Showing posts with label Changdeokgung Palace. Show all posts
Showing posts with label Changdeokgung Palace. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

SEOUL V3 – DAY 4: CHANGDEOKGUNG PALACE

Nota: Entri adalah mengandungi banyak gambo untuk mengubati kerinduan kengkawan pada autumn di Seoul. Harap jangan marah kalau gambar lambat load hehe..

****

Kami sampai depan pintu masuk Changdeokgung Palace tu betul2 tepat 11.30am. Tapi nak ke Secret Garden tu agak jauh masuk ke dalam. So berlari2an lah kami sebab takut kena tinggal..

FYI, nak masuk Secret Garden ni takleh sendiri2. Kena ikut guided tour, either in Korean, English, Chinese and Japanese. Kos nye 8,000won. Tapi kalo cuma nak ke palace je and takmo masuk Secret Garden, harga cuma 3,000won. So kalo nak ikut tour, kena check dulu la jadualnya sebab sehari cuma ada 3x je. Pastu kalo peak season, cepat full. So to be on the safe side, reserve online la.

Nasib baik la kami tak terlambat. Sampai2 je kat entrance Secret Garden tu tengok ramai lagi yang terhegeh2 baru masuk.

Yes berjaya tak kena tinggal!
Masuk dalam je terus teruja. View sangat cantik uols! Daun2 belom luruh sepenuhnya, lebih kurang macam masa Kak Kiah datang dulu. So meroyan la memasing amek gambo haha sampai tak dengo pun apa guide tu cerita.

Hati berbunga tengok daun2 merah ni
Tempat paling lawa skali dalam taman ni
Buyeongjeon Pavillion - tempat king lepak2
Library tempat king study
Study tempat camni kalo tak score A tatau la nak kabo
Kak Kiah feeling pretty in a pretty garden
The pond
Untuk entry ni Kak Kiah just share gambar je k. Cerita pasal palace ni rasanya dah pernah story masa 1st trip dulu. So sila merembes dengan gambar2 autumn di bawah. Enjoiceee..

Kak Kiah sooo happy to be here
Our guide - spiking sangatlah berhabok ok

Mendamaikan mata dan jiwa

Our group

Lagi pond

Gwallamjeong Pavillion - bentuk kipas

Kombinasi warna yang menarik di mata

Lovely

Kalau buat umah kat sini sure best gilak

Autumn leaves

Nampak benau ko hepi Kiah

Salah satu pavillion di Ongnyucheon stream - tempat fevret king melepak dan bersajak

Ramai tourist hari ni

Pokok buah apa tatau

Quarters untuk tetamu diraja

Ranum

Kak Kiah in the house yols!

Dah makin gelap

Masuk palace sat before balik

Kak Kiah di main hall

Ni wing untuk queen kot

Belah belakang

Final pose before balik

Senja di Seoul
Lama jugak kami dalam ni. Apapun alhamdulillah sempat jugak Kak Kiah merasa untuk datang sini lagi. Memang puas hati la..

So untuk sesapa yang nak ke Seoul waktu autumn make sure join Secret Garden tour ni ok.  Sangat2 rugi kalau tak menikmati autumn dalam garden ni sebab seriously sangat cantik.

Lepas ni nak gi mana? Ok tungguuu..

To be continued..

Tuesday, January 29, 2013

SEOUL DAY 7 – CHANGDEOKGUNG PALACE

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
SAENGIL-CHUKA-HABNIDA!! 

Ahahahaha... selamat harijadi yang ke 37 buat diri sendiri! Kak Kiah rasa sangat happy sebab dapat celebrate besday kat sini. Ye lah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni besday Kak Kiah sendu je. Sebab tu tahun ni memang sengaja Kak Kiah plan trip ni supaya dapat celebrate bday kat Seoul. Hadiah untuk diri sendiri. Nak harap orang bagi hadiah bila dah tua bangka ni macam kirim salam lah kan. So sapa lagi yang kita nak harap untuk happy kan diri kalo bukan kita sendiri kan?

Anyway, dengan menjejak usia ke arah penghujung 30an ni, Kak Kiah bersyukur sebab masih diberi rahmat Allah atas kesihatan yang baik, kehidupan yang baik walaupun sederhana. Semoga Kak Kiah ada rezeki lagi lepas ni untuk melihat lagi luasnya bumi Allah ni. Bab kahwin beranak bercucu bagai, Kak Kiah takmo pikir kan sebab rasanya dah kertu dah.. Tak kuasa nak mikir.. Apa yang Allah dah bagi ni pun cukup baik untuk Kak Kiah, alhamdulillah bersyukur sangat2.. 

