Kak Kiah start dengan story pasal UiTM Merdeka Nature Run je lah ya? Sebab ni antara event yang latest Kak Kiah join and masih kekal di ingatan. Event2 yang dah lepas Kak Kiah tanak story sebab kebanyakannya fun run je and Kak Kiah tak berapa ingat sangat apa yang jadik (tanda penuaan sangat kan kekeke..)
Ok lah let's start...
Event ni adalah anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM bersempena gathering sume ahli2 kesatria uitm seluruh Malaysia. Kira majoriti participants memang bebudak kesatria la and dia bukak jugak untuk orang awam join. Biasalah organizer zaman skang ni memang ramai yang suka masukkan acara larian bila buat event especially kalo nak attract crowd. Sebab dasar runners sejati ni memang selalu support event2 yg ada acara running. Nak2 kalo bayaran pun ok bukan harga yahudi n siap ada lucky draw prize lagi. Ha siap lah diorang angkut geng, sedara, sepupu sepapat join skali kasik meriah. So X yah dah organizer nak jemput retis2 bagai. Kan jimat kos tul tak?
Tarikh: 3 Ogos 2019
Tempat: UiTM Segamat
Yuran: RM50 (12km)
Actually memula tu Kak Kiah macam reluctant skit nak join event ni. Salah satu sebab ialah Kak Kiah baru recover dari sakit kebas2 kaki & tangan. Masa bulan puasa aritu dekat 2 bulan jugak la hujung jari kaki n tangan sejok je, kebas2 kalo garu pun macam ada karen. Kak Kiah saspek pelancaran darah terganggu sebab ada satu kali tu Kak Kiah buat mistake tak warm up masa training pastu pulun lari laju. Ha amek kaw lepas tu badan sakit. Bila dah lama sangat x hilang tu risau jugak. Dah urut, minum air rebus serai pun tak jalan.Last2 amek pil saraf baru lah lepas tu ok sikit alhamdulillah. Since baik tu Kak Kiah slow down skit running. Cuma join event yang santai2 5-10km je. Tu pun pace kura2...
*pace = kelajuan (min/km)
So untuk event UiTM Merdeka Run ni macam banyak kali gak la pikir sebelum sign up tu. Yang pertama, event ni jaraknya ialah 12km which rasa cam tersangat jauh. Yang kedua, route event ni half flat road n half trail. Means ada masuk trail hutan yang bertanah merah & berbukit2. Jadi Kak Kiah macam risau la takut injured balik. Actually ada je slot 3km & 6km. Tapi sebab kat Segamat ni jarang organizer buat event 10km ke atas, pastu siap include trail lagi. So rasa macam rugi pulak kalo tak masuk. Akhirnya Kak Kiah register jugak la last2 minute tu. Apetah lagi bila organizer inform tak ramai yang join 12km rasa macam kesian pulak.. so ok lah ai masuk kasik meriahkan lagi suasana hehee...
Training wise, well.. actually tak berapa training jugak benonye. Sebab Kak Kiah ni ada sikit malas, training selalu flat road je. Asal nampak bukit, avoid ikut jalan lain wakakaka... Tapi sebab tanak lutut menderita, just buat skali je hill training acah2 nak bagi hati sedap sikit.
Ha boleh la kan.. dari takde training lansung kekeke...
So pada hari event, maka bergerak la Kak Kiah dari umah seawal jam 7.30am dengan adik Kak Kiah, Ale. Ale tak register event ni tapi dia kata macam nak ghost run huhu..
*ghost run = join event tanpa membayo sesen pun
Sampai2 je tengok ramai dah ada n runners2 tgh berzumba warm up. Meriah gak la geng Siput & Segamat Amateur Runners ramai turun.
Muka suci bersih dari debu geng2 Segamat Amateur Runner
Acara berzumba ria & warm up
Lepas stretching sikit sebanyak terus ready untuk flag off. Tengok2 ada ~50 orang je peserta 12km. Lebih kurang combine 2 kelas PJ. Masa tu mula la start panik Kak Kiah. Sebab biasa kalo peserta tak ramai ni Kak Kiah mesti mental kalo rasa ketinggalan kat belakang. Nanti dah mental mula la lajukan pace pastu sendiri tak larat pastu injured pastu menyesal di kemudian hari.
Anyway, tarik nafas dalam2 n cuba calm down. Dalam hati dok remind diri sendiri just fokus untuk habiskan larian without injury and jangan kesah pasal orang lain.
Getting ready to flag-off
Ni je peserta 12km
Ok here we go... Bismillahirrahmaanirrahim...
FYI, route dalam UiTM Segamat ni memang ada sedikit gile sebab banyak bukit. So belum apa2 dah ngadap bukit dulu sampai meleleh2 hingus terus...
Ko nak berlari ke nak amek gambo ni Kiah?
Awal2 dah masuk trail kauuu.. ha masakkk...
Yang paling stress tu pelepasan untuk runners 6km dibuat just 5 minit lepas runners 12km. Guna route yang sama lak tu. Tengah syok2 berlari tanjat gegurl tetibe menderu2 runners 6km pakat potong beramai2. Dah la ramai lak tu. Trail pulak sempit. Huiyyooo memang mental masa ni...
