Actually plan
asal kami nak ke Yongmeori Coast. Dah sampai pun sini sebenarnya. Tapi rupa2nya
tempat ni close sebab air laut tengah pasang. Kul 11am baru bukak. So kami pegi
tuju ke Teddy Bear Museum dulu.
Teddy Bear
Museum ni takde lah jauh sangat dari Yongmeori. Cuma 15min drive n located kat
area Jungmun. Dekat2 sini ada Ripley’s Believe It Or Not Museum & Yeomiji
Botanical Garden. Museum ni ada pelbagai rupa bentuk teddy bear, koleksi dari
1900an sehingga terkini. Kat Namsan Tower Seoul ada gak muzium teddy bear ni
tapi takde la sebesar kat Jeju. Kak Kiah ni bukanlah peminat teddy bear sangat
pun. Masa kecik memang takde bela2 teddy bear ni. Tapi Kak Kiah ni kan nerd and
i love history. So rasa cam menarik la nak tengok koleksi2 teddy bear ni, esp
lepas tengok episod Running Man n We Got Married yang ada buat shooting kat
sini.
Untuk masuk
sini tiket sorang KRW7,000. Quite expensive gak la kalo nak compare ngan
tempat2 lain. Tapi since plan nak ke muzium ni dah dimasuk dalam itinerary and
everybody dah tau pasal nak datang sini plus takde bantahan dibuat sebelumnya,
I thought takde lah masalah. Ye lah tu Kiah..
Masuk2 je Kak
Kiah pun bagitau semua kita spend masa sejam kat sini. Sekali tu tetiba Nanny
bising2 kata lamanya sejam, nak buat apa datang sini lama2 tengok teddy bear
je? Eh menyirap gak Kak Kiah masa tu. Ye la dah diplan sejam, itu pun based on
review yang Kak Kiah baca. Sejam tu ok lah. Lagipun tempat ni nampak cam besar
kan. Tapi ok la Kak Kiah diam je. Proceed terus masuk dalam. Actually kami
berempat je yang masuk dalam gallery tu. Nanny terus tuju gift shop. Ah lantak
lah.
Anyway,
menarik gak la koleksi2 teddy bear kat sini. Kiut2 belaka. Cuma yang frustnya
explanation dalam bahasa Korea. Walawehhhh.. awat Kak Kiah tatau ni? Geram
betul. Nasib baik la tengok Mak cam seronok je snap2 picca n dok gelak2 tengok
teddy bear. Eti & Kin pun sporting gak la enjoy masuk dalam tu, walopun Kak
Kiah tau sure diorang boring je tak faham explanation kat display tu.
Ok lah moh
tengok gambo...
Evolution teddy bear - scary kan teddy bear jaman dolu? |
Antara yang menarik dan cute |
These are my favourite! |
Teddy bear termahal. LV ok. Kau mampooooo? |
Konsert teddy bear Elvis.. Siap joget2 beb.. |
Mak terjebak ngan Gangnam Style haha |
So bila
keluar2 je tengok Nanny ada kat luar. Muka masam je. Kak Kiah tanya la apasal.
Hmm.. biasalah dok bebel2 cakap tak minat teddy bear teddy bear ni. Kak Kiah
tatau la nak cakap apa. Frust gak la. Kak Kiah yang choose tempat ni kan.
Memang kalo bagi star Kak Kiah bagi 2 bintang, tu pun sebab tak faham bahasa
Korea. Tapi otherwise rasanya ok, Kak Kiah enjoy. Come on la kok ye pun tak
suka, takkan la tak bole nak sporting langsung kan? Takyah la obvious sangat
menunjukkan muka tak suka tu. Kak Kiah pun mana la tau dia tak minat. Segala
details pasal itinerary Kak Kiah dah bagitau months before, apa yang menarik
kat Jeju ni n apa yang ada kat tempat tu. Kenapa la dia tak bagitau tak suka
datang tempat2 cam ni? Kalo Kak Kiah tau ada yang tak suka, of coz Kak Kiah
akan remove bende ni dari plan kan.
Stress tau..
