Monday, May 13, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - SEONGSAN ILCHUBONG & SEOPJIKOJI

Sori la kalo lama sangat Kak Kiah amek masa nak sambung entry ni. Maklum lah.. keje banyak, mood pun tak berapa nak ada untuk menaip ni. Nasib baik la Kak Kiah ni memori kuat lagi.. Kalo tak, sampai bersawang la blog ni gamaknya tak berupdate huhuhu.. Ok jom sambung cerita..

***

About kul 2pm baru kami gerak ke Seongsan Ilchubong. Tempat ni kira wajib pegi la kalo datang Jeju. Actually Seongsan Ilchubong ni terbentuk dari letusan gunung berapi dari dasar laut, 100,000 tahun dulu. Kalo tengok dari atas, bentuk Seongsan Ilchubong ni macam crown.. ada crater kat tengah2. Kalo nak best, datang pagi2 before sunrise. Lepas naik ke puncak tu layan sunrise.. orang kata sangat cantik Subhanallah. Tapi since kami nye itinerary hari ni nak cover eastern Jeju, cuma ini je lah time yang ada.
View Seongsan Ilchubong jika diamek dari helikopter
Perjalanan dari Jeju-si ke Seongsan took about 1.5hrs. Lama gak sebab bawak pun slow 40-60 km/h je. Maklum lah driver lom biasa lagi.. Bila dah keluar dari town Jeju tu, baru la ok sikit sebab tak banyak traffic. Perjalanan kami ikut route 1132, menyusuri tepi laut. Memang cantik pemandangannya, esp masa lalu kat windmills area Haengwon-ri.
Nak masuk Seongsan Ilchubong ni KRW2000 per person. Kalo nak naik ke atas, make sure masuk before kul 5pm.

Memula tu ingat nak ronda bawah je, tapi pikir rugi plak datang sini jauh2 tapi tak naik sampai ke atas. So cuma Kak Kiah n Eti je yang nak naik ke atas. Yang bertiga tu tak larat kaki sakit katanya.
Me & Eti - hanya kami yang naik ke atas
View sepanjang mendaki ke puncak Seongsan.. Awesome!!
Jing Gyeung Dol - batu yang menakutkan ada rupa orang meroyan
Ketinggiannya cuma 180m tapi steep gak la tangganya.
Bila dah sampai atas tu memang masyaAllah.. indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa. Tak tau Kak Kiah nak describe macamana perasaan masa tu. Peaceful sesangat.
Inilah crater nye.. we're 2 wks earlier.. bunga canola kaler kuning tu lom ada lagi. But still.. Subhanallah!
 


View from the top
Tak lama kami kat atas tu. Kena cepat turun sebab takut tak sempat nak ke Seopjikoji.
On the way turun tu, lalu kat tempat Hanyeo Divers. Actually kalo datang ke Seongsan Ilchulbong, wajib turun sini untuk tengok ahjumma2 mendive dalam air sejuk. Memang giler power paru2 mereka nih. Namun demikian diorang nye show kul 1pm. Masa Kak Kiah lalu memang takde la. Cuma tengok dari atas je.


Sebelum balik sempat singgah kedai souvenir beli chocolate orange yang femes tu n few fridge magnets.

Turun bawah tengok Mak muka semacam je. Dia kata kena tinggal ngan Nanny & Kin and she ended up jalan sensorang. Terpaksa mintak orang2 lain untuk snap picca dia. Lah sian mak.. Rupanya si Nanny dok tercicir apa tah glove ke apa tu yang dia turun bawah ngan Kin. Ish serabut betul la Kak Kiah ngan Nanny ni. Kok ye pun ngapa la ditinggalnya mak Kak Kiah tu sensorang..

Tambah serabut lagi ngan hal Hello Kitty keychain. Nanny ada beli la keychain ni sebijik. Harga dalam KRW20,000. Lepas tu dok pressure2 Kak Kiah & Eti tanya kat Namdaemun lagi murah tak. Kitorang dah la penat turun dari atas tu, dia dok pok pek pasal mende ni. Bila kitorang cakap tatau, dia tanya lagi.. Cakap tatau, eh tanya lagi... Dia kata kalo Namdaemun mahal, dia nak beli lagi satu. Dok membebel berulang2 kali cakap bingit giler. Adoiyaii tension gila ok. Nak beli beli je lah..Kang kalo cakap takde kang, buatnya ada n murah - lagi dia blame kitorang kan. Kak Kiah ni ketap je mulut.. sabar Kiah.. sabarrrrr.... Actually masa tu rasa nak mencarut pun ada.. Yang si Kin plak boleh lama gi toilet memerut. Masa tu kita ni dok mikir nak cepat sebab takut gelap satgi. Ada dekat setengah jam kot nunggu. Kak Kiah macam nak selotep2 je mulut Nanny masa tu.
Beautiful sunset @Jeju
Kitorang gerak ke Seopjikoji lak pastu. Takde la jauh sangat dari Seongsan, ada la dalam 15 min. Tapi sebab asek salah masuk jalan (co-pilot masih lom terer baca GPS lagi masa ni huhu), kitorang sampai agak lewat.. dah nak gelap pun masa tu..

