Monday, December 30, 2013

MELBOURNE – DAY 1 – THE CITY

Jalan2 kat Melbourne ni sebenarnya senang je sebab kedudukan grid dia tu cam berpetak2 so komfem takkan sesat punye. Yang penting kena tau few main streets cam Swanston St, Flinders St, Bourke St, Collins St & La Trobe.

So lepas makan Kak Kiah decide nak merayap sepanjang Swanston St je from end to end. So no need naik tram lah sebab jalan pun menurun bukit kan. Exercise sikit kaki tu.

Since seblom datang sini ada la dah study sikit2 map Melbourne ni, Kak Kiah just tuju few spots yang memang Kak Kiah dah target nak pegi. Sepanjang perjalanan tu cuci2 lah mata tengok pemandangan kedai2 yang meriah ngan Xmas nye deco.


First skali, the Big Purse. Located kat Bourke St, depan Melbourne’s GPO. Bende alah ni cam salah satu street art yang femes kat Melbourne ni. Made of red granite. Datang Melbourne mesti amek gambo kat sini tau.


Best kan kalo ada banyak coin dalam ni? Kayo makcik hehe..

Then pi masuk Royal Arcade lak. Royal Arcade ni satu laluan yang connect kan Little Collins St & Bourke St Mall. Dalam Arcade ni ada macam2 kedai la n mostly fashion shops. Sangat cantik.

The shops dalam Royal Arcade

Xmas is in the air! (walaupun sebulan lagi)
 

Gog & Magog and the Gaunt's Clock
Dalam ni ada gak Gaunt’s Clock dan statue Gog & Magog (Yakjuj & Makjuj kalo dalam Islam). Kengkonon gergasi Gog & Magog ni ditawan oleh orang2 Trojan dan disuruh jadi penjaga laluan masuk istana Guildhall di London. Oh ya, seblom tu kena bagitau. Australia ni feeling2 diorang ni part of UK. So jangan heran la bila datang sini tengok mostly building ke, statues ke, tinggalan sejarah2 dia masih lagi mengagung2kan UK.

Then pi Union Lane lak tengok Street Art. Memang cun oo.. Kreatif giler lorong sepi pun boleh jadik happening kat sini. 

Me ala2 gansgter tak jadik haha..
The street art - Union Lane
Pastu masuk Block Arcade lak. Lebih kurang macam Royal Arcade tapi kureng meriah skit. Cuma Block Arcade ni berbentuk L-shape and berlantaikan mozaic. Very Victorian. N banyak tea shops sini. Kalo nak feeling2 urban leh port sini ngeteh.

The glass roof - Block Arcade
Arts habis...
Pastu menapak lagi masuk balik Swanston St untuk pegi Town Hall. Lalu depan je snap2 picca sebab nak masuk cam malas je hehe.. Tapi kalo sesapa nak masuk pun boleh kot. Dengar kata dalam tu ada huge organ. Best la kot.

Melbourne Town Hall

Next pegi St Paul Cathedral lak. Located kat ujung Swanston St along Flinders. St Paul ni church untuk mazhab Anglicans, dibina around 1890s and masih beroperasi sampai la ni.

St Paul Cathedral
Nak masuk free tapi kalo nak amek gambo kena bayar 5AUD. Since Kak Kiah sangat2 suka la architecture ni kan (walopun grad engineering huhu), sanggup le bayo. Of coz dalam tu memang binaannya sangat marbeles okeh. Jangan pulak ada yang menyangka Kak Kiah ni terus murtad plak bila masuk church ni. Haiyoh so tipikal la kan pemikiran.. 




Next mana lagi kan kalo bukan Flinders St Station. Wajib tu tempat ni. Kalo tak amek gambo bende alah ni kira tak sah la haha. Melbourne icon katanye kan. Flinders St Station adalah station yang terbesar & terbz la, connect sume rail network kat Melbourne ni.