Ok lah lepas
semua dah keluar, kami plan nak lunch. Perut pun dah lapar. Berbekalkan tourist
map, ada vege restaurant kat area ni namanya Loving Hut. So kami pun drive ke
sana. Malang nasib kami, rupanya
restoran ni dah close down. Maknanya Loving Hut kat Jeju ni cuma ada satu je
kat area Jeju-si. Yang Seogwipo-si ni dah tutup. Bila dah jadik camni, mulalah
datang blur Kak Kiah. Mana lak nak bawak diorang ni makan. Kalo ada seafood pun
mostly dekat2 Seogwipo Port. Takut nanti dah ke sana kena berpatah2 balik lak
nak ke Yongmeori.
So kami decide
nak pegi Yongmeori je lah. Tahan dulu lapar. Nyesal plak tak bawak bekalan
makanan tadi. Padahal boleh aje simpan dalam kereta kan.
Masa on the
way tu kami stop kejap untuk amek gambo2 ni.
Lihat gambo ni
macam takde masalah kan? Haha sebenarnya tengah ada drama masa ni. Ceritanya masa lalu tempat
ni si Nanny boleh tetibe jerit suruh berenti. Tekejut masing2 especially si Eti
yang tengah drive. Suka2 ati je si Nanny ni. Kak Kiah memang tak tau la nak
cakap cemana si Nanny ni. Lepas tu muka dia selamba je. Dah la dia siap kutuk
Eti drive slow. Siap Kak Kiah pun sekali kena kutuk sebab tak berani drive
kereta auto. Si Eti punyalah bengang sampai tak keluar kereta masa kami amek
gambo tu. Kak Kiah tengok dia sampai gigil2 tahan marah. Kak Kiah jadik tension
sudahnya. Rasa macam nak je pakat ngan Eti biar Nanny jalan kaki balik
guesthouse. Tak yah dah follow kitorang. Menyakitkan hati je. Dah la awak tak
drive, hormat lah sikit orang. Selalu suruh orang hormat dia sebab dia orang
tua, tapi act like one lah jangan lah main cakap je sampai tak fikir perasaan
orang lain.
Apapun dalam
bengang2 tu, actually Kak Kiah suka gak dapat benti sini. Kalo tak takde lah
gambo Kak Kiah ngan pokok limau tu huhuhuhu...
sebab tu rasa bila nak travel nie.. kene cari orang yang satu kepala.. boleh suka bnde yang sama.. buat bende yang sama.. baru seronok.. dah pernah kene jugak dulu.. huhuhuu..
ReplyDeleteBy the way. memang best tgk sesi trip kat korea ni.. thumb up!!
betul tu.. menderita fizikal dan mental kalo dapat yang tak sporting n tanak bertolak ansur ni. apapun ni pengalaman lah kan.. pahit manis tu standardlah. ku redha katanyaaa huhuhu..
DeleteBagi JM oklah sejam tu..mmg sesuai sgt lah tuh..
ReplyDeletewahhh...boleh peik dan mkan tak buah limau tu nampak manis je
heeee...mcm2 drama ye Kak Kiah
KK tak berani tak petik sebab pokok ni depan kedai orang. Amek picca aje. Masa datang ni pokok limau tak banyak yang berbuah. Tapi kalo datang bulan 10-11 katanya memang musim dia la. Kat sana pokok ni ada yang jadik pokok hiasan yang macam majlis bandaran tanam kat tengah2 bandar tu. Kelakar gak tengok. Kalo kat Msia, dah lama lesap buah kena petik hehee..
Deleteoff topic jap...RM episod brp tu KK....n siapa guest episod tu (hehehhe...fan berat Kookie ni...)
ReplyDeletetak ingat la Putri. kena cari episode yang diorang shoot kat Jeju in 2010 or 2011.
DeleteTerkilan lagi... sbb x berkesempatan singgah amik gambar dkat ladang oren..huhhu.
ReplyDeletehihi ni bukan ladang oren. tumbuh tepi jalan je. tapi kalo nak pi ladang oren, masa autumn mmg best kot sbb musim dia kne petik.. ada festival lagi kalo tak silap..
ReplyDelete