Holaaa chuolsss!!!
Rindu tak sama Kak Kiah? Hehee.. jangan marah aa lama betul Kak Kiah tak memblog kan? Apo nak buek no travel story to tell lorh. Tu yang bersawang berhabuks blog ni tak dijengah2. Siap kena spam bagai ahaha janam betul spammer2 ni.
Serius Kak Kiah sejak trip Cambviet tu takde dah travel2 obersee. Passport pun tah mana letak tak ingat huhu.. Bukan takmo nak travel, tapi sejak kije sendiri ni memang susah noks nak plan. Ada skali tu beriya lah planning gi Filipino nak manjat Pinatubo. Siap dah beli tiket bagai. Last2 lagi 2 hari nak bertolak terpaksa kensel sebab ada urgent order nak kena siapkan. Ha melayang lah burn gitu je duit #nangeh. Disebabkan kes ni maka Kak Kiah takde dah nak plan2 travel lagi. Lagipun bila kije sendiri ni, honestly spiking Kak Kiah memang sangat careful bab spending ni. Ye lah dulu ngular je pun gaji tetap masyuk. Skang ni apa2 hal biznes kena utamakan dulu.
Anyway, don't worry. Idok ler Kak Kiah bersara terus dari dunia travel ni. InsyaAllah hopefully one day dapat la jejak lagi kaki kat KLIA2 dan berterbangan di awan biru bersama Air Asia (eh rindu lak tetiba). Mungkin tahun ni atau tahun depan Kak Kiah pun tak berani nak cakap. Doakan lah ya kot terbukak hati nak jengah website Air Asia tu (lama taw i menahan diri tanak bukak site ni).
Ok lah so dah takde citer travel nak story pasal apa lak ni?
Haaa.. ni lah Kak Kiah nak citer. Disebabkan takde modal nak story kat blog ni, pastu ada plak yang sampai PM kat fesbuk suh update blog (gituh feeling blogger fofuler sangat kaw), so Kak Kiah decide nak citer pasal run je aci tak? Hehe boleh la kan dari blog ni mereput macam tuan dia. At least ada gak benda nak dishare kot la ada geng2 blogger lain yang ada minat running macam Kak Kiah ni, atau yang baru nak berjinak2 dalam dunia larian. Maka harapnya my latest entries ni nanti dapat la mengubat kerinduan peminat2ku yang berdoyon2 di luar sana (sila muntah kakakaka) and also berkongsi sikit sebanyak citer suka duka & pengalaman Kak Kiah dalam running events, tips2 untuk runner2 nubis, workout/training regime etc.
Ok apa2 hal. Kita citer dari awal dulu cemana Kak Kiah leh terjebak dalam aktiviti larian ni. Actually Kak Kiah ni bukanlah seorang yang athletic pun. Kat skolah memang haram tak bersukan (maklum la skolah agama). Kalo ada pun skali la masuk merentas desa 3km masa form 4 dulu, itu pun nyesal tak sudah. Sukan2 lain pun sama memang tak minat. Netball ke, badminton ke, volleyball ke.. eii memang tak minat la aktiviti2 yang kuar2 peluh ni.
Anyway, apabila menjejak usia 4-series, maka ramai la kengkawan sebaya seangkatan Kak Kiah yang meninggal dunia sorang demi sorang. Ada yang meninggal sebab sakit jantung, ada yang meninggal sebab cancer, ada yang meninggal sebab buah pinggang. Mostly related to health issues la. Jadi Kak Kiah pun mula la rasa risau sebab memang sedor diri sangat kita ni bukan sejenis yang menjaga kesihatan pun. Maka Kak Kiah mula menanam hasrat untuk mengamalkan gaya hidup sehat chehwah.. tak kesah la lambat start dah dekat2 usia senja ni baru nak insof, janji kita cuba gitew.
So masa 2015-2016 tu Kak Kiah mula nak menyimpan cita2 at least nak join skali je jadik lah mana2 running event kat Msia ni. Tapi itu lah.. cita2 je dulu, buat nye idok wakakaka... Tau je lah Kak Kiah ni kan bab nak beranjakan paradigma ni memang take time sikit. So masa tu register je event (Twincity 12km lak tu tak agak2 cita2 kau) tapi pada hari kejadian tak pegi pun kekeke...
Akhirnya pada 2017, ada la satu running event ni diorang buat kat segamat. Haaa... baru lah rasa macam terbukak hati betul2 nak join. Yang pertama, sebab buat kat segamat so takyah nak travel jejauh. Yang kedua, fun run je 5km. So untuk nubis cam Kak Kiah ni ok la kan distance camni untuk try skali. Yang ketiga, harga murah iaitu rm25 je.
Tapi nak habaq mai la.. sebelum hari event tu haram takde training langsung. Kemain konpiden kau berlari warm up pun takde. Elok je lepas 10 minit lari tu terus gelap mata hahaha.. terus terduduk Kak Kiah tepi jalan masa tu. Bila bangun semula telinga berdesing2. Nafas toksah cakap la macam nyawa2 ikan dah. Bila tak boleh nak berlari langsung tu maka jalan je lah sampai ke finishing line. Itu pun terhoyong-hayang cam orang mabuk. Fuh tokleh nak describe perasaan Kak Kiah masa tu. Rasa nak nangis pun ada sebab seumo hidup tak pernah kena macam ni. Nampak sangat badanku ini sudah tak sefit dulu sobs sobss...
My first run - Larian Sekijang @Larian Gelap Mata
Memula lepas abis first running event ni rasa macam serik gak nak run lagi. Tapi rasa tak puas hati tu tetap ada sebab tak mencapai matlamat. Orang suh lari, bukan suh jalan. So Kak Kiah pikir kena cuba lagi. Tapi kena pastikan cukup training. Ye lah, kau ingat kau muda belia lagi ke dengan penuh selamba eksen tanak training.
