di kM 5
Porter mengangkut barang2

Climbers ahjussi dari Korea
Kasut Adidas Kampung yang banyak berjasa
Tak lama kami lepak kat Layang2 sebab masa tu hujan dah start turun. After 15 mins rest kami teruskan perjalanan meredah hujan. Laju gak kami berjalan kali ni sebab risau kan bila basah2 tu. Kak Kiah ni pulak malas nak kuarkan raincoat sebab tengok hujan cam renyai2 je. Tapi bila sampai km2 ha amek kau hujan lebat. Dah terlambat dah nak mintak raincoat kat Anis. Ingatkan tracksuit ni waterproof tapi hampeh.

Info di pondok2
Hujan semakin lebat weh!
Perjalanan the last 1km tu memang hazab. Hujan makin lebat. Tanah licin. Kena hati2. Asek pandang bawah je sebab spek dah berkabus.

Akhirnya sampai Timpohon Gate 1.15pm dalam keadaan basah kuyup huhu. Alhamdulillah syukurrrr... Berjaya! Berjaya! Berjaya! Syabassssssss Kiah...



Lepas pulangkan climbing stick, terus kami naik van untuk ke HQ. Masa ni memang tak pikir apa, cuma nak cepat2 salin baju n suar yang basah ni.

Sampai je HQ, terus setel payment untuk Anis sebab bawakkan beg. Bagi la tips lebih sikit sebab dia memang banyak tolong Kak Kiah. InsyaAllah kalo datang sini lagi, Kak Kiah tetap nak hire dia as guide. Or to those yang nak pakai female guide, memang leh contact Anis je pasni. Kak Kiah memang rekomen sangat2.

Lepas tu Kak Kiah pegi Visitor Centre untuk amek sijil. Hik3x.. sukanyaaaaa... boleh tayang kat orang kampung.

Ni lah sijil kalernya uols! Kembang2 idong masa amek nih.
Then Kak Kiah terus gi toilet untuk salin baju sume. Sebenarnya Kak Kiah boleh je terus pegi KK town saing ngan climbers lain yang nak ke KK. Tapi sebab dah janji ngan Niza & Sham untuk ke KK togeder2, rasa tak sedap lak nak ditch diorang.

N since dah check out kan pagi semalam, Kak Kiah takde tempat nak port sementara tunggu Niza & Sham sampai. So Kak Kiah cuma port kat Balsam Cafe je. 

Makan lagi
Nasib baik la ada disediakan minum petang. Berlama2 lah lepak kat situ. Tapi sampai kul 3pm tengok banyak climbers dah sampai tapi bayang Niza n Sham tak nampak2 lagi. Kak Kiah sambung pegi tunggu kat waiting area kat opis HQ lak.

Dapat la borak2 ngan few climbers yang tengah tunggu kawan diorang gak. Ada satu grup ni budak chinese penang. Syok gak layan sembang. Semua cite pengalaman masing2. Muka happy je kan sebab most of us memang first timer.

Me n chinese frens from Penang
Hik2x.. pagi tadi Kak Kiah kat atas tu laa..
Akhirnya kul 4.30pm baru Sham sampai. Tengok Niza takde. Dia kata Niza jauh tertinggal kat belakang dengan guide. So kami tunggu je lah. Sham cakap dia pun pening tengok kerenah Niza tu. Banyak songeh sangat. Kesian kat guide tu. Dah la orang tua. Asek kena marah2 dengan Niza. Guide tu pun diam je tak melawan.

Ha nak tau kul berapa Niza sampai? 6+ okeh. Dah gelap pun masa tu. Giler betul. Masa kat Timpohon Gate satu transport pun takde nak bawak balik ke HQ. Nasib baik la ada hp. Dia mintak kami kat HQ suh bagitau staff fetch kan diorang.

Kak Kiah rasa la dia orang last kot sampai.. Sampai2 je tak tunggu apa dia terus pok pek pok pek bebel pasal guide dia. Ha Kak Kiah ingat lagi skrip dia, “Saya bayar ya. Sepatutnya bapak kena bagi perkhidmatan dengan saya. Jangan sampai saya report pasal bapak”. Haiyoh tak ngerti daku dibuatnya. Dah selamat tu patut alhamdulillah la kan. Kalo Kak Kiah la jadik pakcik guide tu, Kak Kiah tinggalkan je dia sorang2 dalam hutan. Hehe. Tapi tak baik la kan. Dia ni ok je sebenarnya. Cuma cerewet lebih sikit dari biasa.