Anyway untuk hari ni sebelum berangkat pulang ke Msia, Kak Kiah nak pegi Changdeokgung Palace. Kak Kiah dah buat online reservation untuk Secret Garden Tour kul 10.30am. So pepagi lagi Kak Kiah dah bangun sebab nak setelkan packing. Seram jugak tengok barang2 sendiri. Tak tau la berapa kg kena ni nanti. Setel je mandi bersiap sume, Kak Kiah terus check out sebab kalo ikutkan check out time kul 11am. So Kak Kiah cuma simpan luggage je kat guesthouse ni dulu. Nanti tengahari baru datang amek. Untuk simpan luggage after check out ni, free for the first 2 hrs. Lepas tu kena bayar KRW5000 untuk additional hour.

Changdeokgung Palace ni antara palace yang well-preserved, kira cam 2nd istana la lepas Gyeongbukgung. Istana ni dijadikan residence most kings masa Joseon era. Untuk ke Changdeokgung ni naik subway Line 3, stop kat Anguk Station exit 3. Actually palace ni located sebelah je ngan Gyeongbukgung yang Kak Kiah pegi masa first day tu. Tapi sebab Kak Kiah tak dapat nak reserve Secret Garden Tour yang english nya untuk that day sebab full, Kak Kiah just dapat slot untuk hari ni je. Secret Garden Tour ni kira cam additional tour course la dalam palace tu. Kalo amek yang general cuma dapat cover belah2 depan. Secret Garden Tour ni rugi kalo tak amek, esp Kak Kiah datang time peak autumn ni kan.. memang cantik la katanya..

Changdeukgung Palace
Kak Kiah sampai masa tu dah dekat kul 11am. Punyelah risau sebab katanya reservation kul 10.30am kan. Nasib baik la kat kaunter tu cakap Kak Kiah leh join sebab tour tu start kul 11.12am. Berlari la tercungap2 masuk sebab starting point tu agak jauh ke dalam.

View palace sebelum ke starting point
Nasib baik la Kak Kiah sampai2 je ngam2 orang yang terakhir masuk gate tu. Fuh legaa...

Gate masuk ke Secret Garden
Ramai gak yang join tour ni. Ada sorang makcik tourist guide ni explain pasal tempat2 dalam palace ni, suara halus kemain. Dah la Kak Kiah yang kat belakang sekali. Memang tak dengar apa yang dia bebel sebab sangat ghairah menangkap piccas. Masa tu eksen la sebab bawak tripod kan. Orang lain yang datang solo memandang Kak Kiah dengan penuh jakinya hahahaha.. Tapi Kak Kiah tak ujub, siap offer lagi amekkan gambar untuk diorang tau.

Ok cakap banyak tak guna. Layan picca untuk membuktikan bahawasanya tempat ni memang sangat cantik!
Menuju ke Buyongji & Jihamnu - the heart of Secret Garden
Buyeongjeong Pavillion
Area ni memang paling cantik dalam garden ni
Seonhyanjae - tempat untuk scholars datang belajar
Aeryeonji & Uiduhap area
Aeryeon Pond - loving the lotus flowers

Quarters dibina untuk terima foreign envoys
Seonhyanjae area
Tour ni amek masa dalam 2 jam. Jenuh gak naik bukit turun bukit. Nasib baik la ada Bill jadi teman borak. Dia ni umo baru 32 tahun, tapi bapak besau nye badan. Kak Kiah ibarat jari kelingking je diri sebelah dia. Dia ni engineer dari Chicago, US. Datang sini ada keje dekat sebulan dah kat Seoul. Tapi hari ni dia cuti so dia nak jenjalan tengok palace. Sempat gak Kak Kiah hasut dia suh datang Msia. Promo beb. Sapa lagi nak up negara sendiri kalo bukan kita rakyat Msia kan?

Me n Bill
Subhanallah cantiknya ciptaan yang Maha Esa
Ongnyucheon area - tempat King lepak minum wine sambil berpuisi gurindam

Perjalanan balik - mak oii tingginya tangga!
Changdeokgung Palace - Daebak!!
Memang rasanya berbaloi sangat join tour ni. Pada those yang nak datang ke Seoul waktu autumn, please datang la ke Changdeokgung ni. Memang awesome pemandangannya. 

Lepas say bye2 kat Paul, tengok jam kul 1pm. Kak Kiah nye flight kul 5.25pm. Dalam hati pikir sempat ni kalo nak round Bukchon dalam sejam. So Kak Kiah pun terus menuju ke Bukchon sebab tempat ni belakang Changdeokgung je. Masa 1st day aritu tak sempat cover tempat ni sebab Kak Kiah sesat cari guesthouse kan. 

So next entry.. Bukchon Hanok Village!