Tuesday, November 3, 2015

CAMBVIET – DAY 8: BACK TO MSIA

Lepas bersiap2 packing dan mandi-manda, kami pun turun untuk check out. Drebar teksi dah sedia menunggu kami untuk ke Tan Son Nhat International Airport.

Pulang marilah pulang bersama-samaaaa..
Perjalanan nak ke airport amek masa lebih kurang 30 minit sebab jalan jam.

View yang hanya boleh dilihat di HCM

Building ape tah ni.. tapi lawo

Babai abang2 motor

To the airport
Tan Son Nhat International Airport

Airport kecik je tak besar sangat
Sampai airport terus check in. Masa nak drop luggage baru tau rupanya alat muzik (Tro-u) yang Kak Kiah beli masa kat Siem Reap aritu takleh handcarry sebab diconsider sebagai sharp object. Jadi terpaksa la masuk luggage. Ish.. bende tu dah la fragile. Dengan takde proper seal dan takde kotaknya, memang rasa tak konpiden je masuk luggage.

Anyway, nampak ramai jugak orang Msia kat sini. Kemain banyak rombongan berbas-bas. Ada satu grup makcik2 ni bising gila macam kat pasar je diorang buat. Setakat nak seal kotak pun sampai cakap terjerit2 gelak kuat2. Attention seeker sangat. Macam la orang heran dengan barang2 diorang yang berbondong2 tu. Setakat dapat soping kat HCM pun macam batak perangai. Bikin malu Malaysia je.

Lepas setel urusan check in, kami lepak je pekena kopi sebab masih ada masa lagi sebelum masuk ke Departure Hall. Sempat jugak Koh check status banjir kat Msia. Buat masa ni dia masih lom dapat contact mak dia. Harap-harapnya mak dan keluarga dia berjaya la dievacuate dengan selamat. Kita yang kat sini pun tak senang duduk dibuatnya. Rasa macam tak sabar nak balik dah.

Sampai masa kami pun masuk ke Departure Hall.

Nak balik dah hoyeah!

Koh dah tak toleh kiri kanan dah

View luar airport
Tepat 1.30pm flight pun take off untuk balik ke Msia. Alhamdulillah cuaca ok and takde apa masalah sepanjang 2 jam flight kami.

Goodbye HCM! I dun think I'll be coming back again hihi
Flight kejap je so kami takde la order2 makan ke apa. Just melayan mata dengan membaca je.

10 reasons to go on vacation.. i likeee..
Sampai KLIA2 dah kul 4.20pm waktu Msia.

Masa nak pickup luggage tengok2 alat muzik yang Kak Kiah punya tu tak la keluar2. Lama jugak kami tunggu sampai dah takde orang. Bila tanya staff kat situ katanya bende tu akan keluar sekali dengan barang2 fragile macam payung, stroller dll kat conveyor lain. Bila pegi kat tempat tu pun masih tak keluar lagi. Tengok ada la beberapa orang lain yang still menunggu barang2 fragile dari flight kami sampai.

Ada dekat sejam kami kat situ baru la akhirnya bende tu sampai. Tapi bengang gila sebab ada satu part ni patah. Geram betul. Seal plastik kat luar tu sampai terkoyak. Memang menyesal betul tak pack properly. Kalau lah tau dari awal takleh handcarry, memang Kak Kiah bungkus betul2. Dah la mahal bende alah tu. Bila dah patah sikit sebanyak affect function dia.

Selesai urusan kami pun naik ERL untuk ke Putrajaya sebab Koh parking keta kat sana and Kak Kiah akan tumpang keta dia sampai Tangkak. Masa tu ada masalah ape tah diorang kata suh naik KLIA Express sebab ERL takde. Jadi memang penuh la manusia dalam train tu. Kami terpaksa berdiri dalam kesesakan manusia.

Sampai je Putrajaya terus menonong turun. Koh singgah jap satu kedai ni nak beli air. Masa nak bayar tu rasa macam tak siap je rasa. Macam ada benda tak cukup. Tengok tangan alat muzik Tro-u tu ada. Bag pack ada. Wallet ada. Ipad ada. Lepas kira punya kira beg yang ada, baru perasan alamak ada satu beg missing! Beg ni macam beg balik kampung la and semua souvenirs, tshirts dan barang2 yang dibeli memang Kak Kiah letak dalam tu. And Kak Kiah sure ada bawak masuk masa dalam KLIA Express tadi.

Menggelabah masa tu tatau nak habaq la. Pucat tak berdarah muka. Terus lari ke kaunter info untuk mintak bantuan dan isi borang report barang hilang. Masa tu jam dah kul 5.30pm so kami kena tunggu train tadi tu sampai ke KL Sentral untuk kerja2 pembersihan. Pegawai bertugas tu cakap nanti bila cleaner bersihkan diorang akan bagitau samada jumpa atau tak beg tu.

Mikirkan ini adalah Malaysia rasa macam tipis gila harapan supaya beg tu selamat tak dicuri orang. Tapi Kak Kiah berdoa jugak semoga yang jumpa beg tu adalah mereka yang berhati mulia dan jujur.. sebab barang2 tu sume nak bagi orang. Dah la kita bukan senang nak cari duit. Kalau lesap gitu je memang menangis tak berlagu lah Kak Kiah.

Sepanjang menunggu tu menyumpah kat diri sendiri dalam hati. Hai macamana lah boleh cuai sangat ni. Menyusahkan orang je. Kak Kiah ni kan kalo ada benda yang kena pegang kat tangan, mesti ada lah yang cicir. Dulu masa kat Seoul tertinggal Ipad. Ni beg pulak. Huru-hara betol.

