Friday, October 10, 2014

LOMBOK – DAY 1: SENDANG GILA WATERFALL

Pintu masuk ke Sendang Gila Waterfall ni dekat je ngan Pondok Senaru Village. So menapak je la. Tapi since dah lewat petang, memang tak nampak orang lain dah. Kami berdua je yang ada.


Sendang Gila Waterfall
Masa nak masuk tu ada la pulak sorang pakcik ni mintak kami bayar 20,000 rupiah untuk entrance. Eh setau Kak Kiah takde caj pun untuk masuk. Bila Kak Kiah tanya kenapa takde signboard kata kena bayar ke, harga tiket berapa ke.. Pakcik tu naik angin and nak marah2. Memang macam cilaka okeh orang2 macam ni. Kak Kiah masa tu memang bengang giler sebab masuk ni dah brape kali kami jumpa kaki membohong kat Lombok ni. Eh tau la ko susah, tapi perlu ke hidup dengan cara menipu2 orang ni??

Ha kan dah emo...

Nasib baik la Koh ni jenis cool orangnya. Dia sebenarnya risau takut diorang apa2 kan kitorang sebab masa tu dah macam nak gelap (lebih kurang macam kul 6pm waktu kita). Orang lain pulak takde. Nak turun ke waterfall tu jauh lagi. So Koh deal ngan pakcik tu bayar 10,000 rupiah je untuk 2 orang. Pakcik tu terus setuju.

“Ha kan senang boleh berbincang gitu” katanya.

Boleh berbincang kepala tengkorak hang lah.

Pakcik Penipu - menyirapppppp je ku tengok muka mu ni..
Selepas kami dilepaskan, cepat2 la kami berjalan menuju ke waterfall. Bila tengok tangga menurun tu hati dah mula risau mikirkan kaki pulak. Aiseh ni turun ok la laju. Kalau naik ni bole menderita jiwa sebab agak jauh gak la pintu masuk ke air terjun tu. Lebih kurang 10mins kami turun baru la sampai.

Laluan ke waterfall yang suram lagi menyeramkan
Bila sampai tu tengok waaahhhh cantik jugak Sindang Gile waterfall ni. Air terjun dia memang jatuh dari tempat yang tinggi. Kalo dok bawah air tu memang boleh gila tintong kepala sebab hentaman air tu memang kuat.

Tinggi giler

Me and Sendang Gila
Kalo jenis kepala batu leh duduk bawah air ni
Sunyi sepi di remang senja
Koh dan air terjun
Girl Power!
Pose 70an dilupa jangan
Kredit: Kamera Mirat
Masa kami kat situ baru la nampak si Mirat & Zaidi pun ada tengah syiok bermandi-manda. Fuh lega sebab at least ada la jugak diorang. Kalo kami berdua je kat situ, memang agak scary. Kena pulak pakcik kaki kelentong tu agaknya dah aim je Kak Kiah. Silap2 dia panggil geng tunggu kitorang kat atas nak belasah. Huhu tinggi ok imajinasi.

Bila Mirat & Zaidi dah setel mandi, kami pun buat2 la follow dari belakang. Tapi diorang tu punyalah laju berjalan kejap je hilang dah. Kak Kiah pulak terhegeh2 terpongeh2. Kesian kat Koh sebab terpaksa benti2 tunggu Kak Kiah. Kaki Kak Kiah masa tu sakitnya Tuhan je yang tau. Dari pinggang sampai ke buku lali semua bisa and berat semacam. Ha kalau nak imejin kan, imejin ada dua orang budak kecik umo 4 tahun bergayut kat kaki kita. Cam tu la rasa berat kaki ni nak melangkah tangga.

Serious cakap masa ni lah level confidence Kak Kiah untuk mendaki esok ni dah jatuh ke almost zero. I don’t think I can make it. Kalau tangga macam ni pun tak lepas, esok gimana dong? Koh sepanjang2 tu bagi la kata2 semangat kat Kak Kiah. Boleh punya kata dia, cuma malam ni dia sajes urut kaki dulu sure esok tak sakit sangat.. Baik kan amoi ni. Terharu akak rasa cam nak mengalir air mata huhu..

