Selepas penat menapak macam nak tercabut betis di tengah2
Seoul, akhirnya Kak Kiah nampak kemeriahan lampu-lampu Cheonggyecheon Stream
dari jauh. Umat manusia pula punya lah ramai. Rupanya ada Seoul Lantern
Festival kat stream ni. Memang meriah uols!!
Cheonggyecheon Stream ni adalah anak sungai yang
dibaikpulih pada tahun 2005, dari anak sungai yang amat kotor penuh sampah
sarap jadi anak sungai yang amat bersih jernih sungguh airnya wa cakap lu..
Dulu tempat ni penah ditutup dengan konkrit untuk jadi jalan highway selama 20
tahun. So pada tahun 2005, kerajaan Seoul spent billions untuk restoration
project ni untuk atasi masalah traffic yang congested kat sini serta preserve
environment. Sepanjang tahun banyak la acara dibuat sepanjang sungai ni untuk
attract tourists, so kalo nak datang sini Kak Kiah advise datang la malam sebab
happening..
Kak Kiah plan nak menyusur sepanjang stream ni sampai ke
Dongdaemun. Sungai ni katanya sepanjang 5.8km and ada banyak la spot2 best
sepanjang tu. So Kak Kiah start dari Cheonggye Plaza.
Cheonggye Plaza with lantern berbentuk guard di palace entrance |
Memang banyak lantern cantik2 sungguh Kak Kiah kagum
melihat seni pembuatannya. Jom layan piccas..
Lantern pemuzik2 traditional |
Lantern Gyeokbukgung Palace |
Macam-macam bentuk lantern. Ada lantern yang pakai tudung tu represents kanak2 dr Msia. Proud kan? :) |
Anyway, jalan punya jalan, tak juga sampai-sampai ke hilir
sungai. Ya rabbi.. panjang ok sungai ni. Jalan dekat sejam pun baru sampai
separuh je rupanya. Last2 Kak Kiah give up. Sampai ke jejantas yang ke 4 terus
Kak Kiah naik atas tuju ke Gwangjang Market area Jongno-5(o)-ga. Actually yang
buat tension nya ialah stokin Kak Kiah yang meleweh2 sampai menyusahkan
perjalanan. So Kak Kiah nak pegi cari stokin and maybe glove sebab serious
sejok hokay rasa cam nak pensan!
Masuk Gwangjang Market sempat la cuci2 mata tengok keadaan
dalam tu. Ada banyak stall yang jual food panas macam dalam citer drama tu. Kak
Kiah nampak banyak le cik bab bertonggengan sepanjang2 tu haha. Idok le Kak
Kiah beli apa2 makanan walopun perut memang lapar sangat, sbb tak pasti apa
yang boleh makan kat sini.
So Kak Kiah pegi tuju kedai-kedai yang jual baju.
Wah.. cantik2 ok baju2 winter. Kebanyakannya jual murah. Ni belom pegi Dongdaemun
lagi ni. Anyway since dah kepenatan dan kelaparan sangat, Kak Kiah
tak lama kat sini. Lepas dapat barang yang disukai, Kak Kiah terus nak gerak
balik. Jam pun dekat 8pm+ masa tu.
Barang-barang yang dibeli - glove & socks (tak larat kan kaler pink haha) |
Tengok map macam dekat je Anguk ngan Jongno-5(o)-ga ni,
tapi sebenarnya tidak uolssss!! Jauh ok rasa cam nak nangis sebab kaki dah
sakit sangat. Dah menapak sampai Jongno-3(sam)-ga Kak Kiah pun give up, terus
cari sign subway. Satu hal plak sebab Kak Kiah lom beli lagi T-Money. Bende
alah ni macam touch n go card la untuk naik subway, bus or taxi. Tapi Kak Kiah
gamble je terus turun masuk subway station, hoping ada la kaunter yang bukak. Malangnya
tidak ok, kaunter tutup!! Oh nak nangis memikirkan kne naik ke atas balik cari
any convenience store untuk beli T-Money ni.
Lepas tu nampak la mesin2 kat tepi subway tu kan. Kak Kiah
tau bende tu untuk top up card (reload), tapi Kak Kiah notice ada satu mesin
kaler ungu sebijik. Memang takde tulis english la so Kak Kiah pun tanya la ada
sorang pegawai subway tu bole tak beli T-Money kat situ. Dia tak paham english
la pulak. Luckily ada sorang awek cantik lalu and helped me out. Dia yang
tekan2 button screen tu untuk Kak Kiah. Alhamdulillah berjaya beli T-Money.
Harga T-Money ni itself ialah KRW3,000. Lepas tu Kak Kiah
reload atau top up KRW20,000 untuk seminggu perjalanan Kak Kiah kat sini.
T-Money |
Dari Jongso-3(sam)-ga Kak Kiah ke Anguk naik Line 3 (kaler
oren). Satu stop je.
Turun je subway terus keluar exit 1. Since dah tau jalan
so Kak Kiah takde la rushing. Masa ni dah nak kul 10pm. Jalan pun sunyi sepi je
takde orang, just Kak Kiah sorang2 naik bukit celah2 lorong tu. Fuhlamakk sebijik
macam drama korea ok. Takut? Not really. Kak Kiah dah cek ngan Mr Song dia
cakap area ni memang selamat and takde jenayah, sbb CCTV ada pasang
merata-rata.
Before balik guesthouse Kak Kiah singgah satu convenience
store nama CU. Beli instant rice & telur. Kak Kiah tanya la awek yang jaga
kaunter tu cemana nak heat instant rice tu sebab instruction tulis bahasa korea
kan. Dengan baik hatinya dia heat kan untuk Kak Kiah pakai microwave dalam
store tu. Seeee.. i told u.. Korean people memang baik2 sangat! Sementara nak
tunggu nasik siap, Kak Kiah berborak ngan dia. Cerita pasal grup Kpop hahaha..
maklum la dia ni muda lagi, i think baru lepas sekolah kot. So Kak Kiah cerita
la pasal Big Bang, Wonder Girls, SNSD dan seangkatan dengannya hahaha. Suka sangat
dia bila tau orang luar tau pasal artis2 dia. Siap ajar few words in Korea
lagi hehe.. kamsahamnidaaa..
Balik je guesthouse sunyi sepi. Hanya room sebelah room
Kak Kiah je yang ada orang. So Kak Kiah terus la bukak bekal sambal tumis n
makan tak hengat donia. Ish sedap giler rupanya nasik diorang ni, rasa cam
pulut2 sket.
My dinner - instant rice, serunding, sambal tumis ikan bilis & telo rebus. Sedap giler okeh.. |
Malam ni Kak Kiah tanak mandi. Giler la sejuk memang tak
tahan. Kat room Kak Kiah terus bergulung2 dalam toto sambil update FB untuk
jeleskan kengkawan hihi. Since guesthouse ni konsep ondol, memang enak sungguh
rasanya dok dalam toto lying on the heated floor. Badan pulak dah macam loose
semua skru sakit sana sakit sini kan.
Esok plan nak ke Nami so pepagi kne get ready. Dijangka
cuaca bagus esok let’s hope tak hujan. Last2 kul 11 Kak Kiah terus lena..
zzZZZZzzz... Good nite Seoul!