Sampai kat Gunting Lagadan Hut tengok dah ada Niza tengah melepak kat depan, dok
bising2 takleh masuk bilik sebab Sham pegang kunci. Dia citer rupa-rupanya dia
tak sampai pun puncak. Tak larat katanya. Ish sayang betul.. padahal dia memang
dah lepas dari Sayat2 tu after 5am. Dia kata nampak dah puncak, tapi dia memang
tak mampu lagi nak melangkah.
Huhu. Cemana nak cakap ek. Allah Maha Besar kan.
Kira tak sampai la hajat dia nak bergambo pakai baju The Red
Warriors kat puncak tu. Hehehee... (jahat kan Kak Kiah)
Since Kak Kiah dah siap2 pack, just bawak turun je la pegi ke
Laban Rata. Apa2 hal sarap dulu isi minyak. Perut pun dah lapo.. Tapi sarapan
pagi ni kureng sikit. Maybe sebab dah sejuk makanannya. Atau pun sebab badan Kak
Kiah penat sangat kot.
|
My bekpes |
Tengok kat resthouse tu Erni pun ada. Rupanya pun sama tak
sampai puncak. Ramai lagi yang tak sampai puncak sebenarnya. Untuk kali ni orang
cakap hanya 50% yang berjaya. Ada yang pening2, muntah2 sume. Kak Kiah ni pun
sebenarnya kalo pikir2 kan macam luck gak la. Selain dari dapat guide best cam
Anis, badan Kak Kiah pun memang sedap2 je dari semalam. Kira takde buat hal la.
Kalo ikutkan Kak Kiah pun tak cukup tido n rest, tapi alhamdulillah takde
effect. Lagipun memang Kak Kiah amek pil tahan muntah tu kat Timpohon Gate
sekali, kat Laban Rata before naik sekali sebab tatau Kak Kiah ada altitude sickness ke tak. But if badan tak sedap, rasanya
mungkin Kak Kiah pun mengalami nasib yang sama cam diorang agaknya.
|
Me n Erni |
About 9.30am Anis pun sampai. Lepas pulang kunci sume, kami
terus gerak turun. Takmo lambat2 sebab takut hujan. Kitorang kalo bole nak
lepas km6 - km4 tanpa hujan, kalo tak hazab woo.. jalan menurun lagilah licin
kan dengan batu2 yang tak rata tu semua..
Masa ni memang tak ramai yang turun. Maybe diorang lepak lama
kot kat guesthouse tu hilangkan penat. Sambil turun tu borak2 lagi ngan Anis.
Macam2 la bukak citer pasal pilihanraya lah, pasal Sabahan lah, pasal keje dia
as guide.. seronok gak.. Hilang sakit kaki. Tapi kesian gak bila dengar cite
gaji dia as guide ni. Ciput je tau. Kita bayar RM128 kan untuk sorang guide? Ha
dia dapat separuh je ok untuk 2 hari. Maknanya pukul rata RM30 sehari. Rasa cam
tak berbaloi je kan. Orang lain keje busuk2 8 jam jadik waiter kat kedai makan
pun dah RM25 sehari. Lepas tu keje diorang ni menyabung nyawa lagi naik gunung
bagai, nak jaga climber lagi.. dapat yang cerewet lagi lah tension.. Kadang2 tu
jadi porter lagi best kata dia. Lagi berat barang ko angkat, lagi banyak ko
dapat. Contoh cam tong gas tu kan. Kalo pikul ke Laban Rata tu leh la dapat
RM100 kalo tak silap. Tapi dia dah pencen dari jadi porter lepas dia peknen
anak pertama. Bahaya kan untuk pompuan ni angkat berat2.
Sebenarnya perjalanan turun ni lagi menyakitkan dari mendaki
sebab lutut n buku lali kne kuat untuk tampung badan. Tu pasal kuku kaki jangan
panjang sebab kalo tak memang sakit woo.. Nak turun pun cara kita place kaki ke
tanah pun kena betul. Jangan mengereng sebab nanti sakit lutut. Kena letakkan
kaki cam bentuk V iaitu menghala ke luar (cam ngengkang gitu) baru balance.
|
di kM 5 |
|
Porter mengangkut barang2 |
|
Climbers ahjussi dari Korea |
|
Kasut Adidas Kampung yang banyak berjasa |
Tak lama kami lepak kat Layang2 sebab masa tu hujan dah start
turun. After 15 mins rest kami teruskan perjalanan meredah hujan. Laju gak kami
berjalan kali ni sebab risau kan bila basah2 tu. Kak Kiah ni pulak malas nak
kuarkan raincoat sebab tengok hujan cam renyai2 je. Tapi bila sampai km2 ha
amek kau hujan lebat. Dah terlambat dah nak mintak raincoat kat Anis. Ingatkan
tracksuit ni waterproof tapi hampeh.
|
Info di pondok2 |
|
Hujan semakin lebat weh! |
Perjalanan the last 1km tu memang hazab. Hujan makin lebat.
Tanah licin. Kena hati2. Asek pandang bawah je sebab spek dah berkabus.
Akhirnya sampai Timpohon Gate 1.15pm dalam keadaan basah
kuyup huhu. Alhamdulillah syukurrrr... Berjaya! Berjaya! Berjaya! Syabassssssss
Kiah...
Lepas pulangkan climbing stick, terus kami naik van untuk ke
HQ. Masa ni memang tak pikir apa, cuma nak cepat2 salin baju n suar yang basah
ni.
Sampai je HQ, terus setel payment untuk Anis sebab bawakkan
beg. Bagi la tips lebih sikit sebab dia memang banyak tolong Kak Kiah.