Selepas berhempas pulas mendaki dalam kepongehan, akhirnya kami pun sampai ke atas. Alhamdulillah lega habis. Masa tu azan Maghrib dah berkumandang. Pakcik kaki kelentong tu pun dah takde.

Kami pikir better makan dulu kot nanti kang balik bilik takyah kuar2 lagi dah. Maka masuk la kami ke kedai makan kecik depan Pondok Senaru Village dengan kaki yang terkengkang2 dan baju yang lencun dengan peluh (again – serious kami sungguh busuk dengan bau peluh sendiri ketika itu).

Order nasi goreng je n kopi. Harga murah n rasanya pun ok.

The menu
My dinner
Masa makan tu notice lagi satu perkara. Kat Lombok ni banyak giler anjing. Purata macam 1 ekor untuk satu rumah. Memang bersepah2 la. Siap nak port dalam kedai makan tu. Yang lepak depan surau tu pun ada. Menurut theyols, anjing ni diorang pelihara sebab nak jaga rumah. Banyak maling katanya. Tapi takde la bela sampai jadi pet untuk dipelok ciom sume tu.

Lepas makan terus kami balik ke bilik. Masa ni suasana kat situ dah semakin sejuk. Maklum la kaki gunung kan.

Kak Kiah terus salin baju - pakai baju lapis baju tebal dengan tak mandi terus terbongkang kepenatan. Hehe.

Sedar2 dah pukul 2 pagi. Sebab dah biasa tido cuma 3-4 jam sehari, last2 tak boleh tido balik. Pulak tu tengok2 periyed pulak. Aiyaaaaaaa masak la ni esok siap dengan period pain segala tapi gigih nak memanjat gunung. Paling pening memikirkan cemana nanti nak mengganti sebab kami cuma dibekalkan cuma 3 liter air sepanjang 3 hari 2 malam ni.

Dah tableh tido, terus la ngadap fesbuk. Sekali tu tengah syiok menjeleskan kengkawan kat Msia, ada pulak PM masuk dari opis mate Kak Kiah. Dengan selambanya dia mereport bagitau nampak boipren Kak Kiah deting ngan sorang mak janda kat KFC.

Haram jadah.

Potong stim betul. Dah la esok nak mendaki ni. Boleh pulak dapat berita tak best macam ni. Kak Kiah nak dapatkan kepastian pun bukan boleh sebab takleh nak call ke sms ke. Kena la tunggu balik Msia nanti. Dalam banyak benda sakit hati boipren buat kat Kak Kiah, dia tak pernah lagi curang ngan awek lain. So ni first time la dia berselingkuh sepanjang 9 tahun kami kapel.

Kak Kiah memang down giler masa tu. Tatau la nak habaq perasaan macamana. Sedih.

Rasanya dengan keadaan fizikal, emosi and mental Kak Kiah ni yang tak brape nak stabil, rasa macam nak kensel je pendakian ni terus. Tapi bila tengok si amoi yang sedang lena tido kat sebelah tu, rasa macam tak sampai hati pulak.

Dalam hati libang-libu Kak Kiah terus capai minyak urut and urut kaki. Sambil mengurut sambil menyeranah.

Dem yu #%@!!!*^*$#&!!!

Dah dekat azan Subuh baru Kak Kiah terlelap balik. Kuciwa.

23 comments:

  1. kaki kah kiah sakit ntah2 bukan ibarat budak 4thn kat setiap sebelah kaki tu bergayut..ntah2..'benda' lain...dah lah senja2...ngeh ngeh ngeh. Psl boipren kak kiah tu, skrg dh balik mesia..apa cter sebenarnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu takde la 2 minggu seblum pegi Lmbok memang kaki KK dah rasa berat semacam. rasanya sebab salah exercise. actually sampai skrg ni kaki KK lom baik2 lagi. lom sempat gi sepital buat check up.

      bab boipren tu ntah ler noks. jawapan tak memberansangkan. so kini daku kosong kosong kosongggg.. huhu

      Delete
  2. Lamanya kapel... nape tak suruh masuk meminang... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kalo nak citer bab ni tak cukup dengan tulis blog. novel 40 bab baru cukup kot hahaha..

