Iklan jap
Hahaha.. JDT menang chuols!!!
Best kan game final aritu? Berdebar2 tengok. Tak sesia support JDT dan turun
naik Stadium Larkin tiap kali game AFC. Sepanjang penglibatan biz Kak Kiah collaborate dengan Southern Tigers, Kak Kiah memang kagum dengan kerja keras, semangat dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh pengurusan dari peringkat atasan PBNJ dan Southern Tigers hingga la peringkat supporters Boys of Straits. Memang tak sia2 usaha diorang untuk naikkan nama JDT ke peringkat antarabangsa. Harap lepas ni ramai lagi bagi sokongan kat JDT.. tak kira lah uols anak jati Johor ke tak. Ala kalo sokong Man Utd boley, takkan takleh sokong JDT kan?
Anyway, sempena JDT menang AFC ni Kak Kiah nak bagi offer barangan JDT
dengan diskaun penuh kasih sayang untuk semua penyokong dan fans JDT.
Kalo chuols interested untuk cari merchandise JDT, sila jangan segan silu
untuk like sini. Offer valid selagi stok masih ada. AYUH LUASKAN KUASAMU!
Ok back to blog..
*****
Pejam celik pejam celik akhirnya dah sampai ke hari terakhir trip
Cambodia-Vietnam kami. Walaupun hari ni Christmas Day, pagi ni kami berdua agak gloomy. Kak Kiah rasa dah kurang
sikit panas badan tapi batuk dan selsema masih ada. Koh pulak masih risau pasal
keluarga kat kampung. Selama Kak Kiah kenal dia dari trip Lombok aritu, ni la
first time Kak Kiah tengok dia sampai senyum pun kelat2 je. Senyap tak banyak
cakap. Pastu macam mengelamun terawang2 pikiran kat tempat lain.
Flight balik kami adalah pukul 1.30pm and kami dah mintak receptionist untuk arrangekan cab kul 11.00am untuk pikap kami ke
airport nanti. Untuk teksi kami bayar dulu
siap2 USD12 kat Lele Hotel. Jadi pagi ni kami agak free and so kami decide nak ronda2 jap Ho Chi Minh city nak tengok rupa parasnya di waktu siang dan last kopek soping di Ben Tanh Market.
Tapi apa2 hal kita sarap dulu.
|
Restoran Lele Hotel di tingkat atas sekali |
|
Bekfes kat sini tak halal so kami cuma makan roti, telur dan buah je |
FYI, Lele Hotel ni memang ada sediakan bekfes tapi semalam kami tak amek
pun sebab tatau. Rupanya staff yang check in kan kami aritu lupa bagi kupon (ha
baru Kak Kiah ingat pasal ni la yang Koh bengang dengan mamat staff tu haha).
Lepas sarap kami pun merayap. Tak la pegi jauh pun, just sekitar jalan
Nguyen Thi Minh Khai dan Nguyen Du je.
|
Tak banyak motor maybe sebab ramai lom bangun pagi lagi |
|
Museum of Ho Chi Minh. Tak masuk cuma snap pic dari luar je. |
|
Helikopter dan kapal pejuang tentera yang digunakan sewaktu Vietnam War |
|
Display di luar muzium. Ni apa ni nama tah rupa macam meriam howitzer. |
|
Notre Dame Cathedral |
|
Central Post Office di balik pokok |
|
Semalam penuh sesak dengan manusia sini |
|
Harus la nak enterprame |
Koh ajak Kak Kiah cari ada satu statue kuda yang femes gak sebagai
landmark HCM tapi jalan punya jalan kami tak jumpa pun kat mana. Sebenarnya
kami tak tau statue ni kat bangunan apa. Bila dah balik Msia baru tau rupanya
statue tu ada kat roundabout depan Ben Tanh Market tu (yang menghadap stesen
bas yang kami salah naik bas aritu). So kalo uols mai sini jangan lupa snap
picca kat sana ok.
|
Pameran tentang tentera Vietnam sepanjang jalan |
|
Hiasan krismas |
Sebab tengok masa pun dah suntuk, kami gerak ke Ben Tanh Market pulak. Kat
sini Kak Kiah split dengan Koh sebab nak jimat masa and setelkan urusan soping
secepat mungkin.
|
Ben Tanh Market (sumber: Google) |
Ben Tanh Market ni memang popular la di kalangan pelancong2 dari Msia. Tapi
dalam Ben Tanh Market ni rasanya sama je macam market2 lain, ada deretan kedai
jual kain, pakaian, souvenirs, makanan dsb.
|
Kedai2 dalam Ben Tanh Market |
|
Beg, scarf dan kain2 |
|
Makanan2 tempatan |
|
Kudap-kudapan |
Orang2 Msia memang ramai la dalam tu, berbondong2 menyoping sampai
tersinggung bahu pun buat tak nampak je. Tapi Kak Kiah tatau la apa yang
bestnya untuk dibeli kat sini. Rasa macam takde napsu tengok barang2nya. Kalo
tengok fesen bajunya macam kat pasar malam. Kain pun macam biasa2 je. Kalo yang
lain sikit cuma kain Vietnam silk tu je lah. Tu pun mahal jugak USD6/m. Tapi
Kak Kiah beli jugak la sehelai kain jubah manik (RM30) & telekung (RM45)
untuk bagi mak. Selain tu beli jugak fridge magnet, purse Vietnam dan kopi
Vietnam untuk souvenirs kengkawan.