Seperti yang dijangkakan route ni bapak giler banyak bukit. Baru jumpa 2,3 bukit Kak Kiah dah mula slow down. Kalah weh terasa asid laktik berkerumun kat betis.
Gigih memasing mendaki bukit
Jalan berbatu2 dan berdebu2. Kalo salah placing kaki, memang boleh terpeleot
Bukit lagiiii...
Yang tableh blah tu bila tengok runners 6km berdesup lari macam pelesit. Kalo laki bole terima lagi, tapi peserta pompuan okeh! Bila tengok baju diorang cap komander kesatria owh no wonder girl power sangat. Kasut pun rilek je pakai boot askar ada, adidas kampung ada.. tapi stedi lari laju dari acik2 yang pakai asics kayano sume ni.. salute!!
Belakang tu sume adik2 Komander Kestaria UiTM
Bukit yang mencabar kesabaran
Ale & Dibo stedi je
Run trail ni walopun boleh mendatangkan penderitaan pada lutut & betis, actually ia adalah sejenis run yang sangat best sebab view dia lawo. Bila layan pemandangan hijau di sekitar tu rasa release stress sangat.
Layan view
Lepas km baru kuar dari trail and masuk kawasan UiTM. Masa ni lega sikit sebab pikir dah habis azab bukit. Ye lah dah 3-4 kali actually lari dalam UiTM Segamat ni so dah boleh expect dah keadaan rupa muka bumi dia macamana.
Dah masuk balik kawasan kampus. Lega nampak jalan tar ni huhu...
Masa ni memang dah berkicap sangat
Part paling best ialah bila turun bukit
Jalan entrance UiTM
Namun jangkaanku ternyata meleset sekali. Eh boleh pulak tetibe route tu ada detour lak. Ada bukit2 lagi rupanya weh!!! Arghhhhh tidakkkkk!!!
Tetibe kena masuk ikut sini pulak.. chaittt
Lepas jumpa bukit2 dalam kawasan UiTM tu terus mental koyak. Ya Allah memang tableh tahan ok. Kak Kiah dah pakat jalan jer masa tu. Lari kejap, jalan banyak. Tengok depan takde orang, belakang takde orang. Asal jumpa bukit, carut. Asal carut, jumpa bukit. Bebudak students yang jaga route tu gelak je tengok Kak Kiah. Dah la muka dah rentong, pastu dok bebel 'lama lagi ke dik?', 'bila nak abis ni?', 'ada bukit lagi tak?' lepas tu maki diri sendiri bodo bodo bodo naper aku join event ni keh3x..
Inilah yang dinamakan Bukit Panas Rentong
Bertembung dengan Cikgu Lia - one of Segamat Amateur Runners.
Member ni pon dah mental masa ni huhu..
Antara bukit2 terakhir
Akhirnya after 10.68km berhempas pulas berjaya jugak Kak Kiah sampai ke finishing line. Walopun tak cukup 12km tapi Ya Allah alhamdulillah sangat masa tu memang dah tak larat nak lari lagi dah! Jantung macam dah nak picah meletop daa..
Finally i made it!!
Medal
Result timing chip
Dari 11 orang pompuan masuk kategori 12km, Kak Kiah no 5 ha ok lah tu kan? Yang penting tak injured and masih lagi bernyawa kekeke.. So takde lah rasa nyesal sangat..
Result Strava
Route Map & Pace for Every km (nampak tak km9-10 tu dah pancit beno dah tu?)
Pace vs elevation (asal jumpa bukit je jalan nampak sangat di sini)
Lepas dah penat2 run, of coz sesi bergambar adalah wajib. Tengok la sume kepala dah masuk air.
With Segamat Amateur Runners
Overall, alhamdulillah Kak Kiah puas hati ngan event ni. Organizer ok la takde major issue. Memula tu diorang bising gak pasal takde hadiah 1-3 untuk kategori wanita 12km. Last2 organizer bagi jugak so ada la wakil dr Segamat Amateur and Siput Runner yang berjaya naik podium (tahniah Kak Zue & Yati!). Route memang unexpected tahap gaban punya mencabar tapi berjaya jugak tamatkan larian dengan hati yang tidak gundah gelana. Petugas pun ok senyum je bila tengok muka kita berkerut2 macam nak mati beno dah haha.. Water station ok cukup la bekalan air. Cuma kalo boleh diimprove lagi next time ialah pelepasan waktu untuk run tu, better jarakkan lagi flag off time 6km dengan 12km supaya takde kejadian bak anak2 gajah merempuh dari belakang. Kalo tak careful memang bole tersembam ke tanah ok masa tu.
Untuk Kak Kiah sendiri lepas ni memang kena banyak training untuk bukit sebab Kak Kiah ni memang ada masalah sikit nak handle bukit. Sebab lutut dah tak berapa nak kuat kan so selalunya baru nampak bukit dari jauh je pun dah koyak mental ahaha...
Ok so apa event next? Haaa.. yang ni antara yang spesel gak sebab jaraknya ialah 18km Brooks National Day Run di Batu Pahat. Hauk ke tak hauk performance ku nanti? Stay tuneeee....
suka baca blog kak kiah..santai2.. lucu2 sambil tu banyak sgat info dan ilmu dpat..tq kak kiahh..saya nak pi travel seoul 30hb okt ni..nerves risau semua ada..nak follow ig kak kiah boleh?
ReplyDelete