Yang kesiannya si Koh la. Dah la Kak Kiah tumpang keta dia so nak tak nak dia kena tunggu jugak Kak Kiah baru dapat balik. Memula tu ingat nak suh dia balik je terus sebab kesian kalau kena tunggu sampai ke malam. Kak Kiah boleh je balik sendiri ke Segamat naik bas esok or tumpang rumah kakak kat KL malam ni sebab esok Kak Kiah cuti lagi. Tapi Koh kata takpe dia leh tunggu. Kesian betul. Dah la orang tu susah hati dengan keluarga dia lom dapat dikesan, tambah pulak dengan masalah Kak Kiah yang bodo sengal ni.

Setelah lama kami menunggu dan berkali2 ke kaunter info tadi, akhirnya dah dekat kul 7pm baru la pegawai tu cakap beg Kak Kiah diorang dah jumpa dan satu pegawai ni akan bawak beg tu ke stesen Putrajaya. Ya Allah.. alhamdulillah... rasa nak nangis masa tu. Tatau nak cakap la betapa rasa bersyukurnya Kak Kiah. Rasa macam nak ciom2 je adik jaga kaunter tu.. eh..

Setengah jam jugak kami kena tunggu pegawai tu sampai sebab dia naik train dari KL Sentral. Alhamdulillah tak lama lepas tu berjaya Kak Kiah dapatkan balik beg yang tertinggal tu. Fuh lega sangat macam jumpa emas yang hilang. Rasa terima kasih sangat kat kakitangan kat sini sebab tolong Kak Kiah. Dan juga pada cleaner yang jumpa beg tu dan jujur untuk report pada pengurusan. Mudah2an mereka semua ni dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.

Kan? Tetap lah nak berdrama time travel walopun dah sampai Msia.. hehe

Setel je urusan kami pun gerak balik. Takde singgah memana sebab kami memang dah keletihan sangat. Koh akan balik ke BP sebab lusa dia ada meeting, budak dah nak naik skolah kan. Sampai Tangkak, Koh dropkan Kak Kiah sebab dari situ adik Kak Kiah pikap untuk balik ke Segamat.

Rasa thankful sangat kat Koh sebab kali ni nye trip memang banyak gile Kak Kiah susahkan dia, in fact lagi teruk dari apa yang Kak Kiah susahkan masa trip kami ke Lombok dulu. Walopun amoi ni memang sporting dan tak banyak kesah, still rasa dunno la bila Kak Kiah ada muka nak join dia travel lagi pasni. Rasa malu teramat dengan diri sendiri.

Anyway, Kak Kiah bersyukur jugak sebab akhirnya berjaya tamatkan trip Cambviet selama 8 hari ni. And Alhamdulillah berjaya pergi ke Siem Reap, Phnom Penh dan Ho Chi Minh dan balik in one piece even tho dalam keadaan demam Memang adventurous sangat walaupun penat, banyak kenangan, banyak tempat yang kami pegi, banyak bende yang dapat kami buat sepanjang trip ni. Memang takkan Kak Kiah lupakan trip ni sepanjang hidup..

So untuk last entry, summary and budget! To be continued..

11 comments:

  1. Baguslah Koh tu..travelmate yg boleh masuklah jugak dgn kak kan? Selalu KK je yg susah kan..bagi can lah sikit, hehe.

    Drama tu lah yang best kak..memang ternanti-nanti drama kak setiap kali travel..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Koh tu mmg antara yang paling masuk kepala ngan KK. tp sbb kes KK banyak susahkan dia untuk trip Cambviet ni, KK jadi segan dah nak travel dgn dia lagi. aritu dia n geng2 Lombok pegi naik Mt Fansipan di Hanoi pun KK x join. malu noks..

      Delete
  2. Alhamdulillah. Frust kan kalau beg tercicir macam tu apalagi barang yang dibeli nak bagi kat kengkawan. Dan alhamdulillahlah masih ada juga orang yang jujur kalau tak emm nasib tak baik lesap. Alhamdulillah juga sebab dapat kawan yang baik macam koh yang memahami dan bertimbangrasa. Itu juga satu rezeki dapat kawan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. alhamdulillah sangat atas banyak perkara yang berlaku dalam trip ni.. bukan senang nak jumpa orang yang jujur dan bukan senang nak jumpa travel partner yang memahami..

      Delete
  3. Aii...balik pun ada drama lagi...MasyaAllah. Anyway bersyukurlah dapat balik beg tu...kalau saya pun x senang duduk kalau ada barang yang hilang atau tertinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe KK kan.. kalo takde drama memang tak sah.. kalo tak dapat beg tu balik rasanya harus la meratap seminggu

      Delete
  4. Adik kaunter tu hensem ke nk cium tu? Eh? (skali pompuan hahahahah)

    Syukurlah jumpa balik beg tu kalau x rasa ralat sgt kan dah la penuh dgn barang2 souvenir. Anyway cerita KK kalau x drama x sah saspen2 baca hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pompuan la.. hehe.. kalo lelaki KK sebut abang kekeke
      KK ni kekadang kalo travel anxiety level memang tinggi. bila kalut semacam ha mesti ada drama jadik.. tu lah tatau nak buat gimana.. kne blajar2 untuk lebih cool pasni

      Delete
  5. Untuk KK dapat kawan macam Koh ...

    Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah ... semuanya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benerr.. Koh tu walaupun chinese tapi jiwa lebih melayu dari KK yang ori melayu ni sampai kekadang leh segan dibuatnya huhu..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.