The Flinders St Station
Flinders Station dari tepi
Depan station ni ada Melbourne Visitor Center & Federation Square. Kat sini leh lepak2 layan wifi. Dalam Visitor Center tu boleh pegi amek segala tok nenek pamplet n brochure yang ada pasal tour package n tempat2 menarik di sekitar Melbourne.

Melbourne Visitor Centre
Federation Square
ACMI
The Ian Potter : National Gallery of Victoria
Forum Theatre - macam mesejid kan?

Sepanjang Flinders St
The street art - Hosier Lane
Ada brader sedang khusyuk menconteng dinding
Lepas dah puas cuci2 mata tengok jam pun dah nak kul 2pm. Moh ler balik ke hotel untuk check in.  Tapi dari Flinders St tu nak balik hotel kena mendaki la bukit sepanjang Russel St. Mengah woo..

Sampai je kat corner La Trobe, tengok banyak kenderaan jem. Pastu tengok ada perarakan apa tah siap sepanduk bagai. Memula tu Kak Kiah buat tak port je la. Tapi sekali nampak sepanduk tu tulis jawi. Tengok yang berarak tu pun muka cam arab2 paki2 ni. Pelik gak la. Siap pukul2 dada lagi. So datang dekat.. tengok betul2 rupanya kat sepanduk tu tulis “Hussain”. Diorang berarak tu pun dok laung pasal “Labbaika Ya Hussain”. Eh apa pulak ni kan. Ada pulak kaum2 pompuan siap bawak stroller baby bagai.

Masa tu keta2 kat situ dok hon la kan sebab mengganggu trafik. Tengok bila lama sangat tak abis2 perarakan, Kak Kiah buat dek je la terus cross diorang sebab tanak lambat check in. Ye lah theyols pun Islam kan. Takkan nak apa2 kan kita. Sampai seberang ada duorang student pompuan ni bagi pamplet. So Kak Kiah tanya la pasal bende ni, “Why Hussain? Why not Muhammad?” etc etc.. Beriye lah budak2 tu bercerita pasal kematian Hussain ni. Masa tu Kak Kiah dok blur lagi. Bila dah baper minit pastu baru la teringat... laaaa hari ni Hari Asyura rupanya!! Adui laa... puak Syiah ke ni?

Cis buang masa aku..

Anyway, quite interesting gak la tengok kaum2 Syiah ni. Gile semangat terlonjat2 memalu2 dada. Baik yang laki mahupun pompuan. First time tengok kan so agak terkasima gak la. Sempat jugak la cakap ngan budak2 tu.. kat Malaysia haram ni. Pastu selamba weh dia kutuk Sunnah wal Jamaah. Kata diorang orang kapir lagi understanding dari islamic countries. Ha ye lah tu. Dah nama kapir memang la support kau. Tapi cer tengok muka driver2 alkafirun tu semua... mengkelat je semuanya bengang sebab jalan jem. Support lah sangat kan. Tapi memang bagi nama buruk pada Islam je perarakan macam ni.

Lepas tu Kak Kiah pun terus menuju ke hotel. Next entry – Space Hotel!

8 comments:

  1. Wah Kak Kiah, solo travel lagi ke... respeklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye noks.. solo molo gitew.. patutnye bukan respek, tapi kesian huhu..

      Delete
  2. Replies
    1. ni trip yang ketiga solo.. rasanya ok kot buat2 berani je ni ahaha..

      Delete
  3. Waahhh...3 entry 1 hari...Kak Kiah..lamanya menghilang rupanya ke Melbourne ehh..

    Kak Kiah travel sorang je ni...agak konfius..siapa yg tlg snap gambar akak tu...guna tripod eh..kalau tahu kak kiah travel sorang mahu je JM pollow...tapi belum kesampaian nk travel ngan kak kiah ni..cam best jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke.. ada yang pakai tripod, ada yang letak atas batu, ada yang mintak orang snap. KK ni pun tak tau la cemana plan jenjalan ni. dulu plan macam nak bersara 2015. tapi tengok banyak lagi tempat idaman lom dapat pegi.. cuti lak limited sobsss...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.