Friday, May 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - CHEONJIYEON FALLS

Sebenarnya Cheonjiyeon Falls ni tak masuk dalam plan jugak. Tapi sebab kedudukannya dah dekat ngan restoran kami makan tadi and memasing sume dah nak terkucil mencari toilet, we decided untuk singgah sini. Memang nak cari toilet je la asalnya.

Bila dah selesai urusan toilet, kami pun diskas2 samada nak terus balik or nak masuk Cheonjiyeon Falls ni. Masa tu dah kul 7pm. Tapi tempat ni bukak sampai malam. Mak & Nanny of coz la nak balik terus sebab dua2 muka dah tak larat dah, esp Nanny tu dah macam nak pitam beno. Tapi rasa rugi pulak dah sampai tanak singgah kan. So Kak Kiah, Eti & Kin decide nak masuk gak. Mak2 berdua tu takmo ikut so kitorang suh diorang tido je dalam keta (huhu cam zalim je kan)..

So kami bertiga pun masuk la Cheonjiyeon Falls. Sambil tu masing2 mulut pok pek meluahkan rasa tak puas hati kat Nanny. Hehe sempat lagi ngumpat. Masing-masing sepakat bersetuju sungguh tak sesuai membawak orang2 tua berjalan ikut gaya kami ni. Maybe theyols lebih sesuai ikut travel agent kot, percutian ala2 mak datin orang kaya boleh arah orang itu ini hahaha..

Cheonjiyeon Falls ni maksudnya ‘God’s Pond’. Konon2 dulu selalu ada 7 pari2 turun dari langit dan mandi-manda kat sini. Cheonjiyeon Falls ni pun ada legenda gak, kunun ada dragon dok sini (banyak tul dragon kat Jeju ni ek). Tersenarai antara air terjun yang paling cantik di Korea, Cheonjiyeon Falls ni merupakan National Monument No 27.

Tempat ni bukak sampai kul 11pm, tiket masuk KRW2,000 sorang.

Since masa kami datang ni malam, gambo pun tak berapa cantik la, maklum la kamera pun cap ayam. Apapun sila lah menjamu mata ye..


Motip Kiah memegang idung Pak Dol Hareubang nih? Apakah Kiah mahukan anak lelaki? Kawin pun idok lagi kekeke..
Rasa cam tak best kalo datang sini malam. Better datang siang kot sebab nampak cam banyak pokok2 cantik kat sini plus leh nampak kebiruan air terjun ni. Tak caya? Ha tengok ni gambo Kak Kiah cilok dari internet..



About sejam kat sini, then kami pun keluar. Tengok mak2 berdua tu dah pengsan tido. So kami pun terus gerak balik ke Jeju-do. Kak Kiah plak bengong masa set GPS gi amek route 1131. Ha amek kaw.. Gelap gelita jalan dah le berbukit2, macam ular kena palu lak tu. Perjalanan sejam tu rasa macam lamaaaaaa sangat. Memang cuak gile lah. Nasib baik Eti stedi je drive. Kalo Kak Kiah harus la dah mengucap2 bagai dalam hati..

Sampai guesthouse je Kak Kiah tak tunggu apa, terus masuk dalam selimut. Baju pun tak tukar. Letih giler...

2 comments:

  1. wooww mmg cantiklah tempat ni view siang hari..perlu masukkan dlm list ni..tempat yang perlu di lawati :-)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.