Angin tiup masa ni punyalah kuat. The rest tanak ikut Kak Kiah pegi umah yang tempat shooting drama All In tu. Ok buat pengetahuan uols, kalo nak pegi memana yg ada kaitan ngan k-drama, make sure your group pun jenis layan k-drama gak. Kalo tak, memang spesis2 ni lah yang akan mengspoilkan mood anda. So in the end Kak Kiah pegi sorang je. Tu pun tak pegi dekat2 situ sebab kena sound ngan Nanny, “Pehal lak nak pegi gereja time Maghrib2 ni?”... dushhhh...

Too bad tak banyak rapeseed flowers yang tumbuh.. sebab baru perubahan musim dari winter ke spring kan. Agak kuciwa Kak Kiah. Gambar pun tak banyak amek actually masa ni.
Memandangkan mood pun dah merundum, so kami balik je lah. Nak pegi tempat lain pun semua dah tutup. Ye lah, kami gerak pun lambat tadi kan.. so memang tak sempat la pegi Trick Art Museum & Seongeup Folk Village. Takpe lah. Redha je lah.

Masa balik tersilap pilih route, terset Route 1136 pulak. Masa ni Kak Kiah tatau lak GPS ni leh pilih2 route lain kalo mau. Sekali tu perjalanan dia mak aiii.. gelap gelita okeh. Agak scary gak la. Lampu jalan pun tak banyak. Pastu jalannya mostly 1 lane je. Berderet2 kereta dok belakang kami huhuhu.. Kak Kiah tatau la apa perasaan Eti drive masa tu. Kalo Kak Kiah la, dah gigil lutut.. Sepanjang tu Kak Kiah cegar je mata dok co-pilot kan Eti. Risau gak takut dia terlelap sebab ngantuk n letih kan. Yang belakang tu memang dah senyap membuta.

About 2 hrs gak la perjalanan, akhirnya baru sampai ke guesthouse. Gila babi letih.. padahal dua tempat je pegi..

Malam ni masing2 makan lauk bekal je. Lepas makan Kak Kiah lepak kat luar, join ngan few Korean guests yang stay kat situ. Yang lain semua stay kat bilik je membuta. Ntah le.. Kak Kiah ni rasa rugi bila datang tempat orang tapi tanak campur ngan orang, tanak kenal budaya orang. I can feel that Martin macam tak suka ngan grup Kak Kiah ni, maybe sebab kami tak beramah mesra ngan dia n nampak cam kami sombong sikit kot. Lama gak la Kak Kiah lepak ngan dia kat luar, siap offer Kak Kiah mabuk2 lagi ok. Haha. Tapi Kak Kiah explain la pasal muslim semua kan, cakap baik2 je la..

Lambat gak Kak Kiah tido malam ni. Tapi syioknya blanket dia ada heater weh! Shorgaaaaaa...

Esok nak gi Seogwipo-si lak.. Tatau la apa drama bakal menanti huhuhu.. bertabahlah Kiah..

4 comments:

  1. Bestnya cantik view kt sana, bilah dpt pegi ni, sabar ye JM huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya the best time pegi Jeju is mid April. pegi lah JM.. cantik tau!

      Delete
  2. Assalamualaikum kak kiah.. suka baca coretan akak. Suka sgt seongsan ilchulbung! Tp last time sy pegi da pancit so decide x nak naik sampai atas. Ralat juga ni.. InsyaAllah next june repeat ke jeju lg.. nak repeat seongsan ilchulbung lagi dgn misi nak naik sampai atas..

    Btul kan. Travel ni kena byk2 bersabo.. even sy dgn kwn yg selama ni ingat ok pun boleh gak bergeseran.. so memangglahh berjalan jauh ni kna byk berkompromi dan bersabar.. btul sgt2..mood berjalan boleh rosak sbb kwn.. tp bila pk balik. Kwn nak diajak berjalan style backpack ni serius terhad. Huhu..

    ReplyDelete
  3. Wslm Didi Karr. Yaaaa.. harus repeat gitu huhu. Jangan lupa kuatkan kaki before pegi tu tau hehe. Maybe pegi masa sunrise lagik best kot view kat atas tu..

    ReplyDelete