Since masa tu pun dah maghrib, kami terus call pakcik teksi semalam untuk ke KK town. Orang lain pun dah takde, tinggal kami je. Kak Kiah tak ingat berapa kos, rasanya macam RM30 sorang kot. Diorang berdua ni sebenarnya tak decide lagi nak stay mana. Niza punye flight balik KL pagi esok, Sham plak tak sure lagi nak balik bila. Kalo ikut plan asal, diorang nak tido airport. Tapi bincang punye bincang, last2 diorang nak stay kat hotel sama cam Kak Kiah.

So pakcik teksi tu terus hantar kami ke 1City Hotel, located kat Segama Complex KK.

Lepas check in, tengok Niza ni macam teruk sangat sakit2 badan. So Kak Kiah call ada sorang kawan yang keje kat KK ni. Dia ada kenal sorang makcik yang pandai urut. Dulu masa ada sorang member Kak Kiah lepas panjat Kinabalu pegi berurut ngan makcik tu n dia cakap best la makcik tu urut. So member Kak Kiah pun datang la amek kami kat hotel. Kak Kiah hepi gak jumpa member ni sebab dah lama tak jumpa kan.

Lepas drop kan Niza kat umah makcik tu, member Kak Kiah bawak kami berdua pi makan. Pulak member tu kaki diving, hah terus ngam ngan Sham. Kak Kiah dengo je la diorang bersembang. Nak sampok tak reti. Tapi teruja gak harapan lepas ni boleh dive pulak. Hajat panjat gunung dah tercapai, lepas ni teroka laut lak haha amboi cita2... Selain tu banyak gak la yang kitorang sembang. Maklum la minah ni nama je sekampung ngan Kak Kiah tapi jarang jumpa walaupun dia selalu balik semenanjung. Last jumpa pun sebab gi raya umah dia ngan kengkawan skolah.

Lepas puas sembang, kami pegi amek Niza and then terus balik ke hotel. Kesian minah tu melepek terus. Tapi mulut tetap jalan. Pulak malam tu ada bola JDT lawan apa tah kat tv. Habis la menyumpah2 menyeranah sensorang. Haha sabo je la. Benci benau awok kat JDT ye?

Lepas mandi Kak Kiah tak terus tido. Sebab Kak Kiah ada keje nak kena buat. Ngadap la ipad sampai tersengguk2. I think dalam kul 2am baru tido..

Esok nak merayap kat town pulak. Nite2 Kota Kinabalu!

13 comments:

  1. Suka baca blog Kak Kiah...hehe
    Lepas ni Kak Kiah nak pegi mane plak ehh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ siti. insyaAllah nxt mth melbourne tp hai tatau ler ni..banyak yang tak redi lagi huhu

      Delete
    2. Jauhnyer kak kiah nk pegi...x sabar nk dengar citer kak kiah kat sane? Kak Kiah pegi sorang ker?

      Delete
  2. Adoi hai kak kiah..kelakar tul cter psl niza tu..hahaha. Tu arrr..ckp besar sgt. Padan muka. Tgk kak kiah mcm xmampu je daki..tapi tak sangka hebat jugak ye!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu sian dia tau. tapi tu lah kan. tak rugi idup kalo merendah diri sesekala. pengajaran utk KK juga ni :)

      Delete
  3. Laju betul kak kiah upload citer baru..JM tak sempat nak baca lagi..tggalkan komen dulu nanti sambung heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu takpe baca selow2. KK free tu pasal laju je update. lepas ni dah start bz balik memang lama lah blog ni bakal bersawang hehe..

      Delete
  4. teringat kisah nanny kat korea tu. huhu.
    cerewet bebeno plak niza ni eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. niza ok lagi kot hehee.. tapi memang sesuai la ngan kerjaya dia pangkat besau so KK bole memahami. kalo nanny dulu mmg seriyes sampai ke la ni tak faham2 huhuhu..

      Delete
  5. kesian niza...tapi tulah bila kat tempat-tempat mcm tu orang kata mulut sama nak kena jaga bukan setakat kelakuan jer ..........

    best sangat baca entry kak kiah nie! nak sambung next entry dah nampak dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. KK mmg takut jadi apa2 masa tu. esp bila dia tak sampai2 bawah.

      Delete
  6. Replies
    1. tatau la pak lang. KK ni tak brape folo sangat. tp Niza mmg ultras, tu pasal sedikit fanatik di situ huhu..

      Delete