And sebab tanak lalu lagi dah kejadian gelap mata tu, maka Kak Kiah start la memaksa diri untuk training & jogging bila ada masa. Memula tu cuma buat 3-5km je 2x seminggu. First few weeks tu toksah cakap la.. gila sakit badan, sakit keting, senak buah pinggang, sakit tulang selangka, nafas kerbau semua kuar.. Ilmu takde kan main taram je. Lepas tu baru la belajar sikit2 dari otai2 cemana teknik breathing yang betul, postur badan yang betul, cemana nak naikkan core strength, pemakanan yang betul etc.
Bila dah lelama terjebak tu rasa eh best pulak run ni. Yang paling ketara perubahan pada Kak Kiah ialah dapat tido malam dengan lena fuh best giler. Few years back Kak Kiah memang ada masalah skit nak tido malam. Biasa tido lewat kadang 2-3 pagi baru dapat lena. Pastu tido pun kejap je. Almaklum lah bila self-employed ni hati manyak susah.. Anyway, sejak join aktiviti run ni, kul 11pm memang dah ngantuk and pepagi lagi kul 5-6am dah bangun. Malam pun tido lena je takde dah mimpi2 macam dulu. Memang badan is very the sedap la. Otak pun fresh je bila nak buat keje tu rasa bersemangat je. Pastu lagi satu, bila dah run ni kita punya attitude pun berubah sama. Dulu asek nak berangin je, sikit2 nak marah emo bagai. Tapi bila run hidup rasa macam stress-free sangat. Sebab masa lari tu kan macam release tension. Selain cuci mata tengok keindahan alam, kadang sempat pikir cemana nak solve problem masa tengah run haha..
Since 2017 tu boleh kata banyak jugak la event yang Kak Kiah join pastu. Dari 5km fun run, upgrade ke 10km. Pastu upgrade ke trail run, and then 15km run. N of coz paling suka bila dapat medal n baju lawo2. Kira mcm puas hati sangat lepas lari dapat reward gituh.
Hari Sukan Negara 2017 (nubis sangat masa ni)
My first trail run 10km (lutut injured sebulan lepas event ni kekeke)
Neon Nite Run UiTM Segamat
FIT Run Muar 10km (first event luar kawasan Segamat)
Blue Bubble Run (kenangan sebab dapat hadiah lucky draw piyuk nasik)
Neon Run (antara yang diingati jugak sebab organizer cam hampeh)
Kengkawan runner yang banyak bagi support & motivation - Siput Runner & Pak Bako Otai
Kulim Trail Run @Kota Tinggi 2018
Segamat Amateur Runners
Kulim Trail Run @Kota Tinggi 2019
Kulim Trail Run @Kota Tinggi 2019
Pencapaian terbaik Kak Kiah so far ialah berjaya akhirnya buat half-marathon 21km di Twincity Marathon hoyeahhhh tepuk untuk diri sendiri clap clap clap!!!!
3 jam ok berlari nak abiskan 21km ni.. ajer senoneng kepala...
Untuk kekal maintain dengan aktiviti larian ni, seeloknya cari geng la. Selain dapat berkongsi tips, boleh jugak buat aktiviti jog sesama and dapat info pasal running event. So kat sini Kak Kiah ada la join running group untuk komuniti Segamat macam Siput Runner & Segamat Amateur Runner. Kadang tu bila datang malas, memang tak rajin nak training. Tapi bila tengok orang lain bersemangat buat training, secara tak langsung kita pun ikut termotibasi sama. Cuma tu la Kak Kiah ni kan kureng skit bab bersosialan ni. So bila ada event je baru nak beramas mesra ngan geng2 grup. Kalo luar waktu event macam tak kuasa skit nak join aktibiti geng2 grup ni.
Selain tu, untuk keep track dengan performance kita boleh la guna running apps macam strava ke, runkeeper ke, nike ke... hok ni nanti Kak Kiah story lain entries k.
Contoh running apps Strava
Untuk tahun 2019 ni, Kak Kiah target nak buat at least 3x half-marathon. So far baru buat skali je kat Twincity Marathon bulan Januari aritu. So ada 2 lagi coming soon 21km. Yang dah register cuma Standard Chartered KL bulan September nanti. Satu lagi dalam plan maybe Sunway Iskandar JB Marathon bulan Oktober atau Southern Twincity JB bulan November. Harap2nya berjaya la mencapai target Kak Kiah ni. Uols doakan la skali semoga badan Kak Kiah ni kekal sihat ya.. Ye lah, kena sedar diri, kita ni dah masuk kategori veteran. Tulang pun dah tak berapa banyak kalsium yang tinggal huhuhu...
Ok lah sekian saja citer pasal muqaddimah. Bagi panas enjin lu... lepas ni Kak Kiah story pasal event yek. Tungguuuuu....
assalamualaikum..kak kiah
ReplyDeletewelcome back..
run pun run ler kak kiah..janji ada story dan ada bahan nk baca..
rindu dgn karya kak kiah..
yes!! kak kiah is back..rindu saya dengan akak. kalau tau akak join run uitm tu saya join sekali. anak sedara saya kesatria kat uitm tu memang dia ajak join tapi malas masa tu.. apepun welcome back!!
ReplyDeletewelkam back kakkiah
ReplyDeletepatutlah mcm ternampak kelibat kakkiah masa kat klscm aritu
nak tegur segan lak takut salah org huhuhuh
Cepatnya masa kamu...bagus
ReplyDelete