InsyaAllah kalo datang sini lagi, Kak Kiah tetap nak hire dia as guide. Or to
those yang nak pakai female guide, memang leh contact Anis je pasni. Kak Kiah
memang rekomen sangat2.
Lepas tu Kak Kiah pegi Visitor Centre untuk amek sijil.
Hik3x.. sukanyaaaaa... boleh tayang kat orang kampung.
|
Ni lah sijil kalernya uols! Kembang2 idong masa amek nih. |
Then Kak Kiah terus gi toilet untuk salin baju sume.
Sebenarnya Kak Kiah boleh je terus pegi KK town saing ngan climbers lain yang
nak ke KK. Tapi sebab dah janji ngan Niza & Sham untuk ke KK togeder2, rasa
tak sedap lak nak ditch diorang.
N since dah check out kan pagi semalam, Kak Kiah takde tempat
nak port sementara tunggu Niza & Sham sampai. So Kak Kiah cuma port kat
Balsam Cafe je.
|
Makan lagi |
Nasib baik la ada disediakan minum petang. Berlama2 lah lepak
kat situ. Tapi sampai kul 3pm tengok banyak climbers dah sampai tapi bayang
Niza n Sham tak nampak2 lagi. Kak Kiah sambung pegi tunggu kat waiting area kat
opis HQ lak.
Dapat la borak2 ngan few climbers yang tengah tunggu kawan
diorang gak. Ada satu grup ni budak chinese penang. Syok gak layan sembang.
Semua cite pengalaman masing2. Muka happy je kan sebab most of us memang first
timer.
|
Me n chinese frens from Penang |
|
Hik2x.. pagi tadi Kak Kiah kat atas tu laa.. |
Akhirnya kul 4.30pm baru Sham sampai. Tengok Niza takde. Dia
kata Niza jauh tertinggal kat belakang dengan guide. So kami tunggu je lah.
Sham cakap dia pun pening tengok kerenah Niza tu. Banyak songeh sangat. Kesian
kat guide tu. Dah la orang tua. Asek kena marah2 dengan Niza. Guide tu pun diam
je tak melawan.
Ha nak tau kul berapa Niza sampai? 6+ okeh. Dah gelap pun
masa tu. Giler betul. Masa kat Timpohon Gate satu transport pun takde nak bawak
balik ke HQ. Nasib baik la ada hp. Dia mintak kami kat HQ suh bagitau staff
fetch kan diorang.
Kak Kiah rasa la dia orang last kot sampai.. Sampai2 je tak
tunggu apa dia terus pok pek pok pek bebel pasal guide dia. Ha Kak Kiah ingat lagi
skrip dia, “Saya bayar ya. Sepatutnya bapak kena bagi perkhidmatan dengan saya.
Jangan sampai saya report pasal bapak”. Haiyoh tak ngerti daku dibuatnya. Dah selamat tu patut alhamdulillah la kan. Kalo Kak Kiah la jadik
pakcik guide tu, Kak Kiah tinggalkan je dia sorang2 dalam hutan. Hehe. Tapi tak
baik la kan. Dia ni ok je sebenarnya. Cuma cerewet lebih sikit dari biasa.
Since masa tu pun dah maghrib, kami terus call pakcik teksi
semalam untuk ke KK town. Orang lain pun dah takde, tinggal kami je. Kak Kiah tak ingat berapa kos, rasanya macam RM30
sorang kot. Diorang berdua ni sebenarnya tak decide lagi nak stay mana. Niza
punye flight balik KL pagi esok, Sham plak tak sure lagi nak balik bila. Kalo
ikut plan asal, diorang nak tido airport. Tapi bincang punye bincang, last2
diorang nak stay kat hotel sama cam Kak Kiah.
So pakcik teksi tu terus hantar kami ke 1City Hotel, located
kat Segama Complex KK.
Lepas check in, tengok Niza ni macam teruk sangat sakit2 badan.
So Kak Kiah call ada sorang kawan yang keje kat KK ni. Dia ada kenal sorang
makcik yang pandai urut. Dulu masa ada sorang member Kak Kiah lepas panjat Kinabalu
pegi berurut ngan makcik tu n dia cakap best la makcik tu urut. So member Kak
Kiah pun datang la amek kami kat hotel. Kak Kiah hepi gak jumpa member ni sebab
dah lama tak jumpa kan.
Lepas drop kan Niza kat umah makcik tu, member Kak Kiah bawak
kami berdua pi makan. Pulak member tu kaki diving, hah terus ngam ngan Sham.
Kak Kiah dengo je la diorang bersembang. Nak sampok tak reti. Tapi teruja gak
harapan lepas ni boleh dive pulak. Hajat panjat gunung dah tercapai, lepas ni
teroka laut lak haha amboi cita2... Selain tu banyak gak la yang kitorang
sembang. Maklum la minah ni nama je sekampung ngan Kak Kiah tapi jarang jumpa
walaupun dia selalu balik semenanjung. Last jumpa pun sebab gi raya umah dia
ngan kengkawan skolah.
Lepas puas sembang, kami pegi amek Niza and then terus balik
ke hotel. Kesian minah tu melepek terus. Tapi mulut tetap jalan. Pulak malam tu
ada bola JDT lawan apa tah kat tv. Habis la menyumpah2 menyeranah sensorang.
Haha sabo je la. Benci benau awok kat JDT ye?
Lepas mandi Kak Kiah tak terus tido. Sebab Kak Kiah ada keje
nak kena buat. Ngadap la ipad sampai tersengguk2. I think dalam kul 2am baru
tido..
Esok nak merayap kat town pulak. Nite2 Kota Kinabalu!