      Delete
    2. Nak tau gak..ehh..penyebok..
      Tapi...
      Kalau cerita k.kiah, 40 bab, saya sanggup je baca non stop.. :-)

      Delete
    3. haha jangan.. kang berjurai2 air mata kang membaca citer chenta KK ni. tragis sangat nokss..

      Delete
  3. dugaan fizikal dan mental sgt.. cekal betul ati akak ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata cekal tu tak brape sangat noks. KK mmg banyak kali rasa mental breakdown sepanjang trip Lombok ni. i was lucky dapat travel partner yang sangat memahami n jumpa kwn2 baru yang sangat happening sampai KK dapat gak la lupa jap masalah sendiri.

      Delete
  4. Tak pe KK... Nanti kalu SS gi sana... SS luku paler pakcik tu laju2 sampai terburai isi otak tinggal jambol jendol aje... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ganas nye sampai terburai otak terus hahaha... KK masa tu memang marah tapi betul jugak kata Koh, setakat 10,000 rupiah je kan.. let go aje la.. tak berbaloi nak gado over ~Rm3.

      Delete
  5. 3 liter utk 3hari 2malam? Tak bley nak imejin laa k.kiah.. 3 liter sehari pon blom tentu cukup..
    Habis cmner nak mencuci? Cepat sambung!
    Nak tau kekdah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tau takpe.. nnt tengok la rupa kami lepas 3 hari 2 malam tu. tengok gambar pun dah tau busuk hihihi..

      Delete
  6. saya suka baca walaupun panjang..saya punya lagi panjang...memang saya tak suka pakcik penipu.....macam penyakit di sana..depa suka tunggu dan mintaq duit kat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. diorang ni memang ingat orang Msia ni banyak beno duit kot. kalo cakap elok2 takpe.. ni sebab menipu and paksa2 tu yang kita pun jadi panas hati..

      Delete
  7. dah lama tak dengar orang sebut terponggeh hehe..

    ReplyDelete
  8. isk apehal pakcik tu ? memang gayanya main mintak aje duit cenggitu. memang nature masyarakat sana cemtu. haish. dia ingat kita senang2 duit turun dari langit. mnyampah. dah tak bagi nak marah plak. dahlah mengugut isk..

    huurm.. cabaran sungguh buat KK kali ni yer.. tapi dah lepas dengan jaya nya kan..
    hihi tahniah2..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kat sana diorang ni tau orang2 Msia aware pasal diorang majoriti ada memakai ilmu2. tu pasal kot berani mengugut bagai..

      Delete
  9. kelakar baca blog part ni....spara baca novel rasanya...lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klako kata nya.. Part last tu patut kne sedih ok! Haha. KK mmg dramatik sket kalo bab bercerita.

      Delete
  10. nasib baik ada Koh yg Cool...klau JM ngan kak Kiah....rasanya mmg tak masuklah sbb JM pun hati kering..ehh ye ke hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Kalo kita berdua tu ntah2 bertumbuk ngan pakcik penipu tu smpai azan maghrib bru benti hehe..

      Delete
  11. betul ke berat seperti budak umur 4 tahun gayut di kaki..ntah2 menda lain hihihi...tak tanya Mirat & Zaidi dorang kena bayar tak waktu nk masuk ke waterfall tu..pelik...nk g tgk waterfall pun kena byr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorg tak kne bayar. Bab rasa mcm budak bergayut kt kaki tu mmg ada KK terpikir masa tu. Tp sbb kaki tu sakit masa kat Msia lg jd tak la pikir yg bukan2. Huhu menakutkan je kalo imejin budak tu sambil bergayut muka menyeringai je..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.