Anyway, kalo uols nak estimate harga barang2 kat Ben Tanh Market ni, boleh
refer bawah ni. Kak Kiah copy je dari orang lain punya blog.
Cotton – USD9-USD12
Baju kurung manik – USD20-USD30
Jubah Manik – USD10-USD15
Telekung Vietnam – USD13
Vietnam Silk – USD6/m lereng kecik
Chiffon Silk – USD7/m
Satin Silk – USD6/m
Vietnam T-shirt – USD2
Polo T-shirt – USD5
Trung Nguyen Coffee – USD4 for ½ kg
Kak Kiah memang tak faham kenapa orang Msia dok gegila datang soping kat
HCM. Rasa macam overrated sangat Ben Tanh Market ni. Ada yang sampai berulang2
kali datang. Kalo meniaga kain tu takpe la paham jugak, tapi yang tak meniaga
ni.. datang semata bersoping.. memang pelik kenapa. Nak kata murah tak jugak.
Nak kata banyak choice lagi la tak banyak. Kualiti ala2 made in China jah. Baju
nak cari saiz XXL pun payah. Kalo barang tiruan tu banyak lah. Pada pendapat
Kak Kiah la, untuk kaki soping baik la pegi Bandung je. FO pun banyak. Kualiti
pakaian pun ok. Kat Pasar Baru pun lagi banyak pilihan dan harga murah.
Setel urusan soping kami pun balik ke hotel.sebab tengok jam pun dah pukul
9am. Kami tak packing apa2 pun lagi. Maklum lah dari Siem Reap ke Phnom Penh
sampai ke Ho Chi Minh. Tatau la beranak banyak mana luggage Kak Kiah nanti.
Untuk cerita flight balik, kita bukak lain entry ok.
Tahniah lah JDT..menang, hihi.
ReplyDeletehihi.. ale ale ale ale.. luaskan kuasamu johor!
DeleteAyuh Johoor !! Ayuh Johoor !!
ReplyDeleteLuaskan Kuasamu Johor
Kami ada ! Kami ada !
Setia bersama mu Johor
Setinggi tahniah kepada team JDT dan TMJ...Hidup Bangsa Johor ! (semangat nie..haha)
Mmg berdebar tgk game aritu.Syukurlah menang..
Company KK authorized dealer untuk semua barangan Southern Tiger ker? Mafla JDT vs BVB ade?
Anyway tgk gambar War museum HCM..saya rasa rugi sangat tak pergi. Saya minat tak tgk kenderaan perang yang digunakan masa Perang Vietnam. Percaya tak saya pegi Ben Than market tak beli apa2 pun. Rimas bila jalan aje... penjual kat situ suker tarik2 tangan.
BERSATU DEMI JOHOR! hehee..
DeleteComp KK bukan authorized dealer tapi kami supply merchandise yang kecik2 untuk Southern Tigers jualkan. Kalo tengok balloon clapper & handfan yang masa game JDT vs BVB aritu, ha tu la yang antara kami pernah supply..
Mafla JDT-BVB KK tak jual. Tapi kalo nak nanti KK cuba tanya, rasanya macam ada lagi stok. KK pun nak kena gi Larkin this weekend.
War Museum tu rasanya memang patut masuk kan kalo ke HCM? Sebab banyak sejarah perang boleh tengok kat situ.
Dasat uols lagi sebab tak beli apa2 kat Ben Thanh.. hehe.. KK ni komplen2 tapi beli jugak hahaha..
Akak pun sampai la ni tak paham kenapa rakyat malaya ni gila gi shopping ke HCM semata....
ReplyDeleteBaik shopping saree dan lace kat India nun..lagi berbaloi..hahahahaha
Kannnn...? Apa la yang best sangat Ben Tanh tu. Kain lebih kurang yang ada kat Jakel je.
DeleteSetuju kalo pegi India boleh beli kain saree lawa2.. pastu feeling2 Kajol.. tp KK tak berani nak jejak India lagi.. huhu
Keren
ReplyDeletemakasih ya atas informasinya kerenn ...
U'r welkam
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
cantik sunsetnya, mampir di warung kita juga ya sablon gelas plastik murah bandung
ReplyDeleteIn the morning we will always wait for the information that you will serve.
ReplyDeleteNice and informative blog post. I am writing a comprehensive blog about vietnam tours and i'd also like to get inspired from your blog.
ReplyDeleteThe Cambodia part of your blog is also interesting, i like the pic you took from Tonle lake, anyway, it could of been good to add more part in Cambodia showing different part such as beaches in Cambodia